07 Jun 2009

Nasharuddin kekal Timbalan Presiden !!

Jimadie Shah Othman & Abdul Rahim Sabri Jun 6, 09 9:31am

Rasmi Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan timbalan presiden PAS - menewaskan dua pencabarnya, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.Pengumuman kemenangan beliau mendapat tepukan gemuruh para perwakilan, walaupun sebelum ini - sehingga saat-saat akhir - Husam dikatakan menang jawatan tersebut.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad Sabu mendapat 261 undi.Ekoran kekalahan beliau, Husam dan Mohamad Sabu yang sebelum ini merupakan naib-naib presiden PAS, tidak lagi memegang sebarang jawatan tinggi parti di peringkat pusat.

Pengerusi pemilihan, Datuk Mustafa Ali mengumumkankeputusan tersebut pada kira-kira jam 10 pagi ini.Bagi jawatan naib presiden pula, pemenangnya - seperti yang dijangkakan - ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat 871 undi; diikuti ahli parlimen Kubang Krian, Salahuddin Ayub (824) dan ketua penerangan PAS yang juga ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar (636). Dua lagi calon - Mujahid Yusof Rawa mendapat 277 undi manakala Nik Amar Nik Abdullah memperolehi 333 undiMujahid bagaimanapun berjaya mengekalkan jawatan dalam Jawatankuasa Pusat PAS.

Berikut adalah senarai 18 ahli Jawatankuasa Pusat PAS ialah:

Datuk Mohd Nizar Jamaluddin - 854

Idris Ahmad - 799

Datuk Kamaruddin Jaafar - 769

Datuk Seri Azizan Abdul Razak - 653

Datuk Dr Hassan Ali - 642

Dr Hatta Ramli - 638

Abdul Ghani Shamsudin - 637

Datuk Abu Bakar Chik - 622

Mohamad Hanipa Maidin - 619

Datuk Amiruddin Hamzah - 606

Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali - 589

Abdul Ghani Abdul Rahman - 584

Dr Dzulkefly Ahmad - 576

Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - 530

Hashim Jasin - 522Mazlan Aliman - 513

Taib Azamuddin Mohd Taib - 508

Mujahid Yusof Rawa - 448

Dari senarai di atas, mereka yang berjaya mengekalkan jawatan dalam AJK PAS pusat ialah Idris, Azizan (MB Kedah), Abdul Ghani (AJK Dewan Ulama), Abu Bakar, Hanifa, Amiruddin, Dr Lo' Lo', Abdul Ghani (pesuruhjaya PAS Melaka), Dr Zulkefly (MP Kuala Selangor), Syed Azman (ADUN Batu Buruk), Mazlan (ketua penerangan PAS Johor), Taib Azamuddin (MP Baling) dan Mujahid (timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan MP Parti Buntar).

Manakala mereka yang pertamakali terpilih ialah Nizar (Timbalan pesuruhjaya PAS Perak, MP Bukit Gantang dan ADUN Pasir Panjang) ialah Kamaruddin (setiausaha agung PAS), Dr Hatta (MP Kuala Krai), Dr Hassan (pesuruhjaya PAS Selangor) dan Hashim (Pesuruhjaya PAS Perlis dan ADUN Sanglang).

Mustapa juga turut mengumumkankeputusan jawatan timbalan pengerusi tetap yang dimenangi oleh Husin Ismail yang mendapat 609 undi.

Dua lagi calon - Ishak Surin mendapat 200 undi manakala Tengku Puji Tengku Abdul Hamid memperolehi 199 undi.

Jawatan pengerusi tetap dimenangi Abu Kassim Abdullah tanpa bertanding.

Mustapa memberitahu pemberita kemudiannya bahawa seramai 1,040 perwakilan layak mengundi tetapi hanya 1,026 yang berbuat demikian. Terdapat empat undi rosak.