Catatan
Tunjukkan catatan dari Mac 7, 2009
Teriama kasih atas sokongan - Datuk Hassan Ahmad
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
JAM 4.12 PM - DI MASJID NEGARA Datuk Hassan Ahmad Pengersui Gerakan Mansuhkan PPSMI baru sahaja berucap. Berterima kaseh atas sokongan. Beliau meminta semua para demonstran bersurai. Malam ini berkumpul di Taman Melawar. Ada ceramah jam 9.00 malam. Hujan mula turun setitik setitik tanda menangisi kejayaan para demonstran dan tanda alam berterima kaseh kepada para penunjuk perasaan.Di belakang Istana Negara telah kelihatan gelap. Helikopter masih berkeliaran. Presiden PAS,Tuan Guru Dato'Seri Hj.Abdul Hadi Awang mengumumkan kepada yang hadir supaya bersurai sebentar tadi. R akyat telah melaungkan - KITA SAMBUNG Di BUKIT GANTANG !!! KITA TERUSKAN DI BUKIT SELAMBAU !! Himpunan BERSURAI !
A.Samad Said ditangkap !!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Azamin Amin Sat | Mar 07, 09 | 3:03:40 pm MYT Terkini |KUALA LUMPUR, 7 Mac (Hrkh) - Terkini menurut Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman yang berada di lokasi berhampiran Istana Negara memaklumkan bahawa Sasterawan Negara A. Samad Said ditangkap oleh pihak polis di depan pintu istana. Iklan FRU kini katanya telah melancarkan tembakan gas pemedih mata kepada para peserta himpunan dan dalam masa yang sama pasukan anggota polis kelihatan mengejar beberapa para peserta di lokasi berdekatan stesen Keretapi KTM berdekatan Istana Negara. Menurut beliau, kawasan sekitar Istana Negara kelihatan 'memutih' kerana lebih 100,000 orang ramai masih bertahan sungguhpun terasa bahang gas pemedih mata yang dilancarkan oleh FRU. "Saya sudah tak nampak kawasan sekitar, mata sangat pedih kena tembakan gas...saya akan maklumkan kemudian," katanya singkat ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi. Dilaporkan Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pimp...
3.18 - cubaan berkumpul kembali ke masjid negara di halang !!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Terkini !! _ mstar
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Sabtu Mac 7, 2009 Penyokong himpunan bantah dasar bahasa Inggeris rempuh polis Oleh G. MANIMARAN, ARIFUDDIN ISHAK dan NURUL AIN MOHD HUSSAIN [DIKEMAS KINI, 3 PETANG] PETALING JAYA: Beratus-ratus penyokong Perhimpunan 100,000 Rakyat, dianjur bagi membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris (PPSMI), yang merempuh polis dihalang daripada memasuki jalan ke Istana Negara. Beratus-ratus penyokong merempuh sekatan polis untuk menuju ke Istana Negara kira-kira sejam yang lalu. Kira-kira pukul 2.20 petang tadi mereka melepasi Jalan Kg. Atap menuju ke Jalan Istana. Bagaimanapun mereka ditahan di laluan Jalan Kg. Atap-Jalan Syed Putra daripada memasuki kawasan Jalan Istana. Kira-kira 2.30 petang tadi, sebaik sahaja mereka tiba di kawasan pertemuan Jalan Syed Putra-Jalan Kg. Atap, anggota pasukan keselamatan melepaskan tembakan gas pemedih mata. Mereka bertindak merempuh pintu besar Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas tidak berpuas hati denga...
Polis tembak gas kepada penentang PPSMI ! !
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Polis tembak gas kepada penentang PPSMI Mar 7, 09 1:54pm kemaskini 2.36pm Perhimpunan membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bermula di Masjid Negara dengan kawalan ketat polis. Perhimpunan yang dibenarkan oleh pihak berwajib itu berarak ke Istana Negara bagi membawa memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam pemansuhan dasar kontroversi itu. Polis bagaimanapun melarang sebarang perarakan ke istana dan juga perhimpunan di dua lokasi lagi seperi dirancang, Pasar Seni dan kompleks membeli-belah Sogo. Polis kelihatan berkawal dekat mahkamah syariah Wilayah Persekutuan, beberapa ratus meter dari Masjid Negara, jalan menuju istana. Untuk memintas sekatan polis di situ, kumpulan lebih 1,000 penentang dasar tersebut di kalangan aktivis bahasa dan penyokong pembangkang bergerak melalui jejantas depan masjid menuju Kampung Attap, dekat istana. Polis melepaskan gas pemedih mata kepada pen...
Penyokong himpunan bantah bahasa inggeris rempuh polis !!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Sabtu Mac 7, 2009 Penyokong himpunan bantah bahasa Inggeris rempuh polis Oleh G. MANIMARAN, ARIFUDDIN ISHAK dan NURUL AIN MOHD HUSSAIN [DIKEMAS KINI, 2.15 PETANG] PETALING JAYA: Kira-kira 5,000 penyokong Perhimpunan 100,000 Rakyat, dianjur bagi membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris (PPSMI), di ibu negara petang ini merempuh sekatan polis untuk menuju ke Istana Negara. Mereka bertindak merempuh pintu besar Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas tidak berpuas hati dengan keputusan polis yang hanya membenarkan tujuh orang wakil perhimpunan itu bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. BERITA TERDAHULU Sekatan polis kawal perhimpunan bantah PPSMI di KL [DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Polis mengadakan sekatan jalan raya di sekitar Lembah Klang sejak awal pagi ini bagi mengawal keadaan menjelang Perhimpunan 100,000 Rakyat, dianjur bagi membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran...