Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 1, 2008

Adab berjemaah perlu dipelihara - Presiden PAS

Imej
Abdul Aziz Mustafa Wed | Oct 01, 08 | 8:57:19 am MYT KUALA LUMPUR, 1 Okt (Hrkh) - Akhlak dan adab berjemaah perlulah sentiasa dipelihara sama seperti memelihara prinsip perjuangan sehingga tidak berpaling atau hanyut dengan yang selain darinya, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang dalam perutusan Eidulfitrinya. "Di sinilah pentingnya kejayaan Ramadan sebagai obor pembnimbing kita pada setiap ketika," katanya lagi. Walaupun Ramadan berlalu pergi, beliau mengingatkan semua ahli di pelbagai peringkat supaya terus-menerus mempertingkatkan pengabdian diri kepada Allah, bermunajat untuk kekuatan jemaah, meningkatkan kerja dakwah bagi mengajak rakyat untuk bersama membela Islam menerusi wadah perjuangan PAS. "Kepimpinan parti pula hendaklah bersedia untuk merangka program tarbiyah kepada ahli-ahli baru nanti selain memperkasakan fikrah ahli yang sedia ada," katanya. Tuan Guru menyeru supaya ziarah-menziarahi pada Sya