27 Jun 2008

MANDI MALAM DAN MINUM AIS BATU- Merosakkan Paru-paru


Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar g elas ini. Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air.
Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esofagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity). Apabila s eseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain. Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.
Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah. Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Pr ojek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya.
Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas). Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, siisteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr Y tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas. Bagi makluman pembaca sekelian, Mr Y sudah kena simptom ?kalah sejuk? iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya.

Berikut pula adalah penjelasan bagi kes mandi malam. Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair. Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan.
Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm. Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastik transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke?? Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi.
Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair. Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kep ada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair. Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan s ekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan ?Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? ?. Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah ?Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya ?. Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata ?badan dah panas, nak buat apa!?. Begitulah kata-kata orang yang degil. Dari penjelasan ringkas saya di sini boleh dirumuskan bahawa Mandi malam dan minum ais batu boleh merosakkan paru-paru

ZINNIRAH Serikandi sejati


Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan.

Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya. Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam. Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab.

Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah SAW, terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni baik lawan mahupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat. "Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan "Allah.. Allah.."

Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Latta dan Uzza, namun iman Zinnirah tidak luntur. Zinnirah tegas berkata, "Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa". Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam. Allahuakbar..

ZAINAB AL GHAZALI


Zainab Al Ghazali dilahirkan pada 1971 di Al-Bihira, Mesir; berketurunan drp Umar al Khattab, khalifah kedua Islam. Zaman mudanya dihabiskan dgn mencari ilmu dan pelbagai aktiviti yang membolehkan beliau menjadi barisan utama didalam perjuangan Islam di Mesir kemudiannya.


Bapa beliau berpendidikan Al-Azhar dan merupakan anak murid antaranya Sheikh Ali Mahfouz, Sheikh Muhammad Al-Awdab dan Muhammad El-Najjar. Zainab berasal drp keluarga yg aktif berpolitik dan disegani. Semasa muda, beliau merupakan seorang ahli Gabungan Feminis Mesir yg aktif, tetapi pada tahun 1936, semasa berusia 18, beliau menubuhkan persatuan beliau sendiri; Persatuan Wanita Islam, utk mengurus kerja2 wanita2 Islam bersesuaian dgn ajaran Islam. Semasa disinilah beliau bertemu dgn Imam Hassan al-Banna, pengasas Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin). Al-Banna mengajak beliau supaya mengetuai cabang wanita Ikhwan dan menggabungkannya dgn Persatuan Wanita Islam. Beliau menolak tetapi akhirnya memberikan bai’ah secara rahsia kpd Al-Banna untuk membantu perjuangan Ikhwan. Left: Hassan al-Banna, right: Sayyid Qutb

Selepas kematian Al-Banna dan keberikutan drp pemenjaraan dan pembunuhan pimpinanIkhwan, Zainab bersama2 dgn Syed Qutb dan Abd al-Fattah Ismail berpadu sebagai pemandu yg baru kpd gerakan Ikhwan dan mencapai orgramai melalui penulisan mereka dan ceramah. Rumah Zainab pula dijadikan medan utk golongan muda bertemu dan mendalami kecintaan mereka kpd ilmu Islam dan idaman mereka utk memperbaiki keadaan masyarakat mereka, serupa dgn rumah Al-Arqam semasa dijadikan sebagai medan pertemuan generasi Islam pertama 1400 tahun yg lalu. Tetapi, mana2 gerakan yg inginkan perubahan sudah tentu akan bertemu dgn mehnah dan ujian drp golongan yg takut dgnnya; kerajaan. Dgn beberapa pimpinan Ikhwan, Zianab ditangkap oleh presiden Jaml’ Abd Al-Nasr pada 1965, dibicarakan pada 1966 dan dijatuhi hukuman sangat keras selama 25 tahun. Sebelum pembicaraan dan sepanjang menjalani hukuman, beliau telah disiksa dgn sgt hina, seperti yg dirakamkan beliau dlm bukunya, ‘The return of the Pharoah’ (saya tidak ingat tajuk buku ini dlm bahasa Melayu walaupun pernah membacanya dlm kedua2 bahasa). Tetapi beliau kuat dan beristiqamah, tidak mahu utk menanda-tangani pengakuan palsu atau menipu mengenai aktiviti sahabat2 seperjuangnnya. Beliau kemudiannya dilepaskan pada 1971 ketika president Anwar Sadat (selepas kematian Nasr). Left: Jamal abd al-nasr, right: anwar sadat

Setelah beliau dibebaskan dr penjara, Zainab kembali mengajar dan berjuan sebagai pembakar semangat kpd generasi pejuang Islam, lelaki dan wanita. Beliau menunjukkan contoh kpd wanita Islam bagaimana boleh mereka boleh memenuhi tanggungjwab mereka sebagai isteri dan ibu, tetapi dlm masa yg sama memberikan sumbangan kpd masyarakat dan dakwah, mengajar dan memanggil manusia kpd ajaran Islam. Beliau seorang penulis yg disanjung tinggi, kerap menulis utk journal2 Islam, selain menerajui ajaran tafsir al-Quran. Barangkali, pelajaran yg paling baik utk kita pelajari drp Zainab adalah kekuatan beliau didlm menjalani ibadah kpd Allah. Beliau menjadikan kehambaannya kpd Allah yg mengatasi segala2nya dlm hidup beliau seperti ucapan beliau yg sgt terkenal kpd suami beliau sebelum berkahwin: ‘…. Mari kita berjanji, berjani sepenuhnya antara seorang lelaki dan wanita, wanita yg pada umur 18, memberikan keseluruhan hidupnya utk Allah dan dakwah. Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini dan dakwah, maka perkahwinan kita akan tamat, tetapi dakwah akan sentiasa bertunjang dlm diriku…’ Zainab meninggal dunia pada usia 88, semoga perjuangan beliau menjadi sumber inspirasi kpd wanita muslimah kini.

26 Jun 2008

SERBAN DAN HUKUMNYA


SERBAN DAN HUKUMNYA

Didalam bahasa Arab, Serban disebut dengan “العمامة” al-‘Imamah. Di dalam buku “mengapa tidak berserban?” karangan Muhammad Nur Lubis, serban di definisikan, “Kain yang dililitkan di atas jenis kopiah, samada dari jenis kain khas atau lain yang diletakan di atas kepala”[2]

Adapun didalam Kamus al-Mu’jam al-‘Arabi Al-Asasi, Al-‘Imamah didefinisikan sebagai;

ما يلف على الرأس

Maksudnya; “sesuatu yang dibelitkan atas kepala” (m/s 869)

Mengikut Ahli Sejarah, pemakaian serban adalah merupakan pemakaian kebiasaan arab semenjak zaman jahiliyyah lagi, sehinggakan arab menganggap bahawa serban adalah mahkota orang-orang arab sebagaimana disebut oleh Saidina Ali RA ;


العمائم تيجان العرب

Maksudnya; “Serban adalah mahkota orang-orang arab”

Walaupun serban merupakan pakaian yang dibanggakan oleh orang-orang arab semenjak zaman jahiliyyah lagi, tetapi pemakaian serban juga merupakan pemakaian yang disukai oleh Nabi SAW.

HADIS-HADIS TENTANG BERSERBAN

Jika dibaca hadis-hadis berkenaan dengan serban, kita akan dapati bahawa banyak hadis-hadis yang menceritakan tentang pemakaian serban yang memakaikannya oleh Nabi SAW sendiri. Walaupunbegitu, tidak dinafikan, ada hadis-hadis yang menceritakan tentang fadhilat atau kelebihan berserban itu, samada lemah atau mauduk (palsu). Setelah dilihat kepada hadis-hadis fadhilat atau kelebihan itu, tidak semua hadis-hadis tersebut jatuh kepada lemah dan Mauduk, bahkan disana ada beberapa hadis saheh berkenaan dengan fadhilat berserban ini. Diantaranya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-tabrani, Hakim dan Ibnu Abbas di dalam kitab “Al-Jami’ As-Sagir” jilid 1, M/s 74.
Hadis tersebut adalah sabda Rasulullah SAW;


عن ابى المليح بن أسامة عن أبيه قال : قال رسول الله – ص - : اعتموا تزدادوا حلما

Maksudnya; “Daripada Abi al-Malih bin Osamah, daripada ayahnya berkata : bersabda Rasulullah SAW : Ferserbanlah kamu, nescaya bertambah sifat sabar kamu”

Dari hadis ini, Baginda SAW menggunakan “Sigah Amar” atau suruhan kepada berserban. Didalam pengajian Ilmu Nahu , suruhan menandakan wajib, selagi mana tidak ada qarinah yang memalingkannya kepada sunat. Oleh yang demikian, difahami dari hadis ini, pemakaian serban bukanlah satu perkara yang wajib, ini kerana, suruhan di sini bermaksud “imtinan”, maka dengan demikian, pemakaian serban adalah sesuatu yang disunatkan berdasarkan suruhan yang terkandung hadis tersebut. Juga didalam satu riwayat hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Asakir dari Ibnu Omar bahawa Rasulullah SAW bersabda;


صلاة التطوع أو فريضة بعمامة تعدل خمسا و عشرين صلاة بلا عمامة و جمعة بعمامة تعدل سبعين جمعة بلا عمامة

Maksudnya; “Solat sunat atau fardu dengan berserban adalah menyamai (pahalanya) dua puluh lima solat dengan tidak berserban. Dan solat Jumaat dengan berserban menyamai (pahala) dengan tujuh puluh Jumaat tanpa berserban”.

Hadis ini telah diperdebatkan oleh ulama. Ada yang mengatakan ianya adalah hadis yang da’ef atau lemah dan ada mengatakan ianya adalah hadis yang saheh. Walaubagaimanapun, didalam kitab “Mukhtasar Syarah Al-Jami’ Al-Saghir” susunan Imam As-Sayuti yang disyarahkan oleh Imam Al-Manawi, telah mensahehkan hadis ini.

( Lihat “Mukhtasar Syarah Al-Jami’ as-Saghir : (2/7 ) Dari ulasan ini, tidak boleh kita menyatakan bahawa, pemakaian serban adalah salah satu dari kebiasaan pakaian arab, tanpa merujuk kepada pahala dikala memakainya.

PEMAHAMAN PEMBAHAGIAN SUNNAH MENGIKUT PENGAJIAN USULFIKH ISLAMI

Begitu juga, berdasarkan perbahasan Sunnah Rasulullah SAW. Ulama-ulama membahagikan sunnah itu kepada beberapa bentuk, iaitu seperti berikut;

a. Sunnah Qauliyyah (sunnah yang berbentuk perkataan Nabi)
b. Sunnah Fi’liyyah (sunnah yang berbentuk perbuatan nabi)
c. Sunnah Taqririyyah (sunnah yang berbentuk pengakuan nabi)

Didalam perbahasan “Sunnah Fi’liyyah” ulama-ulama telah membahagikannya kepada beberapa pembahagian, ianya adalah seperti berikut;

a. Al-Af’al al-Jibilliyyah : iaitu perbuatan nabi yang berbentuk kebiasaan dilakukan juga oleh orang ramai, seperti duduk, berdiri, berjalan, makan, minum dan sebagainya.
b. Al-Af’al al-Khasais bi an-nabi” : iaitu perbuatan yang terkhusus kepada Nabi SAW sahaja, atau dikenali sebagai “khususiyyah Nabi”. Seperti kewajipan solat dhuha, Witir dan tahajjud malam atas diri Rasulullah SAW, kahwin lebih dari empat orang dan lain-lain.
c. Perbuatan-perbuatan yang digalakan manusia mengikutnya dan diberi pahala kepada pengamalnya.[ Lihat “usul al-fiqh al-islami” (1/478)]

Menurut jumhur, af’al Al-jibilliyyah adalah perbuatan nabi yang tidak dikaitan dengan tuntutan melakukannya. Menurut satu pendapat, antaranya adalah pendapat Ibnu Omar, bahawa melakukan amalan yang berbentuk Al-jibilyyah, adalah amalan yang disunatkan.
[ Lihat sebelumnya]
Sekiranya ada orang mendakwa bahawa memakai serban adalah sesuatu pakaian adat dan kebiasaan orang arab, yang disamping nabi orang arab, lantas nabi memakai serban, maka itu tidak memberi apa-apa pahala, maka pemahaman itu adalah sesuatu yang salah. Ini kerana, jika merujuk kepada pemahaman sunnah-sunnah diatas, dengan ini ingin kami nyatakan bahawa pemakaian serban di bawah ketagori sunnah al-af’al al-jibilyyah, yang mana, walaupun ianya adalah pemakaian orang arab, tetapi pemakaian tersebut merupakan pemakaian yang disukai oleh nabi. Lantas dengan itu, sekiranya kita memakainya disertai niat berbangga dengan pakaian nabi, maka itu juga diberikan pahala. Ini boleh dilihat dari perbuatan Abdullah bin Omar dan kenyataan beliau yang menggalakan mengikut segala perbuatan yang disandarkan kepada Rasulullah SAW pada segala sudut perbuatan, dan mengatakan pahala dengan mengikut akan perbuatan tersebut.[Lihat sebelumnya]
Antara bukti perbuatan Abdullah bin Omar itu adalah seperti berikut;

a. Daripada Mujahid berkata : “Pernah kami bersama Ibnu Omar RA dalam satu permusafiran, beliau melintasi satu kawasan lalu beliau menyimpang – iaitu melencong ke kanan atau ke kiri dari tempat tersebut- Beliau ditanya : “Kenapa engkau berbuat demikian?” beliau menjawab : “Aku telah melihat Baginda Rasulullah SAW melakukan ini, maka aku pun melakukannya”
(hadis riwayat Ahmad dan Bazzar dengan sanad yang baik)

b. Daripada Ibnu Omar RA bahawa Sesungguhnya beliau pernah mendatangi sebatang pohon yang berada di antara Mekkah dan madinah untuk beristirehat dibawah pohon tersebut. Lalu beliau memberitahu, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah melakukan yang demikian (berististirihat) di situ”. (hadis riwayat Bazzar dengan sanad hadis yang tidak mengapa (tidak ada cacat)).

c. Daripada Ibnu Sirin beliau berkata ; “Aku pernah bersama Ibnu Omar RA di tanah Arafah, maka tatkala sampai waktu beliau pergi aku pun turut pergi bersamanya sehingga datang imam lalu Ibnu Omar mengikuti bersama Imam menunaikan solat zohor dan asar, kemudian beliau wukuf. Aku dan beberapa orang temanku turut berwukuf sehinggalah imam bertolak meninggalkan arafah, maka kami bertolak bersama Ibnu Omar sehinggalah sampai ke kawasan antara dua bukit sebelum tempat di antara masy’ar dan arafah. Lalu beliau berhenti dan kami pun turut berhenti Dan kami menduga bahawa beliau ingin solat lalu berkatalah hambanya yang memegang kenderaan beliau bahawa Ibnu Omar bukan mahu solat di situ, tetapi beliau teringat bahawa sesungguhnya Baginda SAW tatkala sampai dikawasan ini, Baginda SAW menunaikan hajatnya (qada’ hajat), maka beliaupun (Ibnu Omar) ingin menunaikan hajatnya (qada’ hajat) juga.” (hadis riwayat Ahmad dan para rawinya daripada para perawi yang meriwayatkan hadis-hadis yang saheh)”.[7]
Hal ini juga dapat dilihat dari perbuatan seorang sahabat yang masyhur iaitu Saidina Ali yang kisahnya adalah seperti berikut; “Saidina Ali ketika menaiki kenderaan ketika bermusafir, beliau membaca “Bismillah”. apabila telah tetap beliau atas kenderaannya, beliau membaca “Al-hamdulillah”, kemudian membaca doa menaiki kenderaaan. Setelah dari itu beliau bertakbir sebanyak tiga kali dan membaca doa


“سبحانك انى ظلمت نفسى فاغفرلى , انه لا يغفر الذنوب الا أنت”.

Kemudian dari itu, beliau senyum. Lalu Ali bin Rabi’ah bertanya : Wahai Amir Al-Mukminin, mengapa kamu tersenyum. Berkata Ali bin Abi Talib : “Aku tersenyum kerana aku melihat beginilah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, Dan ketika itu aku bertanya kepada Nabi, tentang senyum nabi, Rasulullah SAW menjawab : Sesungguhnya tuhan kamu berbangga dari hambanya, apabila berkata “ya Allah, Ampunilah dosaku”, yang mana, hamba itu mengetahui bahawa tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Allah sahaja”
[ Lihat “Sunan Abi Daud” (1/599) hadis ke 2602]

Dari hadis ini menunjukan kepada kita bahawa Saidina Ali adalah seorang sahabat yang sangat-sangat mengikut perbuatan Rasulullah SAW, sehinggakan senyuman Rasulullah SAW tersebut adalah kerana Rasulullah SAW dikhabarkan tentang kebanggaan Allah ketika itu, tetapi ditiru oleh Ali, walaupun beliau tidak dikhabarkan sesuatu pun. Ini menandakan, walaupun perbuatan Rasulullah Saw itu tidak disuruh turuti, tetapi perbuatan tersebut ditiru oleh Ali sebagai tanda berbangga dengan perbuatan Rasulullah SAW itu. Maka demikian jugalah memakai serban, kerana berbangga dengan pemakaian Rasulullah SAW merupakan sesuatu ibadat yang dijanjikan pahala.

[1] Sila rujuk Kitab “jarimah arriddah” karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi.
[2] Mengapa tidak berserban : m/s ii. (dalam kata pengantar)
[3] Lihat “Mukhtasar Syarah Al-Jami’ as-Saghir : (2/7
[4] Lihat “usul al-fiqh al-islami” (1/478)
[5] Lihat “usul al-fiqh al-islami” (1/478)
[6] Usul al-fiqh al-islami ; (1/478)
[7] Hadis-hadis ini boleh dirujuk di dalam kitab “at-tamassuk bil kitab wa as-sunnah” m/s 21-24 [8] Lihat “Sunan Abi Daud” (1/599) hadis ke 2602

UMAT ISLAM 20 PERATUS SAHAJA YANG SEMBAHYANG


SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setiap Muslim yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain. Ini diperkuatkan dengan ebuah hadis Nabi yang bermaksud; "Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia meninggalkan agama." Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini. "Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya mengambil masa 15 atau 20 minit. Malah ada juga yang sanggup embuang masa di pusat membeli-belah, pusat karaoke, menyaksikan konsert, menonton perlawanan bola sepak, terlibat dengan lumba motor haram selama berjam-jam tetapi mengabaikan taklif agama yang mengambil masa pendek,"Kata Dr. Fadzilah dengan suara tersekat-sekat menahan sebak pada majlis pelancaran album motivasinya yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Tambah beliau, hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari. Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini. Lebih menyedihkan, senario yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. Kekecewaan dan kebimbangan Dr. Fadzilah jelas tergambar apabila beliau tidak dapat membendung air mata dan menangis, membuatkan hadirin tergamam seketika. "Biarpun masa yang diperlukan itu pendek, tetapi banyak orang yang ingkar untuk melakukannya kerana tidak menghayati ibadah tersebut, natijah daripada tidak ada latar belakang pembelajaran agama. Kewajipan solat sering dipandang remeh atau dianggap tidak ada nilai sensasi untuk diketengahkan kepada umum. Namun hakikatnya, ia terpaksa disampaikan ke pengetahuan semua kerana saya khuatir umat Islam akan menuju kehancuran apabila umatnya sudah seperti penganut agama lain yang sembahyang mengikut kehendak sendiri atau suka-suka sahaja," terang beliau. Kata Dr. Fadzilah lagi, kepincangan ini terpikul di bahu setiap individu Islam itu sendiri, bak kata pepatah Melayu, tepuk dada tanya hati. Di dalam al-Quran, banyak firman Allah yang memerintahkan kita mengerjakan solat, antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud; "Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk." Ini menjelaskan kepada kita ahawa orang yang menunaikan solat sebenarnya telah menunaikan tanggungjawabnya dan dikasihi oleh Allah dan rasul-Nya kerana mengikut ajaran Islam. "Semua pihak kena peka terutamanya ibu bapa kerana tidak menerapkan ewajipan ini menjadi amalan harian di dalam diri anak-anak. Rasa kasihan untuk mengejutkan anak solat Subuh merupakan salah satu contoh kerugian besar dan cara yang salah dalam mempamerkan kasih sayang kepada anak. Sebenarnya di dalam solat manusia diajak untuk mengabdikan diri kepada Allah. Selain itu, solat merupakan benteng diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Orang yang melakukan solat juga mampu menjadi orang yang melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan agama," kata Fadzilah. Menurut beliau lagi, terdapat banyak sebab rapuhnya keimanan seseorang itu; kerana suasana kerja, pengaruh teman-teman, pengaruh luar yang tidak menggalakkan dan sebagainya. Namun, punca sebenar berlakunya demikian ialah kerana tidak ada rasa tanggungjawab atau minat untuk menunaikan sembahyang, kerana tidak memahami rahsia-rahsia keperluan sembahyang. Dr. Fadzilah mengakui kebenaran bahawa manusia lebih peka menumpukan perolehan yang bersifat material. "Allah swt menyuruh agar manusia menjadikan dunia ini laluan bagi kehidupan di akhirat, tetapi manusia sering mengeksploitasi hidup di dunia ini, seumpama hidup yang kekal, menyebabkan mereka lupa hidup di akhirat dan membelakangkan perintah-perintah-Nya," katanya lagi.

NASIHAT IMAM SHAFIE

Nasihat Imam Syafie Mengenai Empat Perkara

A. Empat perkara menyihatkan badan :
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian daripada kain kapas

B. Empat perkara melemahkan badan :
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makanan yang masam

C. Empat perkara menajamkan mata :
1. Duduk mengadap qiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

D. Empat perkara merosakkan mata :
1. Memandang najis
2. Melihat orang mati dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi qiblat

E. Empat perkara menajamkan fikiran :
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Berbicara dengan orang soleh
4. Bergaul dengan golongan ulamak

F. Empat keadaan ketika tidur :
1. Tidur golongan Nabi – tidur terlentang sambil berfikir mengenai ketuhanan dan ciptaan-Nya

2. Tidur golongan orang-orang soleh dan ahli ibadah – tidur mengiring di sebelah kanan bagi memudahkan bangun malam (qiyamullail).
3. Tidur golongan raja yang haloba – tidur mengiring di sebelah kiri bagi mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. Tidur Syaitan – tidur menelungkup atau meniarap seperti tidurnya ahli neraka.

wallahu'alaam...

SEKS BEBAS : HUDUD ADALAH PENYELESAIANNYA


Harian Metro versi Internet (mymetro) melaporkan berita tentang seorang perempuan yang bernama M jothi (mungkin Hindu) dan anaknya telah dihidapati HIV ekoran seks bebas yang diamalkan oleh suaminya yang bernama Mohan.Menyedihkan lagi, berita itu melaporkan bahawa Jothi tidak dapat caruman KWSP milik Mohan, disebabkan caruman itu telah diberikan kepada abangnya[1].

Menurut Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong berkata;“penularan virus HIV semakin serius yang menjadi faktor keruntuhan rumah tangga di Malaysia kini”Menurutnya, “isteri yang dijangkiti HIV seolah-olah menerima hukuman mati tanpa melakukan sebarang kesalahan atau dosa.”“Empat wanita malang yang datang ke biro didapati pasrah dengan apa yang berlaku. Mereka sekadar meminta bantuan supaya anak yang masih hidup diberikan perhatian sewajarnya supaya tidak hidup melarat”“Apa yang menyedihkan, mereka disisih anggota keluarga kerana bimbang dijangkiti,”

Membaca berita ini, aku mula berfikir. Inilah bala yang Allah timpakan kepada rakyat Malaysia, apabila mereka sudah mula mengabaikan tugas mereka sebagai Khalifah Allah di atas muka bumi Allah SWT.Aku meyakini, kejadian seperti ini sebenarnya bukan sekadar berlaku dikalangan non Muslim sahaja, bahkan banyak berlaku juga kepada muslim.Penyelesaian ini tidak cukup sekadar memberi nasihat kepada para suami agar tidak melakukan hubungan seks bebas, tetapi perlunya kepada hukum yang terlaksana bagi mengatasi masalah ini.


HUDUD ADALAH PENYELESAIANNYA

Merujuk kepada Islam, didapati perkara zina merupakan satu dosa besar yang telah disediakan hukuman terhadap pelakunya.Firman Allah


;الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِ

دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

aksudnya;“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.”(Surah An-Nur : 2)Merujuk kepada ayat ini, dijelaskan kepada kita beberapa perkara penting, iaitu;Pertama :sengaja Allah mendahulukan kalimah “orang perempuan berzina” berbanding “lelaki yang berzina”, dikeranakan perempuan merupakan unsur utama penyebab berlakunya zina.jika merujuk kepada ilmu psikologi, didapati perempuan yang membuka aurat merupakan faktor utama dalam mendesak kehendak hawa nafsu lelaki menjadi buas, dengan itu akan berlakulah seks bebas.Dr Danial Zainal Abidin ada menukilkan satu tulisan dari buku yang bertajuk “Brain sex : the real Difference between men and women, yang mana dalam buku itu menjelaskan tentang perkataan mior dan david jessel, yang mengatakan bahawa secara dasarnya kaum wanita tidak terangsang apabila melihat gambar-gambar bogel. Malah wanita tidak terangsang semasa melihat kemaluan lelaki.Sebaliknya, kaum lelaki meminati gambar-gambar yang memaparkan kemaluan wanita kerana melalui gambar-gambar itu mereka mampu berkhayal melakukan perbuatan-perbuatan lucah. Bagi kaum lelaki, seks adalah pornografi yang mengiurkan, mereka hanya mementingkan tubuh, sedangkan kaum wanita mementingan hubungan[2].Dari kajian psikologi ini, dapat difahami secara jelas bahawa, Al-Quran amat mementingkan menutup aurat dikalangan orang perempuan, disebabkan mereka merupakan punca utama berlakunya ganguan seksual kepada kaum lelaki, yang dengan itulah penyebab membawa kepada berlakunya seks bebas atau sebagainya.Kedua;dalam ayat ini, Allah menjelaskan kepada kita bahawa hukuman yang hendaklah dikenakan kepada orang berzina adalah sebat sebanyak 100 kali.Ayat ini memfokuskan hukuman terhadap mereka yang tidak pernah merasai jimak yang sah. Ini dikuatkan dengan hadis;

خُذُوا عَنِّي خُذُوا عَنِّي قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لَهُنَّ سَبِيلًا الْبِكْرُ بِالْبِكْرِ جَلْدُ مِائَةٍ وَنَفْيُ سَنَةٍ وَالثَّيِّبُ
بِالثَّيِّبِ جَلْدُ مِائَةٍ وَالرَّجْمُ

Maksudnya;“Ambillah dariku, ambillah dariku. Sesungguhnya Allah jadikan mereka jalan. Orang bujang (yang berzina) dengan dara sebanyak 100 kali sebat dan ternafikan hak kewargadaerahan selama setahun. Orang yang sudah berkahwin (yang berzina) dengan orang sudah berkahwin, hendaklah di sebat seratus kali dan rejam[3]”Adapun mereka yang berzina itu adalah orang yang pernah merasai jimak yang sah, ketika itu, hukuman yang dikenakan kepadanya adalah rejam sampai mati.Hal ini dirujuk kepada firman Allah yang telah dinasakhkan bacaannya, tetapi hukumnya tetap digunakan lagi, iaitu;

الشَّيْخُ وَالشَّيْخَةُ فَارْجُمُوهُمَا أَلْبَتَّةَ

Maksudnya;“Orang telah merasai jimak yang sah, lelaki dan perempuan (apabila berzina), maka hendaklah direjam kedua-duanya[4]”Juga tindakan nabi SAW yang merejam Ma’iz bin Malik Al-Aslami dan seorang perempuan yang berasal dari kampung Ghamid yang telah berzina[5].

HIKMAT HUDUD TERHADAP PENZINA

Merujuk kepada hukuman yang islam sediakan, kadangkala ada sebilangan manusia itu berkata bahawa hukuman islam ini mengandungi unsur kezaliman.Sebenarnya, jika diperhatikan disebalik pensyariatan hukum Allah ini, ianya mengandungi maksud “زاجرة و رادعة”.“zajirah” bermaksud mencegah dari orang lain melakukan perbuatan zina. Dan “Radi’ah” bermaksud mencegah dari orang berzina mengulangi perbuatan zina. Ekoran dari itulah, Islam mewajibkan perlaksanaan itu dikhalayak ramai.Disamping itu juga, perlaksanaan rejam sampai mati terhadap orang yang sudah merasai jimak dilakukan terhadap penzina adalah kerana dengan zinanya perempuan tersebut akan mendatangkan unsur untuk merosakan sistem nasad manusia, iaitu dikemungkinankan bercampur antara benih suami dengan lelaki yang berzina, yang jika melahirkan anak, tidak diketahui anak itu adalah anak siapa.Juga, ianya ada unsur untuk menyelesaikan perasaan cemburu yang membawa kepada dendam kesumat apabila hukum ini dilaksanakan.Keadaan ini tidak berlaku kepada orang yang belum pernah merasai jimak yang sah, lantaran itulah, mereka hanya dikenakan hukuman sebat sebanyak 100 kali sebatan sahaja, sebagai untuk mencegah dari orang lain melakukan perbuatan zina, juga mencegah dari orang yang berzina dari mengulangi perbuatan zina itu.PENUTUPTindakan kerajaan Negeri Kelantan dibawah penguasaan PAS yang menguatkuasakan larangan terhadap rakyat dari berpakaian tidak senonoh, disamping melakukan tindakan yang boleh membawa kepada tarikan kaum lelaki terhadap kaum perempuan, merupakan tindakan yang wajib dicontohi oleh seluruh pemerintahan di malaysia dan di dunia.Jika ada dakwaan mengatakan, tindakan itu telah menyekat kebebasan, sewajibnya mereka fahami, penguatkuasaan tersebut adalah menyekat agar tidak berlakunya “kebebasan” kejadian-kejadian yang boleh merosakan sistem kehidupan manusia, seperti yang telah dilaporkan oleh MyMetro.Oleh yang demikian, sudah sampai masanya Islam menjadi agama yang terlaksana di Malaysia. Selagi Islam tidak dijadikan sebagai asas pemerintahan, maka yakinilah, selagi itu segala masalah-masalah seperti yang dilaporkan oleh MyMetro ini tidak akan selesai.“Sokong Islam, anda selamat”Al-Bakistani

22 Jun 2008

ulama dan politik


OLEH DATO' HAJI HARUN TAIB

Kedudukan Ulama Dalam Islam
Ulama itu ialah mereka yang takut hanya kepada Allah dari kalangan mereka yang diberi pengetahuan dan kefahaman oleh Allah ‘Azzawajalla tentang Islam yang lengkap dan syumul itu. Untuk menjelaskan perkara ini Allah berfirman, maksudnya:


“Hanya semata-mata yang takut kepada Allah daripada kalangan hamba-Nya ialah ulama’”.
(al-Fathir : 28)

Untuk menentukan kedudukan mereka di dalam Islam, Allah berfirman, maksudnya:
“Katakan (wahai Muhammad) apakah sama golongan yang berilmu denga golongan tidak berilmu, sesungguhnya yang mempunyai akal fikiran yang waras sahaja yang selalu ingatkan perintah Allah”.

(az-Zumar : 9)

Firman Allah, maksudnya:
“Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan golongan yang berilmu pengetahuan dan Allah amat mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

(al-Mujadalah : 11)

Untuk menjelaskan perkara yang sama Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang melalui sesuatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, Allah memudahkan baginya jalan ke syurga. Sesungguhnya para malaikat meletakkan sayapnya untuk menuntut ilmu kerana berpuas hati dengan perbuatannya.
Sesungguhnya orang-orang Alim itu meminta ampun baginya oleh sekalian yang ada di langit dan di bumi sehingga ikan-ikan di air turut meminta ampun baginya.
Ia kelebihan orang alim berbanding dengan orang yang beribadat seperti kelebihan bulan berbanding dengan sekelian bintang.
Para ulama itu adalah pewaris kepada para nabi dan sesungguhnya para nabi itu tidak meninggalkan emas dan perak malahan mereka meninggalkan ilmu pengetahuan. Sesiapa yang menerimanya maka ia mendapat bahagian yang cukup sempurna”.
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud:


“Perumpamaan para ulama di muka bumi seperti bintang-bintang di langit yang memberi petunjuk kepda musafir dan pelayar di waktu malam, apabila terlindungnya bintang tersebut mereka akan terpinga-pinga kehilangan petunjuk”.
(Hadith Riwayat Imam Ahmad)

Ternyata daripada pembentangan di atas bahawa ulama itu mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Rasulullah SAW meletakkan mereka sebagai pewaris para nabi. Pewaris para nabi yang bermaksud “menggalang ganti di dalam menjaga agama dan mentadbir dunia dengannya” menghendaki supaya para ulama menjadi pengganti nabi dalam urusan mentadbir dan menjaga agama.
Itulah yang difahami oleh para sahabat dan para cerdik pandai Islam. Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Ibnu Affan, Ali Ibnu Abi Talib dan lain-lain daripada para khulafa’ mengambil tempat baginda Rasulullah SAW dalam urusan yang kita sebutkan di atas.
Justeru itu, para cerdik pandai Islam yang menulis buku di bidang siasah dan pentadbiran negara menyatakan bahawa jawatan-jawatan penting di dalam negara seperti khalifah, perdana menteri dan para hakim hendaklah disandang oleh para ulama mujtahidin dari kalangan ulama Islam.
Hal ini saudara akan dapati bila saudara-saudara membaca buku-buku yang ditulis oleh Imam As-Syafie, Al-Mawardi, Abu Ya’la, Ibnu Khaldun, Imam Al-Haramain Al-Juwaini, Al-Imam Al-Ghazali dan lain-lain.
Bertolak dari kajian-kajian dan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh para alim ulama yang mentadbir di zaman silam, maka para penulis dan penganalisa zaman sekarang ini membuat beberapa rumusan di antara lainnya:


1. Bahawa pemerintahan Islam itu adalah pemerintahan yang berasaskan agama. Hal ini antara lainnya diasaskan kepada kata-kata Al-Imam Al-Ghazali yang bermaksud:
“Agama itu asas dan kerajaan itu pengawal. Maka sesuatu yang tidak mempunyai asas akan tumbang dan sesuatu yang tidak ada pengawal akan hilang”.


2. Ia merupakan kerajaan yang dipandu oleh para ulama. Hal ini adalah didapati daripada beberapa rumusan yang dibuat oleh cendikiawan Islam yang mengatakan bahawa mengetahui syariat Islam sampai kepada peringkat ijtihad adalah salah satu daripada syarat-syarat kelayakan untuk menjadi ketua negara, perdana menteri dan hakim di dalam negara Islam.

3. Hal ini terlalu jelas apabila kita merenung firman Allah, maksudnya:
“Dan hendaklah kamu menjalankan hukum (pemerintahan) di kalangan mereka berdasarkan kepada apa yang diturunkan oleh Allah”.

(al-Maidah : 48)

Siapakah yang lebih arif tentang apa yang diturunkan oleh Allah kalau tidak para ulama. Piagam Madinah jelas menyatakan bahawa rujukan kepada kerajaan Islam itu ialah kitab Allah dan Sunnah RasulNya.
“Dan sesungguhnya apa jua yang berlaku di kalangan mereka yang menandatangani piagam ini, yang khuatir berlaku kerosakan atau kehuruharaan maka Kitab Allah dan sunnah Rasul menjadi rujukan”.
Mengimbas kembali kepada apa yang dibentang dan apa yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan zaman para Khulafa’ Al-Rasyidin mengajak kita berfikir dan membuat rumusan tentang kedudukan ulama’ dalam politik sesebuah negara.
Ia bukan sekadar melibatkan diri di dalam politik malahan menjadi tonggak kepada kepimpinan negara. Hal ini jelas apabila Al-Imam Al-Mawardi mengatakan antara lainnya:
“Apabila berlaku kekosongan jawatan ketua negara, maka dua golongan masyarakat haruslah tampil ke hadapan untuk mengisi kekosongan itu.
Golongan pertama ialah golongan yang mempunyai kelayakan menjadi calon (ketua negara) manakala golongan kedua pula ialah golongan yang layak menjadi penapis calon.
Golongan yang layak menjadi calon sudah barang tentu dari kalangan ulama kerana salah satu daripada syarat-syarat kelayakan itu ialah memahami syariat sampai kepada peringkat ijtihad”.
Golongan ulama bukan sekadar menjadi penasihat kepada negara atau kerajaan tetapi mereka adalah pemegang polisi dan pelaksana kepada dasar negara.
Perbahasan mengenai kedudukan ulama dan keterlibatan mereka dalam politik tanahair berlaku apabila negara-negara umat Islam disekularismakan oleh penjajah.
Merekalah yang memisahkan agama dan politik. Mereka mendualismakan cara hidup umat Islam. Satu cara hidup perseorangan dan kekeluargaan dan satu lagi cara hidup bernegara.
Mereka mengekalkan cara hidup kekeluargaan mengikut hukum-hukum Islam, manakala cara hidup bernegara mereka pisahkan daripada Islam. Hal ini menjadikan sistem politik, pentadbiran, perundangan, pendidikan, kemasyarakatan, perekonomian dan lain-lain di negara umat Islam dipisahkan daripada sistem Islam.
Justeru itu, dalam sesebuah negara umat Islam hari ini diwujudkan dua penasihat, penasihat agama yang dinamakan mufti dan satu lagi penasihat undang-undang.Namun demikian para mufti tidak diberi apa-apa kuasa/peranan yang setahap di dalam sesebuah negara.
Mereka tidak dianggap orang penting. Pandangan mereka tidaklah wajib ditaati oleh kerajaan berbeza dengan penasihat undang-undang atau peguam negara.
Ekoran daripada itu, institusi ulama’ tidak diberi penghargaan dan penghormatan yang sewajarnya. Dalam keadaan begini ulama’ pula berpecah kepada beberapa golongan. Hal ini bolehlah kita dapati di dalam perbincangan yang selanjutnya.


UMAT ISLAM DI ZAMAN SEKARANG
Ulama kita di zaman sekarang bolehlah dibahagikan kepada lima kategori:


Kategori 1
Ulama yang baik, bertaqwa, ikhlas, amalan dan ibadat mereka semata-mata kepada Allah. Namun demikian mereka mengasingkan diri daripada dunia. Mereka tidak mengambil tahu tentang permasalhaan orang Islam walaupun sedikit.
Mereka saling tak tumpah seperti ahli-ahli tasauf di zaman mutaakhir Islam iaitu tasauf yang negatif yang mengasingkan diri daripada dunia.
Mereka melihat bahawa menjauhi diri daripada dunia adalah satu jalan selamt untuk mereka dan suatu amalan bertaqarrub kepada Allah Azza Wa jalla.
Oleh kerana itu terdapat terlalu ramai daripada kalangan orang-orang dewasa ini yang menjadi mangsa kepada segala taghut dan si zalim.
Ulama seperti ini tidak mengambil tanggungjawab dalam mempertahankan orang-orang Islam sama ada pada hak-haknya, aqidahnya, kemuliaannya, kehormatannya dan lain-lain lagi. Taghut terus bermaharajalela tanpa mendengar sebarang peringatan dan nasihat untuk berbuat kebaikan.
Sepatutnya para alim ulama memberitahu betapa si zalim akhirnya pasti akan mendapat tentangan yang hebat daripada rakyatnya. Kumpulan ulama seperti ini terus menyambung amalan yang dilakukan oleh orang yang terdahulu daripada mereka. Walau apapun yang terjadi mereka tidak bersedia untuk turun ke medan untuk menghayati firman Allah, maksudnya:


“Dan hendaklah kamu menjadi umat yang menyeru manusia kepada kebaikan dan menyuruh mereka melakukan amal ma’ruf dan mencegah mereka dari melakukan kemungkaran dan merekalah orang-orang yang berjaya”.
(Ali Imran: 104)
Dan untuk menghayati sabda junjungan yang bermaksud:
“Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan (kuasa). Sekiranya kamu tidak mampu hendaklah diubah dengan lidah dan sekiranya kamu tidak mampu hendaklah kamu membencinya di dalam hati kamu. Itulah selemah-lemah iman”.
Atau sabdanya lagi yang bermaksud:
“Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim”.


Kategori 2
Golongan yang sangat setia kepada Islam, cemburu kepadanya namun begitu mereka terlalu baik hati, niat mereka terlalu ikhlas. Mereka memberikan penilaian bahawa setiap orang yang mencium tangannya, menghadirkan diri di dalam majlis zikir serta menghadiri jemputan mereka sebagai orang yang cintakan agamanya.
Justeru itu ramai di kalangan penipu yang berjaya menipu ulama’ yang seperti ini. Mereka dibenarkan berkhutbah di masjid-masjid, di majlis-majlis kempen pilihanraya untuk memberi sokongan kepada “figure” (individu) tertentu.
Tulisan-tulisan mereka memihak dan memuja orang-orang tertentu pada hal orang yang dipuji adalah orang yang paling ketat permusuhannya dengan Islam, kalau mereka mempunyai sedikit sifar hazar sudah barang tentu mereka tidak dapat diperalatkan oleh golongan itu.


Kategori 3
Mereka yang sangat cintakan agama, cemburu kepadanya. Mereka menjalankan kegiatan amar ma’ruf dan nahi mungkar, akan tetapi mereka lupa kepada “roh al-syari’ah” dan risalahnya dibidang kemasyarakatan dan sosial.
Mereka terlalu mengambil berat tentang sembahyang, puasa dan lain-lain syiar agama namun begitu mereka tidak mengambil “cakna” tentang “maqasidi syari’ah”.
Mereka tidak begitu mengambil peduli bahawa sembahyang, puasa dan lain-lain syiar Islam sebagai pusat latihan untuk manusia, latihan moral, hati dan lain-lain.
Oleh kerana itu kita dapati mereka ini berlumba-lumba menunaikan solat bila mendengar azan namun demikian mereka masih memakan riba, mereka masih menjadi penyokong si zalim, pengkhianat bangsa dan negara.
Mereka bermusuh dengan lelaki yang memakai emas tetapi terus membisu terhadap pemerintah yang tidak melaksanakan hukum-hukum syariah dan terlibat dengan rasuah. Jika mereka ditanya siapa yang lebih besar dosanya di sisi Allah, yang memakai cincin emas atau pemimpin yang tidak menjalankan hukum Allah?Mereka sudah tentu akan menjawab bahawa pemerintah yang tidak menjalankan hukum Allah itu lebih besar dosanya, tetapi mereka terus membisu.


Kategori 4
Ulama jahat yang mencari makan dengan menggunakan agama dan memperniagakan syariat. Mereka menghampiri semua taghut, bersahabat dengan semua yang jahat dan zalim, mereka terus menyokong golongan tersebut. Islam tercabar oleh mereka.
Mereka tidak merasa malu untuk mengatakan bahawa perjuangan untuk menegakkan Islam adalah perjuangan sesat, pecah belah masyarakat, keterlaluan, tidak sederhana dan sebagainya.
Pada mereka dikata orang: si fasik yang melakukan segala maksiat kerana untuk mendapat harta dan kelazatan hidup dunia lebih bertaqarrub kepada Allah berbanding dengan si alim yang menjadi pengampu kepada segala yang taghut.Mereka mengkhianati amanah ummah dengan memberi sokongan kepada si penjenayah.


Kategori 5
Ulama “muslihun harakiyyun”
Mereka memahami bahawa Islam satu cara hidup yang membawa kesejahteraan kepada manusia. Islam pembebas ummah daripada memperhambakan diri kepada yang lain daripada Allah.
Mereka ini berhempas pulas berusaha untuk mengajak ummah kembali menghayati syariatNya di samping mengajak ummah manusia seluruhnya menganut agama Islam.
Keterlibatan mereka di dalam kerja-kerja Islam sangat kelihatan. Begitu juga dalam kancah politik tanahair tidak dapat dinafikan lagi.
Mereka memberi kesedaran betapa perlunya ummah Islam membebaskan diri dari belenggu penjajahan politik, ekonomi, pemikiran dan lain-lain lagi.
Hampir keseluruhan negara ummah Islam mencapai kemerdekaan melalui usaha-usaha mereka yang gigih itu, namun demikian usaha mereka untuk menjadikan ummah Islam menghayati syariatnya dalam semua aspek belum mendapat kejayaan.
Ini adalah disebabkan kerana negara-negara ummah Islam meminggirkan para ulama daripada pentadbiran dan pemerintahan negara selepas mencapai kemerdekaan. Akhirnya mereka menjadi musuh buruan oleh pemerintah yang juga mengaku ianya Islam. Atas nama Islam mereka ditangkap, dipenjara dan berbagai-bagai lagi.
Mereka bukan sahaja dikecam oleh pemerintah tetapi juga oleh golongan ulama yang boleh dipergunakan oleh pemerintah.
Kalau golongan ulama yang pernah diginakan oleh para pemerintah sedar, lebih-lebih lagi jika dikaitkan dengan situasi yang ada sekarang ini, maka sudah tentu mereka dapat mengerti yang sebenarnya menjadi musuh kepada kerajaan warisan penjajah itu ialah Islam.
Siapa sahaja yang ingin melaksanakan Islam – yang hendak menerangkan Islam seperti mana yang dilaksana dan diterangkan oleh al-Quran dan as-Sunnah, pasti akan mendapat tentangan daripada kerajaan warisan itu.
Justeru itu para alim ulama hari ini haruslah memahami betul-betul sabda junjungan kita SAW yang maksudnya:
“Bandingan orang yang tegak lurus di atas landasan syariat dengan orang yang melanggarnya, saling tak tumpah seperti suatu kumpulan yang sama-sama memberi saham di dalam membeli/menaiki sebuah bahtera.
Satu golongan mendapat di bahagian bawah dan satu golongan lagi mendapat di bahagian atas. Kumpulan yang berada di bahagian bawah apabila menghendaki air terpaksa menaiki tingkat atas dan menyusahkan kawan-kawan mereka.
Lalu mereka berfikir sekiranya behagian mereka di sebelah bawah ditembuskan senanglah mereka mendapat air (tidak payah ketingkat atas lagi) kalau sekiranya kehendak mereka dibiarkan terlaksana nanti semua mereka akan mati, tetapi sebaliknya kalau kehendak mereka itu disekat semua orang akan selamat”.
Betapa jelasnya hadith ini menerangkan kepada kita kalau sekiranya golongan perosak itu dibiarkan berkuasa sudah barang tentu agama kita dimusnahkan dan negara kita akan dihancurkan. Jalan selamat ialah para alim ulama haruslah bersatu menggembelingkan tenaga dan fikiran untuk menangani masalah politik tanahair.
Mungkin orang akan mempersoalkan ‘apakah yang boleh dilakukan oleh para ulama’? Banyak sekali kerja yang boleh dilakukan oleh para ulama’ di dalam menangani keadaan yang ada sekarang ini. Antara lain:


1. Bertindak menjelaskan Islam dari semua sudut dan aspek kepada semua lapisan masyarakat
2. Mengadakan perbandingan yang rapi dan terperinci antara Islam dan bukan Islam dalam semua aspek seperti ekonomi, undang-undang, politik, pentasdbiran dan sebagainya
3. Menghapuskan segala kekeliruan yang diperlakukan kepada Islam
4. Mentarbiah dan mendidik orang-orang Islam supaya benar-benar mengerti Islam dan perjuangan untuk menegakkan Islam
5. Menyusun rapi segala tenaga yang telah dididik supaya semuanya berfungsi dan berperanan
6. Menjadi bintang kepada Islam untuk menghadapi segala cabaran golongan taghut dan seterusnya mengundurkan golongan tersebut dari kerusi masing-masing melalui cara-cara yang dihalalkan oleh undang-undang.
7. Melibatkan diri dalam semua kegiatan kemasyarakatan dan politik tanahair

20 Jun 2008

HALANGAN DAN RINTANGAN DALAM PERJUANGAN


MUQADDIMAH

Gerakan Islam kebelakangan ini menghadapi berbagai-bagai rintangan dan halangan yang perit di dalam perjuangannya. Kita lihat sahaja apa yang berlaku kepada umat Islam di Algeria, Tunisia,Mesir, Palestin dan di merata tempat di pelusuk dunia ini umat Islam ditekan hebat oleh mush-musuh Islam yang didalangi oleh kuasa-kuasa besar dunia dankuncu-kuncunya.
Ini merupakan suatu sunnah dan kita sebagai pejuang Isalm perlulah melengkapkan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran yang bakal melanda umat di rantau ini.


SEPINTAS LALU TRIBULASI UMAT TERDAHULU
Secara ringkas dipaparkan di sini tribulasi umat terdahulu dalam perjuangan mereka sebagai renungan kepada kita bersama.
Di antara contoh-contoh tersebut ialah:
a) Nabi Ibrahim a.s. Tribulasi yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim a.s. tidak lain dan tidak bukan merupakan rentetan pertarungan antara kebenaran dan kepalsuan.
Kita lihat bagaimana Nabi Ibrahim bangun menentang dan melawan cara hidup jahiliyah tanpa mengira sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Maka berlakulah tentangan dan tekanan hebat daripada kaumnya sedangkan Nabi Ibrahim tanpa memiliki apa-apa kekuatan senjata dan kekuatan penyokong.
Kita lihat di sini bagaimana keimanan kuat Nabi Ibrahim memperjuangkan kebenaran, baginda dipulaukan oleh kaum keluarganya termasuk ibu bapanya sendiri.
Namun itu semua sedikit pun tidak mengubah pendiriannya dan memperjuangkan kebenaran.
Tekanan ke atas Nabi Ibrahim a.s. semakin hebat sehingga baginda dicampakkan ke dalam api yang marak menyala supaya mati terbakar hidup-hidup.
Baginda redha terhadap ujian Allah demi kesetiaan perjuangannya.
Akhirnya Allah memerintahkan api supaya menjadi sejuk sepertimana yang digambarkan melalui firmanNya yang maksudnya:

“Kami berfirman: “Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.” Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadika mereka orang-orang yang amat rugi, (kalah dengan hinanya).” (Al-Anbiya’: 69 – 70)

Tentangan dan halangan yang dialami oleh Nabi Ibrahim berterusan melambangkan keutuhan dan kemantapan perjuangannya yang tidak kenal undur sehingga akhirnya Allah menjadikannya sebagai salah seorang rasulNya yang terpilih (ulu al-‘azmi.
Firman Allah swt yang bermaksud:

“Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak telahpun dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).” (Al-Baqarah: 130)

b) Nabi Musa a.s. Ujian yang dihadapi dan diharungi oleh Nabi Musa a.s. bermula sejak bayinya lagi.
Sebagaimana yang kita tahu, sejarah perjuangan Nabi Musa a.s. dihiasi dengan suasana yang menyayatkan.
Ibunya terpaksa menyelamatkan baginda dari kekejaman Firaun dengan menghanyutkan baginda ke sungai.
Seterusnya ujian demi ujian berterusan dan semakin besar seiring dengan membesarnya Nabi Musa a.s. Nabi Musa a.s. tidak putus as dan tabah dalam memimpin satu bangsa manusia yang telah biasa tunduk dan memberi ketaatan total kepada raja mereka Firaun.
Baginda bukan sahaja berhadapan dengan rajanya yang zalim tetapi juga pembesar-pembesarnya yang tidak berperikemanusiaan dan suka menindas yang lemah.
Dalam suasana beginilah Nabi Musa a.s. diperintah supaya menyeru Firaun yang berada di puncak kezaliman supaya tunduk dan patuh menyembah Allah.
Sikap sombong dan angkuh Firaun telah disebutkan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran.
Di antaranya Allah menggambarkan keangkuhan dan kezaliman Firaun yang tiada tolok bandingnya dengan firmanNya yang bermaksud:

“Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.” (Al-Qasas: 4)

Begitu kejamnya Firaun sehingga terkadang Nabi Musa a.s. sendiri merasa gerun dan gementar menghadapi tribulasi perjuangan dalam menentang Firaun.
Lebih-lebih lagi apabila perjuangan Firaun itu sendiri disokong oleh tukang-tukang sihir yang terkenal dan zalim.
Hal ini telah dirakamkan oleh Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya. Kami berfirman kepadanya:

“Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan.” Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir, sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada.” (At-Taha: 67 – 69)

c) Nabi Isa a.s. Tribulasi yang dihadapi oleh Nabi Isa a.s. sungguh hebat. Hebat atau tidaknya halangan-halangan yang dihadapi oleh baginda dapat kita lihat daripada mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya.
Bagaimana Allah mengurniakan kepadanya mukjizat-mukjizat besar yang menghasilkan peristiwa-peristiwa yang luar biasa tetapi ini pun tidak memberikan kesan yang besar yang boleh diharapkan dari kaumnya.
Namun begitu Nabi Isa tidak berputus asa dalam perjuangan malah tabah dan sabar menghadapi tribulasi perjuangan walaupun dimaki hamun oleh kaumnya ketika menyampaikan seruan dakwah.
Nasihat dan pesanan Nabi Isa a.s. kepada pengikutnya dapat menunjukkan kepada kita betapa tabah dan cekalnya baginda dalam menjalankan kerja-kerja dakwah.
Sebagai contoh, baginda pernah berkata kepada pengikut-pengikutnya: “Berbahagialah kamu jika mereka memaki hamun dan mengusir kamu dan mengatakan kepada kamu segala perkataan yang jahat lagi dusta keranaku…Bergembiralah kamu lantaran pahala kamu sangat besar di langit.
Begitulah para nabi terdahulu juga pernah diusir dan dikeji lantaran perjuangan mereka… Kemuncak kepada tribulasi perjuangan Nabi Isa a.s. adalah usaha untuk membunuhnya.
Namun, usaha tersebut gagal kerana datangnya pertolongan Allah menyelamat dan mengangkatnya ke langit.
Ini dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam Al-Quran dengan firmanNya yang bermaksud:

“Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan : “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibn Maryam, Rasul Allah.” Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Al-Nisa’: 157 – 158)

d) Nabi Muhammad s.a.w. Cabaran yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w. juga tidak kurang hebatnya.
Bermula dari perang saraf hinggalah cubaan-cubaan untuk membunuhnya. Kita juga lihat bagaimana baginda bersama-sama dengan para sahabat baginda turun ke medan perang, berjihad mempertahankan aqidah sanggup mempertaruhkan nyawa dan mengorbankan harta benda semata-mata memperjuangkan ajaran yang suci ini.


1. Perang Saraf Dalam usaha untuk melumpuhkan daya juang Rasulullah s.a.w., kaum jahiliyah telah menggunakan segala taktik psikologi yang tidak ada langsung kesopanan.
Mereka menggunakan ejekan dan kejian serta mempersendakan Rasulullah s.a.w. supaya baginda akan patah semangat dan meninggalkan perjuangan. Ini dapat dilihat melalui firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan mata air dari bumi, bagi kami. Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebgaimana yang engkau katakana (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya. Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya.” Katakanlah (wahai Muhammad) :

“Maha Suci Tuhanku! Bukanlah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?”
(Al-Isra’: 90)
Bila kerja-kerja itu gagal dan tidak dapat mematahkan semangat Rasulullah s.a.w., mereka menyebarkan fitnah bahawa Rasulullah s.a.w. ini sudah gila, ahli sihir dan sebagainya.
Tetapi itu semua menambahkan lagi semangat dan ketabahan Rasulullah s.a.w. terhadap perjuangan di mana akhirnya selepas itu orang-orang Arab jahiliyah berusaha untuk membunuhnya tetapi Allah s.w.t. memberi perlindunganNya dari usaha tersebut.


2. Peperangan Halangan-halangan terhadap usaha dakwah Rasulullah s.a.w. berterusan sehingga menghendaki Rasulullah dan para sahabatnya menggadaikan nyawa dan harta benda dalam meneruskan perjuangan bagi memastikan ‘survival’ ajaran Islam ini.
Dalam peperangan Uhud misalnya, bapa saudara Rasulullah s.a.w. turut terbunuh manakala Rasulullah sendiri luka-lika dan nyaris maut.
Peperangan in iturut menyaksikan kesetiaan dan pengorbanan para sahabat Rasulullah s.a.w. di saat-saat yang sangat mencemaskan seperti Abu Talhah r.a. dan Ziad bin Sakan r.a. yang menjadikan diri mereka sebagai perisai bagi melindungi Rasulullah s.a.w. dari terkena panah pihak musuh.
Begitu juga dalam peperangan lain kita lihat betapa hebatnya pengorbanan untuk memastikan Islam ini dapat terus berkembang dan menewaskan penghalang-penghalang kepada perkembangannya.


