30 November 2008

DAPAT 'A' TETAPI TIDAK TAHU SAINS


Dilulus terbit pada Sunday, November 30 @ 05:20:53 MYT oleh TokBatin

Oleh alifx59

"Dari blog UniPTS:
Saya adalah guru yang mengajar sains. Dilema PPSMI ini memang bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng. Memang ramai juga yang mahu ia dikekalkan dalam bahasa inggeris.

Namun, saya lebih nampak ia membawa banyak keburukan dari kebaikkan. Saya sangat yakin, kita masih boleh berjaya dengan bahasa kita sendiri.


Malah kita tetap boleh lebih berjaya jika kita tidak menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua sekalipun dalam segala aspek di Malaysia. Lihat contoh di Jepun, Jerman, Rusia dan pelbagai lagi negera maju lain yang tidak langsung mengutamakan bahasa Inggeris. Mereka cukup bangga dengan bahasa mereka. Kenapa tidak kita?

Kita tidak sepatutnya menganggap bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu yang utama. Sebaiknya, kita perlu pergiatkan lagi usaha-usaha penterjemahan segala ilmu kepada bahasa kita sendiri seperti yang pernah dilakukan oleh Jepun.

Saya pernah terbaca bagaimana Jepun boleh maju dengan begitu cepat selepas zaman kejatuhannya. Raja mereka telah menghantar begitu ramai rakyatnya ke luar negara untuk memperoleh ilmu. Kemudian, golongan inilah yang telah menukarkan segala ilmu yang mereka perolehi kepada bahasa ibunda mereka dan mengajarnya kepada rakyat yang lain.

Akhirnya rakyat Jepun hidup begitu maju dengan hanya menggunakan bahasa mereka sendiri. Malah, rakyat asing yang ingin bekerja di tempat mereka juga mesti menguasai bahasa mereka. Jika hanya tahu berbahasa Inggeris pasti akan menghadapi masalah untuk mencari kerja di sana. Begitulah mereka berbangga dengan bahasa mereka sendiri.

Walaupun keperluan menukarkan semula Matematik dan Sains kepada bahasa Melayu, saya tetap merasakan bahasa Inggeris itu penting. Namun, bukan dengan cara seperti ini. Kita tidak boleh mengorbankan perkara lain untuk memudahkan perkara lain.

Saya lihat PPSMI ini telah banyak mengorbankan Matematik dan Sains semata-mata untuk memajukan English. Adakah ini patut?

Sebagai guru yang mengajar subjek ini, saya rasa sangat sedih kerana pelajar-pelajar tidak lagi kerap bertanya dan berbincang di dalam kelas seperti dahulu. Malah, semakin ramai yang tidak dapat menguasai subjek ini walaupun pada topik-topik yang sangat senang.

Saya merasakan pemilihan subjek sains dan matematik untuk meningkatkan bahasa Inggeris adalah sesuatu yang silap. Kerana pelajar terbeban dengan dua perkara - memahami bahasa Inggeris dan memahami sains/matematik. Tetapi, jika kita tukarkan kepada subjek kemahiran - mungkin boleh. Ini cuma pandangan saya sahaja. Lagipun, beberapa tahun yang lalu, saya pernah mengajar lukisan dan IT dengan menggunakan bahasa Inggeris (sekadar untuk praktis sendiri) dan saya dapati pelajar saya dapat mengikuti kelas saya dengan baik. Keadaan tidak sama seperti semasa saya mengajar sains!

Seperkara lagi, saya berasa cukup hairan apabila ramai pelajar saya yang mendapat A atau B dalam Sains UPSR, tetapi banyak perkara asas sains yang tidak diketahui oleh mereka. Perkara ini tidak pernah berlaku semasa di zaman bahasa melayu dulu. Seolah-olah kualiti pelajar semakin menurun. Pada kebiasaannya, kita boleh menilai kemampuan menguasai sesuatu subjek dengan melihat keputusan mereka yang lalu (UPSR) walaupun ianya tidak semestinya begitu. Adakah ini yang kita mahukan?

Saya berharap, pelbagai pihak dapat memikirkan semula pelaksanaan PPSMI ini dengan sebaiknya. Buatlah kajian lebih lanjut akan kesannya kepada anak bangsa kita sendiri dan kesannya kepada bahasa ibunda yang tercinta ini.

CIKGU NURUL

Kiriman: www.sokongpr.blogspot.com


"

MB PERAK BERADA DI PULAU PANGKOR


LUMUT, 29 Nov :-Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dapat menjejak kaki ke Pulau ini setelah 9 bulan diamanahkan sebagai Menteri Besar Perak, demikian antara ucapan YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam kuliah Maghrib di Masjid Teluk Raja Bayang di Pulau pangkor di sini malam ini.Dalam lawatan ke Pulau Pangkor ini YAB Menteri Besar telah diaturkan beberapa program utama iaitu pada jam 5.30 petang tadi telah diadakan Program Hi Tea di Warung pak Usop di Sungai Pinang Besar yang di hadir oleh hampir 300 orang Melayu, Cina dan India.Pada sebelah malam pula YAB Menteri Besar memenuhi jemputan AJK Masjid Pangkor untuk memberi kuliah Maghrib yang dihadiri oleh 100 orang penduduk setempat.

"Apalah salahnya kita sama-sama mengajak orang yang kita pimpin, di rumah, di pejabat dan saya sebagai Menteri Besar yang diamanahkan untuk meningkatkan perlaksanaan solat" tegasnya.Ir. Nizar juga menyatakan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dilakukan di dunia ini, kerana itu kita mesti melaksanakan amnah ini sebaik mungkin takut kelak kita akan rugi.
Bagi Ceramah di Dataran Pangkor Pasir Bogak pihak penganjur membaris MB dengan ADUN Titi Serong yang dihadiri oleh lebih 300 orang pendengar.Dalam ucapannya Drs. Khalil menumpukan ucapannya dalam bahasa Mandarin sebagai meraikan kehadiran kaum Cina yang agak ramai.Antara kupasan yang diberikan ialah tentang keyakinan kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS telah berubah di kalangan kaum India dan Cina. Putar belit yang dinyatakan selama ini telah tidak dipercayai oleh dua bangsa tersebut.Menteri Besar mengupas tentang dasar-dasar kerajaan yang dilaksanakan termasuk mengadakan Takaful kifalah yang memperuntuk RM 1000 kepada warga emas 65 tahun ke atas yang meninggal dunia."Adakah dakwaan akan hura hara dan hara huru yang didakwa bila kita menang dan memerintah benar" tanya Menteri besar.Ir. Nizar juga menyatakan kekesalannya dengan sikap Perak FM yang tidak menyiarkan dan memberi peluang kepada nya untuk bercakap.
Kedua-dua penceramah juga mnegupas tentang kezaliman ISA yang wajib ditolak orang rakyat termasuk di Pulau Pangkor.Program terakhir ialah pada 30 November YAB Menteri Besar akan menyampaikan Kuliah Subuh di Surau Teluk Gedung yang dijangkakan mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat

29 November 2008

DENGAN HARAPAN RAKYAT, KERAJAAN BARU PAKATAN RAKYAT AKAN DIREALISASIKAN - WAN AZIZAH


Wan Nordin Wan Yaacob Sat Nov 29, 08 11:42:20 am MYT
SHAH ALAM, 29 Nov (Hrkh) - Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan dengan harapan rakyat dan kerjasama yang tinggi di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, usaha untuk membentuk kerajaan baru di peringkat pusat akan direalisasikan juga akhirnya.


Semasa menyampaikan ucapan dasar sempena Kongres KeADILan di Stadium Malawati Shah Alam ketika ini, Dr Wan Azizah menyatakan, rakyat terus berharap agar terbentuknya kerajaan Pakatan Rakyat yang sedang diusahakan.
Ujarnya, kerajaan Pakatan Rakyat akan terbentuk dengan 'izin Allah' dan kerajaan ini akan menjadi kerajaan yang prihatin, selamat dan bebas dari belenggu rasuah, campur tangan kehakiman dan dikenali wibawanya di seluruh dunia.
Presiden KeADILan itu juga berjanji jika terbentuknya kerajaan Pakatan Rakyat ini, semua manifesto yang diucapankan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-12 lalu akan dilaksanakan.
Beliau menyebut, pengguna dan rakyat akan mendapat nikmat barangan pada harga yang rendah dan bersesuaian, harga perkhidmatan pada harga yang rendah dan pelbagai kebajikan lain yang kini dinafikan oleh kerajaan Umno/BN.
Beliau menyelar tindakan kerajaan BN yang tidak mahu mengubah dan membentangkan semula Belanjawan 2009 di Parlimen walaupun berlakunya kemelut ekonomi dan penurunan harga minyak.
Beliau menyebut antara kelemahan kerajaan BN hari ini ialah terjadinya aliran keluar FDI (pelaburan dari luar) yang semakin tinggi.
Selain itu Wan Azizah juga menyebut permasalah yang membelenggu dasar-dasar kerajaan yang ada hari ini antaranya, pengganguran, kelemut akhlak remaja, kemiskinan, kemelut ekonomi yang melampau dan permasalahan rakyat yang tidak pernah terlerai.
Beliau juga mengkritik sistem pendidikan hari ini yang sebenarnya perlu dikaji semula bagi meningkatkan taraf rakyat.
Dengan kemelut tersebut, selain kepinggiran warga luar bandar oleh kerajaan Umno/BN, beliau melihat bahawa rakyat kini mula mendampingi KeADILan terutamanya di Sarawak.
"Saya yakin dengan penambahan ahli KeADILan di Sarawak, pilihan raya negeri di peringkat Sarawak tidak lama lagi akan menjadi medan kepada KeADILan untuk membentuk kerajaan baru," katanya.
Justeru beliau mengharapkan usaha yang sedang dijalankan oleh Pakatan Rakyat hari ini akan membentuk satu kerajaan baru berdasarkan kepada 'Harapan Rakyat'.
Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pimpinan Pakatan Rakyat dalam membina gagasan pakatan ini sebelum dan selepas pilihan raya hingga kini ia mantap.
"Terima kasih kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan seluruh kepimpinan PAS," katanya.
"Terma kasih juga kepada Lim Kit Siang, Karpal Sing dah rakan-rakan dalam DAP kerana kerjasama selama ini hingga Pakatan mantap," katanya.
Kejayaan pada pilihan raya umum ke-12 telah menyebabkan kerjasama dalam Pakatn Rakyat semakin tinggi, an kepercayaan antara pemimpin telah menyebabkan penubuhan sekratariat kepimpinan pakatan.
"Kita telahpun berjaya merentasi idealogi parti antara kita yang sebelum ini amat berbeza semata-mata kerana rakyat, dan kerana rakyatlah kita membentuk pakatan ini," katanya.
Justeru beliau mengharapkan dengan kerjasama ini, impian membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat di peringkat pusat akan direalisasikan akhirnya.
Ucapan Wan Azizah bagaimanapun tidak menyentuh isu kegagalan Anwar untuk menukar kerajaan persekutuan pada 16 September lepas.
Sebaliknya, bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengkritik pelan penggantian kuasa perdana menteri kepada timbalannya yang dianggap "sebuah pentadbiran yang mirip kepada regim lama" yang menyebabkan "kemusnahan dahsyat" kebanyakan insitusi pentadbiran dalam negara.
Semalam, sewaktu merasmikan kongres Wanita dan Angkatan Muda parti itu, timbalan presiden Dr Syed Husin Ali menjangkakan isu pertukaran kerajaan yang sedang diusahakan oleh Anwar akan disentuh oleh Dr Wan Azizah dan Anwar.
Anwar akan menyampaikan ucapannya, yang dijangka menyentuh beberapa isu penting PKR dan nasional, tidak lama selepas ucapan presiden.
Pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir ialah, Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa; Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Samad; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; AJK PAS Pusat, Dr Lo Lo Mohd Gahazali yang juga ahli Parlimen Titiwangsa; Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; Karpal Sing (DAP) dan Teresa Kok

'PERANG BESAR' RAFIDAH - SHAHRIZAT SEMAKIN MEMBURUK - HRKH


Safar Jumaat Fri Nov 28, 08 3:00:31 pm MYT
'ORANG lihat Rafidah (Tan Sri) kerana dia lama. Orang lihat Rafidah kerana dia garang. Orang lihat Rafidah kerana dia bercakap lantang tetapi orang tidak tahu siapa Shahrizat (Dato' Seri)', kata-kata ini sedang berpindah dari mulut ke telinga dan dari mulut ke mulut


