Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 20, 2008

MB PERAK RASMI KAMPUNG BERUSIA 500 TAHUN

MB Perak rasmi kampung berusia 500 tahun Ekmal Yusof Sat Oct 18, 08 9:42:45 am MYT KUALA KANGSAR, 18 Okt (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamalluddin telah merasmikan sebuah kampung unik berusia 500 tahun iaitu Kampung Cagar Galah, Pekan Sauk 20 kilometer dari sini petang semalam. Kampung tersebut telah dibuka oleh seorang Sultan dari keturunan keluarga 'Jamallulail' kira-kira 500 tahun lalu di Kampung Cagar Galah itu yang menjalankan pemerintahan Islam di situ dengan mengamalkan hukum hudud. Dalam majlis tersebut, Menteri Besar telah disambut oleh Yang Dipertua Persatuan Keluarga Kumpulan Jamallulail Seluruh Malaysia , Tuan Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail dan telah menyampaikan sebuah cendera hati tanda kebesaran keturunan Jamallulail. MB Perak rasmi kampung berusia 500 tahun Ekmal Yusof Dato' Seri Nizar telah menandatangani sebuah papan tanda persatuan tersebut untuk diabadikan yang disaksikan oleh Exco Kerajaan Pakatan Rakyat, Haji Mohd.

USAHA TERAKHIR ABDULLAH MEMBAWA MUHYIDDIN "TERSUNGKUR" BERSAMA

Imej
Safar Jumaat Mon Oct 20, 08 10:22:58 am MYT CALON Timbalan Presiden, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak perlu risau untuk mendapat cukup percalonan yang membolehkan dia layak bertanding jawatan nombor dua itu, kerana ada satu usaha dari beberapa pihak, akan bekerja membantunya Khabarnya, kumpulan yang dikenali dengan nama 'gabungan badan-badan bukan kerajaan' mendapat kerjasama dengan satu yayasan, sudah mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak tertentu, memulakan kempen ke bahagian-bahagian, supaya Muhammad mendapat quota yang diperlukan. Tentunya, kumpulan ini mendapat restu dari 'orang-orang Abdullah' yang kurang senang hati dengan 'tingkah laku Muhyiddin Mohd Yassin' kebelakangan ini, termasuk mempersoalkan tempoh kempen yang panjang, akan menyebabkan berlaku kemerosotan produktiviti. Alasan mereka, Muhyiddin berkata demikian bagi 'menyekat' peluang Muhammad yang dilihat kerap 'turun padang' atas kapasitinya sebagai Menteri Luar Bandar dan Ke