3. Halangan-halangan Terhadap Kerja Dakwah Di dalam kehidupan pendakwah terdapat banyak halangan dan rintangan yang menggugat nasib pejuang-pejuang Islam.
Tetapi persediaan yang baik, dan bimbingan yang betul berserta dengan sikap yang berhati-hati dapat menjaga dan memelihara pekerja-pekerja dakwah dari penyelewengan dan terjerumus ke lembah kehancuran dan dalam waktu yang sama melalui proses masa dapat menyediakan pekerja-pekerja dakwah ini tahan menghadapi ujian dan cabaran serta matang di dalam melakukan tindakan dan berfikir.
Sebenarnya, masalah utama yang dihadapi oleh pendakwah masa kini ialah soal ketahanan jiwa untuk menghadapi segala macam cabaran di dalam perjuangan.
Satu perkara yang mesti kita faham, bahawa segala idea atau kefahaman hanya akan tinggal sebagai slogan dan teori kosong selagi nilai dan kefahaman itu tidak dijelmakan ke dalam kehidupan seharian.
Apa yang lebih menyulitkan para pendakwah masa kini ialah mereka sedang hidup di dalam suasana apa yang boleh kita sebut sebagai jahiliyah moden, di mana kehidupan masyarakat kini jauh menyimpang dari Islam itu sendiri yang mana material menjadi ukuran.
Masyarakat yang hidup dengan perkara-perkara terlarang dan merosakkan menjadi simbol kepada kemajuan dan tamadun sementara sikap wara’ dan kehidupan beragama dianggap sebagai ekstrim dan melampau malah di sesetengah negara mereka dilabelkan sebagai usuliyun mutatorrifun (puak pelampau).
Oleh sebab itu, sekiranya para pendakwah sendiri tidak mempunyai aqidah yang teguh, budi pekerti yang luhur, kesungguhan yang kental, tidak bersungguh-sungguh memuhasabah diri, lali dari mengingati dan bertawakal kepada Allah serta tidak wara’ daripada mengerjakan perkara-perkara yang meragukan, begitu juga kalau mereka ini tidak bersungguh-sungguh salam mengerjakan ibadah maka sudah pastilah mereka ini juga boleh mendapat jangkitan dari penyakit-penyakit jahiliyah moden yang sedang dan telah merebak ke dalam masyarakat Islam.
Secara ringkasnya dikemukan di sini halangan-halangan pada kehidupan pendakwah dan secara langsung merupakan rintangn dan halangan terhadap kerja-kerja dakwah.


HALANGAN PERTAMA :WANITA
Dalam kehidupan pendakwah malah manusia umumnya, wanita amat memainkan peranan penting. Wanita boleh membawa nikmat atau sumber yang membawa padah.
Dalam kehidupan pendakwah terdapat kedua-dua gambaran ini. Ada pendakwah yang selepas berkahwin menjadi semakin baik Islamnya, semakin kukuh pendiriannya dan bertambah baik komitmennya dan sumbangannya terhadap kerja-kerja dakwah.
Sebaliknya, ada yang terus merosot selepas berkahwin dan ada pula yang rosak perangainya bahkan ada juga yang terus hilang dari pentas dakwah.
Kesemuanya ini ada sebab dan munasabah. Kegagalan ini berlaku tidak lain adalah kerana pembentukan keluarga yang bakal dibuat mengambil kira lunas-lunas yang telah ditentukan oleh Islam serta mengabaikan tuntutan perjuangan dan medannya yang panjang di mana ia memerlukan kepada sumbangan yang berterusan dari tenaga-tenaga pejuang.
Oleh itu, kegagalan para pendakwah di dalam perkahwinan mereka adalah lantaran mereka terpengaruh dengan perkara lahiriah semata-mata dan lupa tentang matlamat utama perkahwinan itu.
Di sini digariskan prinsip-prinsip utama perkahwinan itu:
1. Mempunyai Niat Yang Baik Islam menghendaki agar tujuan perkahwinan itu adalah untuk menyempurnakan agama.
Ini sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Daripada Anas bin Malik r.a.., telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Barangsiapa yang dikurniakan oleh Allah seorang perempuan yang soleh, maka sesungguhnya ia telah dapat menolongnya menyempurnakan separuh dari agamanya. Maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam separuh lagi.”
(Riwayat al-Tabrani)
Dalam hadith yang lain pula Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: Daripada Anas bin Malik r.a., telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Apabila seseorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam separuh lagi.” (Riwayat al-Tabrani)

Begitu juga Islam mahukan perkahwinan itu, menjadi facktor utama di dalam memelihara kemurniaan jiwa dan kesuciannya.
Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: Hadis Abdullah bin Mas’ud r.a.: Diriwayatkan daripada Alqamah r.a. katanya:

Aku pernah berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah r.a. Kami bertemu dengan Uthman r.a. yang kemudian menghampiri Abdullah r.a. Setelah berbincang beberapa ketika, Uthman r.a. bertanya: Wahai Abu Abdul Rahman: Mahukan aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah-mudahan perempuan itu akan dapat mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah. Mendengar tawaran itu Abdullah r.a. menjawab: apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kami: “Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu.”

Selain itu, Islam mahukan perkahwinan itu untuk membangunkan keluarga Islam bagi menjadi asas yang kukuh dalam pembangunan masyarakat Islam. Ini merupakan impian setiap mukmin yang mahukan keluarga yang baik dan penyenang hati, sebagaimana yang digambarkan oleh Allah s.w.t. dengan firmanNya yang bermaksud:
“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Al-Furqan: 74)

Namun begitu, jika sekiranya seseorang itu berkahwin kerana semata-mata kerana ingin memuaskan keinginan seks, maka kehidupan seks itulah yang akan menjadi ibadatnya dan menjadikannya tenggelam di dalam kehidupannya itu.

2. Pemilihan Yang Baik Perkara kedua di dalam soal ini ialah Islam menekankan supaya kita membuat pemilihan yang baik. Pemilihan ini adalah suatu factor utama yang dapat membawa kepada pasangan yang berkahwin itu hidup secara Islam di samping merupakan faktor yang boleh membawa kepada kemesraan dan keserasian di antara kedua-dua pasangan berkenaan.
Rasulullah s.a.w. telah menjelaskan bahawa terdapat empat perkara yang dijadikan asas kepada pemilihan pasangan iaitu agama, keturunan, kecantikan dan kekayaan. Namun, pemilihan di atas dasar agama adalah yang mesti diberikan keutamaan.


3. Peribadi Suami Sebagai Asas Islam mengingatkan para suami supaya jangan terlalu mengikut kemahuan isteri demi menjaga kewibawaan dan ketuanan seorang suami di dalam rumahtangga. Kerendahan peribadi suami (pada pandangan isterinya) boleh membawa kepada keruntuhan rumahtangga bersama para anggotanya.
Oleh itu, Imam al-Ghazali menasihatkan para suami dengan katanya: “Diri perempuan itu mengikut keadaan dirimu. Jika engkau lepaskan sedikit tali penambatnya, ia akan membawamu pergi jauh. Jika engkau kendurkan sejenak kekangnya dan memegangnya dengan kemas di waktu yang perlu maka engkau akan dapat memenanginya.”


Oleh sebab itu, peribadi suami memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan berumahtangga. Pihak suami hendaklah bersikap bijak dalam menyelesaikan segala permasalahan dengan neraca Islam. Saidina Umar r.a. pernah berkata: “Lawanlah kemahuan wanita itu kerana pada demikian itu ada berkatnya.”

HALANGAN KEDUA : KEDUNIAAN
Halangan seterusnya kepada para pendakwah ialah pengaruh dan tarikan keduniaan.
Dalam hal ini, Islam mengemukakan beberapa metod bagi membentuk penganutnya supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu daya keduniaan. Cara-cara tersebut adalah:


Pertama Islam menjelaskan bahawa kedudukan dunia itu jika dibandingkan dengan akhirat adalah sangat kerdil sebagaimana dinyatakan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran yang maksudnya:

“Katakanlah (wahai Muhammad) : Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya).” (Al-Nisa’: 77)

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bersama-sama sahabatnya melalui suatu bangkai seekor biri-biri. Bagi menjelaskan hakikat dunia ini Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: Daripada al-Mustaurid bin Syaddad katanya : “Aku berjalan bersama-sama Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melalui suatu bangkai seekor biri-biri, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah kamu berpendapat bahawa biri-biri itu telah menjadi hina dan tidak berharga lagi bagi tuannya?” Lalu para sahabat menyahut: Di antara bukti kehinaannya ialah mereka telah membuangnya wahai Rasulullah. Lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya dunia ini lebih hina daripada kehinaan bangkai kambing biri-biri ini pada tuannya.” (Riwayat al-Tirmizi).

Kedua Islam mengingatkan supaya tidak menjadikan dunia sebagai punca persaingan di antara sesama manusia. Oleh itu Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “ Diriwayatkan daripada Umar bin Auf r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. telah mengutuskan Abu Ubaidah bin al-Jarrah ke Bahrain. Dia pergi ke Bahrain untuk mengambil jizyah ahli Bahrain kerana Rasulullah s.a.w. telah membuat perjanjian dengan penduduk Bahrain. Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan Al-A’la bin al-Hadhrami untuk mengutip jizyah dari penduduk Bahrain.
(Selepas itu) Abu Ubaidah pulang dari Bahrain dengan harta jizyah.Orang-orang Ansar telah mendengar (khabar) kepulangan Abu Ubaidah maka mereka (orang-orang Ansar) datang bersembahyang Subuh bersama Rasulullah s.a.w. Selesai sembahyang, Rasulullah s.a.w. berpaling menghadap rombongan. Mereka menyerahkan wang kutipan jizyah kepada baginda. Rasulullah s.a.w. senyum ketika melihat ahli rombongan tersebut, kemudian baginda bersabda: Aku kira kamu semua (orang Ansar) telah mendengar (khabar) kepulangan Abu Ubaidah dari Bahrain membawa sesuatu. Mereka menjawab: Memang benar wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Maka beritahulah khabar gembira ini dan bercita-citalah apa yang menggembirakan kami (dengan wang ini). Demi Allah! Aku tidak takut kefakiran menimpa kamu semua akan tetapi aku amat takut apabila dunia dihampar di hadapan kamu (diberikan kemudahan memiliki nikmat dunia) sebagaimana yang telah diberikan kepada mereka sebelum kamu lalu kamu berlumba-lumba untuk memilikinya sebagaimana mereka.
Dunia itu akan menghancurkan kamu sebagaimana ia menghancurkan mereka.”


Ketiga Islam mengingatkan supaya kecintaan terhadap dunia jangan menguasai hati sehingga ianya menyibukkan seseorang dengan keduniaan dan menghalangnya dari mencari bekalan untuk akhirat. Oleh itu Islam menggalakkan kezahidan terhadap dunia serta membebaskan diri daripada ditawan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang cinta kepada dunia dan seronok serta leka kerananya, maka hilanglah daripada hatinya rasa takut kepada akhirat.”
Tetapi maksud dan falsafah kezahidan bukan bererti Islam menyekat seseorang daripada berusaha, bekerja dan membangunkan dunia ini sebagaimana yang difahami oleh sesetengah orang, tetapi yang sebenarnya kezahidan itu adalah cuma untuk memelihara kita daripada menyembah dan tunduk kepada lambaian dunia.
Sebab itu, apabila Rasulullah s.a.w. ditanya tentang hakikat kezahidan itu, baginda bersabda yang maksudnya: “Bukanlah kezahidan itu dengan mengharamkan perkara-perkara yang halal dan tidak pula mengsia-siakan harta benda. Tetapi kezahidan terhadap dunia itu adalah bahawa kamu lebih mengutamakan apa yang ada ditangan Allah daripada apa yang ada ditanganmu.”
Begitu juga sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Ahmad sewaktu seseorang menyoal tentang zahid: “Adakah seseorang itu zahid sedangkan ia memiliki seribu dinar?”Jawab Imam Ahmad: “Ya”. Lalu ditanyakan lagi kepadanya: “Jadi apakah bukti kezahidan? “Jawab beliau: “Buktinya ialah jika bertambah hartanya ia tidak bergembira dan jika berkurangan pula ia tidak berdukacita.”


KESIMPULAN
Halangan-halangan yang dinyatakan di atas menyebabkan terdapat di kalangan yang terlibat dengan kerja-kerja Islam meninggalkan medan dakwah.
Secara ringkasnya boleh disimpulkan seperti berikut :
a) Tidak Tahan Menghadapi Ujian Ujian dalam kehidupan pendakwah adalah besar yang memerlukan banyak pengorbanan.
Oleh itu, ramai orang yang meninggalkan medan ini kerana tidak sanggup menanggung ujian ini, walaupun dahulunya ianya begitu bersemangat.
Al-Quran menjelaskan ujian ini pasti berlaku demi untuk menguji keyakinan dan keimanan seseorang hamba Allah s.w.t. sebagaimana firmanNya yang bermaksud:


“Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman! Sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”
(Al-Ankabut: 1 – 2)

FirmanNya lagi yang bermaksud:
“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.” (Muhammad: 31)

b) Tidak Tahan Terhadap Tekanan Keluarga Tidak tahan dengan tekanan keluarga dari ibu bapa, anak dan isteri menyebabkan pendakwah meninggalkan medan. Seringkali keluarga menakut-nakutkan mereka tentang nasib buruk yang bakal dialami. Terdapat pula ibu bapa yang menghalang anak-anaknya terlibat dalam kerja-kerja Islam, malah sebaliknya menggalakkannya terlibat dalam perkara-perkara mungkar. Dalam keadaan yang lain pula ada di kalangan mereka yang menyekat memberi bantuan kewangan supaya anaknya meninggalkan jalan Allah s.w.t. Dalam hal ini Allah s.w.t. memberi amaran supaya jangan tunduk terhadap tekanan dan desakan keluarga supaya meninggalkan jalan Allah s.w.t. malah terus kekal berjuang dan berjihad pada jalanNya sepertimana firmanNya yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” (Al-Taubah: 24).

c) Tidak Tahan Kepada Tekanan Persekitaran Halangan-halangan persekitaran juga banyak menjadikan pendakwah berundur dari medan.
Kadang-kadang seseorang dibesarkan di dalam persekitaran yang mengambil berat soal agama dan penghayatannya. Tetapi mungkin apabila mereka berpindah ke persekitaran baru samada kerana belajar, bekerja dan sebagainya lalu ia persekitaran barunya itu penuh dengan perkar-perkara jahat dan penuh dengan daya tarikan jahiliyah. Maka, di sinilah bermulanya pergolakan di dalam jiwanya samada ia akan terpengaruh atau sebaliknya. Terdapat beberapa factor yang menyebabkan seseorang itu tewas dalam menghadapi tekanan-tekanan tersebut:
· Mungkin asas pembentukannya tidak betul, seperti ianya mempunyai kegoncangan dan keraguan di dalam aqidahnya. · Boleh jadi iltizamnya di dalam arena dakwah selama ini disebabkan oleh malu dengan keadaan sekitar ataupun hanya iltizam ikutan, bukan berdasarkan kepada iman yang benar-benar yakin. Oleh itu, apabila ia berpindah ke persekitaran yang lain maka hilanglah iltizamnya kerana factor-faktor yang mendorongnya ini tidak ada lagi.
· Boleh jadi dia sendiri enggan melibatkan diri dalam kumpulan dakwah dalam persekitaran kedua di mana ia lebih suka menggabungkan diri ke dalam kumpulan jahiliyah.
Ia sangat merbahaya kerana mungkin menggugurkannya terus dari medan dakwah dan tidak mendapat inayah dari Allah s.w.t.


d) Tekanan-tekanan Dari Gerakan Lain Antara faktor yang juga menjadi halangan kepada pendakwah ialah tekanan-tekanan dari gerakan-gerakan lain yang bertopengkan Islam.
Ini ditambah lagi dengan serangan dari gerakan atau pertubuhan secular yang sememangnya jelas memusuhi dan sangat anti kepada perkembangan dakwah.
Gerakan yang bertopengkan Islam tersebut kerjanya hanya mengkritik dan menimbulkan keraguan kepada pendakwah dengan tujuan menghancurkan gerakan Islam di atas nama Islam.
Oleh itu, kemunculan pelbagai kumpulan amal Islami tidak boleh dianggap sebagai satu amalan yang sihat kerana ia boleh menyebabkan persengketaan sesama sendiri dan mengalihkan tugas sebenar ke suatu tugas yang lain iaitu mempertahankan diri dari serangan gerakan lain. Jadi kerja-kerja yang dilakukan oleh kumpulan ini adalah suatu kerja yang tidak berfaedah selain menyebabkan lebih ramai orang meninggalkan kerja-kerja Islam, di waktu yang sama mereka melegakan musuh-musuh Islam kerana kemenangan kepada Islam semakin lambat.
Demikianlah secara ringkas halangan-halangan di dalam perjuangan dakwah. Semoga ia menjadi titik renungan kita bersama dan menjadikannya sebagai sempadan dan berwaspada terhadap cabaran-cabaran itu.

19 Jun 2008

KECINTAAN SESAMA SAUDARA ISLAM KERANA ALLAH


Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah,
melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya.” HR. Ibnu Hibban dan
Al-Hakim
Sahabat…
Rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya.Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah Saw. melalui Anas ra., “Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api.”
Sahabat… Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Utsman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang diantara mereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam perut iman, dan terlahir dari ibu yang bernama iman.
Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat dengan ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan keimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu, manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis.
Sahabat… Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupaya mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha indah. Rasulullah Saw bersabda, “Barangsiapa bersaudara dengan seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di syurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya”.
Ibnu Jarir pun meriwayatkan sabda Rasulullah Saw. dari Ibnu ‘Abbas ra., ia berkata, “Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang kerana Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan dari Allah boleh diperoleh dengan perkara tersebut. Seorang hamba tidak akan menemukan nikmatnya iman, sekalipun banyak sholat dan shaum, sehingga dia bersikap demikian. Persahabatan diantara manusia pada umumnya didasarkan atas kepentingan dunia, namun perkara itu tidak berguna sedikitpun bagi mereka.”
Sahabat… Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yang mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang kukuh dan tidak mudah roboh. Allah Swt. Berfirman; ” Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara.” Q.S Al-Hujurat : 10
Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda, “Mukmin yang satu terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat antara sebagian dengan sebagian yang lainnya.” HR. Muttafaqun ‘Alaih
Sahabat… Persaudaraan Islam bukanlah suatu permasalahan sampingan dalam Islam, tetapi ia menjadi salah satu prinsip dasar yang menyertai syahadah (persaksian) terhadap keesaan Allah dan kesaksian terhadap kerasulan Muhammad Saw. Persaudaraan merupakan buah dan konsekuensi keimanan yang amat sangat indah. Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. KeagunganNya tinggi. Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. KeindahanNya berpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu dengan keluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir. KeindahanNya pesona hati. KeagunganNya meningkatkan cinta. Sungguh, tiada cinta yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya, dan cinta kita kepadaNya. Adakah kita merasakan semuanya? Wallahualam