Memetik kata-kata Ketua Pergerakan Wanita Umno Johor, Dato' Halimah Mohd Sadique baru-baru ini, jangan 'telanjangkan' Wanita memberi erti, 'peperangan besar' sedang berlaku sekarang, setelah lebih 12 tahun Wanita Umno tidak terlibat dalam 'peperangan' seperti ini.
Orang kuat Rafidah memberitahu, sejarah paling besar Shahrizat dalam Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat ialah kesemua pimpinannya (Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen) tewas sekaligus dalam Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12), 8 Mac lalu.
Sejarah ciptaan Shahrizat ini bukan senang untuk diulangi sesiapa dan jangan pula terkejut jika Shahrizat sekali lagi mencipta sejarah kekalahannya.
Kali ini dia akan kalah di tangan Rafidah pula, pemimpin yang membimbing dia, sejak sekian lama.
Kata penyokong Rafidah, jika gelaran pemangku dijadikan alasan untuk menolak 'Pelan Peralihan Jawatan', ternyata Shahrizat silap. Apakah kalau dia tidak menjadi pemangku, kepimpinannya akan diterima oleh kepimpinan (Wanita) parti-parti komponen yang lain? Jawapannya, belum tentu!
Walau apapun yang Dato' Raja Ropeah Raja Abdullah salah seorang Exco yang menunjukkan belangnya mahu menyokong Shahrizat perkatakan, kononnya Rafidah tidak berbincang terlebih dahulu dan sebagainya..hari ini, Wanita Umno terbahagi dua.
Yang bermati-matian mempertahankan Rafidah, secara total menolak Shahrizat dan yang menyokong Shahrizat, secara totoknya, mahu melihat Rafidah dikalahkah.
Cerita kempen, cerita Shahrizat yang tidak mahukan Dato' Seri Azalina Othman dicalonkan sebagai Naib Ketua Wanita Umno.
Kononnya, jika orang menang diterima, maka beratlah peluang Shahrizat untuk menjadi Menteri semula.
Tetapi kalau orang macam Dato' Kamilia Ibrahim yang sudah tamat dua penggal menjadi Senator dan tidak bertanding dalam PRU 12 yang lalu, Shahrizat dikatakan lebih selesa.
Sejauh mana cerita ini betul, tidak ada siapa yang boleh mengesahkannya tetapi hendak menolak kesemuanya, seperti ada kebenarannya pula. Khabarnya, Shahrizat meyakinkan Rafidah supaya jangan menerima 'kehadiran' Azalina.
Apabila beberapa bahagian mula mencalonkan Shahrizat sebagai ketua dan Kamilia sebagai naib, ada beberapa orang Exco Wanita membisikkan kepada Rafidah, supaya meneliti semula Pelan Peralihan Jawatan dan turut mencari 'regu' baru selepas Shahrizat sudah kelihatan beregu dengan Kamilia;
"Jangan! Saya tidak setuju. Saya mahu terus dengan apa yang sudah dijanjikan," Rafidah dipetik sebagai berkata demikian bagi menolak sangkaan mengatakan dia akan dipermainkan Shahrizat.
Tenyata, cakap-cakap beberapa Exco yang menasihatkan Rafidah dahulu itu, seperti betul-betul berlaku dan Rafidah kini bertanding bersendirian, tanpa ada sesiapa beregu dengannya untuk menjadi naib.
Ketika Shahrizat berseronok menjadi calon yang mewakili Wilayah Persekutuan, khabarnya hanya Wanita Bahagian Cheras di bawah Dato' Faridah Abu Hassan sahaja tidak bersama-samanya tetapi ada juga yang mengatakan Dato' Azizah Samad dari Bahagian Seputeh juga 'disangsikan' pendiriannya menyokong Shahrizat.
Menurut ceritanya, ada tiga nama disenaraikan untuk turut mengutip pencalonan bagi jawatan naib. Pertama Dato' Halimah Mohd Sadique, kedua, Dato' Maznah Mazlan dan ketiga, Azalina. Namun, Halimah tidak berminat kerana mahu memberi peluang penyandang jawatan Timbalan Menteri atau Menteri ke depan.
Kata yang bercerita, Halimah tidak mahu dicalonkan kerana dia serius untuk berundur. Itulah sebabnya, jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagian Tenggara pun tidak dipertahankannya.
Dia lebih berminat jika Maznah dicalonkan tetapi tidak mendapat restu Rafidah, kerana Rafidah mahu berpegang dengan Pelan Peralihan Jawatan yang sudah disusunnya.
Satu sumber lain pula memberitahu, Shahrizat mendapat nasihat dari bekas Setiausaha Politiknya, yang kini bekerja kuat untuk mempertahankan legasi Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam Umno, Dato' Reezal Merican Naina Merican.
Reezal dipercayai menasihatkan Shahrizat supaya menentang Rafidah kerana khuatir Rafidah terus menyerang Abdullah jika dia masih kekal menjadi Ketua Pergerakan Wanita Umno.
Kata sumber itu lagi, Reezal tidak puashati dengan Rafidah yang membuat desakan supaya Abdullah berundur awal dan akibat dari itu, Reezal menyakinkan Shahrizat, dengan bantuan Dato' Alwee Che Ahmad sekali, Abdullah lebih seronok jika Rafidah ditentang dan mengharapkan Shahrizat mempunyai kekuatan mengalahkan Rafidah.
Dalam beberapa wawancara dengan media, Rafidah memang tidak yakin kepada kemampuan Shahrizat untuk menghadapi pilihan raya. Malah, kekalahan Shahrizat di Lembah Pantai di tangan calon KeADILan, Nurul Izzah Anwar yang terlalu mentah menyebabkan Rafidah cukup kecewa.
"Kalau kawasan sendiri pun kalah, macam mana nak buat kerja untuk membantu kawasan lain," sumber itu memberitahu kononnya Rafidah sering mengulang-ulangi ayat serupa apabila bercakap soal Shahrizat mahu bertanding menentangnya.
Itulah sebabnya Rafidah dikatakan memerlukan tiga bulan selepas pemilihan bagi menyusun kerja, memberi keyakinan kepada rakan-rakan komponen dan beberapa strategi lain bagi memudahkan Shahrizat meneruskan tugasnya.
"Malangnya, dia tidak sabar. Dia terpengaruh dengan desakan orang lain yang tidak tahu secara mendalam Pergerakan Wanita Umno dan dia bersedialah untuk menerima akibatnya," kata sumber itu.
Malahan, sumber itu turut menyebut bahawa Pergerakan Wanita Umno tidak akan sekuat sebelumnya selepas pertandingan kali ini, tanpa mengira siapa yang menang dan siapa yang kalah.
Yang menang akan membawa gengnya bersama dan yang kalah akan terus disisihkan kerana mereka dianggap kumpulan yang tidak tahu bersabar dan tidak tahu erti kesetiaan bila berjanji.
Khabarnya Najib lebih selesa dengan Rafidah tetapi Abdullah dikatakan mahukan Shahrizat.
Ketika Abdullah dilihat tidak bersetuju dengan Tan Sri Muhyiddin, tetapi dalam isu Wanita Umno, Abdullah dan Muhyiddin dikatakan senada mahukan Shahrizat.
Jika Rafidah menang, Muhyiddin dalam bahaya untuk menang kerusi Timbalan Presiden tetapi jika Shahrizat menang, Muhyiddin bolehlah mengadakan kenduri awal di rumah Shahrizat meraikan kemenangan bersama, walaupun pengundian bagi jawatan Timbalan Presiden belum bermula! - mr

28 November 2008

DEBAT PAS VS UMNO DI PARIT BUNTAR


PARIT BUNTAR, 27 Nov. : Pejabat Agama Islam Daerah Parit Buntar akan menganjurkan satu Debat Perdana bertajuk Melayu : Ke Mana Hala Tuju pada 6 Disember 2008 bertempat di Dewan Persatuan Amal Chin Boon Kok bermula jam 9.00 malam.Debat yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir. Haji Nizar Jamaluddin ini bakal menemukan Ahli Parlimen Parit Buntar dari PAS Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Ahli Parlimen Pasir Salak dari Umno Dato' Tajuddin bin Abdul Rahman serta Naib Presiden Teras En. Hafiz bin Haji Mustafa Lubis sebagai ahli panel. Menurut Pegawai Tadbir Agama Parit Buntar Ust. Manolito bin Mohd Dahalan, ketiga ahli panel telah menyatakan persetujuan untuk menyertai Debat Perdana ini. Menurut Ust. Manolito lagi, moderator bagi debat ini ialah pegawai dari Jabatan Islam Negeri Perak. Memandangkan debat ini menampilkan dua tokoh parti politik PAS dan Umno bagi membincangkan masalah umat Melayu. Orang ramai dinasihatkan datang awal kerana tempat yang disediakan dalam dewan terhad.

Idul Adha menjana pengorbanan sebenar

Setiap hari raya Idul Adha, kita selalu diingatkan kisah tentang ketaatan Nabi Ibrahim as dan putranya, Nabi Ismail as, dalam menjalankan perintah Allah Swt. Ketika Nabi Ibrahim as diperintahkan untuk menyembelih putranya, keduanya segera bergegas melaksanakan perintah Allah. Tidak menampakkan sama sekali keraguan, apalagi keengganan atau penolakan. Keduanya dengan ikhlas menunaikan perintah Allah Swt, sekalipun terpaksa mengorbankan sesuatu yang paling dicintainya. Ibrahim rela kehilangan putranya, dan Ismail tak keberatan kehilangan nyawanya. Peristiwa agung ini pun diabadikan dalam al-Quran agar menjadi teladan bagi manusia di sepanjang masa. Allah Swt berfirman:

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar." (TQS. al-Shaffat [37]: 102).

Pengorbanan yang luar biasa itu pun membuahkan hasil. Tatkala ketaatan mereka telah terbukti, perintah penyembelihan itu pun dibatalkan. Sebagai gantinya, Allah Swt menebusnya dengan sembelihan haiwan. Karena mereka telah lulus dari al-balâ’ al-mubîn (ujian yang nyata), mereka pun mendapatkan balasan yang besar. Allah Swt berfirman:

Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar (TQS. Shaffat [37]: 103-107).

Ketundukan, pengorbanan, dan keberhasilan mereka, seharusnya menjadi teladan bagi kita. Sebagaimana Nabi Ibrahim as, kita pun menerima berbagai kewajiban yang harus dikerjakan. Bagi kita, kewajiban itu juga al-balâ’ al-mubîn (ujian yang nyata). Siapa pun yang bersedia tunduk dan patuh menjalankan kewajiban itu, maka mereka adalah orang-orang yang selamat . Sebaliknya, mereka yang berpaling darinya adalah orang-orang yang gagal dan celaka.

Di antara kewajiban itu adalah menerapkan syariah-Nya dalam kehidupan. Allah Swt berfirman:

Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu (TQS. al-Maidah [5]: 49).

Seruan ayat ini, seruan tersebut juga bertebaran dalam banyak ayat dan Hadits. Kewajiban tersebut kian tegas dengan adanya larangan bagi setiap Mukmin untuk mengambil dan menerapkan hukum lain yang tidak berasal dari-Nya. Jika tetap menjalankan hukum selain syariah, maka boleh termasuk di antara salah satu kemungkinan: kafir, dzalim, atau fasik (QS al-Maidah [5]: 44, 45, dan 47).
Syariah yang diwajibkan atas kita itu bersifat total dan menyeluruh, baik menyangkut interaksi manusia dengan Sang Pencipta yang berupa hukum-hukum ibadah; interaksi manusia dengan dirinya sendiri yang tercakup dalam hukum-hukum makanan, pakaian, dan akhlak; maupun interaksi antara sesama manusia yakni hukum-hukum mu’amalat yang meliputi sistem pemerintahan, sistem ekonomi, sistem pergaulan, strategi pendidikan, dan politik luar negeri; dan uqubat yang memberikan ketentuan mengenai saksi-saksi terhadap setiap pelaku jenayah.
Keseluruhan syariah itu wajib kita terapkan. Tidak boleh ada yang diabaikan, ditelantarkan, apalagi didustakan. Tindakan mengimani sebagian syariah dan mengingkari sebagian lainnya hanya. akan mengantarkan kepada kehinaan di dunia dan azab yang pedih di akhirat. Allah Swt berfirman:

Apakah kamu beriman kepada sebahagian al-Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. (TQS. al-Baqarah [2]: 85).

Di antara hukum-hukum itu memang ada yang dibebankan kepada individu untuk melaksanakannya, seperti shalat, zakat, puasa, haji, dan ibadah-ibadah lainnya. Demikian juga hukum tentang makanan, pakaian, akhlak, dan sebagian hukum muamalah. Namun, ada juga hukum-hukum yang dibebankan kepada negara untuk menjalankannya. Di antaranya adalah hukum-hukum yang berkenaan dengan sistem pemerintahan, sistem ekonomi, sistem pergaulan, strategi pendidikan, dan politik luar negeri. Juga berkaitan dengan hukum-hukum tentang saksi terhadap jenayah. Semua hukum itu harus dijalankan oleh negara.

