28 Februari 2009

SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK BOLEH DI ADAKAN, NAJIB BERI KENYATAAN BERCANGGAH

28 Februari 2009

Najib Tun Razak mendakwa Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh mengadakan sidang tergempar Selasa ini selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan kerajaan negeri itu.

Kenyataan Najib ternyata terkeluar dari kuasa Speaker dan Dewan Undangan Negeri yang tidak ada kaitan apa-apa kes di Mahkamah.

Dua kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri itu dan status kerajaan negeri Perak daripada segi perlembagaan.Sekiranya kes ini perlu diselesai dahulu baharu sidang DUN boleh diadakan berarti sampai bilakah sidang akan dapat dilakukan.

Alasan Najib nampak sangat tidak cerdik dan tanpa panduan dari penasihat yang tahu undang-undang. Kalaulah setahun atau dua tahun kes belum selesai di Mahkamah maksud Najib dengan kenyataan nya itu sidang tidak boleh diadakan.

Sedangkan sidang DUN mesti diadakan paling lewat setiap 6 bulan sekali., Apa akan jadi.

Beliau bagaimanapun tidak menolak tindakan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar untuk mengadakan sidang tergempar itu bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu yang kebetulan naik juga secara tidak sah dari segi undang-undang.

BN telah mengadakan rampasan kuasa pada 6 Februari yang lepas dengan berlakunya Majlis Angkat Sumpah ADUN Pangkor, Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Kudeta sedangkan YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat masih tidak terlucut jawatannya.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 19:17:00

Pak Samad : Anak Muda Kena Guna " Bahasa Undi:

28 February 2009

Pak Samad :Anak Muda Kena Guna ‘Bahasa Undi’

Dungun – Rakyat Dungun – Rakyat disaran menggunakan ‘bahasa undi’ untuk mengajar pimpinan Melayu yang bakal ‘membunuh’ bahasa ibundanya (Melayu) sendiri demi menyelamat bangsa dan bahasa dari kepupusan.

Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said, 76, berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan Isu Pengajaran Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di perkarangan Surau Tuan Guru Zainal Abidin, Sura Gate, Dungun, kelmarin.

Katanya, pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya boleh diajar dengan kuasa undi dalam pilihan raya.

“Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda.

“Sebab, pemimpin-pemimpin jenis ini hanya tahu ‘bahasa undi’ (pilihan raya). Dia (pemimpin Umno) tidak tahu bahasa Melayu,” tegasnya.

Menurutnya, Umno-BN memperkecilkan golongan muda yang bakal menentukan masa depan negara ini.

Oleh itu, kata beliau golongan muda wajar menggunakan kuasa mengundi (pilihan raya) bagi menentukan pemimpin dan masa depan negara ini.

“Dia (Umno) selalu memperkecilkan ‘angkatan’ (generasi) muda. Angkatan tua biasanya sudah bersikap jika dia Umno tetap akan Umno, jika syahdunya PAS dia akan tetap dengan PAS.

“Kuasa imbangan yang terbesar sekarang adalah ditangan anak-anak muda dan janganlah lupa menggunakan kuasa (pilihan raya) itu untuk menentukan masa depan bangsa dan bahasa,” ujarnya.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Pak Samad’ mendakwa pemimpin Negara ini telah melakukan satu ‘jenayah’ kerana melanggar Akta Pendidikan dan Perlembagaan.

Katanya, kemajuan yang mahu dinikmati oleh rakyat dan negara ini bukan dengan cara ‘membunuh’ bahasa dan bangsa sendiri.

“Kenapakah pemimpin (Umno-BN) kita telah melakukan satu jenayah dengan melanggar Akta Pendidikan dan melanggar Perlembagaan yang mensucikan bahasanya.

“Sekarang tahun 2009, perlanggaran itu berterusan. Apakah orang seperti saya yang membantah PPSMI kerana tidak mahu kemajuan.

“Saya telah berusia 76 tahun dan saya telah menulis sepanjang lebih 50 tahun dan menghasilkan 65 buah buku khazanah untuk bangsa saya.

Katanya, permasalahan isu PPSMI berlarutan sejak enam tahun lalu kerana negara ditadbir oleh pemimpin yang hanya berfikir lima tahun ke hadapan dan bukan 50 tahun ke hadapan.

“Kita (Melayu) sudah kepupusan huruf (jawi) dan kita sudah hilang Utusan Melayu oleh kerana kepupusan huruf.

“Kita (Melayu) hilang kitab-kitab jawi dan tidak lama lagi dalam lima dekad kita akan hilang bahasa kita (Melayu) sendiri,” jelasnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan hassan Ramli dan Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pelaksana Gerakan Memansuhkan PPSMI,

Suhaizan Kaiat.

Dato L.A cuba halang sidang DUN tergempar !

February 28, 2009 · Print This Article


L.A ARAH SU DUN JANGAN HANTAR NOTIS SIDANG PD ADUN

IPOH (27 Feb): Penasihat Undang-undang Negeri Perak sedang berusaha menghalang usaha untuk menghantar notis kepada adun-adun Perak berhubung dengan persidangan Dewan Undangan Negeri yang dijadualkan Selasa, 3 Mac.

Menurut Pengerusi DAP Perak Dato Ngeh Koo Ham, penasihat undang-undang Datuk Ahmad Kamal Mohd Shahid, telah mengarahkan Setiausaha Dewan agar tidak menghantar notis mengenai persidangan tergempar itu.
” Usaha ini adalah “menghina DUN” dan mereka berkenaan boleh dihukuman di bawah peraturan dewan,” katanya sambil menegaskan bahawa Ahmad Kamal tiada hak untuk mencampuri urusan DUN.
“Beliau bukan penaihat kepada DUN. Dia tidak boleh menghalang proses dan keputusan akhir sama ada untuk menghantar notis itu berada di bawah bidangkuasanya. Speaker akan mencari kaedah bersesuaian untuk menghantar notis jika halangan itu berterusan,” kata Ngeh pada persidang media

Dua usul akan dibentangkan pada persidangan itu. Yang pertama oleh Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim untuk mengulangi pendirian dan keyakinan bahawa Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk terus bertindak sebagai Menteri Besar.

Usul kedua ialah oleh Adun Teja, Chang Lih Kang untuk memohon Menteri Besar menyelesaikan krisisis politik semasa dengan kaedah yang sewajarnya untuk membubarkan DUN, termasuk memohon perkenan Paduka Seri Tuanku Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN. END

Sokongan kepada Nizar akan terjawab 3 Mac ini ?

Saturday, February 28, 2009

(*) Bloggers@HOT - ..sokongan kepada Nizar akan terjawab 3 Mac ini ?

Ekslusif @ Krisis Perak

BN Perak tuduh sidang DUN tidak sah, PerakBangkit bilang [link] Sivakumar berdusta dan telah derhaka kepada Sultan Perak - ini kenyataan yang menyanggah serangan dan fitnah yang dilemparkan.

ADUN Chenderiang, Dr Mah Hang Soon menyifatkan tindakan Sivakumar itu telah melanggar titah Sultan Perak dan menuduh Sivakumar tidak tahu undang-undang dan membuat keputusan tanpa rujuk kepada Sultan.

“Mana boleh adakan sidang DUN tanpa dapat perkenan Sultan?” katanya ketika memberi reaksi terkejut terhadap tindakan Speaker untuk memanggil sidang Dun 3 Mac ini.

“Dia (Sivakumar) ini macam tidak tahu undang-undang dan membuat keputusan tanpa rujuk kepada Sultan. Mana boleh adakan sidang DUN tanpa dapat perkenan Sultan? Oleh itu, keputusan yang Speaker buat pada hari ini adalah tidak sah. Kita kena bertindak ikut undang-undang dan kena mengenepikan sentimen politik dalam hal perlembagaan,” ujarnya.

Bagi menjawab tuduhan tidak berasas Dr Mah itu, saya menurunkan kembali ulasan pakar Perlembagaan UIAM, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang menjadi tajuk utama muka depan Harakah Bil 1418 yang lalu sebagai ingatan bagi memahamkan semua Adun BN dan Pakatan tentang kuasa memanggil sidang Dun.

Terdapat isu menarik berkenaan Dun Perak dan kuasa Speaker. Saya berbincang dengan Profesor Dr Abdul Aziz Bari tentang perkara ini. Masih terlalu luas kuasa speaker, apabila ada pihak yang menghina Dewan tidak digunakan. Hatta, kenyataan PM, Abdulah Ahmad Badawi yang memerintahkan Dr. Zamry Abdul Kadir agar tidak menghiraukan keputusan penggantungan oleh Speaker dewan, sebenarnya boleh diambil tindakan dan dijatuhkan hukuman. Namun saya bertanya, apakah yang perlu lakukan sekrang di Perak. Begini jawapan Dr Aziz Bari dan saya melaporkannya:

Sidang Khas Speaker kelmarin

DUN Perak perlu bersidang dengan segera bagi menyelesaikan kekaburan yang ada sekarang. Demikian pandangan Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas mengenai permohonan Speaker S. Sivakumar kepada Sultan Perak untuk mengadakan Sidang Khas Dewan 23 Februari lalu.

Aziz berkata di bawah Perkara 16(1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, Sultan diberi tanggung jawab untuk memanggil sidang dewan, termasuk mempastikan bahawa DUN bersidang sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan.

“Peruntukan ini sama dengan Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan kewajipan yang sama ke atas Yang di-Pertuan Agong”, jelas beliau ketika dihubungi.
Profesor undang-undang itu berkata, memanggil sidang DUN tidak termasuk di dalam hal-hal yang menjadi budibicara dan beliau berpendapat bahawa Yang di-Pertuan Agong atau Sultan atau Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menyekat atau menolak permohonan untuk memanggil sidang.

“Pada hakikatnya kuasa ini adalah kuasa formal dan adalah tidak munasabah untuk Sultan, dalam kes Perak ini, untuk menolak atau menghalang permohonan speaker itu,” tegas beliau lagi. Pakar perlembagaan itu berkata, hujah tersebut diperkuatkan oleh teori yang meletakkan ketua negara atau ketua negeri sebagai sebahagian daripada mekanisme yang melindungi perlembagaan dan semangatnya.

“Kalau Sultan menolak permohonan itu bermakna Sultan sudah menyekat demokrasi dan ini bertentangan dengan Konsep Raja Berperlembagaan yang mesti selari dengan tuntutan demokrasi,” tambahnya lagi.

Aziz berkata sidang DUN itu juga perlu kerana Perkara 16(2)(a) dan (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak menyebut soal sokongan majoriti di dalam DUN dan ini perlu ditunjukkan secara telus dan terbuka. Ditanya mengenai pendapat yang mengatakan bahawa sokongan majoriti itu boleh ditunjukkan di luar dewan, Aziz berkata “pendapat itu sebenarnya pandangan yang agak lemah dan hanya boleh diterima sekiranya ada pihak, contohnya kerajaan yang ada, yang dalam konteks Perak Dato Seri Nizar, enggan atau menghalang sidang DUN”.

Beliau berkata pendapat itu berdasarkan kes Adegbenro yang diputuskan pada 1963. Katanya kes yang lebih baik ialah kes Stephen Kalong Ningkan yang diputuskan pada 1966 yang menghukumkan bahawa ia perlu dibuat di dalam dewan.

Aziz menambah peruntukan yang sama juga ada dalam Perlembagaan Persekutuan, yakni Perkara 43(2)(a) dan 43(4). Sebab itu, tegasnya, adalah salah apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyekat permohonan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Aziz menjelaskan, “Memang speaker mempunyai kuasa mutlak tetapi ini berhubung dengan keahlian, perjalanan dewan dan seumpamanya. Apa yang berlaku di Perak ialah Speaker Sivakumar mahu proses menunjukkan sokongan itu berlaku sedangkan Pandikar Amin bertindak sebaliknya. Ini menyebabkan peruntukkan perlembagaan, khususnya Perkara 43(2)(a) dan 43(4) tersekat. Itu sebab saya pernah mengatakan bahawa speaker tidak harus menyelamatkan kerajaan dari diuji sokongannya oleh dewan. Apa yang berlaku di Perak betul kerana speaker mahu kerajaan yang ada membuktikan bahawa dirinya mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan.”

Tiga hari lalu Pandikar Amin dipetik di dalam media sebagai berkata speaker dewan harus adil dan tidak memihak.

Aziz menambah di sisi perlembagaan, Anwar sebenarnya tidak perlu menulis surat kepada Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 September 2008 kerana Abdullah adalah ketua kerajaan dan bukan ketua dewan.

“Mungkin apa yang Anwar lakukan itu sekadar strategi politik, tetapi ia bukan satu syarat. Bagaimanapun kita perlu sedar bahawa Malaysia mempunyai budaya politik yang ganjil dan tidak mesra perlembagaan dan strategi seperti itu perlu,” ujar Aziz. Abdullah bagaimanapun menolak mentah-mentah sidang tersebut. Pandikar Amin juga enggan memberi laluan.

Aziz berpendapat di dalam keadaan sedemikian, Yang di-Pertuan Agong bertanggung jawab menitahkan sidang kerana isu sokongan majoriti amat penting dan ia adalah nyawa bagi sesebuah kerajaan di dalam sistem demokrasi berparlimen seperti Malaysia.

“Pada saya ini selaras dengan kehendak peruntukkan yang berkenaan, khususnya Perkara 43(2)(a), 43(4) dan 55(1) di baca bersama,” tambahnya. Keadaan yang sama wujud di Perak sekarang, kata Aziz.

Beliau berkata “jika sidang DUN tidak dipanggil sukar bagi kerajaan hendak menjalankan pentadbiran; contohnya mendapatkan kelulusan perbelanjaan dan pelbagai urusan rutin yang memerlukan dana yang mesti diluluskan oleh DUN dan sebuah kerajaan yang sah, yakni yang mempunyai dokongan majoriti di dalam dewan.”

Ditanya mengenai perlantikan Dato Dr Zambry Abd. Kadir oleh sultan beliau berkata, “itu tidak mengapa; isunya di sini ialah perlantikan itu perlu dibuktikan benar-benar sah oleh DUN kerana dewan yang mempunyai kata putus sama ada penilaian Sultan itu tentang sokongan majoriti kepada Zambry itu betul atau sebaliknya.”

Aziz berkata sokongan majoriti itu terpakai kepada Zambry dan Mohamad Nizar. Beliau menjelaskan soal sokongan majoriti itu boleh dibangkitkan di dalam dewan bila-bila masa sebagaimana yang biasa dilakukan di United Kingdom umpamanya.

“Katakan Zambry kalah kali ini, beliau boleh lepas ini membawa usul undi tidak percaya terhadap Mohamad Nizar pula kalau beliau berasa sokongan ahli dewan terhadap beliau bertambah. Begitu juga dengan ahli dewan yang lain yang berasa mereka mempunyai sokongan yang cukup. Proses ini dizinkan malah dikehendakki oleh perlembagaan,” tegasnya.
(source : Tarmizi Mohd Jam/perakexspress/al-Banjari Online)


80% tidak bersetuju sidang tergempar rumitkan keadaan

Undian SMS Edisi 7 malam ini menyaksikan 80% tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan Sidang Tergempar Dewan Undangan Negeri perak yang dipanggil oleh Speakernya V.Sivakumar akan merumitkan lagi keadaan krisis politik di Perak.

Ia jelas menunjukkan bahawa rakyat amat berharap sidang DUN itu dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi meredakan ketegangan ekoran krisis politik di perak akibat dari rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO-BN yang didalangi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memanggil sidang tergempar dewan itu pada Selasa depan.

Ia dipercayai bagi membincangkan krisis politik di negeri itu sejak awal bulan ini, susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan gagasan itu dan menyatakan sokongan kepada BN.

Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dibenarkan hadir kecuali mereka yang telah digantung, iaitu Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.

Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut.

Mujahid - Nizar masih Menteri Besar Perak

Ahli Parlimen Parit Buntar, YB Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin masih seorang Menteri Besar Perak.

Di dalam penjelasannya di Dewan Rakyat semalam beliau menyatakan hanya ada 3 cara untuk melucutkan seseorang menteri besar iaitu

1) Bubar dewan undangan negeri
2) Undi tidak percaya
3) Menteri Besar itu meletak jawatan

Ketiga-tiga hal diatas tidak berlaku, justeru itu perlantikan Zambry sebagai Menteri Besar tidak boleh diterima kerana Menteri Besar masih ada dan tidak berlaku pun perlucutan jawatan Menteri Besar yang ada berdasarkan Artikel 16 yang perlu dibaca dengan kurungan 6.

Di dalam satu kenyataannya lain beliau menyelar tindakan rasuah RM20 juta untuk dua orang ADUN Perak untuk isytiharkan bebas atau melompat masuk UMNO sebagai satu tindakan yang terdesak, terkutuk, keji dan jelek.

Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di Ipoh ialah Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Yang bagusnya kedua-dua ADUN ini berani tampil ke hadapan untuk membuat laporan dan kalau boleh kita minta mereka dedahkan siapakah orang tengah yang menjadi agen-agen (perasuah) dan kita pasti di dalam krisis di Perak ini, sudah tentu UMNO - BN dalam hal ini mempunyai kepentingan di dalam jual-beli ADUN Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau menganggap bahawa krisis di Perak amat merugikan rakyat Perak.

Sidang tergempar DUN ke arah selesaikan krisis Perak

27 Februari 2009

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memanggil sidang tergempar dewan itu pada Selasa depan untuk membahaskan dua usul yang kelihatan boleh mengusutkan lagi krisis politik negeri tersebut.

Beliau menggunakan kuasanya bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini.

Usul pertama, mengesahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.

Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini.

Krisis politik di negeri itu tercetus susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN. AUN Bota , Nasharuddin Hashim yang mulanay berada dalam Pakatan Rakyat selama 11 hari juga kembali kepangkuan BN.

Speaker membenarkan kesemua Adun hadir di persidangan khas itu kecuali mereka yang telah digantung, iaitu Menteri Besar kerajaan BN sekarang Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.

Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut.

Dengan larangan itu berarti, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.

Sidang tergempar DUN ini akan mencetuskan satu lagi babak tegang dan tidak menentu perebutan kuasa antara BN dan Pakatan Rakyat.

Krisis perlembagaan di negeri Perak ini dilihat tidak akan berakhir sekiranya rakyat tidak diberikan hak untuk mengundi sekurang-kurang untuk DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.

27 Februari 2009

Speakear Perak panggil sidang tergempar

February 27, 2009

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memanggil sidang tergempar dewan itu pada 3 Mac 2009 Selasa depan. Ia dipercayai bagi membincangkan krisis politik di negeri itu sejak awal bulan ini, susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN. Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dibenarkan hadir kecuali mereka yang telah digantung, iaitu Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya. Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut. Jika larangan itu dipatuhi, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.

Nizar tetap enggan serah kereta MB


Feb 27, 09 2:53pm
Menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyerahkan kunci kediaman rasmi menteri besar Perak hari ini, hampir seminggu mengosongkan kediaman itu sejak Ahad lalu.

Beliau bagaimanapun enggan menyerahkan kenderaan rasmi kerajaan negeri - Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AGS 10 - sementara menunggu mahkamah mengisytiharkan sama ada beliau masih sah atau tidak memegang jawatan tersebut.

Penyerahan kunci kediaman rasminya dilakukan oleh pegawai khasnya Amran Harun kepada ketua penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Bahagian Khidmat Pengurusan, Shamsul Zaman Sulaiman, yang mewakili SUK, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, pada 11.20 pagi tadi.

Tragedi Perak UMNO@BN"Checkmate"

Dilulus terbit pada Friday, February 27 @ 07:44:09 MYT oleh TokPenghulu
Artikel Oleh rusyd

"

Tiada istilah yang dapat digambarkan kepada UMNO@BN ketika ini, di kala kemarahan rakyat kepada makhluk2 ini terlalu memuncak. GOBLOK! TIDAK BERMARUAH!



Perak masih dalam keadaan tergantung dari segi pentadbiran. Bagi rakyat kekeliruan makin terserlah dalam sebarang proses permohonan atau tuntutan. Bagi peniaga dan pelabur, dengan siapa perlu berurusan bagi sebarang ikatan perundangan serta MoU yang bakal disepakati. Mahu berjumpa Zamry takut perjanjian terbatal kerana dia dilantik atas kapasiti Menteri Besar Haram melalui rampasan kuasa. Mahu berjumpa DS Nizar, beliau masih dalam proses perundangan untuk mengembalikan kuasa beliau. Ini amat menyukarkan.

Bahana pengantungan oleh YB Speaker Sivakumar semakin terasa, kuasa sudah ditangan UMNO@BN tetapi tidak boleh digunakan. Bagi Pakatan Rakyat pula, kuasa dirampas, bagaimana mahu menjalankan tanggungjawab. Rakyat yang menjadi mangsa, yang susah rakyat. Semuanya berpunca dari kerakusan UMNO@BN untuk kekal memerintah. Kekal memerintah atas asbab kekal mewah.

Isu yang dibangkitkan selepas "rampasan kuasa" tersebut adalah isu penderhakaan kepada Raja-Raja Melayu padahal isu "rampasan kuasa" itu cuba ditutup. Sejak bila UMNO@BN menjadi pembela Raja-Raja Melayu. Setakat ini, belum ada apa-apa kenyataan dari Baginda Tuanku Azlan melainkan komen dari beberapa pencacai yang tidak bermaruah. Baginda seolah terus senyap selepas "rampasan kuasa" tersebut. Rasanya baginda ada sebab tertentu untuk berbuat begitu dan saya amat yakin komen yang keras di dalam "Buku Pelawat" di laman web baginda bukan tulisan dari penyokong Pakatan Rakyat melainkan provokasi dari pihak berkepentingan.

Khabar mengenai kunjungan wakil UMNO@BN ke England untuk bertemu Queen's Counsel (QC), bagi membincangkan mengenai kes Perak itu membuktikan UMNO@BN telah "checkmate" dalam rampasan tersebut.

Semoga situasi di Perak ini akan tamat sesegera mungkin, kerana selagi situasi ini berterusan, rakyat makin terhimpit dan Perak akan mundur tanpa sebarang pelaburan dalam masa terdekat ini.

Pesanan saya, pastikan semua perbelanjaan yang dibuat ketika Menteri Besar Haram ini memerintah direkodkan sebagai satu kecurian dan rompakan oleh kerajaan haram UMNO@BN.

Tak sabar rasanya menanti YB dari tempat kelahiran bonda saya di Pasir Panjang Laut memerintah semula. Insya Allah......
"

BN halang Nizar guna kemudahan , beri penerangan seluruh Perak

Johari Jaafar
Fri | Feb 27, 09 | 12:32:50 pm MYT

IPOH, 27 Feb (Hrkh) - Rejim 'haram' BN yang menggulingkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak kini menunjukkan 'taringnya' apabila Menteri Besar Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin tidak dibenarkan menggunakan dewan serbaguna dan orang ramai dalam rangka kerjanya menerangkan isu sebenar kemelut politik di negeri ini kepada rakyat.

Iklan

"Hari ini Dato' Seri dalam lawatannya ke seluruh Parlimen di negeri ini tidak dibenarkan premis kerajaan, dewan serbaguna, dewan orang ramai, padang dan program hanya dapat diadakan di premis sendiri saperti markaz." demikian pendedahan yang dibuat oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Misbahul Munir Masduki kepada Harakah hari ini.

Menurut beliau seawal perlantikan Nizar sebagai Menteri Besar, beliau mengumumkan semua premis milik kerajaan negeri dibenarkan digunakan oleh semua pertubuhan politik, Badan Bukan Kerajaan (NGO), belia dan sebagainya.

Mereka hanya perlu membuat tempahan sama ada melalui Majlis Daerah, Penghulu atau Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Malah dalam ucapan menggulung perbahasan di Dewan Undangan Negeri bulan November yang lalu, sekali lagi Nizar mengulangi bahawa semua premis kerajaan terbuka untuk digunakan oleh parti politik, NGO atau apa sahaja pertubuhan tertakluk dengan peraturan yang dibuat oleh pihak yang bertangungjawab mengurus tadbir premis tersebut.

Umno turut mengambil kesempatan menggunakan premis tersebut tanpa sebarang halangan dan sekatan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.Tetapi baru sahaja berkuasa sebagai kerajaan BN yang tidak sah, Nizar sudah tidak dibenarkan pulla menggunakan premis kerajaan.

"Dewan Orang Ramai, Dewan Serbaguna, Stadium, Padang dan sebagainya kalau dulu sewaktu Pakatan Rakyat memerintah, Umno dibenarkan menggunakaan premis-premis tersebut, kali ini PAS tidak boleh menggunakannya.

"PAS terpaksa menggunakan premis sendiri bagi tujuan menjalankan program-program tersebut, sekarang rakyat dapat melihat siapakah yang zalim," kata Misbah. - azm _


Iklan Teks

KM Melaka disaran potong gaji , contohi Kedah

Zaili Muhammad Fri Feb 27, 09 9:23:41 am MYT
MELAKA, 27 Feb (Hrkh) - Ketua Menteri Melaka Dato' Seri Ali Rustam dan barisan Exconya disaran agar memotong gaji bulanan masing-masing sebanyak lima peratus kepada tabung kebajikan bagi membantu rakyat yang memerlukan ketika kegawatan ekonomi ini.

"Saya menyarankan supaya Ketua Menteri dan Exconya memotong sekurang-kurangnya lima peratus daripada elaun bulanan mereka untuk disumbangkan kepada tabung kebajikan yang akan digunakan bagi meringankan kehidupan rakyat dalam masa kegawatan ekonomi kini," demikian kata Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek.
"Mereka boleh mencontohi tindakan yang dilakukan oleh rakan sejawatan mereka di Negeri Kedah yang memotong gaji masing-masing ke dalam Tabung Tunku Mahmud iaitu sebuah tabung kebajikan yang diuruskan oleh kerajaan negeri," kata beliau.
Tambahnnya, tabung itu akan digunakan bagi membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan atau sumber pendapatan secara tiba-tiba akibat kegawatan ekonomi atau sebab-ebab lain.
"Walaupun Kerajaan Negeri mempunyai badan kebajikan sendiri tetapi kita yakin ianya tidak mencukupi kerana kesan kegawatan ekonomi melibatkan ramai rakyat yang berpendapatan sederhana ke bawah.
"Apa salahnya potong lima peratus daripada gaji mereka memandangkan gaji tetap yang mereka terima jauh lebih cukup untuk menampung keluarga," ujarnya.
Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak baru-baru ini mengumumkan pemotongan gaji sebanyak lima peratus oleh Menteri Besar dan Exconya mulai bulan ini sebagai usaha kerajaan membantu penduduk negeri itu yang susah ekoran kegawatan ekonomi yang sedang melanda negara.
Beliau berkata, pejabat Pegawai Kewangan Negeri akan mengeluarkan surat tawaran kepada kakitangan kerajaan di Kedah sama ada ingin turut menyumbang kepada tabung itu menerusi potongan gaji. - azm _

Prinsip ketaatan , syura dan sikap raja-raja

Ali Bukhari Amir Sun Feb 15, 09 11:57:54 pm MYT
Ketika Ratu Balqis menerima sepucuk surat daripada Raja Sulaiman a.s, ratu itu telah bermesyuarat terlebih dahulu dengan mengumpulkan pendapat berhubung pendirian yang harus ditegakkan untuk mendepani seruan Tauhid oleh raja Bani Israel tersebut.

Ratu Balqis menyedari akan perihal kekuatan bala tentera Raja Sulaiman. Ratu telah mendengar kekuasaan dan kekuatan Raja Sulaiman itu bukan calang-calang. Bani Israel itu pernah ditakluk Jalut. Kemudian dibangkitkan Talut untuk mendepani Jalut.
Setelah itu, Jalut terbunuh oleh salah seorang tentera bernama Daud. Dan dengan kerana itulah Daud akhirnya diangkat sebagai raja yang bijaksana. Kini, anaknya Sulaiman telah mengambil takhta dan kedudukannya sebagai raja Bani Israel yang baru.
Ratu Balqis pernah mendengar kehebatan Daud. Baginda boleh melembutkan besi keras dengan tangannya. Tetapi, Daud juga gemar bersuluk sendirian menyanyikan lagu pujian kepada Tuhan dengan kitab Zabur (Mazmur).
Suaranya yang gemersik itu menyebabkan haiwan dan burung-burung yang berterbangan menjadi jinak, terpaku lalu ikut sama bertasbih mengelilingi Daud tatkala gurindam lagu pujian kemesraan kepada Tuhan itu didendangkan.
Pada zaman anak Daud, iaitu Sulaiman, burung-burung itulah yang menjadi bala tentera anak-anaknya. Sulaiman memahami jalan bahasa haiwan.
Dan, tadi Ratu Balqis telah menerima sepucuk surat daripada burung Hud Hud yang kini diangkat sebagai 'wartawan ' baru bagi mewakili Raja Sulaiman itu.
Ratu mula bermesyuaratLalu bermesyuaratlah baginda sang ratu bersama-sama para pembesarnya guna mencari keputusan dan mencapai kata sepakat berhubung isi kandungan surat Raja Sulaiman itu.
"Aku penyembah matahari walhal Sulaiman menyembah Tuhan yang tidak kelihatan, tak dapat dicapai pancaindera," si ratu berbisik sendirian sambil menunggu kehadiran para pembesar. "Agama kedua-dua kerajaan ini berbeza."
Balqis melihat surat Sulaiman itu berulangkali. Pada awal-awal surat itu tertulis nama Allah, Tuhan Raja Sulaiman yang bersifat pemurah, penyayang dan mengasihani.
"Apakah Sulaiman itu juga bersifat penyayang seperti Tuhannya?" hatinya berbunga dan dia tersenyum sendirian.
Para pembesar sudah bersedia mendengarkan titahnya. Tetapi, baginda ratu bukanlah watak yang suka menitahkan hal-hal yang tidak masuk akal dan baginda tidak akan melangkah lebih jauh membuat keputusan tanpa mengambilkira pendapat para pembesarnya.
"Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): 'Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
"Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran ugama Allah).
Raja perempuan itu berkata lagi: "Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku tentang perkara yang aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya."
Mereka menjawab: Kita adalah orang-orang yang kuat gagah dan amat berani merempuh peperangan; dan perkara itu (walau bagaimanapun) terserahlah kepadamu; oleh itu fikirkanlah apa yang engkau hendak perintahkan.
Raja perempuan itu berkata: "Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan.
"Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita." [Surah an-Naml: ayat 30 - 35]
Sikap sang Ratu patut diteladaniBaginda sang ratu mengutamakan pandangan pembesar, pemimpin kaum dan rakyat jelata sebelum menitahkan sesuatu. Daulat sang ratu terletak di atas restu, suara, pendapat, pandangan rakyat yang mewakili jiwa, ruh serta pemikiran bangsa.
Baginda tidaklah sesuka hati membuat keputusan tanpa merujuk orang-orang di sekelilingnya terlebih dahulu. Sikap dan pendirian ini sangat Islami dan cenderung ke arah pendirian Tauhid walaupun baginda sang ratu bukannya memeluk agama Tauhid. Allah s.w.t merakam pendirian Balqis ini sebagai contoh teladan kepada raja-raja dan pemerintah.
Kedua, dalam fikiran ratu sudah tersemat andaian dan sepekulasi bahawa raja-raja zalim akan selalu merosakkan negeri lalu menyebabkan orang yang paling mulia menjadi hina-dina.
Dengan penuh hati-hati, walaupun diasak oleh para pembesar untuk berperang, maka Balqis tetap menolak saranan supaya kerajaannya berperang dengan kerajaan Sulaiman. Baginda bimbang nasib rakyat jelata yang lebih banyak terkorban.
Lalu baginda ratu memilih jalan perdamaian dengan mengirimkan hadiah sebagai cara melihat tindak-tanduk Raja Sulaiman apabila melihatkan hadiah-hadiahnya yang serba mewah dan barang perhiasan yang berkilauan bak mutiara itu.
Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): "Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah).
"Kembalilah kepada mereka, (jika mereka tidak juga mahu beriman) maka demi sesungguhnya Kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya, dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba' dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan."
Giliran Raja Sulaiman bermesyuaratNabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): "Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?"
Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah."
Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah."
Nabi Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya): "Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, agar kita melihat adakah ia dapat mencapai pengetahuan yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau ia termasuk dalam golongan yang tidak dapat mencapai pengetahuan yang demikian."
Maka ketika ia datang mengadap, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: Serupa inikah singahsanamu?" Ia menjawab: "Boleh jadi inilah dia; dan kami telah diberikan ilmu pengetahuan sebelum berlakunya (mukjizat) ini, dan kami pula adalah tetap berserah diri (menjunjung perintah Allah)."
Dan ia dihalangi (daripada memeluk Islam pada masa yang lalu): apa yang ia pernah menyembahnya (dari benda-benda) yang lain dari Allah; sesungguhnya adalah ia (pada masa itu) dari puak yang kafir.
(Setelah itu) dikatakan kepadanya: "Dipersilakan masuk ke dalam istana ini." Maka ketika ia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: "Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca". (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam." [An-Naml: 36 - 44]
Rendah diri Sulaiman a.sApabila ada kalangan rakyatnya yang berjaya pindahkan singgahsana Ratu Balqis itu, Raja Sulaiman memuji dan bersyukur kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya kerana diberikan rakyat yang gagah perkasa dan taat pula pada perintahnya.
Raja Sulaiman berikhtiar keras menimbulkan rasa kagum dalam hati pihak yang didakwahnya agar baginda ratu itu berasa tertarik kepada agama Tauhid.
Antaranya ialah dengan cara mengambil singgahsana Ratu Balqis itu. Singgahsana lambang kepada kekuasaan seseorang raja. Apabila singgahsana raja boleh dialihkan, bererti pihak yang mengalihkan singgahsana itu tentunya memiliki kekuasaan yang lebih, mengatasi kerajaan yang lain.
Paling penting, baik Raja Sulaiman dan Ratu Balqis, kedua-duanya melakukan musyawarah terbuka bersama para pembesar serta rakyat untuk mencari buah fikiran yang berguna dalam menangani masalah kenegaraan dan urusan dakwah.
Taat terangkat selepas musyawarahSesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi sentiasa Melihat.
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [Surah an-Nisa': ayat 58 - 59]
Dalam konteks pemerintahan Islam, ketaatan kepada pemerintah, raja-raja itu didahului oleh musyawarah bersama rakyat. Maka, dalam konteks Alam Melayu yang mana Melayu itu beragama Islam, maka perihal ketaatan kepada raja-raja itu mesti dirujuk kepada musyawarah terlebih dahulu.
Raja-raja, pembesar dan pemerintah perlu bermesyuarat mengambil pandangan, membuka ruang terbuka untuk mengambil undi rakyat jika mahu menaikkan pemimpin atau menjatuhkan mereka.
Demikianlah juga.. jika ada pemerintah yang lompat partinya, maka hendaklah rakyat yang terlebih dahulu diminta kata putus persetujuannya. Pendek kata, apa-apa pun projek kenegaraan, menaikkan dan menjatuhkan pemerintahan dan lompat parti, perlulah mendapatkan pandangan umum rakyat terlebih dahulu sebelum berbicara lanjut mengenai ketaatan.
Ini kerana, menurut surah an-Nisa', hal prinsip ketaatan (ayat 59) DIDAHULUI nas yang terkait dengan prinsip penyerahan urusan amanah pemerintahan kepada semua rakyat (ayat 58).
Wallahu'alam..
11:11 p.m, 19 Februari Sekolah Pemikiran Kg Baru

SPRM Perlu siasat Pengerusi Perhubungan UMNO Perak - Nik Aziz

Muhammad Yusri Amin
Thu | Feb 26, 09 | 4:29:44 pm MYT

KOTA BHARU, 26 Feb (Hrkh) - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu profesional. Mungkinkah peringatan Perdana Menteri itu menggambarkan badan tersebut belum mampu keluar dari dimensi lama.

Iklan

Pertukaran nama baru daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR), belum memadai apabila banyak kes yang dilaporkan Pakatan Rakyat seperti disenyapkan.

Sebaliknya pantas sekali bertindak kalau melibatkan aduan daripada pemimpin Umno.

Buktinya Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar terus disiasat SPRM setelah menerima laporan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Seri Ahmad Said Hamdan membuat kenyataan pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa V. Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak dan enam anggota Exco daripada menghadiri persidangan Dun.

Mengulas perkembangan tersebut Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan mengapa SPRM tidak menyiasat orang yang dikatakan menjadi punca kepada tiga Adun Pakatan Rakyat di Perak berpaling tadah.

"Sepatutnya yang bertanggungjawab mencetus isu tersebut dan membawa tiga Adun terbabit ke Istana Perak perlu disiasat SPRM kerana segala masalah yang berlaku sekarang berpunca dari situ.

"Kita belum mendengar ada maklumat badan tersebut menyiasat Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang baru dilantik, kerana difahamkan dia ada hubungan dengan tiga Adun tersebut hilang dan muncul di Putrajaya.

"Hilang ke mana.. tentunya ada hubung kait pemimpin tertentu. Jadi kita persoalkan kenapa tidak disiasat pihak terbabit, kalau benar-benar mahu lebih profesional," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, semalam.

Beliau berkata, SPRM seolah-olah berfungsi menyiasat kes tertentu sahaja dan pembaharuan yang dilakukan sekarang tidak memperlihatkan badan itu benar-benar telus.

"Selama tidak ada sifat taqwa pada pengerusi dan jawatankuasanya, mereka tidak akan melakukan siasatan ke atas pemimpin negara. Yang disiasat hanya anak-anak bilis.

Habiskan duit rakyat

"Oleh itu, tubuh apa jenis badan sama ada polis atau badan pencegah rasuah, ia menjadi kerja sia-sia kalau dilihat terhadap apa yang berlaku sekarang. Habis masa dan wang rakyat," katanya.

Sebelum ini tiga bekas Adun Pakatan Rakyat di Perak, Hee Yit Foong (Jelapang), Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) hilang dan tiba-tiba muncul bersama Dato' Seri Najib Razak di Putrajaya.

"Tindakan itu tidak sah, tindakan yang tidak membawa ke syurga, bahkan tindakan yang boleh membawa ke neraka," kata Menteri Besar Kelantan.

Menurutnya tindakan pemimpin yang menjatuhkan kerajaan di luar normal biasa jelas tidak ada dalam diari perjuangan Islam.

Beliau juga mempersoalkan adakah kerana Dato' Seri Nizar Jamaluddin melakukan kesalahan rasuah sehingga Pengerusi Perhubungan Umno Perak bertindak merampas kerajaan negeri dengan cara tidak halal.

"Yang menjadi persoalannya kenapa Pengerusi Umno bertindak demikian. Adakah Nizar melanggar peraturan Kerajaan atau menyalahgunakan kuasa hingga menyebabkan berlakunya rampasan kuasa di Perak.

"Jika tidak demikian bermakna tindakan dilakukan pihak berkenaan berasaskan semata-mata nafsu. Memuja nafsu dan bertindak seperti gengster," katanya.

Menurutnya segala yang berlaku kerana Umno membuang sifat taqwa kepada Allah menyerlahkan lagi amalan mereka memisahkan agama dan politik.

Beliau berkata, berdasar kepada tindak tanduk Umno itu membuat rakyat terutamanya golongan cerdik pandai semakin menjauhi parti tersebut.

Tindak tanduk Umno seperti gengstar

"Apabila Umno mencetuskan banyak isu, semakin dibenci golongan intelek,� katanya.

Malah katanya, orang muda sekarang melihat pemimpin Umno semacam terkena allergic.

"Seorang bekas mufti mengatakan Umno sekarang sudah menjadi allergic dan saya pula anggap macam penyakit berjangkit yang mesti dijauhi orang ramai,� katanya.

Beliau juga berkata, sekiranya seseorang pemimpin itu mendapat kedudukan tinggi kerana amalan rasuah yang diamalkan, mereka tidak layak hidup di muka bumi ini," katanya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyifatkan Umno sekarang berada dalam kolam najis kerana amalan rasuah sudah sebati dengan pemimpin parti itu.

"Mana rakyat boleh menerima pemimpin sebegitu," katanya. - mj _



26 Februari 2009

PPSMI kembalai ke zaman penjajah

26 February 2009



SAYA tertarik hendak mengulas isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang kerap dibangkitkan sejak akhir-akhir ini oleh ahli politik, pejuang bahasa, ahli akademik dan masyarakat pendidik sendiri.

Bagi saya selaku seorang pendidik dan kini selaku penyelidik, apabila kita mahu berhujah mengenai sesuatu perkara, berhujahlah berlandaskan fakta, kajian terperinci dan bersifat akademik. Isu PPSMI tidak harus dilihat berdasarkan perspektif emosi semata-mata.

Isu PPSMI berkait-rapat dengan soal paksi Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan Negara, isu undang-undang tubuh negara (Perlembagaan Persekutuan), isu kebolehcapaian pelajar dalam pelaksanaan PPSMI, isu penggubalan dasar PPSMI itu sendiri dan pelaksanaannya, isu keciciran dan kesannya ke atas survival pelajar pada masa depan dan impak dari segi sosiologi, psikologi dan sosioekonomi.

Itu antara beberapa perspektif yang boleh dilihat dan masih banyak lagi sudut lain. Mudah benar bagi kita menuduh begitu dan begini tanpa membuat kajian mendalam asas bantahan PPSMI. Mudah untuk kita menyatakan kajian yang dibuat mengenai PPSMI adalah bersifat dangkal jika dilakukan oleh golongan yang menolak PPSMI.

Mudah juga bagi kita, seperti menyatakan orang Melayu asyik hendak bersenang-senang saja. Saya tidak nafikan mungkin wujud di kalangan orang Melayu, seperti pelajar Melayu yang bersifat sedemikian, tetapi kadar atau bilangan yang bersifat begitu harus diselidiki melalui kajian empiritif dan tidak sewajarnya pukul rata.

Lantaran itu beberapa pemikir Melayu seperti Syed Hussein Al Attas kurang bersetuju dengan anggapan masyarakat Melayu pemalas. Kita harus mengkaji sejarah dan melihat kebangkitan empayar Melayu sehingga dikagumi kuasa besar seperti China suatu waktu dulu.

Berbalik kepada asas melingkari PPSMI, banyak isu yang perlu diperdebatkan secara objektif tanpa emosional sebelum dasar ini diteruskan atau tidak. Pertamanya soal perancangan dan pelaksanaan dasar PPSMI itu sendiri.

Dari sudut teori pentadbiran awam, sesuatu dasar yang berkesan haruslah dirancang dengan teliti, malah melalui proses kajian impak, kajian projek rintis dan sebagainya sebelum dilaksanakan menyeluruh.

Apakah PPSMI melalui semua ini? Menurut Prof Dr Sidek Baba dalam bukunya Melayu Perkasa (2009), dasar PPSMI dirancang dan dilaksana secara tidak berhati-hati dalam erti kata melalui perancangan teliti sebegini.

Keduanya, dari sudut Perlembagaan Persekutuan, pelaksanaan dasar ini akan menggugat Perkara 152 mengenai Bahasa Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Kita khasnya bangsa Melayu harus sedar bahawa ada empat perkara yang memayungi pribumi dalam Perlembagaan Negara dan menjadi teras iaitu agama Islam (Perkara 4 dan 11), Bahasa Melayu (Perkara 152), Hak Istimewa Melayu (Perkara 153) dan Raja Berperlembagaan.

Pada masa ini, keempat-empat perkara itu mula tergugat dan goyah dan tanpa disedari melalui pelaksanaan PPSMI kita sedang dan akan terus membunuh bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Menurut Prof Emeritus Abu Bakar Hamid (2007), satu kajian menunjukkan daripada 79 mata pelajaran pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), hanya 19 subjek diajar dalam bahasa Melayu. Pada peringkat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pula, lebih kurang 20 peratus saja subjek diajar dalam bahasa Melayu manakala di IPT swasta, rata-rata dalam bahasa Inggeris.

Ini bermakna dalam jangka panjang PPSMI akan menyebabkan kita kembali ke zaman penjajahan apabila hampir semua subjek diajar dalam bahasa Inggeris. Justeru, apakah akan terjadi kepada usaha hampir 50 tahun memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan?

Kita juga mungkin terlupa betapa hasil pelaksanaan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar dalam arus pendidikan kita sejak sekian lama, kita menghasilkan puluhan ribu profesional Bumiputera.

Misalnya doktor gigi Bumiputera pada 1999 dilaporkan mencecah 35 peratus sedangkan pada 1970 hanya tiga peratus, doktor perubatan 37 peratus (1999) berbanding empat peratus (1970) dan jurutera 27 peratus (1999) berbanding tujuh peratus (1970).

PPSMI juga memungkinkan keciciran di kalangan pelajar luar bandar dan bandar yang sosioekonomi mereka rendah. Kajian Nor Hashimah Jalaluddin (2004) mendapati 75 peratus pelajar tidak setuju Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris.

ADIPUTERAJAGAT,
Tanjung Malim,
Perak.

Jangan ambil gaji - DAP

26 Februari 2009

Menteri Besar Kudeta Perak, Dr. Zambry Abdul Kadir didesak supaya tidak mengambil sebarang imbuhan termasuk gaji sehingga mahkamah memutuskan kerajaan negeri mana yang sah.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa langkah itu wajar bagi berlaku adil kepada rakyat supaya wang mereka tidak digunakan untuk membayar gaji dua kerajaan negeri.

''Dalam tempoh ini, saya mencabar Zambry supaya tidak menerima sebarang bayaran sehingga mahkamah membuat keputusan.

''Mereka boleh bekerja, kita juga boleh bekerja tetapi tanpa bayaran kerana rakyat tidak boleh bayar dua kali," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.


DUN perlu segera bersidang, tamatkan kekaburan - Sanggahtoksago

Khamis, 2009 Februari 26


TERDAPAT isu menarik berkenaan Dun Perak dan kuasa Speaker. Saya berbincang dengan Profesor Dr Abdul Aziz Bari tentang perkara ini. Masih terlalu luas kuasa speaker, apabila ada pihak yang menghina Dewan tidak digunakan. Hatta, kenyataan PM, Abdulah Ahmad Badawi yang memerintahkan Dr. Zamry Abdul Kadir agar tidak menghiraukan keputusan penggantungan oleh Speaker dewan, sebenarnya boleh diambil tindakan dan dijatuhkan hukuman. Namun saya bertanya, apakah yang perlu lakukan sekrang di Perak. Begini jawapan Dr Aziz Bari dan saya melaporkannya:

DUN Perak perlu bersidang dengan segera bagi menyelesaikan kekaburan yang ada sekarang. Demikian pandangan Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas mengenai permohonan Speaker S. Sivakumar kepada Sultan Perak untuk mengadakan Sidang Khas Dewan 23 Februari lalu.

Aziz berkata di bawah Perkara 16(1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, Sultan diberi tanggung jawab untuk memanggil sidang dewan, termasuk mempastikan bahawa DUN bersidang sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan.

"Peruntukan ini sama dengan Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan kewajipan yang sama ke atas Yang di-Pertuan Agong", jelas beliau ketika dihubungi.
Profesor undang-undang itu berkata, memanggil sidang DUN tidak termasuk di dalam hal-hal yang menjadi budibicara dan beliau berpendapat bahawa Yang di-Pertuan Agong atau Sultan atau Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menyekat atau menolak permohonan untuk memanggil sidang.

"Pada hakikatnya kuasa ini adalah kuasa formal dan adalah tidak munasabah untuk Sultan, dalam kes Perak ini, untuk menolak atau menghalang permohonan speaker itu," tegas beliau lagi. Pakar perlembagaan itu berkata, hujah tersebut diperkuatkan oleh teori yang meletakkan ketua negara atau ketua negeri sebagai sebahagian daripada mekanisme yang melindungi perlembagaan dan semangatnya.

"Kalau Sultan menolak permohonan itu bermakna Sultan sudah menyekat demokrasi dan ini bertentangan dengan Konsep Raja Berperlembagaan yang mesti selari dengan tuntutan demokrasi," tambahnya lagi.

Aziz berkata sidang DUN itu juga perlu kerana Perkara 16(2)(a) dan (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak menyebut soal sokongan majoriti di dalam DUN dan ini perlu ditunjukkan secara telus dan terbuka. Ditanya mengenai pendapat yang mengatakan bahawa sokongan majoriti itu boleh ditunjukkan di luar dewan, Aziz berkata "pendapat itu sebenarnya pandangan yang agak lemah dan hanya boleh diterima sekiranya ada pihak, contohnya kerajaan yang ada, yang dalam konteks Perak Dato Seri Nizar, enggan atau menghalang sidang DUN".

Beliau berkata pendapat itu berdasarkan kes Adegbenro yang diputuskan pada 1963. Katanya kes yang lebih baik ialah kes Stephen Kalong Ningkan yang diputuskan pada 1966 yang menghukumkan bahawa ia perlu dibuat di dalam dewan.

Aziz menambah peruntukan yang sama juga ada dalam Perlembagaan Persekutuan, yakni Perkara 43(2)(a) dan 43(4). Sebab itu, tegasnya, adalah salah apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyekat permohonan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Aziz menjelaskan, "Memang speaker mempunyai kuasa mutlak tetapi ini berhubung dengan keahlian, perjalanan dewan dan seumpamanya. Apa yang berlaku di Perak ialah Speaker Sivakumar mahu proses menunjukkan sokongan itu berlaku sedangkan Pandikar Amin bertindak sebaliknya. Ini menyebabkan peruntukkan perlembagaan, khususnya Perkara 43(2)(a) dan 43(4) tersekat. Itu sebab saya pernah mengatakan bahawa speaker tidak harus menyelamatkan kerajaan dari diuji sokongannya oleh dewan. Apa yang berlaku di Perak betul kerana speaker mahu kerajaan yang ada membuktikan bahawa dirinya mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan."

Tiga hari lalu Pandikar Amin dipetik di dalam media sebagai berkata speaker dewan harus adil dan tidak memihak.

Aziz menambah di sisi perlembagaan, Anwar sebenarnya tidak perlu menulis surat kepada Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 September 2008 kerana Abdullah adalah ketua kerajaan dan bukan ketua dewan.

"Mungkin apa yang Anwar lakukan itu sekadar strategi politik, tetapi ia bukan satu syarat. Bagaimanapun kita perlu sedar bahawa Malaysia mempunyai budaya politik yang ganjil dan tidak mesra perlembagaan dan strategi seperti itu perlu," ujar Aziz. Abdullah bagaimanapun menolak mentah-mentah sidang tersebut. Pandikar Amin juga enggan memberi laluan.

Aziz berpendapat di dalam keadaan sedemikian, Yang di-Pertuan Agong bertanggung jawab menitahkan sidang kerana isu sokongan majoriti amat penting dan ia adalah nyawa bagi sesebuah kerajaan di dalam sistem demokrasi berparlimen seperti Malaysia.

"Pada saya ini selaras dengan kehendak peruntukkan yang berkenaan, khususnya Perkara 43(2)(a), 43(4) dan 55(1) di baca bersama," tambahnya. Keadaan yang sama wujud di Perak sekarang, kata Aziz.

Beliau berkata "jika sidang DUN tidak dipanggil sukar bagi kerajaan hendak menjalankan pentadbiran; contohnya mendapatkan kelulusan perbelanjaan dan pelbagai urusan rutin yang memerlukan dana yang mesti diluluskan oleh DUN dan sebuah kerajaan yang sah, yakni yang mempunyai dokongan majoriti di dalam dewan."

Ditanya mengenai perlantikan Dato Dr Zambry Abd. Kadir oleh sultan beliau berkata, "itu tidak mengapa; isunya di sini ialah perlantikan itu perlu dibuktikan benar-benar sah oleh DUN kerana dewan yang mempunyai kata putus sama ada penilaian Sultan itu tentang sokongan majoriti kepada Zambry itu betul atau sebaliknya."

Aziz berkata sokongan majoriti itu terpakai kepada Zambry dan Mohamad Nizar. Beliau menjelaskan soal sokongan majoriti itu boleh dibangkitkan di dalam dewan bila-bila masa sebagaimana yang biasa dilakukan di United Kingdom umpamanya.

"Katakan Zambry kalah kali ini, beliau boleh lepas ini membawa usul undi tidak percaya terhadap Mohamad Nizar pula kalau beliau berasa sokongan ahli dewan terhadap beliau bertambah. Begitu juga dengan ahli dewan yang lain yang berasa mereka mempunyai sokongan yang cukup. Proses ini dizinkan malah dikehendakki oleh perlembagaan," tegasnya.

SPRM disifatkan hina DUN Perak

Abdul Aziz Mustafa Thu Feb 26, 09 2:17:59 am MYT
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Hrkh) - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V Sivakumar menyifatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghina institusi DUN apabila menyiasat tindakan yang dibuatnya secara sah.

"Saya amat kecewa dengan tindakan SPRM ini. Saya rasa tindakan mereka ini adalah satu penghinaan kepada institusi DUN dan sememangnya saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku," Bernama memetik beliau berkata kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan kepada pegawai SPRM di Kediaman Rasmi Menteri Besar semalam.
Beliau juga menyifatkan tindakan SPRM itu menjejaskan prinsip demokrasi dalam negara ini dan mengancam doktrin pengasingan kuasa antara tiga badan kerajaan, iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman.
Sivakumar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh berkata sebagai Speaker, beliau cuma menjalankan tugas mengikut peraturan sedia ada, dan menurutnya "tetapi nampaknya saya pula yang disoal siasat".
Bagaimanapun menurutnya beliau yakin telah memberi kerjasama penuh dengan memberi keterangan kepada dua pegawai SPRM dari Ibupejabat di Putrajaya selama kirakira dua jam, bermula dari pukul 6 petang.
Jumaat lepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dilaporkan berkata Suruhanjaya itu akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa V. Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Excon kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan DUN berkuatkuasa serta merta.
Ahad lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata "tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (V Sivakumar)".
Tidak diketahui adakah tindakan sepasukan tiga pegawai dan seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak yang mengambil keterangan dari Sivakumar itu juga dianggap lucu oleh Dr Mahathir. _

Orang Perak mandi duit !!!! - malaysiakini

Posted by Skuad Dun Batu Caves

" Sesungguhnya, tiada upaya menyedarkan Umno setakat ini. Selagi mereka berkuasa di pusat, maka mereka tidak akan sekali-kali tunduk kepada amaran rakyat. Katalah apa sahaja, mereka BEBAL, telinga TULI untuk mendengar, mata BUTA untuk melihat dan hati MATI untuk merasa. Umno hakikatnya hanya boleh disedarkan dengan 'pancungan pedang keramat rakyat' ya ! bila nyawa mereka sudah putus dari badan ! "
Itu la UMNO yang tak pernah berubah dari dulu, kini dan selama-lamanya.

Gendang perang makin kuat dipalu. Cuma menunggu masa sang jeneral memberi arahan. Wah..! nampaknya musuh kian sibuk membaiki jalan agar tempur menjadi lebih 'mudah' dan pengundi menjadi goyah. Undi kami, 'kami pembela ketuanan melayu', 'pantang melayu untuk derhaka !' Pada hal kami kami yang lebih menderhaka. Kami la yang merompak harta pusaka nenek moyong orang melayu.


