17 Mac 2010

Pemuda PAS rakamkan simpati mendiang Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak


IPOH (16 Mac 2010) - Pemuda PAS Perak yang di ketuai oleh Salman Saleh selaku Naib Ketuanya telah menziarahi mendiang Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Panthiyan a/l Patchamuthu yang mati di tembak di hadapan kedai mencuci kereta miliknya di Langkap, yang kini masih di bedah siasat di Hospital Tengku Bainun, Ipoh sebentar tadi.

Beliau di iringi oleh Safarizal Saleh, Penolong Setiausaha dan juga Ridzuan Rashid selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS yang berhubungan rapat dengan mendiang di dalam mengusahakan sokongan orang bukan melayu terhadap PAS khasnya.

Salman dalam masa bertemu dengan Suresh, anak tiri keempat mendiang menyatakan kesedihan di atas kejadian yang menimpa mendiang bagi pihak Pemuda PAS Perak. Salman juga menyampaikan sumbangan bagi pihak Pemuda PAS Perak kepada anak tiri mendiang tersebut.

"Bagi pihak Pemuda PAS Perak, kami merasakan kehilangan mendiang yang banyak membantu kami di dalam mendekatkan diri bersama masyarakat berbilang kaum" nyata Salman.

Beliau juga berharap ahli keluarga mendiang bersabar dan juga bertenang serta berharap pihak Polis dapat menjalankan siasatan bagi menyelesaikan kes yang membabitkan senjata api ini.




http://dppperak.blogspot.com/

SAFARIZAL SALEH
Penolong Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.