Berdasarkan fakta itu, maka keberadaan negara yang menjalankan syariah menjadi wajib. tanpa adanya negara atau daulah, niscaya terdapat sebagian besar syariah yang tidak dapat dilaksanakan. Dalam kaidah ushul fiqh dinyatakan:


مَا لاَ يَتِمُ الْوَاجِبُ إِلاَّ بِِِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ


Semua perkara, yang kewajiban tidak sempurna kecuali dengannya, maka perkara itu adalah wajib.

Telah maklum, setelah khilafah Utsmaniyyah runtuh tahun 1924, tidak ada institusi yang bertanggung untuk menerapkan syariah secara total. Akibatnya, sebagian besar syariah itu pun terbengkalai. Kalaupun dijalankan, itu terbatas dalam lingkup individu atau kelompok.
Inilah problem besar yang dialami umat Islam saat ini. Lenyapnya khilafah telah mengakibatkan sebagian besar syariah terbiar. Tak hanya itu. Tiadanya khilafah juga membuat umat Islam terpecah-belah menjadi lima puluhan negara. Tidak ada lagi yang memelihara aqidah mereka; menjaga darah, harta, dan kehormatan mereka; dan melindungi wilayah mereka dari serbuan negara-negara kafir penjajah.
Justeru itu, umat islam perlu bangun berjuang mengembalikan kehebatan hukum allah. Ujian allah itu pasti tiba kerana itu adalah sunnatullah.

Semenjak dakwah Rasulullah saw hingga berdiri sebuah negara di Madinah, beliau memerlukan waktu sekitar 13 tahun. Selama itu pula beliau tak mengenal lelah untuk menyampaikan dakwah. Mulai dari akidah hingga kewajiban tunduk terhadap syariah. Demikian juga para sahabat. Dalam berdakwah, mereka juga kerap menerima berbagai ujian, fitnah, dan tekanan, baik fizikal maupun mental. Namun, semua itu tak pernah membuat mereka surut dan gentar. Mereka tetap tegar menyerukan kebenaran Islam.

Abu Dzarr al-Ghifari, misalnya, ketika mendakwahi kaum Quraisy justru mendapat siksaan yang berat. Beliau dipukul hingga pengsan. Abdullah bin Mas’ud juga diseperti itu beramai-ramai oleh kafir Quraisy ketika membacakan al-Quran di kerumuni manusia. Perlakuan yang tidak jauh berbeza juga diterima oleh sahabat-sahabat yang lain. Tidak sedikit pula yang gugur dalam berjuang, seperti Yasir dan isterinya.

Dalam berdakwah, Rasulullah saw juga menerima hinaan dan cercaan. Nelakang dan tempat sujud beliau pernah dilempari kotoran unta. Juga pernah dipukul kaum Quraish hingga pengsan. Ketika menyampaikan dakwah di Thaif, beliau dilempari batu hingga berdarah-darah. Namun, semua itu tak pernah membuat beliau mundur dan berhenti.

Kegigihan dan pengorbanan mereka dalam berjuang pun menuai hasil. Allah Swt mengganjarkan mereka dengan pahala, syurga, dan ridha-Nya. Tak hanya itu, mereka pun mendapat anugerah kemenangan di dunia. Yakni tegaknya Daulah Islamiyyah di Madinah. Dari sanalah kemudian Islam menyebar ke seluruh dunia. Kemuliaannya menerangi kehidupan, sehingga dalam waktu singkat, manusia berbondong-bondong memasuki agama Islam.

Ketundukan kepada Allah Swt dan ketaatan menjalankan perintah-Nya memang memerlukan pengorbanan, baik waktu, tenaga, harta, bahkan jiwa. Akan tetapi kita tidak perlu khuatir. Pengorbanan itu pasti akan membuahkan hasil. Allah Swt akan memberikan pertolongan-Nya jika kita bersungguh-sungguh menolong agama-Nya. Allah Swt berfirman:

Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu (TQS. Muhammad [47]: 7).

Jika demikian janji-Nya, janganlah kita merasa ragu atau takut. Sebab, pertolongan sesunguhnya hanya di tangan Allah Swt. Tidak akan datang kecuali dari-Nya (QS Ali 'Imran [3]: 126, al-Mulk [67]: 20, al-Kahfi [18]: 43). Maka siapa saja yang ditolong Allah Swt, tidak ada seorang pun yang dapat mengalahkannya. Sebaliknya, jika Allah Swt menghinakannya, tidak ada seorang pun yang dapat menolongnya. Allah Swt berfirman:

Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal (TQS. Ali 'Imran [3]: 160).

Islam pasti menang , kerana itu adalah janji allah

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman diantara kamu dan mengerjakan amal shaleh, bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah mejadikan orang-rang yang sebelum mereka berkuasa. Dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka. Dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukankan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (TQS. An-Nuur [24]: 55).


26 November 2008

SIKAP ANTI KERAJAAN RTM PERAK DIKESALI

Ekmal Yusof
Tue | Nov 25, 08 | 3:17:39 pm MYT

IPOH, 25 Nov (Hrkh) - Rakyat negeri ini terkilan dan kesal dengan sikap RTM Perak menuduh Menteri Besar Perak, Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiada integeriti kerana melantik Exco Jamaluddin Mohd Radzi yang dikatakan "rasuah" oleh kerajaan Umno-BN sebagai Pengurus Pasukan Bola Sepak Perak kelmarin


Menurut siaran warta berita RTM Perak jam 5.00 petang semalam, kalau Jamaluddin dituduh rasuah mengapa Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) melantiknya sebagai Ketua Pasukan tersebut.

Seorang peminat bola sepak Perak, Razali Darus memberitahu Harakahdaily, nampaknya yang tiada integeriti adalah pihak RTM Perak itu sendiri kerana telah jelas dan nyata yang melantik Jamaluddin itu bukan Menteri Besar Perak tetapi Mesyuarat Jawatankuasa PAFA.

Pihak RTM Perak juga seperti sudah buta huruf dan buta hati tidak tahu apa yang sedang berlaku kepada pucuk pimpinan parti politik Umno-BN kerana seperti sudah terang bersuluh pula, kerana kalau sudah dikaitkan kes Altantunya dengan Dato' Seri Najib Razak mengapa pula hendak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia akan datang?" dakwanya.

Tegasnya, mengapa RTM Perak tidak buat komen siang malam terhadap kes tersebut?

"Bukankah sudah terdedah kes Najib ada kaitanya dengan "hilang terus tanpa kesan" Altantunya?" soal Razali.

Kami percaya Menteri Besar Perak adalah pemimpin yang ada integeriti tetapi malangnya pihak RTM Perak itu yang benar-benar perlu berlajar mendisplinkan diri supaya bijak membezakan kebenaran yang sebenarnya," sambungnya.

Dalam mesyuarat PAFA kelmarin, Nizar telah dilantik sebagai Presiden dan Setiausaha Akhbarnya, Anuar Hashim dilantik Setiausaha PAFA. - mns_

25 November 2008

DR HASSAN " PANAS " , GUGUR 2 PEMIMPIN


Jimadie Shah Othman | Nov 24, 08 4:49pm
kemaskini 7:25pm Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohd Ali didakwa menggugurkan dua pemimpin kanan parti itu kerana "kepanasan" dengan kritikan yang diterimanya berhubung isu agama dan kaum dalam pentadbiran negeri.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilucutkan jawatan sebagai timbalah pesuruhjaya II PAS negeri itu digantikan ahli parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat, Jumaat lepas.

Sementara ketua penerangan diserahkan kepada setiausaha akhbar presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Sharir bagi menggantikan wakil rakyat Hulu Kelang, Saari Sungib.

Keputusan mendadak itu diputuskan dalam mesyuarat Dewan Harian parti itu yang diumumkan dan diluluskan dalam mesyuarat badan perhubungan PAS negeri itu pada hari yang sama.

hasan ali umno pas selangor talk quality hotel 300708 05Sumber-sumber dalaman PAS Selangor memberitahu Malaysiakini, pengguguran itu dicadangkan sendiri oleh Dr Hassan menggunakan kuasanya sebagai pemimpin nombor satu dengan mendominasi kedua-dua mesyuarat itu.

Menurut sumber lagi, keputusan pengguguran Khalid dan Saari itu tidak dipersetujui di kalangan ahli mesyuarat yang terdiri daripada yang dipertua PAS kawasan.

Ramai di antara mereka dikatakan berdiam diri kerana tidak berpeluang mengeluarkan pandangan.

"Tidak ada kebebasan bersuara dalam mesyuarat. (Agenda) tidak bincang isu betul-betul dan selalu disapu di bawah permaidani," kata sumber.

Kedua-dua tokoh gerakan Islam itu dikatakan sering bersuara lantang menyebabkan Dr Hassan jadi sensitif, terutamanya dalam isu pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan peruntukan RM10 juta kepada rumah ibadat bukan Islam di negeri itu.

Malaysiakini difahamkan kedua-dua tokoh yang digugurkan itu berpandangan, isu-isu berunsur perkauman melibatkan penyertaan golongan bukan Melayu dalam kerajaan Selangor tidak harus menjadi keutamaan PAS di negeri itu.

"Isu-isu Melayu ini kita sudah tidak mahu layan," kata sumber.

Bagaimanapun, pandangan Khalid dan Saari ini dikatakan bertentangan dengan pendekatan Dr Hassan yang didakwa tidak mengendahkan teguran-teguran yang dibuat terhadapnya.

Dr Hassan sebelum ini dilaporkan menolak pelantikan Low atas alasan beliau bukan Melayu dan beliau mahu segera menggantikan pemimpin korporat itu dengan seorang calon Melayu.

Tindakan Dr Hassan itu mengundang kontroversi dan reaksi pelbagai pihak.

dap abolish isa forum 230908 khalid samad 02Isu-isu sebegitu, kata sumber, tidak selari dengan slogan "PAS Untuk Semua" yang dilaungkan parti itu.

Penyingkiran kedua-dua tokoh itu juga dikatakan kesan daripada tindakan mereka yang mahukan PAS "kembali kepada asal" dengan memfokuskan kepada usaha mengukuhkan Pakatan.

Dihubungi selepas sidang parlimen hari ini, Khalid (foto atas, kiri) mengakui rombakan PAS negeri terpaksa dibuat kerana perbezaan pendapat, kaedah dan cara beliau menyebabkan Dr Hassan tidak dapat melaksanakan tugas dengan berkesan.

Beliau bagaimanapun enggan memperincikan perbezaan-perbezaan itu seperti disebut oleh sumber-sumber.

Perbezaan itu, katanya, bermula sejak pilihanraya umum Mac lagi apabila PAS bersama PKR dan DAP kali pertama berjaya menawan Selangor.

Khalid menambah, pelantikan Roslan dan Dr Che Rosli yang "lebih serasi" dengan Dr Hassan bertujuan membolehkan pesuruhjaya itu menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan.

Tambahnya, atas kapasitinya sebagai yang dipertua PAS Shah Alam, beliau akan terus menegur kepemimpinan negeri jika wujud kesalahan walaupun tidak lagi memegang jawatan sebagai timbalan pesuruhjaya II.

Menurutnya lagi, Saari sebagai wakil rakyat PAS masih boleh menghadiri mesyuarat badan perhubungan negeri, cuma tidak boleh terlibat membuat keputusan atau mengundi.

Badan itu mempunyai 63 ahli (termasuk enam anggota dilantik), melibatkan pemimpin tertinggi di peringkat negeri, wakil Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, dan ketua serta setiausaha PAS kawasan-kawasan.

Khalid yang hadir pada mesyuarat Dewan Harian dan badan perhubungan minggu lalu tidak menentang keputusan Dr Hassan yang, menurut ahli parlimen itu, mendapat sokongan majoriti badan perhubungan PAS negeri.

amnesty international 2007 report launch 230507 saari sungibSaari (foto kiri) ketika dihubungi enggan mengulas pengguguran beliau daripada badan perhubungan negeri.

Sementara itu, Roslan yang juga yang dipertua PAS Kelana Jaya mengakui idea merombak organisasi parti itu disarankan oleh Dr Hassan sendiri bertujuan untuk menguatkan organisasi parti.

Beliau berkata, hanya jawatan dalam organisasi PAS negeri sahaja digugurkan bertujuan meringankan beban kedua-dua wakil rakyat itu.

Jawatan-jawatan lain yang dipegang, diteruskan seperti biasa.

Menurut Rolsan lagi, rombakan minggu lepas itu merupakan "perkara biasa" dan diamalkan di pelbagai negeri.

"Pahang dan Melaka juga membuat rombakan tetapi tidak tidak dibicarakan," katanya kepada Malaysiakini.

Rombakan itu, tambahnya, hanya mencetuskan spekulasi kerana Selangor merupakan negeri bawah pemerintahan Pakatan yang melibatkan PAS sebagai rakan gabungan.

Mengulas pelantikan beliau dan Dr Che Rosli, Roslan berkata, kedua-dua mereka bukanlah orang baru.

Beliau sebaliknya pernah memegang jawatan ketua penerangan PAS Selangir sebelum ini, berpengalaman dan mempunyai hubungan baik mempromosikan menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di negeri itu sewaktu pilihanraya umum Mac lalu.

"Dr Che Rosli pula merupakan bekas (seorang) timbalan pesuruhjaya PAS Perlis," katanya.

Dr Hassan gagal dihubungi untuk mengulas dakwaan ini, beliau kini dilaporkan berada di luar negara.

Beliau semalam dilaporkan berkata, PAS Selangor memerlukan rombakan kecil selepas melihat perlunya ada usaha memberi peluang kepada barisan kepimpinan baru.

Rombakan itu, tambahnya lagi, mengambil kira komitmen dan penglibatan sepenuh masa dalam organisasi itu.

Beliau mendakwa Khalid dan Saari berperanan besar sebagai wakil rakyat di tempat masing-masing.

Selain pemimpin kawasan Shah Alam, Khalid juga ahli lajnah politik PAS pusat.

24 November 2008

ISA : GMI CABAR PEWARIS , DR MAAMOR

ISA: GMI cabar Pewaris, Dr. Maamor
Intan Abdullah Foto Wan Zahari Wan Salleh Mon Nov 24, 08 2:28:57 pm MYT
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Hrkh) - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mencabar Majlis Permuafakatan Ummah atau Pewaris untuk bersemuka bagi membincangkan isu-isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA.

Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh berkata, GMI terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakapnya, Dato' Dr Maamor Osman yang tidak mendapat maklumat tepat mengenai Akta drakonian itu.
"Mungkin maklumat tersebut tidak tepat, hanya mendapat info daripada sebelah pihak sahaja. Sepatutnya mereka kena pergi bertemu sendiri dengan tahanan ISA dan keluarga mereka," katanya.
Tambahnya, Pewaris perlu menyemak terlebih dahulu sesuatu kes sebelum mengenakan tindakan ISA bagi menjamin keadilan dan hak semua bangsa terpelihara.
"Saya juga sedih dengan penglibatan Presiden Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dalam Pewaris yang memperjuangkan isu yang menindas masyarakat umum melalui akta yang zalim ini," katanya.
Dalam Islam, tidak ada sesiapa yang bersalah sehingga dibuktikan ianya bersalah yakni menerusi siasatan dan perbicaraan bagi memberikan haknya untuk seseorang membela diri, kata Syed Ibrahim.
Terdahulu, Maamor yang juga merupakan Setiausaha Agung PPIM mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan supaya mengekalkan penggunaan ISA bagi menjamin keharmonian negara ini daripada diganggu-gugat oleh anasir-anasir jahat.
"ISA masih relevan dan melalui ISA, keharmonian negara dapat dikekalkan, dan dalam prinsip Islam pencegahan adalah lebih baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pewaris di Wisma Sejarah semalam.
Selepas mesyuarat itu, Maamor dan 100 anggota Pewaris berarak dari Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak menuju ke Balai Polis Jalan Tun Razak, di Jalan Ampang untuk membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pihak yang memainkan isu-isu perkauman.
Maamor bagaimanapun enggan memberikan nama-nama individu yang didakwa mereka memainkan isu perkauman yang dinyatakan dalam laporan polis itu.
Dilaporkan kekecohan juga tercetus pada awal perhimpunan apabila peserta perhimpunan bertindak memukul beberapa individu yang lalu lalang di kawasan perhimpunan iaitu di Wisma Sejarah.
Pihak polis didakwa hanya duduk berehat di perkarangan jalan bangunan Bernama yang terletak berhampiran bangunan Wisma sejarah itu.
Insiden tersebut menimbulkan rasa kurang senang apatah lagi sepanduk dan kain rentang yang dipamerkan menyebabkan mereka yang melalui kawasan tersebut bertindak mengeluarkan kata-kata yang tidak sesuai.
Antara kata-kata pada sepanduk tersebut yang mengundang provokasi adalah 'Bubarkan Majlis peguam', 'Yes to ISA', 'bebaskan Dato' Ahmad Ismail' dan 'tanah Malaysia tidak perlukan babi import sahaja babi daripada luar'.
Selain itu turut kelihatan sepanduk 'pengkid haram : bukan Islam jangan masuk campur hal Islam', 'jangan sentuh ketuanan melayu', 'surau dan masjid dirobohkan atas kesan pembangunan - kenapa kuil tidak?' dan jangan gadaikan maruah melayu demi kepentingan politik peribadi.
Terdapat juga sebuah kain rentang yang paling besar berbunyi:'kekalkan ISA demi keamanan, keselamatan dan kemakmuran' dipasang menutupi bangunan Wisma Sejarah.
Kebanyakan peserta yang berarak memakai kemeja-t berbunyi yes to ISA dan kain pengikat dahi berwarna kuning bertulis 'hidup melayu, hidup Islam'.-Hrkh_

23 November 2008

PAS PERAK KELUARKAN VCD PENERANGAN


Jabatan Penerangan PAS Perak telah mengeluarkan video penerangan bagi menyalurkan maklumat yang sebenar sebagai langkah menangkis tohmahan dan fitnah yang disebarkan oleh pepuak Umno yang memburuk-burukan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Penyebaran video tersebut secara percuma adalah bagi tujuan memperkukuh sokongan dan keyakinan diakar umbi dan diharap mereka pula akan dapat menyalurkan maklumat yang benar dan tepat ini kepada masyarakat bahawa pimpinan PAS yang menerajui kerajaan Pakatan Rakyat hari ini menepati kehendak rakyat yang mahukan perubahan kearah kesejahteraan rakyat.

Dapatkan video penerangan tersebut secara percuma dengan menghubungi pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak melalui telepon : Khalilul Rahman - 0195713771

NIK AZIZ ENGGAN CAMPUR TANGAN ISU LADANG BABI DI KEDAH

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menegaskan beliau tidak mahu campur tangan berhubung cadangan negeri Kedah untuk mewujudkan ladang babi moden di Bukit Selambau, di negeri itu.
Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata cadangan berkenaan merupakan urusan kerajaan negeri Kedah dan berharap ia dapat diuruskan dengan sewajarnya.
"Cadangan untuk buka ladang babi tu merupakan urusan negerinya (Kedah), kita tak masuk campur, pandai-pandailah urus,' katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Perwakilan Tahunan Negara ke-83 Persatuan Bekas Tentera Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata tumpuannya kini hanya untuk menjaga Kelantan dengan tidak membenarkan babi dipelihara secara komersial, sebaliknya hanya diternak secara keci-lkecilan sebagai bekalan makanan penduduk bukan Islam.
"Di Kelantan saya sekat awal-awal lagi supaya tiada babi diternak secara komersial, sebaliknya kita hanya benarkan ia diternak sekadar di belakang rumah, bukan untuk berniaga," katanya.
Dalam perkembangan lain Nik Aziz turut bersetuju dengan cadangan Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani yang mahu kerajaan turut melantik senator di Parlimen daripada kalangan bekas anggota tentera.

DUTA NEGARA ASING, PELABUR KAGUM DENGAN KERAJAAN NEGERI

negara asing, pelabur kagum dengan Kerajaan Negeri
Johari Jaafar Fri Nov 21, 08 1:51:26 pm MYT
IPOH, 21 Nov (Hrkh) - Perkembangan yang berlaku dalam seminggu ini seakan memberikan perkembangan terbaru dalam suasana politik dan ekonomi negeri apabila dalam tempuh tersebut, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sering dikunjungi duta asing dan pelabur dari luar negeri

Mereka menyatakan kekaguman terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Perak, walaupun mereka tidak mendapat gambaran sebenar kerajaan Pakatan Rakyat melalui media arus perdana.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Politi Menteri Besar Perak, MIsbahul Munir Masduki ketika ditemui wartawan Harakahdaily di pejabatnya semalam.

Menurut beliau, apabila mereka membuat kunjungan ke negeri ini, mereka dapat saksikan sendiri bahawa apa yang berlaku di Perak menggambarkan yang sebaliknya daripada apa yang digambarkan oleh media.

"Mereka juga melihat Perak sangat berpotensi dalam bidang industri, pertanian, perlombongan dan sebagainya. Para pelabur menyatakan penuh minat, bahawa Perak adalah negeri yang cukup stabil untuk mereka menanam modal," jelasnya.

Pelabur dari Brazil, Jose Maciel Duantie de Paich, dalam kunjungannya ke Pejabat Menteri Besar Perak telah bercadang untuk memperkenalkan teknologi pertanian Brazil di Perak.

Begitu juga dengan Kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura T. Jasudasen, telah menyatakan hasrat untuk menjalin kerjasama ekonomi, pelancongan dan pendidikan.

"Seorang pelabur dari New zealand, Richard N Tankersley, menyatakan hasratnya untuk memperkenalkan teknologi moden dalam perladangan.

Sebelum itu Miss Penny Williams, Pesuruhjaya Tinggi Australia Ke Malaysia telah mengunjungi Menteri Besar di Pejabat Mentari Besar.

Dalam pertemuan lebih satu jam tersebut kerajaan Australia sangat berminat menjalin hubungan kerjasama dua hala iaitu ekonomi, pelancongan dan pendidikan.

"Perkembangan ini sesuatu yang akan membawa Negeri Perak kepada perkembangan ekonomi yang cukup baik apabila pelabur mula 'membanjiri' negeri ini, sekali gus mematikan tohmahan pemimpin BN bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak tidak mampu menarik pelabur asing dan tidak 'pandai' mentadbir," tegasnya. - mns_

22 November 2008

SENAMAN YOGA HARAM : MAJLIS FATWA KEBANGSAAN


PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam daripada melakukan senaman yoga secara sistematik kerana boleh memesongkan akidah.Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga yang sistematik mengandungi tiga perkara iaitu amalan fizikal, unsur keagamaan, mentera dan pemujaan yang jelas bertentangan dengan syariat Islam.Sehubungan itu, beliau menasihatkan umat Islam menjauhi dan menghentikan amalan itu kerana tujuan dan matlamat untuk mendapatkan ketenangan serta kemuncaknya konon memperoleh penyatuan diri dengan tuhan boleh merosakkan akidah muslim. - Bharian

TAJOL ROSLI BERBOHONG

IPOH : Dalam isu penggunaan dewan orang ramai, balai raya atau semua premis milik kerajaan negeri, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) telah mengembalikan hak penggunaan semua premis tersebut kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama, kaum dan NGO. Tetapi pengurusan dan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungjawab JKKK yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Perkara ini ditegaskan seawal Ir Hj Nizar menjadi Menteri Besar Perak. Penegasan tersebut diulangi semula dalam penggulungan Bajet 2009 baru-baru ini.Dalam dakwaan Tajol kononnya kerajaan PR tidak membenarkan UMNO menggunakan dewan orang ramai di Gerik adalah tidak benar, karut dan bohong. Sebenarnya,Majlis Daerah Pengkalan Hulu tidak menerima permohonan penggunaan dewan untuk Mesyuarat UMNO pada 18 dan 19 Oktober 2008. Namun begitu Majlis Daerah Pengkalan Hulu ada menerima permohonan dan meluluskan penggunaan Dewan Bandaran Pengkalan Hulu kepada UMNO untuk jamuan Aidilfitri pada sebelah petang 19 Oktober 2008.Tajol juga mendakwa kononya segala harta benda dalam dewan turut dipunggah oleh JKKK baru juga bohong. Yang berlaku, masih banyak dewan orang ramai dan balai raya tidak diserahkan oleh JKKK lama kepada JKKK yang baru, sekalipun penghulu dan DO campurtangan, namun penyerahan kunci dewan orang ramai masih belum berlaku, kerajaan dan JKKK yang baru masih tetap bersabar. Ada juga yang telah menyerahkan kunci kepada JKKK yang baru, tetapi segala harta benda seperti kerusi, meja, canopy dan lain-lain tidak ada di dalam dewan.Penyata Kewangan juga tidak diserahkan kepada JKKK yang baru. Malahan ada di kalangan mereka masih mahu lagi menjalankan kerja-kerja yang tidak sepatutnya dijalankan oleh mereka seperti memungut bayaran pasar malam, kerja-kerja menebas parit dan sebagainya.Dalam sidang DUN yang lepas, Tajol juga pernah berbohong di dewan. Beliau mendakwa sudah menanda tangani penyerahan tugas kepada Menteri Besar yang baru. Dalam sesi penggulungan Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin telah menunjukkan buku penyerahan tugas, dan ternyata dokumen tersebut tidak ditanda tangani oleh beliau.Inilah dia perangai pemimpin UMNO yang sombong, angkuh, bongkak dan tidak tahu malu. Kalau kita ikuti ucapan Tajol di dalam dewan, kita dapati ucapan beliau tidak sedikitpun memperlihatkan bahawa beliau ini pernah menjadi Menteri Besar Perak, ucapannya umpama orang bodoh yang tidak tahu apa-apa. Beliau mengkritik kerajaan dengan cara memperbodohkan kerajaan, pada hal dialah yang paling bodoh. Benar firman Allah di dalam al Quran, surah Baqarah ayat 13 yang bermaksud :"Apabila dikatakan kepada mereka ;Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman; Mereka menjawab, Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman? Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu"

21 November 2008

TAMBAH KAPASITI HIDROELEKTRIK : AIR SUNGAI DI PERAK DISALUR KE TASIK PERGAU

Salmah Mat Husain
Thu Nov 20, 08 4:21:50 pm MYT

KOTA BHARU, 20 Nov (Hrkh) - Kerajaan Kelantan bersetuju terhadap cadangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melaksanakan pembangunan Projek Lencongan Air Sungai Talang di Perak ke Tasik Pergau, Jeli.

Projek itu bertujuan meningkat kapasiti jana kuasa tenaga hidroletrik sebanyak 50 peratus lagi berbanding 600 megawat sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman berkata, cadangan TNB itu pada dasarnya dipersetujui kerajaan negeri dibina dua terowong sejauh 20 kilometer.

Bercakap kepada media selepas mesyuarat Exco semalam katanya, projek lencongan yang bakal dilaksanakan di Talong, Sengoh, Perak ke Pergau bagi menampung keperluan bekalan tenaga hidroletrik di seluruh negara dalam satu-satu masa.

Selain itu bekalan itu akan digunakan ketika menghadapi sesuatu insiden yang tidak diingini berlaku.

Menurutnya sebagai permulaan projek berkenaan akan bermula tahun depan di kawasan seluas 12 hektar bagi pembinaan terowong dianggar ketinggian 700 meter sejauh 12 kilometer.

"Masyarakat tidak perlu bimbang terhadap projek tersebut kerana ia tidak akan mengganggu ekosistem dan dalam konteks ini kajian Penilaian Alam Sekitar (EIA) mendapati ia selamat," ujarnya.

Dalam perkembangan lain beliau menasihatkan orang ramai yang tinggal di kawasan sering dilanda banjir supaya lebih berhati-hati.

"Kita sama-sama menjaga anak-anak dan harta benda apabila banjir berlaku," ujarnya. - mj _

20 November 2008

KERAJAAN PERAK SEDIAKAN RM2 JUTA BANTU MANGSA ISA

Ekmal Yusof
Thu | Nov 20, 08 | 11:42:39 am MYT

BAGAN SERAI, 20 Nov (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat Perak akan memperuntukkan dana sebanyak RM2 juta bagi Tabung Khas Kebajikan Rakyat dalam Perbelanjaan Bajet 2009 terhadap kes-kes seperti penderitaan penahanan mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan keluarganya.

Iklan

Menteri Besar, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengumumkan demikian dalam pengulungan Perbelanjaan Bajet 2009 di Persidangan Akhir Dewan Negeri Perak di Ipoh baru-baru ini dan perkara ini dinyatakan oleh Exco Agama, Pendidikan Islam,Wanita dan Kebajikan, Haji Mohd. Zainuddin Mohd.Yusof ketika berucap merasmikan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parti Pakatan Rakyat di Bandar Baru, Bagan Serai kelmarin.

"Kerajaan Perak menubuhkan tabung khas untuk membantu rakyat ditimpa nasib malang seperti memastikan dapat memberi bantuan tetap terhadap kebajikan anak-anak dan isteri mangsa keluarga tahanan ISA selagi suaminya di dalam tahanan,"kata Mohd. Zainuddin.

Tegasnya, dana itu bertujuan membantu dalam perbelanjaan persekolahan anak-anak dan saraan isteri mangsa ISA yang keseorangan menanggung bebanan hidup keluarga.

Dalam ucapannya itu, beliau menjelaskan bahawa ISA adalah akta yang zalim di mana mangsa tidak diberi peluang untuk membela diri.

"Itulah sebabnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf ISA malah berusaha untuk menghapuskan akta tersebut dan setidaknya kem ISA di Taiping itu dinyahkan dari Perak segera,"katanya.

Tegasnya, ISA ditubuhkan di zaman penjajahan British di Tanah Melayu dengan satu tujuan sahaja iaitu untuk membanteras pengganas komunis.

"Bukannya seperti dilakukan oleh umno-BN sekarang tangkap sesiapa sahaja dengan sesuka hati dan kenakan akta ISA itu dengan menyumbatkan mangsa di dalam Tahanan Kem Kamunting, Taiping tanpa bicara,"jelas Zainuddin. - mks. _

18 November 2008

ISU MB PERAK "RAMPAS KAMERA" SENGAJA DIPUTARBELIT

Johari Jaafar
Tue | Nov 18, 08 | 10:52:23 am MYT

IPOH, 18 Nov (Hrkh) - Setiausaha Politik Menteri Besar Negeri Perak, Misbahul Munir Masduki menegaskan isu Menteri Besar 'merampas' kamera wartawan sudah dijangka akan diputarbelitkan oleh media dengan tujuan jahat dan mencemar imej Menteri Besar.

"Seperti yang dijangkakan, media akan memainkan isu ini, peluang untuk memberi penjelasan tidak pula diberikan," ujarnya.

Menurutnya, beliau bersama Setiausaha Akhbar, Anuar Hashim, dan Ustaz Nor Azli Musa dan seorang lagi kebetulan ada di tempat kejadian.

"Kami bersama Menteri Besar sedang makan tengah hari, tiba bila seorang yang tidak dikenali menghampiri Menteri Besar membawa surat meminta Haji Nizar menandatangani," jelas beliau sewaktu menceritakan kejadian sebenarnya kepada wakil Harakah baru-baru ini.

Pembawa surat itu kemudiannya memperkenalkan dirinya dan Menteri Besar membaca sepintas lalu dan seakan bersetuju menandatangani.

"Tetapi kami serentak mencelah, supaya tidak ditandatangani dulu dan meminta Menteri Besar lihat keseluruhan isi surat tersebut terlebih dahulu," katanya

Dalam masa sama katanya, kelihatan seorang jurufoto yang tidak dikenali sedang mengambil gambar dan beliau mengesyaki ini adalah suatu perangkap di mana nanti akan keluar gambar Menteri Besar menandatangani sesuatu yang boleh diambil kesempatan untuk memburuk imej Menteri Besar yang menandatangani sekeping surat yang tidak diketahui latar belakangnya di kantin.

"Menteri Besar menganggil jurufoto tersebut lalu bertanya dari akhbar mana, adakah ia telah minta kebenaran atau tidak mengambil foto, tetapi jurufoto tersebut semacam tidak ambil peduli," jelass Misbah. .

Kemudian beliau mendengar Menteri Besar memanggilnya sekali lagi dengan nada yang agak kuat sedikit, tetapi tidaklah sampai memanggilnya dengan suara yang kasar sebagaimana yang didakwa.

Menurut beliau lagi, Menteri Besar meminta rakaman foto tadi dibuang dan bagi mempastikan foto tersebut dibuang, Haji NIzar minta kamera tersebut diserahkan kepada Setiausaha Akhbar, Anuar Hashim, yang duduk di sebelah beliau.

Kamera itu diserah semula kepada jurufoto itu dengan baik.

Beliau memberitahu pembawa surat tersebut supaya dalam urusan seumpama itu, supaya datang sendiri ke pejabat kerana surat itu akan rekodkan, satu salinan akan simpan dalam fail.

Dalam hal tidak berbangkit soal Menteri Besar sama ada Menteri Besar mahu tandatangani ataupun tidak.

"Pembawa surat tersebut faham, dan ternyata dia menyerahkan surat tersebut kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar di pejabat," katannya.

"Pagi esoknya, saya tengok surat tersebut sudah ada di atas meja Menteri Besar," jelas Misbah

Menurut beliau lagi, telahan mereka tepat, tidak sampai pun beberapa minit kemudian, suara seorang Adun Pembangkang yang sangat dikenali dari Kubu Gajah, tidak semena-mena membangkitkan isu ini di dewan dengan membuat pencelahan sewaktu seorang Adun lain sedang membahaskan Bajet 2009.

Adun Kubu Gajah telah menghentam Menteri Besar Perak kerana kononnya bertindak kasar kepada wartawan sedangkan Adun tersebut tidak berada di tempat kejadian, katanya.

"Walaupun ada beberapa orang Adun BN di kantin sewaktu kejadian tersebut berlaku, saya amat pasti Adun Kubu Gajah tidak ada di situ." jelas Misbah.

"Saya akan semak dalam kertas minit dewan apa yang diucapkan oleh Adun Kubu Gajah dan akan dedahkan dan siarkan di akhbar supaya para rakyat dapat menilai sendiri ucapannya, inilah perangai Umno-BN, mengambil kesempatan apa sahaja yang boleh dijadikan isu untuk memburukkan Menteri Besar dan kerajaan Pakatan Rakyat," katanya._

17 November 2008

RTM PERAK TERUS AMAL SIKAP ANTI KERAJAAN NEGERI

Ekmal Yusof Mon Nov 17, 08 2:11:26 pm MYT
IPOH, 17 Nov (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melahirkan rasa kesal terhadap Radio FM (RTM) Perak yang bersikap anti Kerajaan Pakatan Rakyat Perak walaupun ia berpengkalan di negeri itu.

Rasa terkilannya itu dilahirkanya dalam penggulungan Perbelanjaan Bajet 2009 di Persidangan Akhir Dewan Negeri Perak di sini, 13 November lalu.
Katanya, walaupun ia berpengkalan di negeri Perak tetapi amalannya masih mengikut kehendak politik Kerajaan Pusat yang akhirnya segala kerja dan niat baik Kerajaan Pakatan Rakyat diselewengkan faktanya hingga memberikan fahaman negatif.
Sementara itu, Harakahdaily mendapati radio itu dalam Warta Perak jam 5.00 petang semalam telah menyiarkan suasana kekecohan Adun BN yang menggangu Menteri Besar berucap membuat pengulungan Bajet 2009 Persidangan Akhir Dewan Negeri itu, yang bertujuan mengelirukan rakyat.
"Bukan sekadar ia tidak memberi liputan pada majlis rasmi Kerajaan Negeri, malah ia tidak melaporkan cara adil," kata Nizar.
"Sikap sedemikian itu umpama "kacang lupakan kulit" kerana sikap mesra berbaik sangka yang diamalkan Kerajaan Perak ini termasuk kepada RTM Perak itu seolah-olah dibalas dengan tuba. Sepatutnya mereka mengikut rasmi alam seperti kata pepatah Melayu "dimana bumi dipijak di situ langgit dijunjung," tegasnya.
Sebagai tindak balas katanya, Kerajaan Negeri terpaksa menubuhkan Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri dengan peruntukan RM300.0000 setahun untuk menjayakan program-program penerangan dan mengadakan bahan-bahan cetakan. - mns_

NIZAR DIALOG, CERAMAH DAN KULIAH SUBUH DI KUANTAN

November 15, 2008 · Print This Article

KUANTAN: Sekitar foto-foto aktiviti Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin semasa lawatan ke Pahang bermula tengah hari Sabtu sehingga Ahad. Beliau diberikan kesempatan untuk berucap melalui ceramah di kampung Razali di sini, kuliah subuh dan berdialog dengan masyarakat setempat, Nizar sempat memberi penerangan mengenai beberapa perkara berhubung dengan perkembangan semasa yang berlaku di Perak.

Dato Seri Nizar menekankan mengenai keadilan sejagat yang bukan hanya memberi penekanan pada sesatu kelompok bangsa semata-mata tetapi pada semua rakyat yang berhak menerimanya.

Pagi tadi (Ahad) Nizar telah sampaikan kuliah subuh di Masjid Saidina Umar, Taman Chenderawasih, Kuantan.

Antara kata Nizar, kekayaan dan hasil dalam negara ini bukanlah untuk dikecapi untuk segelintir manusia sahaja tetapi hendaklah dinikmati oleh segenap rakyatnya dan inilah yang diertikan sebagai keadilan. END/ANR

16 November 2008

KETUA KAMPUNG, JKKK DIBERI KURSUS ICT

Mohd Syamil Azhar Sun Nov 16, 08 12:34:58 pm MYT
GERIK, 16 Nov (Hrkh) - Sebahagian daripada 120 ketua kampung dan setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) daerah Hulu Perak mula menerima kursus singkat mengenali komputer dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) semalam.

