Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 14, 2008

BATU PAHAT "DIBELASAH" PAKATAN

Imej
Salmiyah Harun salmiyahharun@harakah.net.my Tue Oct 14, 08 6:30:48 pm MYT ParlimenKUALA LUMPUR, 14 Okt (Hrkh) - Ahli Parlimen (BN-Batu Pahat) Dr Puad Zarkashi 'dibelasah' dengan persoalan-persoalan yang dibangkitkan dari beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat Beliau yang memulakan perbahasan bajet 2009 sebaik sahaja Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengakhiri perbahasannya pagi tadi. Semalam (13 Okt) Ahli Parlimen Permatang Pauh itu diberi peluang pertama untuk membahaskan bajet itu kemudian bersambung pada hari ini yang mengambil masa hampir satu jam. Sebaik diberi peluang berbahas, Puad yang memulakan mukadimah perbahasannya mempertikaikan cadangan Anwar yang mahu membentangkan semula bajet selepas penurunan harga minyak global. Puad turut mempertikaikan masa hampir enam jam yang diambil Anwar untuk membahaskan bajet tetapi tidak mempunyai 'point' untuk mengatasi masalah ekonomi negara. Ekoran itu, Saifuddin Nasution (KeADILan-Machang) yang bangkit mempe...

PAS PERSOAL PERKEMBANGAN PROJEK KORIDOR PANTAI TIMUR

Imej
Nyza Ayob Tue Oct 14, 08 1:46:31 pm MYT KUALA LUMPUR, 14 Okt (Hrkh) - Dato' Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) melahirkan kebimbangan kerana setelah dua tahun Koridor Pantai Timur (Ecer) dilancarkan, sehingga kini peruntukan RM30 juta yang diumumkan hanya untuk kajian semata-mata. Jelas Kamaruddin, perkara ini amat mengecewakan terutama bagi rakyat di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. "Projek Jambatan Sultan Yahya ke II yang lebih 13 bulan dilancarkan dan untuk pelaksanaan projek selama 30 bulan, tidak sampai 10 peratus dilaksanakan. Perkara ini menunjukkan kegagalan yang jelas di pihak kerajaan," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Dalam pada itu Kamaruddin turut mengemukakan persoalan, apakah Petronas sebagai peneraju utama projek berkaitan tidak bercadang untuk mewujudkan 'supply base' di Bachok, Pasir Puteh atau Tumpat untuk menyelenggarakan pencarian, penggalian serta penemuan...

MUTU PENDIDIKAN MENJUNAM, TNC HANYA TAHU MENGAMPU PM

Imej
Intan Abdullah Tue | Oct 14, 08 | 7:42:54 am MYT KUALA LUMPUR, 14 Okt (Hrkh) - Mutu pendidikan negara menjunam teruk di mata dunia akibat pemerintah hanya mampu lantik Timbalan Naib Canselor yang hanya tahu mengampu Perdana Menteri dan pandai buat sajak sahaja. Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim (KeADILan-Permatang Pauh) menegaskan implikasi tersebut adalah akibat kegagalan kerajaan Umno-BN yang masih mengamalkan pengurusan pendidikan secara tidak profesional. "Sekarang ini negara kita berada dalam keadaan sangat lemah apabila kedudukan universiti kita juga berada di bawah paras 200 pada ranking kedudukan universiti dunia terbaik," katanya semasa membahaskan Belanjawan 2009 pada sidang dewan Rakyat semalam. Tambahnya, kedudukan universiti di Beijing, Singapura malah di Chulalongkorn, Thailand juga kini telah mengatasi universiti-universiti di Malaysia. "Hal ini adalah tidak l...

ARTIS MALAYSIA TERASA SEPERTI DITAMPAR ANUGERAH dATUK mELAKA

Imej
Abdul Aziz Mustafa Mon Oct 13, 08 11:06:52 pm MYT KUALA LUMPUR, 13 Okt (Hrkh) - Walaupun Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menyifatkan artis Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) menghina rakyat Malaysia kerana tidak hadir menerima anugerah Datuk dari kerajaan Melaka, tetapi persoalan berbangkit siapakah sebenarnya yang menghina? Malah, ada di antara artis Malaysia yang menyifatkan anugerah itu seperti menampar mereka. "Sabtu lalu, dia (SRK) juga tidak menghadiri upacara tersebut dan kami rasa seperti satu penghinaan kepada rakyat Malaysia," mStar memetik Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof dalam sidang media bantahan Seniman di pejabat Finas, Hulu Kelang,kira-kira pukul 3.30 petang tadi. Beliau menggesa pihak kerajaan negeri membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mengurniakan sesuatu anugerah kepada mana-mana artis. Bantahan tersebut dibuat mewakili artis tanahair terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelara...