Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 5, 2009

Mencari Kemenangan Dengan Acuan Allah

Imej
“Allah selamatkan penduduk Mekah yang jahiliah itu. Mereka bukan sahaja mengotorkan Masjidil Haram dengan lebih 300 patung, malah bertawaf secara bertelanjang. Tetapi Allah selamatkan mereka dari serangan Abrahah”, saya cuba mengimbas situasi Mekah di ambang kelahiran Rasulullah SAW. “Jika penduduk Mekah yang jahiliah itu, Allah selamatkan mereka dari kebinasaan, mengapa Allah tidak selamatkan kita? Mengapa kita terus kalah dan kalah? Bukankah kita yang menyembah Allah? Bukankah kita yang berjuang dengan nama Allah? Kenapa Allah tidak tolong kita?”, soalan yang mengganggu fikiran saya ini semakin kritikal. Malah jika direnung kepada keadaan semasa, yang jahat dan jahiliah itu terus menang dan menang, namun Islam dan kebenaran terus lemah tertindas, bagai tidak terbantu. Di manakah silapnya? Fikiran meraba, tangan meraba… lembaran kalam Allah diselak satu persatu dan kita sampai kepada janji Allah ini: “Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muham...

Pengerusi SUHAKAM Gesa adakan Pilihanraya di Perak !!

Imej
Isu Perak, Kerajaan Marah Kenyataan Abu Talib KUALA LUMPUR [4.30 pm] - Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional berang dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Abu Talib Othman (foto), yang menggesa pilihanraya diadakan segera di Perak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz berkata Abu Talib tidak lagi layak mempengerusikan badan hak asasi manusia itu kerana tidak berpendirian neutral dalam krisis politik di Perak. Mei lalu, Abu Talib berkata rakyat Perak harus diberi pilihan untuk melaksanakan tanggungjawab menentukan kerajaan kehendak mereka. “Ini adalah asas hak asasi manusia,” tegas Abu Talib. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perlantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak dan kejadian Speaker V Sivakumar diheret keluar dari DUN Perak . Nazri berkata kenyataan bekas Peguam Negara itu bersifat subjudis dan boleh mempengaruhi kes kerajaan Perak . "Itu ada pandangan beliau. Beliau ada kebebasan untuk meny...