Kursus selama dua hari (Sabtu dan Ahad) itu diadakan di Kolej Komunikasi Gerik dekat sini yang dibimbing tiga tenaga pengajar kolej berkenaan.
Untuk peringkat pertama, seramai 28 peserta dari 14 buah kampung dalam Mukim Lenggong dan Mukim Temelong, Lenggong berjaya mengikuti kursus.
Semua peserta terbabit yang diambil dan dihantar dengan bas kolej itu sendiri kelihatan begitu bersemangat mengikutinya dan difahamkan mudah menerima pelajaran. Bagi hari pertama mereka diperkenalkan dengan komputer sebelum memahirkan diri dengan Microsoft Word, cara-cara membuka laman web dan bagaimana membuka akaun emel masing-masing.
Apa yang menariknya, kesemua peserta telah meminta dibuka laman web Harakahdaily.net dan sebahagian mereka yang belum pernah membaca berita-berita dalam laman itu amat gembira dapat membacanya buat pertama kali.
Untuk hari kedua peserta-peserta terbabit akan diajar membuka portal dan laman web kampung masing-masing. - mns

15 November 2008

MENGAPA UMAT ISLAM DIUJI DENGAN PELBAGAI UJIAN ?

Ustaz Zainudin Hashim Thu Nov 13, 08 9:48:49 am MYT
Peranan Umat Islam
Sifat utama Umat Islam seperti yang didedahkan oleh al-Quran ialah mengajak manusia sejagat untuk melakukan perkara-perkara yang baik (makruf) dan meninggalkan perkara-perkara haram yang ditegah oleh agama Islam, ia bertujuan tidak lain agar mereka menjadi umat yang berjaya di dunia dan akhirat, pendedahan ini pernah disebut menerusi surah Ali �Imran ayat 104 yang bermaksud : Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari perkara mungkar, mereka itulah orang-orang yang berjaya.

Umat Islam adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan Allah ke muka bumi ini bagi mengajak manusia seluruhnya mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT dalam erti kata yang cukup luas maksud dan pengertiannya.
Diuji dengan pelbagai ujian untuk jadi kuat dan matang
Antara ujian yang disebut oleh al-Quran ke atas masusia ialah dengan menjadikan hidup dan mati itu sebagai ujian untuk mengetahui sejauh mana mereka benar-benar beriman kepada Allah (lihat ayat 2 surah al-Mulk dan ayt 2dan 3 surah al-Ankabut).
Umat Islam diuji dengan kefarduan solat lima waktu, puasa sebulan di bulan Ramadan, menunaikan fardu haji di Mekah, berakhlak mulia, bersangka baik, meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah dan sebagainya, ia tidak lain adalah untuk menjadikan mereka Umat yang berkualiti tinggi dari sudut keimanan, ketakwaan dan hubungan dengan Allah selaku Pencipta.
Tanpa ujian, sudah pasti umat manusia seluruhnya tidak mengetahui sejauhmana keimanan mereka itu kepada Allah, sepertimana para pelajar di sesebuah sekolah, mereka mesti melalui proses pembelajaran yang diakhiri dengan peperiksaan penting, sama ada di peringkat UPSR, PMR atau SPM bagi menentukan tempat terbaik pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Ujian adalah untuk mengingatkan Umat tentang peranan dan tanggungjawab
1- Berlaku bermacam-macam fitnah terhadap agama (dilakukan sendiri oleh umat Islam),
2- Berlaku gempa bumi, rebut taufan, banjir kilat, tanah runtuh,
3- Kematian di mana-mana (sama ada kematian disebabkan kemalangan, bunuh diri, membunuh orang lain bagi menutup rasa malu dan lain-lain), umat ditimpa pelbagai bentuk bala daripada Allah.
Berdasarkan keterangan hadis Nabi Muhammad di atas, kita sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana dikategorikan dalam golongan umat Nabi Muhammad yang banyak kelebihannya, kerana baginda sahajalah yang mampu memberi syafaat di akhirat dibandingkan dengan para Anbiya� yang lain.
Namun apa yang patut kita sama-sama fikirkan ialah persoalan hidup kita semasa di dunia ini, pernahkah kita terfikir, bagaimana Nabi Muhammad mengkhabarkan mengenai raptai ujian atau siksaan di dunia ini atas kesilapan yang kita sendiri lakukan.
Atas kealpaan manusia bernama Islam, yang melakukan banyak tindakan yang menyalahi agama, hingga ia dianggap fitnah terhadap Islam itu sendiri, sebagai contoh, berapa ramai di kalangan wanita Islam yang tidak bertudung kepala (hijab) dianggapnya dosa kecil, ada yang berjudi, minum arak, merogol keturunan sendiri, meragut, membunuh dan bermacam-macam jenayah lagi, kesemua itu adalah fitnah kepada Islam.
Justeru, apabila umat Islam sendiri terlibat dengan fenomena fitnah, maka tidak mustahil Allah SWT menimpakan pelbagai bentuk malapetaka dan bala yang tidak terduga oleh akal manusia, kalau di zaman dahulu Allah timpakan bala seperti belalang, kutu, katak, darah yang menggerunkan pada ketika itu, pada hari ini Allah hukum dengan selsema burung, penyakit kuku, tangan, kaki dan mulut, Aids dan macam-macam lagi yang menyebabkan manusia takut dan pasrah terhadap hukuman-Nya.
Antara bala yang ditimpakan Allah ke atas umat Islam kini ialah kematian, sama ada yang disebabkan oleh kemalangan atau pembunuhan, laporan akhbar setiap hari menyebut mengenai kes-kes kematian, ini menandakan bahawa Allah sedang merancang sesuatu untuk menghukum kita yang alpa dengan habuan dunia yang menjauhkan diri kepada-Nya.
Sebenarnya ujian yang kita terima dan sedang berhadapan dengannya, adalah tidak lain untuk mengingatkan kepada asal kejadian kita, iaitu untuk beribadat kepada-Nya, apabila kita diuji dalam keadaan taat dan mati kerananya, maka kita sedang melakukan perkara yang soleh, tetapi sebaliknya apabila kita mati dalam keadaan maksiat dan menentang Allah, dikhuatiri kematian kita itu menjadi kutukan di sisi Allah SWT, justeru, marilah kita sama-sama menginsafi diri dan banyak melakukan muhasabah kepada Allah. _

Gambar Amrozi dan Mukhlas


ADUN BN TINGGALKAN DEWAN


IPOH : Sewaktu dewan sedang bersidang dengan rancak, dua kali semua ADUN BN meninggalkan dewan. Kerusi anggota Pembangkang kosong pada petang Rabu dan juga Petang Khamis. Inilah sikap ADUN Pembangkang yang tidak menghormati kemulian dewan dan tidak menghormati rakyat yang memilih mereka untuk menyuarakan segala permasalahan rakyat di DUN masing-masing.Dalam masa yang sama ADUN Kubu Gajah menghentam hebat ADUN Pantai Remis dan ADUN Sitiawan yang kedua-duanya juga Ahli Parlimen, mereka tidak hadir Parlimen kerana mengikuti Sidang DUN di Perak. Kubu Gajah menyifatkan mereka tidak bertanggungjawab, menipu rakyat dan berbagai-bagai cemuhan dan celaan hanya kerana empat hari tidak menghadiri sidang Parlimen.Sebenarnya kebanyakan ADUN Pembangkang yang berada dalam dewan lebih tidak bertanggungjawab kepada rakyat yang diwakili. Di Dewan, mereka lebih suka membuat kecoh, mengacau, mengeluarkan kata-kata yang kesat, berlagak sombong, angkuh kononnya PR tidak pandai mengurus tadbir negeri Perak dan sebagainya. Kalau diteliti setiap isi ucapan mereka dan soalan-soalan yang dilontarkan oleh mereka tidak lain hanya semata-mata mencari kelemahan. Kelakuan beberapa ADUN ketika berbahas tidak memperlihatkan akhlak yang sopan, mengeluarkan kata-kata yang kesat, memperlekeh ADUN PR, menunjuk-nunjuk ke arah Speaker dan ADUN PR, dan bermacam-macam lagi. Peluang tiga hari berbahas tidak digunakan dengan sebaik-baik oleh mereka. Dalam siri yang lain, blog ini akan menukilkan petikan-petikan ucapan, ungkapan-ungkapan, kata-kata yang kesat, gambar-gambar perlakuan mereka dalam dewan dan sebagainya. Pembaca blog ini boleh menyebar luaskan kepada rakyat perlakuan mereka supaya rakyat dapat menilai kedudukan mereka pada pilihanraya akan datang.

14 November 2008

SEDUTAN UCAPAN PENGGULUNGAN BAJET 2009 MB PERAK

Bajet 2009 PR lebih baik dari Bajet 2008 BN
YAB MB Perak menegaskan bahawa Bajet 2009 yang dibentangkan adalah jauh lebih baik berbanding Bajet 2008 BN. Menurutnya walaupun peruntukan pembangunan berkurang sebanyak 5 juta yang disifatkan oleh wakil Pembangkang sebagai kepincangan, daif, naïf, cetek, dangkal dan tidak selaras dengan strategi bajet negeri berkebajikan. Namun pengurangan ini tidaklah seteruk pada tahun 2008 yang mana pengurangan peruntukan pembangunan pada masa itu adalah sebanyak 69 juta berbanding dengan tahun 2007. Menurut MB Perak sewaktu menggulung perbahasan Bajet 2009, keseluruhan anggaran perbelanjaan iaitu pembangunan dan pengurusan bagi tahun 2009 adalah sebanyak 736.84 juta ringgit berbanding 658.26 juta pada tahun 2008 iaitu peninhgkatan sebanyak 12 peratus.

Hasil Negeri akan meningkat apabila hutan simpan di tender oleh kerajaan.
2000 hektar hutan simpan ditender oleh kerajaan. Jumlah tersebut adalah 25 % daripada jumlah Catuan Tebangan Tahunan 2008. Pemberian tender dijalankan secara terbuka. Menerusi amalan sistem tender ini, kutipan hasil balak akan meningkat 40 juta. Kerajaan juga menafikan dakwaan pembangkang kononnya pemberian konsesi balak adalah berdasarkan kepentingan parti politik.

MB Kesal Jabatan Pendidikan Perak haling ADUN PR dan MB Perak rasmi majlis di sekolah
MB Perak juga turut melahirkan rasa kesal kepada Jabatan Pendidikan Negeri yang menghalang ADUN Pakatan Rakyat dan MB sendiri untuk menghadiri program-program anjuran sekolah atau PIBG atas alasan pemimpin politik tidak dibenarkan rasmi sebarang majlis di sekolah, sedangkan dalam yang masa pemimpin dan Wakil Rakyat BN dibenarkan merasmikan majlis di sekolah-sekolah. YAB MB Perak juga menyebutkan, banyak sekolah-sekolah kerajaan memohon sumbangan derma, memohon menggunakan bas kerajaan negeri secara percuma dan memohon sumbangan jamuan keraian, sebahagian permohonan diluluskan oleh MB. Ironinya, wakil kerajaan negeri tidak dibenarkan datang untuk menyampaikannya dalam majlis-majlis yang diadakan. Beliau juga memaklumkan, Pengerusi Yayasan Perak yang diberi tanggungjawab melaksanakan program Tuisyen Gemilang di seluruh sekolah-sekolah Perak tidak juga dibenarkan merasmikan program tersebut hanya kerana pengerusi Ahli Parlimen PAS.

Program Kebajikan Kerajaan PR di pandang sinis oleh ADUN Pembangkang
MB Perak juga turut menempelak beberapa pandangan sinis ADUN Pembangkang yang mempertikaikan hasrat kerajaan menjadikan negeri Perak negeri berkebajikan, program-program seperti Tabung Kifalah, Tabung Khas Kebajikan Rakyat, Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil dan sebagainya merupakan sebahagian tawaran-tawaran dalam manisfesto pilihanraya Barisan Alternatif. Menurutnya, walaupun peruntukannya kecil, tetapi semangat kebajikan yang cuba diterapkan oleh kerajaan PR adalah besar dan menjiwai hasrat kea rah Negara berkebajikan yang lebih menyeluruh nanti.

Pelaburan di Perak
Beberapa ADUN Pembangkang dibidas oleh MB Perak terhadap dakwaan kononnya kerajaan PR tidak berjaya membawa pelabur asing ke Perak. Menurut MB Perak sejak Pilihanraya Umum yang Ke-12, lapan (8) syarikat pelaburan asing yang baru (berjumlah 2.48 bilion ringgit) dari Belgium, Switzerland, Taiwan, Amerika Syarikat, Singapura dan Taiwan telah diluluskan melabur di negeri Perak yang sudah tentu akan memberikan nilai tambah, kesan berganda dan sumber kewangan baru bagi negeri ini. Salah satunya ialah Syarikat Universal Semiconductor Corp dari Taiwan yang telah diluluskan pelaburan berjumlah 1.18 billion ringgit di Perak Tengah.
Kerajaan PR tidak rampas tanah rakyat yang telah diluluskan oleh Kerajaan BN terdahulu.
MB Perak menafikan dakwaan ADUN Pangkor yang menuduh kononnya kerajaan BN ingin mengkaji semula pemberian tanah kepada rakyat, menurutnya tiada sebarang pindaan peserta rumah kos rendah di Teluk Gedong, Pulau Pangkor. Beliau juga turut menafikan dakwaan jahat ADUN Slim River kononnya kerajaan merampas dan menceroboh tanah orang Asli di Pos Bersih, Ulu Slim. Yang berlaku sebenarnya pembersihan tanah RISDA oleh pihak RISDA sendiri seluas 5 ribu ekar yang bukan tanah rezab orang Asli.

