ISLAM DI HINA
Oleh Zulkifli Noordin 08 August 2008 Saya melihat akhir-akhir pihak-pihak bukan Islam bertambah biadap didalam tindak-tanduk mereka dalam hal berkaitan Islam & bangsa Melayu. Bermula dengan menggunakan kes murtadnya Azlina Jailani menjadi Lina Joy. Tindakan Gereja Fatimah Brickfield membaptiskan Azlina tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan membuatkan mereka besar kepala. Kemudian muncul Penerbitan Herald menuntut hak menggunakan nama ALLAH, yang tuntutan ini disokong pulak oleh Persatuan Gurdwara (Punjabi) Malaysia. Ini diikuti oleh tuntutan Sidang Injil Borneo menuntut hak membawa masuk penerbitan Kristian Bahasa Melayu dari Indonesia. Muncul pula Majlis Peguam mengadakan seminar berkaitan Hak Istimewa Melayu. Kebiadapan mereka khususnya Majlis Peguam makin ketara bila mereka berkeras mahu menganjurkan Seminar Masuk Islam dengan fokus kepada mempertikaikan Artikel 121A yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah. Mahkamah Persekutuan dalam kes Azlina Jailani telah membuat ...