Musuh sudah mula membina benteng untuk dijadikan markas kepada macai-macai keparat. Markas dibina untuk mengadu domba kepada rakyat akan perihal kejahatan dan kebusukan Pakatan Rakyat. Skrip drama akan dimainkan oleh sang puaka yang mengelar diri pembela melayu. Isu derhaka, tidak taat kepada Raja, pemberian tanah kepada kaum cina akan digendangkan di markas yang 100% dibiayai hasil kutipan duit rakyat.


Syukur ada Wau Bulan untuk menangkis serangan dari penglipur lara sang puaka. Kalau Wau Dacing dinaikkan, jahanam lah Tanah melayu di lelong oleh sang puaka.

Pilihanraya kecil yang berlaku sekarang juga ada hikmahnya. Untuk menambahkan kebencian rakyat terhadap Umno. Polis akan digunakan lagi macam apa yang berlaku di Kuala Terengganu, yang melibatkan jutaan ringgit wang rakyat. Bukan untuk menjaga keselamatan, tetapi sebaliknya menyusahkan orang ramai. Bayangkan apabila begitu banyak sekatan jalanraya diadakan, begitu ramai SB yang berkeliaran….semuanya menyusahkan rakyat. .Ini la yang dinamakan pilihanraya di Malaysia. Tak ada beza nya p/raya masa darurat dgn p/raya masa aman..sedangkan penjenayah masih ramai yang berkeliaran, ramai yang hilang, dan ramai yang kecurian. Ahh kata sang puaka, rakyat kita ketepikan dulu. yang penting kita kaut harta negara dulu.

Sekarang Perak musikm hujan. Bila hujan turun, katak-katak bersorak kegirangan. Begitu juga apabila pilihanraya kecil Bukit Gantang akan diadakan, maka katak-katak juga melompat kegirangan. Tapi di Bukit Gantang…katak-katak melompat kegirangan bukan kerana suka main air, tapi membuka peluang mencari wang segera. Tak perlu pinjam along atau ceti…cuma perlu melompat menyertai Umno…dah tentu ada ganjaran.

Dalam waktu terdekat ini, akan ada orang-orang yang akan melompat menyertai Umno. Sama ada yang sudah menyertai Umno, atau yang belum….yang pasti, mesti ada orang-orang Pas atau PKR yang akan mengisytiharkan diri menyertai Umno…untuk mendapat sekupang dua. Untuk masuk dalam TV..nanti boleh jadi mawi. glamour yob...

Banner-banner yang menyokong Osman Jailu sudah banyak yang direntang. Seolah-olah kemasukan Osman kedalam Umno mendapat sokongan terbanyak. Tapi sayang…nak gantung banner pun terpaksa dibuat waktu tengah malam…takut orang nampak. Tok sah kata penyokong, Osman sendiri takut nak tunjuk muka…apa tah lagi balik kawasan.

Heran jugak…bila ada yang melompat kedalam Pakatan Rakyat…mereka disambut denga meriah. tapi kalau melompat kedalam Umno…cuma nampak disidang media. Lepas tu hilang. Itu la taktik sang puaka memperbodohkan rakyat. Tapi UMNO silap. Rakyat bukan bangang macam depa.

Dua tiga hari lagi…ada 100 orang ahli PKR akan menyertai Umno. mereka ini terdiri dari anak beranak dan mereka yang mendapat jawatan melalui Osman Jailu. Adik Osman, Pegawai Khas, pembantu…dan ramai lagi anak beranak Osman.

Mintak-mintak…selepas mengisytiharkan diri menyertai Umno…mereka tak hilang pulak. Bukan senang bagi mereka nak jumpa jiran-jiran dan rakan-rakan…sebab semuanya sudah menyampah denga Osman dan Umno. Duit punya pasal…orang sanggup menggadai kemaluan.

Hari ni sahaja Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat laporan polis kerana ditawar sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN). Anak sapo la punya kerja haram jadah celaka lahanat ni? Oiiii penjenayah haram...kome ingat semua orang kat Perak tu tak ada maruah diri ker? Kome ingat duit boleh beli semua nya? Katak 3 ekor tu mungkin kome boleh kelentong sebab depa memang bangang + tolol....

Maka berjuta-juta duit la akan ditabur di Perak demi mencapai cita-cita politik sang puaka. Puak-puak ni apa ada hal dgn duit..bukan duit mak bapak depa pun yang depa tabur...semua duit rakyat. Bagi lembu untuk rakyat makan kerja salah..Kata si panglima Zahid hamidi "nak sedekah pakai lah duit sendiri". bagus betul panglima Bagan datoh ni bercakap. Oiiii mana lagi baruah bagi rasuah pakai duit rakyat dgn bagi sedekah kat orang islam lain? kat dunia ni kome putarbelit le selagi boleh...tak per..esok mengadap allah pandai-pandai ler jawab....

25 Februari 2009

Serahkan kepada rakyat

Wednesday, February 25, 2009

(*) Bloggers@HOT - Serahkan kepada rakyat !

Hanya satu sahaja yang dapat menyelesaikan kemelut politik yang semakin meruncing di Perak sekarang, bubarkan DUN Perak supaya pilihan raya negeri dapat diadakan. Hanya rakyat yang dapat menyelesaikan krisis politik yang makin meruncing sekarang.

Demikian dinyatakan oleh pakar perlembagaan negara, Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas penggantungan Dato Dr Zambry Kadir yang dilantik oleh Sultan Perak mengetuai kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional 6 Februari lalu. Bagaimanapun beliau bersama 7 orang anggota EXCO yang dilantik kemudian digantung oleh Speaker DUN Perak V.Sivakumar 18 Februari lalu kerana……

Tindakan speaker itu telah dikutuk oleh para pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beberapa laporan polis turut dibuat.

Mengulas perkembangan itu Aziz berkata meskipun tindakan Speaker DUN Perak itu kelihatan melampau ia adalah di dalam bidang kuasa beliau. “Mereka yang tidak puas hati dengan tindakan speaker itu boleh mengutuk atau membuat laporan polis; tetapi apa yang polis boleh buat? Undang-undang dalam DUN Perak sama dengan Dewan Rakyat dan kita telah lihat bagaimana Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli-ahli parlimen seperti Karpal Singah dan Fong Po Kuan; ada yang langsung tidak mendapat elaun.

Bagaimanapun tidak ada apa yang boleh dilakukan kerana itu semua memang kuasa speaker, bagaimana tidak logik dan zalim sekalipun” katanya. Dalam beberapa isu penting, speaker Dewan Rakyat, baik Tan Sri Pandikar Amin Mulia maupun Allahyarham Tun Mohd Zahir, menolak mentah-mentah usul yang dikemukakan oleh pihak Pakatan Rakyat.

Ditanya apakah wajar tindakan Speaker DUN Perak yang dituduh oleh Barisan Nasional sebagai menyalahgunakan kuasa, dendam dan sebagainya Aziz berkata. “Mereka boleh kata apa mereka suka; kuasa speaker memang begitu dan mahkamah sendiri pun tidak akan campur. Dan sekiranya mereka tidak berhati-hati mereka boleh dikenakan hukuman kerana engkar arahan speaker atau menghina DUN Perak”, jelas Aziz lagi.

Di dalam senario di Perak itu kata beliau ubat yang paling mujarab ialah pembubaran DUN supaya pilihan raya dapat diadakan. Aziz menjelaskan pembubaran dapat menyelesaikan banyak perkara termasuk “status tiga ADUN yang melompat itu, kes mahkamah yang ada sekarang dan yang paling penting mewujudkan kestabilan di negeri Perak”.

Beliau berkata krisis politik yang berterusan sejak awal Februari itu memberikan gambaran yang negatif tentang negeri Perak dan itu tidak baik bagi pembangunan ekonomi yang amat penting bagi kesejahteraan rakyat.

“Sejak awal lagi saya berpendapat sultan sepatutnya membubarkan DUN dan bukan melantik kerajaan baru meskipun kuasa itu ada di tangan baginda. Apa yang berlaku sejak dua minggu ini jelas menunjukkan ketidakwajaran itu”, kata profesor undang-undang itu lagi.

Perlantikan itu, kata Aziz lagi, menyebabkan beberapa persoalan yang telah sedia muncul tidak diselesaikan. “Status ADUN itu dikaburkan oleh SPR yang menolak notis speaker dan sebab itu saya tidak terperanjat dengan tindakan menggantung Zambry dan rakan-rakan EXCOnya”, katanya.

Aziz berkata sekiranya rakyat tidak diberi peluang membuat keputusan selagi itu kerajaan yang ada akan terus menyeret istana ke kancah politik. Tiga hari lalu Perdana Menteri menuduh speaker DUN Perak tidak menghormati sultan dengan tindakannya menggantung Zambry dan para EXCOnya.

Mengenai kemungkinan kerajaan persekutuan mengisytiharkan darurat di Perak Aziz berkata ia tidak mudah untuk berlaku. “Memang ia boleh dibuat mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan tetapi saya tidak fikir Tuanku Mizan akan mengikut begitu sahaja. Kita sudah lihat bagaimana Datuk Seri Idris Jusoh ditolak oleh istana meskipun beliau mempunyai majoriti yang jelas dalam DUN Terengganu. Apa yang penting di sini ialah betapa Tuanku Mizan tidak mengikut apa sahaja yang dinasihatkan oleh kerajaan”, tegas Aziz.