Kerajaan PR tangani dengan bijaksana penerokaan haram ke atas tanah kerajaan
Bagi membendung gejala tersebut kerajaan telah memutuskan bahawa tindakan ajaan PR tangani dengan bijaksana penerokaan haram ke atas tanah kerajaanpenguatkuasaan dari peringkat awal lagi akan diambil terutamanya bagi mana-mana pihak yang baru menceroboh tanah kerajaan. Tindakan penguatkuasaan awal ini bagi mengelakkan pihak penceroboh membuat pelbagai tuntutan terhadap kerajaan. Manakala bagi pencerobohan tanah yang telah lama berlaku, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak telah diarah menyediakan cadangan bentuk tindakan yang wajar diambil dengan mengambil kira aspek perundangan dan sosial. Tindakan mengiktirafkan usaha peneroka haram tidak boleh dipertimbangkan melainkan selaras dengan Pelan Struktur dan Pelan Tempatan kawasan itu. Kerajaan juga tidak akan bertindak zalim memusnahkan tanam-tanaman yang telah diusahakan secara haram, penguatkuasakan adalah mengikut undang-undang, budi bicara dan perikemanusiaan.

Mesti jadi ahli parti Pakatan Rakyat sebelum dapat tanah
Kerajaan menafikan tohmahan pembangkang kononnya rakyat dipaksa untuk memasuki sesebuah parti politik sebelum diberi tanah. Yang berlaku, orang ramai termasuk ahli UMNO sendiri yang mengisi borang PAS atau PKR semata-mata untuk mendapat projek, tanah atau balak.

Penggunaan Dewan Orang Ramai
Kerajaan mengembalikan hak penggunaan Dewan Orang Ramai atau Balairaya kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama, kaum dan NGO. Tetapi pengurusan dan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungjawab JKKK yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

Isu UMNO tidak dibenarkan menggunakan dewan
Kerajaan turut menempelak dakwaan ADUN Pengkalan Hulu kononnya UMNO tidak dibenarkan menggunakan Dewan Orang Ramai. MB Perak menjelaskan bahawa Majlis Daerah Pengkalan Hulu tidak menerima permohonan penggunaan dewan untuk Mesyuarat UMNO pada 18 dan 19 Oktober 2008. Namun begitu Majlis Daerah Pengkalan Hulu ada menerima permohonan dan meluluskan penggunaan Dewan Bandaran Pengkalan Hulu kepada UMNO untuk jamuan Aidilfitri pada sebelah petang 19 Oktober 2008. Menjawab soalan ADUN Pengkalan Hulu ketika pihak kerajaan sedang menggulung hujjah mengenai jaminan untuk memberi kebenaran kepada UMNO menggunakan Dewan Orang Ramai, MB Perak menjawab secara sinis BN sudah memerintah sekelian lama tetapi tidak mampu memiliki bangunan sendiri untuk bermesyuarat.

Kerajaan tutup pusat hiburan yang beroperasi tidak ikut peraturan
Menurut MB Perak, kerajaan telah mengambil tindakan denda dan membatalkan lesen premis ke atas Pusat Hiburan yang tidak mengikut paraturan yang ditetapkan antaranya pusat hiburan di Slim River. Penjelasan ini sekaligua menjawab tohmahan ADUN Slim kononya kerajaan menggalakkan hiburan sampai ke pagi.

Pengiktirafan JKKKP
Menjawab isu yang dibangkitkan ADUN Sungai Rapat yang Kerajaan Negeri tidak mengiktiraf Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). MB Perak menjelaskan bahawa Negeri Perak diperintah oleh Pakatan Rakyat, setelah diberi mandat oleh rakyat dalam pilihanraya yang lalu, sewajarnya Kerajaan Negeri berhak melantik JKKK untuk membantu Kerajaan Negeri dalam melaksanakan dasar-dasar. Tidak timbul isu pengiktirafan JKKKP kerana JKKKP tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Negeri.

Kemudahan Cuti Keluar Negara
Menjelaskan isu tersebut, YAB MB Perak menyatakan bahawa kemudahan cuti keluar negara dengan peruntukan antara 70 – 80 ribu adalah keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat EXCO terdahulu pada Januari 2007. Perlaksanaannya adalah pada tahun 2008. Oleh kerana jumlah tersebut terlalu besar sekirannya dituntut sekali gus, Mesyuarat EXCO PR meluluskan supaya peruntukan tersebut diberi setahun sekali iaitu mengikut kadar tambang kapal terbang kelas pertama London – Kuala Lumpur suami dan isteri. Jumlahnya adalah tidak melebihi kelulusan EXCO terdahulu.

TUNTUTAN PERJALANAN
MB Perak menafikan adanya EXCO yang membuat tuntutan perjalanan sehingga RM 7,000 sebagaimana yang didakwa oleh ADUN Pangkor. Dalam penjelasannya beliau menyatakan bahawa berdasarkan siasat dengan Bahagian Kewangan yang menguruskan tuntutan Ahli MMK. Rekod menunjukkan tiada Ahli MMK yang membuat tuntutan sedemikian.

Solat Tarawikh di Dataran MBI
MB Perak menjelaskan isu ini apabila dipertikaikan oleh ADUN Kubu Gajah. Menurutnya Program tersebut diadakan bertujuan menarik minat anak-anak muda yang lepak dan berpeleseran di dataran tersebut supaya mendekati solat. Menurutnya program tersebut ada kesan positifnya bagi menggalakan orang ramai tidak mengabaikan tuntutan solat. Beliau hairan bagaimana seorang ADUN Muslim boleh mempertkaikan program ini.

Zakat anak-anak syarikat
Menurut MB Perak, pada zaman BN perintah Perak Lembaga Air Perak (LAP) hanya baru membayar sekali sahaja duit zakat kepada MAIP pada tahun 2007, itu pun Cuma 100 ribu sahaja. Nilai ini tidak memenuhi 2.5 % daripada kewajipan yang wajib ditunaikan. Pada tahun ini, setelah PR ambil alih pemerintahan, LAP telah membayat 3.8 juta kepada MAIP, manakala SADC membayar 1.6 juta ringgit.

APA YANG RAKYAT PERAK DAPAT DARI BAJET 2009 INI ?

1. 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi bekalan air percuma sebanyak RM 10.00 sebulan.
2. Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit.
3. RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
4. RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat.
5. RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM 1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah.
6. RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan
7. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU), menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400.
8. Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.
9. RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan.
10. Peruntukan EXCO dinaikan dari RM 100 ribu ke RM 150 ribu setahun, manakala ADUN dari RM 150 ribu setahun ke RM 200 ribu setahun.
11. Menaikkan Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam kepada seluruh Pejabat Daerah dari RM 30 ribu ke RM 50 ribu.
12. Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman.
13. RM 60 juta diperuntukan kepada JKR untuk melaksanakan pelbagai projek baru, manakala JPS pula mendapat peruntukan sebanyak RM 8.82 juta untuk rancangan tebatan banjir.

KERAJAAN LULUS TANAH 1000 HEKTAR KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) DAN 1000 HEKTAR KEPADA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SUWA)

IPOH : Dewan diberitahu bahawa SAR & sekolah SUWA masing-masing dianugerah tanah sebanyak 1000 hektar untuk diusaha hasil bagi menjana pendapatan sekolah tersebut. SAR sebelum ini telah dinafikan hak mereka oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dalam pemberian bantuan perkapita sejak tahun 2002. Manakala sekolah-sekolah SUWA adalah sekolah yang hanya mendapat bantuan RM 30 ribu setahun. Jumlah tersebut sudah tentu tidak mencukupi bagi membiayai perjalanan pendidikan dan aktiviti persekolahan. Sekolah SUWA dan SAR mendapat sumbangan dari orang awam dan juga bergantung kepada yuran murid. Demikian dijelaskan oleh YAB MB sewaktu menjawab soalan lisan dari ADUN Sungai Rapat. Dengan pemberian tersebut, sekolah SUWA dan SAR mampu menjana ekonomi dan pendapatan menerusi aktiviti perladangan dan pertanian yang djalankan.

KERAJAAN PR BERJAYA MENARIK PELABUR ASING BERJUMLAH HAMPIR 2 BILLION RINGGIT KE PERAK

Dalam tempoh 8 bulan memerintah Pelaburan Asing dalam sektor perkilangan telah diluluskan oleh Kerajaan PR dengan mencatatkan pelaburan bernilai RM 1,874,236,775, angka ini jauh lebih tinggi berbanding pelaburan asing untuk keseluruhan tahun 2007 yang berjumlah RM 1,382,9919,999. Sektor perkilangan ini akan memberi peluang pekerjaan kepada 2,383 rakyat Perak apabila 25 projek dibangunkan nanti. Demikian dijelaskan oleh EXCO Industri dan Pelaburan Kerajaan Negeri Perak dalam sidang DUN hari ini.

KERAJAAN BN TIDAK TINGGALKAN APA-APA UNTUK YAYASAN PERAK

YAB MB Perak menjelaskan dalam dewan hari ini bahawa Kerajaan BN tidak meninggalkan apa-apa wang kepada Yayasan Perak. Pendapatan Yayasan Perak diperolehi melalui aktiviti perladangan dan pertanian. Walau bagaimanapun, kerajaan Negeri PR telah menyalurkan sumbangan berjumlah 2.4 juta ringgit untuk tujuan derma siswa kepada anak-anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran Ke IPTA.

09 November 2008

SIDANG DUN PERAK , 10-14 NOVEMBER INI

Johari Jaafar
Sun | Nov 09, 08 | 8:47:23 am MYT
IPOH, 9 Nov (Hrkh) - Buat pertama kali Kerajaan Pakatan Rakyat akan membentangkan bajet 2009 dalam sidang DUN pada 10 hingga 14 November ini dan seluruh rakyat negeri ini sedang tetunggu-tunggu bajet pertama Kerajaan Pakatan Rakyat.

Pada sidang pertama nanti, Menteri Besar Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin dan seluruh Exco akan menjawab soalan-soalan lisan dari seluruh Adun kerajaan dan pembangkang.

Bajet akan dibentangkan pada hari itu juga selepas selesai tamat menjawab soalan-soalan lisan.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki, sidang kali ini pasti lebih hangat dan panas kerana Adun-adun Pakatan Rakyat kelihatan benar-benar bersedia untuk berdebat dan berhujah.

"kalau sidang yang lepas, mereka kelihatan lesu, kerana tidak ada pengalaman, kali ini mereka akan menunjukkan taring masing-masing," katanya.

Beliau seterusnya memberitahu Adun-adun Pakatan Rakyat sudah belajar dengan pengalaman dari dua sidang DUN di Kelantan dan Pulau Pinang.

Semasa di sana mereka berkesempatan mempelajari sesuatu yang bermanfaat sewaktu adun-adun mereka mengikuti persidangan dewan di dua negeri tersebut.

Bajet yang akan dibentangkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat dijangka akan menunaikan segala janji yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum yang lalu yang bertemakan "kebajikan".

Kerajaan dijangka akan mengumumkan peruntukan-peruntukan yang melibatkan kebajikan rakyat, antaranya Derma Siswa Rakyat, Tabung Kifalah Warga Emas, Tabung Khas Kebajikan Rakyat, Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil dan sebagainya. -

YDP TAIPING RAI GURU PASTI

TAIPING 8Nov. Seramai 17 orang guru PASTI Taiping di raikan oleh YDP Pas Taiping semalam dalam satu Majlis ringkas yang di adakan di Pusat Khidmat DUN Kamunting. Majlis ini diadakan bagi bagi merakamkan ucapan terima kasih diatas sumbangan tenaga yang guru-guru PASTI berikan selama ini.
YDP juga merakamkan ribuan terima kasih kerana guru-guru PASTI Taiping telah berjaya menempatkan PASTI Taiping menjadi johan keseluruhan acara bagi Negeri Perak.
Majlis turut meraikan pelajar PASTI yang menjadi wakil Negeri Perak di Peringkat Kebangsaan dan memenangi beberapa acara di peringkat tersebut.
YDP mengharapkan agar guru pasti terus menyumbangkan sepenuh tenaga untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang soleh. Bayaran atau imbuhan yang tidak seberapa bukanlah menjadi penghalang kepada usaha-usaha murni ini.
PAS Kawasan akan cuba membantu sedaya yang boleh bagi menaikkan lagi tahap dan kuali PASTI di Taiping.
Di majlis tersebut YDP juga telah menyampaikan sedikit sumbangan berupa wang ringgit dari PAS kawasan.

