Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 21, 2009

UMNO Usahlah degil pertahan kubu rapuh di Perak !!!

Muhammad Yusri Amin Thu May 21, 09 5:16:43 pm MYT KOTA BHARU, 21 Mei (Hrkh) - Umno tidak seharusnya terus berdegil mempertahan kubu yang rapuh di Perak, memandangkan kedudukan Barisan Nasional (BN) belum selamat dengan bilangan Adun yang ada sekarang. Ini kerana BN dan Pakatan Rakyat masing-masing ada 28 kerusi. Dan tiga kerusi lagi mewakili Bebas, selepas keluar daripada Pakatan. Oleh itu banyak pihak tampil mendesak supaya Dun Perak dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya peringkat negeri diadakan. Bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Ahmad Rusli Ibrahim berkata, pandangan pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Osman dan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah amat jelas mengenai krisis di Perak. Katanya, jalan penyelesaian paling sesuai dilakukan ialah membubarkan Dun bagi membolehkan rakyat diberi semula mandat bagi menentukan kerajaan yang lebih stabil. Ditanya kemungkinan wujud kerajaan perpaduan di Perak beliau yang juga anggota Dewan Negara beliau berkata,

BERDOALAH NIZAR MENANG ESOK !!!

KEPUTUSAN KES NIZAR VS ZAMBRY AKAN DIKETAHUI PETANG ESOK Mahkamah Rayuan akan memutuskan esok berhubung rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Panel tiga hakim diketuai Datuk Md Raus Shariff yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop akan membacakan keputusan itu pukul 3.30 petang esok. Mahkamah mula bersidang pukul 9.40 pagi tadi dengan mendengar hujah daripada peguam, Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry. Sebelum mahkamah berhenti rehat, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail turut mengemukakan hujahnya sebagai pencelah. Peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar mengakhiri sesi penghujahan sebelum mahkamah ditangguhkan pukul 5 petang tadi.