Kerajaan persekutuan pernah mengisytiharkan darurat di dua buah negeri yang dilanda oleh krisis politik sebelum ini. Kali pertama ialah pada 1966 apabila Sarawak dilanda kemelut ekoran kengganan Ketua Menteri Dato Stephen Kalong Ningkan meletakkan jawatan. Ini diikuti oleh perisytiharan yang sama di Kelantan sewaktu Menteri Besar Datuk Mohamed Nasir enggan meletakkan jawatan meskipun tewas dalam undi tak percaya pada 1977.

Aziz menjelaskan dengan perisytiharan darurat kerajaan persekutuan akan “menggantung perlembagaan negeri dan kemudian mengambilalih pentadbiran negeri”.

Bagaimanpun beliau tidak yakin kerajaan pusat berani berbuat demikian kerana ini akan menyebabkan mereka dianggap perampas dan tidak popular. Beliau berkata meskipun kerajaan pusat pernah melakukannya mereka tidak berbuat demikian sewaktu Sabah dilanda krisis politik pada 1985 dan 1994.(source : DD/al-BanjariOnline)

11.30 pagi : ADUN Malim Nawar buat laporan ke SPRM untuk buat laporan

25 Februari 2009

IPOH: ADUN Malim Nawar, Yb. Khesvinder Singh sampai ke perkarangan pejabat suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) sebentar tadi untuk membuat laporan rasuah terhadap pimpinan BN.

Laporan beliau pada hari ini adalah dipercayai sama dengan apa yang dilakukan oleh ADUN Kuala Kurau setelah aduan pertama telah dilaporkan kepada SPRM oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Khalil Idham Lim.

Tindakan membeli ADUN Pakatan rakyat secara kotor dan jijik itu telah menumbangkan Kerajaan Negeri Perak Pakatan yang yang telah diamanahkan pada 8 Mac 2008 yang lepas.

Mereka berdua semasa berita ini ditulis masih berada di pejabat SPRM untuk memberi keterangan masing-masing kepada pegawai yang bertugas secara berasingan.


TERKINI : ADUN Kuala Kurau memberi keterangan kepada SPRM

25 Februari 2009

TERKINI JAM 11.15 pagi

IPOH:-Satu laporan rasuah sedang dilakukan oleh ADUN Kuala Kurau,YB.Yunus Jamahri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) atas usaha pimpinan BN merasuah beliau dengan wang dan jawatan.

Hadir bersama beliau ialah ADUN Pakatan Rakyat, YB. Drs.Khalil Idham Lim(Titi Serong), YB.Chan Ming Kai(Simpang Pulai), YB.Chang Lih Kang (Teja), YB.Leong Mee Meng (Jalong), YB Sum Cheok Leng (Bercham), YB. Sivasubramaniam(Buntong) dan YB. Ramli Tusin (Gunung Semanggol).

Dalam sidang akhbar sebentar tadi, ADUN Kuala Kurau mendedahkan usaha membeli beliau supaya melompat kepada BN bermula sejak minggu PR menang di Perak sehinggalah sebelum BN merampas kuasa di Perak.

Beliau juga mendedahkan tawaran yang diberikan antaranya dengan sogokan wang dari RM3juta hingga RM8 juta. Disamping dengan tawaran kompatmen balak dan jawatan Exco Perak.


Nizar lawan Zambry : Hakim tarik diri - Malaysiakini


Feb 25, 09 11:12am
Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar kes berhubung jawatan menteri besar Perak.

Mohamad Ariff - bekas rakan kanan dalam firma guaman Cheang and Ariff dan bekas ahli PAS - memutuskan demikian ekoran bantahan daripada Jabatan Peguam Negara.

Penasihat Undang-undang Perak, Ahmad Kamal Mohd Shahid, yang berkata beliau mewakili Datuk Zambry Abdul Kadir, juga turut mengemukakan bantahan pelanggannya terhadap Mohamad Ariff mendengar kes tersebut.

Menteri Pesar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai peguam kanan, Sulaiman Abdullah.

Pejabat Peguam Negara diwakili oleh Kamaluddin Md Said dan Suzana Atan.

Dalam reaksinya, Nizar berkata, beliau menghormati keputusan pesuruhjaya kehakiman tersebut.

Beliau juga juga yakin akan menang dalam kes tersebut.

TERKINI ! Hakim Mohd Arif tarik diri

Kuala Lumpur, 25 Feb;-Hakim Mohd.Arif mengumumkan dia menarik diri dari menjadi hakim yang mendengar kes saman YAB Menteri Besar Perak, DS Nizar Jamaluddin ke atas Dr.Zamry Abdul Kadir.

Hakim juga menyatakan kepada YAB DS Nizar samaada hendak meneruskan di Mahkamah Tinggi atau pindahkan kes ke Mahkamah Persekutuan.

Menurut salah seorang panel peguam, mereka akan bincangkan hal ini dengan respondennya.

Kes Nizar di dengar di Mahkamah hari ini

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Mohamad Ariff Md Yusof akan memutuskan hari ini sama ada beliau patut menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan oleh bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap penggantinya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, demikian lapor Bernama.

Mohamad Ariff berkata beliau akan memberi pertimbangan serius mengenai isu itu dan mengkaji hujahan peguam Sulaiman Abdullah selama sejam yang mewakili Nizar dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said bagi Pejabat Peguam Negara.

Rabu lepas, Mohamad Ariff melahirkan kebimbangan sama ada beliau mahu atau tidak untuk mendengar prosiding kerana pembabitan beliau dalam PAS sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, September tahun lepas.

Mohamad Ariff harus memutuskan semakan kehakiman yang dipohon oleh Nizar bagi mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah dan bagi injunksi untuk menghalang Zambry daripada menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Besar Perak.

Semalam, Kamaluddin berkata Mohamad Ariff patut menarik diri daripada mendengar kes tersebut bagi mengelak persepsi negatif tentang unsur berat sebelah.

"Adalah pandangan Pejabat Peguam Negara bahawa bagi mengekalkan keyakinan awam dalam badan kehakiman dan demi kepentingan keadilan, adalah elok Yang Arif menarik diri," hujahnya.

Kamaluddin berkata wujud bahaya berat sebelah oleh hakim dengan alasan Mohamad Ariff adalah bekas anggota PAS dan penasihat undangundang PAS dalam beberapa petisyen pilihan raya.

Hujahan itu dibantah oleh Sulaiman yang menyatakan bahawa mengikut Kod Etika Hakim, seorang hakim tidak dilarang mendengar kes parti politik selagi hakim berkenaan tidak menjadi anggota semasa dalam sebarang parti politik.

Beliau juga berkata tidak ada asas bagi Mohamad Ariff menarik diri daripada mendengar kes itu tetapi apa yang lebih penting adalah integriti dan keikhlasan hakim berkenaan.

"Jika anda menarik diri, anda memberi mesej bahawa anda tidak boleh membuat keputusan secara objektif dalam perkara yang kontroversi. Ini bukan mesej yang hendak diberikan," katanya.

"Penarikan diri Yang Arif mungkin mengundang komen yang tidak menyenangkan mengenai badan kehakiman," kata Sulaiman, yang menambah ujian sebenar bahaya soal berat sebelah dalam keadaan kes ini tidak dipenuhi.

SPRM DAN SPR ' CAWANGAN PARTI KOMPONEN BN PALING AKTIF - Ref malaysiakini

Di dalam BN ada 2 'parti' komponen yang sangat aktif menjalankan kerja masing-masing untuk menghancurkan Pakatan Rakyat (PR). Kedua-duanya mempunyai dana dan duit yang cukup banyak bagi mengganyang Pakatan Rakyat (PR).
Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) kerjanya menyiasat dan mendakwa mana-mana pemimpin PR yang didakwa menyalahgunakan kuasa dan melakukan rasuah. SPRM bertindak sepantas kilat jika ada laporan dan aduan rasuah terhadap pemimpin PR. Namun ber'gudang-gudang' aduan yang dibuat kepada pemimpin BN dipandang sepi. Bayangkan berapa banyak aduan dibuat terhadap Khir Toyo, Najib dan lain-lain namun semuanya tidak diketahui status aduan tersebut.
Begitu juga dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sepatutnya bertanggungjawab menjalankan Pilihanraya Kecil (PRK) jika mana-mana Speaker mengisytiharkan DUN masing-masing kosong. Namun SPR terbukti berpihak apabila menolak notis kekosongan 3 kerusi DUN di Perak atas alasan surat perletakan jawatan ADUN terbabit meragukan. Bila pula SPR berfungsi untuk mengkaji dan menilai kesahihah surat perletakan jawatan ADUN.??
Begitu juga dengan isu daftar pemilih. Sehingga sekarang SPR gagal memastikan daftar pemilih benar-benar bersih dan tidak meragukan. Masih terdapat nama-nama pengundi yang didaftar pada satu alamat yang jumlahnya tidak munasabah sehingga ada yang mencecah melebihi 30 dalam satu rumah. Manakala nama-nama pengundi yang mati masih 'menghiasi' daftar pemilih yang mana bila-bila masa ianya boleh dimanipulasi ketika hari pengundian.
Sebenarnya banyak lagi kebobrokan dan ketidaktelusan kedua-dua 'parti komponen' baru BN ini yang tidak cukup masa dan ruang untuk saya nukilkan di sini.
Jadi saya menganggap bahawa kedua-dua SPR dan SPRM ini adalah 'parti komponen' BN yang sudah tentu akan taat dan patuh kepada BN.