08 November 2008

SOGOKAN : SIA-SIA ADU KE LEMBAGA DISIPLIN

Muda Mohd Noor Nov 7, 08 12:36pm
Sia-sia sahaja melaporkan politik wang kepada lembaga disiplin Umno kerana ia tertakluk kepada keputusan Majlis Tertinggi (MT), kata seorang pegawai calon presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah.Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz menambah, beberapa rakannya telah membuat laporan kepada lembaga disiplin mengenai politik wang tetapi tiada maklum balas yang diterima mengenainya.

"Semua orang bercakap mengenai politik wang... Kita difahamkan ada kira-kira 800 laporan serupa telah dibuat kepada lembaga disiplin Umno."Tetapi kita tahu lembaga disiplin Umno bukannya sebuah badan bebas, jadi tidak perlu membuat laporan kepadanya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.Bagaimanapun, katanya lagi, pihaknya dengan kerjasama cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara sedang mengumpul bukti mengenai politik wang.Katanya, sebaik sahaja laporan tersebut diperolehi, ia akan diadukan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk tindakan lanjut."Jika Umno berani, ia perlu menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat politik wang dalam parti."Suruhanjaya ini juga yang sepatutnya yang menyelia mesyuarat Umno di seluruh negara," katanya ketika diminta mengulas sama ada akan membawa isu sogokan seperti dakwaannya kepada lembaga itu yang dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.Kamal Amir kelmarin mendakwa Tengku Razaleigh gagal mendapat cukup pencalonan untuk jawatan presiden Umno kerana enggan menyogok wang kepada para perwakilan.Beliau mendakwa, wakil lebih 50 bahagian Umno yang hendak mengadakan mesyuarat perwakilan, datang menemuinya (Kamal) untuk meminta sogokan sebelum mesyuarat dijalankan."Ada yang datang meminta RM500 dan ada juga yang mahu bayaran sehingga RM1,500 seorang."(Tetapi) saya memberitahu mereka bahawa kami tidak ada wang. Tengku (Razaleigh) tidak mahu mengeluarkan wang untuk mendapatkan pencalonan."Tengku hanya menawarkan diri supaya dinilai dan dipilih oleh para perwakilan dan bukannya memberi wang untuk mendapatkan pencalonan," katanya.

06 November 2008

YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Executive Talk Kerajaan Negeri Perak











IPOH, 3 NOVEMBER – Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menyeru 7500 warga perkhidmatan awam negeri ini untuk melaksanakan tugas dengan penuh rasa amanah dan bertanggungjawab bagi membela nasib rakyat.
Sektor awam hendaklah sentiasa bersedia serta cekap melaksanakan tugas kerana prestasi mereka dinilai oleh rakyat.
“Serlahkan perkhidmatan kerajaan untuk membela rakyat dan ingatlah bahawa segala tugas yang dikerjakan itu adalah merupakan amanah dari mereka,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Warga Perkhidmatan Awam Negeri Perak. Kira-kira seribu warga perkhidmatan awam menghadiri majlis itu dari seluruh daerah di Negeri Perak. Tetamu kehormat YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh dijemput khas bagi menyampaikan ceramah motivasi di majlis tersebut.
Dalam pidato yang disampaikan hampir satu jam itu, anwar banyak menyentuh isu-isu ekonomi dan pentadbiran awam, sedikit pun peluang itu tidak digunakan oleh Anwar untuk menyerang BN atau mana-mana individu dalam UMNO. Anwar berpidato dengan cukup professional. Telahan beberapa orang UMNO kononnya Executive Talk menjadi medan dan pentas politik murahan Kerajaan Pakatan Rakyat untuk kepentingan politik ternyata meleset sama sekali.Rata-rata di kalangan pendengar berpuas hati dengan ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam pidatonya itu, Anwar banyak menceritakan semula fenomena ekonomi pada zaman beliau dalam kerajaan BN sehinggalah sekarang. Beliau mengingatkan bahawa pertumbuhan ekonomi yang mampan, mantap dan laju mestilah disempadani batasan dan had tertentu, supaya bila berlaku kelembapan ekonomi , kerajaan dan rakyat sudah bersedia dengan semua kemungkinan. Beliau mengingatkan bahawa ekonomi global semakin parah dan meruncing, dan Negara Malaysia sedikit sebanyak terkena tempiasan keparahan ekonomi global itu.Beliau juga turut mengingatkan bahawa dalam pentadbiran awam etika berakhlak dan budaya itqan hendaklah dijelmakan dalam amalan pentadbiran. Berakhlak dan itqan akan melahirkan budaya kerja yang cemerlang, amanah, telus, adil, wibawa dan berkebajikan. Prinsip ini menurut Anwar sewajarnya menjadi prinsip dan asas negeri-negeri Pakatan Rakyat.Sebelum bermula majlis tersebut, YB Datuk Seri Anwar yang turut diiringi oleh isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Sdr. Mustapha Kamil Ayob sempat berkunjung hormat di Pejabat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, dalam pertemuan singkat itu, mereka sempat bertukar-tukar fikiran. Datuk Seri Anwar juga sempat mengadakan sidang akhbar bersama dengan para wartawan.

KERAJAAN PERAK ANJUR SOLAT HAJAT PERDANA 9 NOV

Johari Jaffar Thu Nov 06, 08 8:01:32 am MYT
IPOH, 6 Nov (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nor Azli Musa mendedahkan masih terdapat pegawai-pegawai kerajaan di Negeri Perak yang tidak memberikan kerjasama dengan Kerajaan Negeri walaupun kini sudah lapan bulan Pakatan Rakyat menerajui negeri ini.

Walaupun bilangan mereka tidak ramai tetapi ianya sedikit sebanyak boleh merencat hubungan antara pegawai kerajaan jabatan kerajaan dengan Kerajaan Negeri khususnya dengan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin.
"Menyedari hakikat ini Pemuda Perak mengambil langkah unuk menyelamatkan Kerajaan Negeri dengan mengadakan solat hajat perdana khusus untuk memohon pertolongan dari Allah agar terbuka hati pegawai pegawai kerajaan tersebut untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri,"katanya dalam satu pertemuan dengan Harakahdaily di sini semalam.
"Solat hajat perdana itu akan dilangsungkan pada 9 November ini di Mini Stadium Manjoi, ianya dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, bacaan yasin dan selepas solat isya' kita adakan solat hajat perdana dan diakhir dengan ceramah perdana yang akan disampaikan oleh pimpnan PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Ahmad Awang dan Menteri Besar Perak,"jelasnya.
Serentak dengan itu juga akan dilancarkan Tabung Pembinaan Kompleks PAS Perak bagi mencari dana untuk membina sebuah kompleks PAS Perak yang lengkap seperti mana Kompleks Pusat Tarbiyah PAS Kelantan (PUTIK).
"Sudah sampai masanya kompleks seumpama itu diwujudkan di negeri ini, kerana itu Pemuda Perak mengambil inisiatif melancarkan tabung pembinaan KOmpleks PAS Perak," katanya.
Sehubungan itu beliau menggesa seluruh ahli PAS hadir di majlis solat hajat perdana serentak dengan

03 November 2008

SIAPAPUN PRESIDEN AMERIKA, DASAR PRO-YAHUDI TIDAK BERUBAH


Wan Nordin Wan Yaacob Foto Nasir Sudin Mon Nov 03, 08 1:21:55 pm MYT
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Hrkh) - Pengerusi Centre For Internationals Muslim Minority Affairs (CIMMA), Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan siapa pun bakal Presiden Amerika Syarikat dalam pemilihan esok, dasar pro-Yahudi tidak akan berubah.


Malah katanya, sekali pun Barrack Obama menang besar ke atas John McCain, namun tekanan Yahudi ke atas pentadbiran Amerika tidak akan berubah.
"Sememangnya Amerika adalah sekutu kepada negara Israel, segala polisi yang berkaitan menentang Yahudi tidak akan dibenarkan, kerana semua calon presidennya mengharapkan dengan adanya sokongan dari Yahudi untuk menang mudah dalam pemilihan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika dalam sidang media di Masjid KLCC hari ini.
Justeru, sebarang keputusan pilihan raya esok tidak akan mengubah apa-apa, namun CIMMA masih menaruh harapan jika Obama menang beliau akan mengubah sedikit polisi terhadap Islam, kata Azmi.
"Kita sedia maklum, Obama mula dibayangi sokongan dari Yahudi, kita bimbang jika ianya satu tekanan yang hanya akan menjadikan Amerika serupa sahaja sewaktu zaman George W Bush memerintah atau sebelumnya yang dilihat pro-Yahudi," ujarnya.
Namun CIMMA melahirkan harapan agar Presiden yang bakal dipilih esok akan mengubah sedikit dasar tekanan ke atas negara Islam, katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Amerika dilaporkan akan mengadakan pilihan raya Presiden kali ke-56 esok.
Pemilihan kali ini dibayangkan bakal mengubah landskap geopolitik dunia dan menentukan sama ada seorang pemimpin kulit hitam, Obama diberi peluang oleh rakyat Amerika untuk menduduki 'Rumah Putih'.
Selain mempertandingkan jawatan Presiden, pilihan raya kali ini akan turut memilih Naib Presiden negara kuasa besar itu.
Tumpuan pilihan raya kali ini ialah kepada dua calon utama daripada dua parti berpengaruh di Amerika iaitu Republikan dan Demokrat.
Parti Republikan telah mencalonkan John McCain, yang juga Senator dari Arizona bertanding sebagai Presiden bergandingan dengan Gabenor Alaska, Sarah Palin, 44, untuk jawatan Naib Presiden.
Parti Demokrat pula mempertaruhkan Obama, 47, seorang Senator dari Illinois, bertanding jawatan Presiden dan Senator Joseph Robinette Biden Jr. atau lebih dikenali sebagai Joe Biden, 66, sebagai Naib Presiden.
Pilihan raya itu turut disertai oleh beberapa calon daripada parti lain serta calon bebas termasuk bekas ahli Kongres, Bob Barr, calon Presiden daripada Parti Pendukung Kebebasan (Libertarian Party) yang berpasangan dengan Wayne Allyn Root, selain Chuck Baldwin dan Darrell Castle daripada Parti Perlembagaan (Constitution Party).
Bekas ahli Kongres wanita, Cynthia McKinney dan Rosa Clemente daripada Parti Hijau (Green Party) serta calon bebas Ralph Nader dan Matt Gonzalez turut mengambil bahagian dalam pilihan raya itu.
Pilihan raya kali ini diadakan serentak dengan pemilihan Senat di 32 buah negeri, pemilihan Perwakilan di semua negeri dan pemilihan Gabenor di 11 buah negeri.
Selain itu, beberapa pungutan suara akan turut diadakan di beberapa negeri.
Senarai perwakilan yang dibenarkan untuk menganggotai badan perwakilan pemilih telah ditetapkan mengikut negeri.
Berdasarkan tinjauan pendapat yang dikeluarkan oleh Reuters/C-SPAN/Zogby, Obama masih selesa mendahului McCain dengan kelebihan enam mata.
Obama dikatakan menerima sokongan padu di beberapa negeri seperti California, Connecticut, Delaware, Hawaii, Illinois, Iowa, Maine, Maryland, Massachusetts, Michigan, Minnesota, New Hampshire, New Jersey, New Mexico, New York, Oregon, Pennsylvania, Rhode Island, Vermont, Washington dan Wisconsin.
McCain pula dikatakan bakal menerima sokongan daripada pengundi di Alabama, Alaska, Arkansas, Idaho, Kansas, Kentucky, Louisiana, Mississippi, Nebraska, Oklahoma, South Carolina, South Dakota, Tennessee, Texas, Utah, West Virginia dan Wyoming.
Pilihan raya Presiden Amerika kali ini dilihat penting kerana ia bakal mencatat beberapa perkara yang akan terpahat dalam lipatan sejarah negara itu.
Selain Obama sebagai calon Presiden pertama dari komuniti kulit hitam serta McCain sebagai Presiden tertua pada usia 72 tahun, kedua-dua mereka merupakan calon Presiden pertama yang memegang jawatan Senator.
Obama dan McCain juga calon Presiden Amerika pertama dilahirkan di luar tanah besar Amerika. Obama dilahirkan di Honolulu, Hawaii, sementara McCain di Coco Solo dalam Zon Terusan Panama.
Palin juga mencipta sejarah sebagai calon wanita pertama bertanding jawatan naib presiden, manakala Biden pula calon pertama penganut Roman Katolik.
Pilihan raya itu juga buat kali pertama sejak 1928 menyaksikan calon Presiden bukan daripada penyandang jawatan, sementara bagi jawatan Naib Presiden pula sejak 1952.
Presiden dan Naib Presiden Amerika dijadual dilantik secara rasmi pada 20 Januari 2009. - mks. _