Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 28, 2009
Terkini 1.54 pm : Sidang media berakhir Sidang media telah berakhir dan semua Adun bersurai. Satu report polis akan dilakukan oleh Adun-adun Pakatan Rakyat pada jam 3.00 petang ini di IPD Ipoh. Terkini 1.45 pm : Ds, Nizar sahkan jumpa Raja Muda Perak di Kuala Dipang kelmarin. Saya jumpa Tuanku kelmarin dan Tuanku tanya saya sihat ker?? Dedah Ds. Nizar apabila ditanya apa yang dibincang semasa jumpa Tuanku kelmarin. Terkini 1.43 pm : Kami bukan boikot sidang tapi sidang tidak sah Apa yang dilakukan adalah pelanggaran tanpa melihat salah atau betul (bulldost) demi untuk mencapai hasrat jahat BN. Tidak berbangkit kami boikot sidang kerana sidang adalah tidak sah. Terkini 1.40 pm : Kenyataan Pengerusi PKR Perak Tindakan yang dilakukan oleh BN menjijikkan di Perak, demikian kenyataan Pengerusi PKR Perak, Mustaf Kamil Ayub. Bajet yang dibentangkan oleh BN adalah tidak sah. Mohon supaya DYMM Sultan Perak membubarkan DUN Perak untuk kebaikan rakyat.
Terkini 1.26 pm : Saya malu kerana Umno memperguna pasukan keselamatan. Adun Pantai Remis akan melaporkan apabila tempat sulitnya di ceroboh sebelum masuk ke dalam dewan. Dalam pertelingkahan dia tidak dibenarkan membawa masuk kamera ke dalam dewan. Terkini 1.23 pm : Kenyataan Dato' Ngeh Tindakan polis menyebabkan demokrasi di Perak lagi merosot ke tahap yang lebih teruk. Polis nampaknya tidak dapat membezakan siapa yang sebenarnya perompak dan pencuri sebenar. Tegaskan tindakan polis jelas melangar undang-undang yang bole di hukum penjara selama 7 tahun dan di denda. Saya menyokong kenyataan Ds. Nizar meletakkan jawatan. Berharap BN akur dengan kehendak rakyat dengan bubar DUN Perak.
Imej
Terkini 1.18 pm : Kenyataan MB Pakatan Rakyat Speaker Sivakumar menunjukkan surat palsu dan menafikan dikeluarkan oleh pihaknya seperti yang disiarkan di blog ini kelmarin.Kami dihalang oleh 5 sekatan dan ini bercanggah dengan demokrasi. Terbukti kekecohan bermula dari arahan defekto BN. Saya rakamkan disini atas arahan BN kepada pihak polis menghalang kami.Jika Speaker itu haram maka usul, bajet adalah tidak sah dan semuanya tidak mengikuti peraturan.Saya mendesak Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin wajib meletakkan jawatan kerana tindakan polis yang memalukan. Terkini 1.13 pm : Sidang media, kenyataan V.Sivakumar Sebahagian dari rakan media yang hadir.Pihak polis menahan kami beberapa kali sebelum boleh masuk dewan, tidak pernah berlaku Adun dilayan seperti penjenayah.Apabila kami tidak mahu menyerahkan jubah dan kekerasan digunakan untuk merampas songkok dan jubah. Mereka menekan dan mencekik saya supaya saya tidak bernafas dan lemah. Walaupun Adun PR cuba menyelamatkan t...
Terkini 12.49 pm : Semua Adun di Wisma DAP adakan mesyuarat. Semua Adun PR sudah berada di Wisma dan satu mesyuarat penting diadakan dengan dipengerusikan oleh YAB MB Pakatan Rakyat Perak, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin.
Terkini 12.40 pm : Laungan bubar DUN iringi Adun PR keluar dewan. Laungan bubar DUN berkumandang apabila Ds. Nizar dan semua Adun PR keluar dari pagar bangunan Dewan Negeri.
Terkini 12.36 pm : Kami sudah diluar pagar. Semua Adun PR sudah berada diluar bangunan SUK dan menuju ke pejabat DAP berkenaan. Terkini 12.34 pm : Sidang tamat Sidang sudah pun berakhir dan kami sudah berada di luar bangunan tapi masih dalam pagar dan kami berkumpul dihadapan bangunan DUN tidak berapa jauh dari pintu keluar.

terkini !!!

Terkini 12.26 pm : Sidang media masih berlangsung Dalam keadaan sidang haram yang dikendalikan oleh Speaker haram Ganesan, semua Adun PR masih berada dalam sidang media di dalam perpustakaan di aras yang sama. Bila ada soalan yang ditanya oleh wartawan mengenai kami boikot sidang, dijawab perkara itu tidak berbangkit kerana sidang ditangguh oleh Speaker yang sah. Sidang yang berlangsung adalah sidang yang haram.
Imej
28 Oktober 2009 Terkini 12.15 pm : Tercemarnya demokrasi, MB Nizar apa yang terjadi adalah membenamkan demokrasi di Perak dengan penghalang untuk kami masuk oleh polis. Ini adalah ancaman sedangkan kami datang atas nama Adun dengan surat Speaker yang sah. Kekecohan adalah tindakan pihak polis dan bukannya kami. Menyebabkan nyawa Sivakumar terancam dan terjejas. Saya memberitahu Menter Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin letak jawatan kerana tindakan mencemar institusi polis. Kami dihalang dengan peraturan yang melampau termasuk tidak boleh membawa masuk kamera. Hari ini telah terkubur demokrasi di Perak. Tindakan sidang yang dikendalikan oleh Speaker haram, satu saja yang dia haram, kerana dia tidak ada hak undang-undang berada di situ. Apa yang berlaku hari ini kerana arahan Zambry, setiausaha Kerajaan Negeri dan Hishamuddin. Terkini 12.07 pm : Kenyataan Dato' Ngeh Ramai wartawan yang hadir. Dato' Ngeh mengecam dan merasa kesal dengan keadaan Negeri Perak ...

Sidang Media oleh Siva

Imej
Terkini 12.01 pm : Sidang di perpustakaan dihadiri oleh semua Adun PR Sivakumar menunjukkan cebisan jubah yang sempat di selamatkan. Speaker Sivakumar menjelaskan perjalanan dewan yang sah dan meluluskan tiga usul seperti yang dilaporkan sebelum ini. Terkini 12.00 pm : Bahagian sulit Pantai Remis telah diceroboh. Dalam pergelutan Speaker Sivakumar mendedahkan tempat sulit Adun Pantai Remis telah diceroboh. Terkini 11.58 am : Sidang media di perpustakaan. YB. Sivakumar menjelaskan tindakan polis menghalang dan menahan Adun masuk seorang demi seorang dan tidak pernah berlaku. Ada usaha merampas jubah dan songkok saya,kami bertahan sehingga ke lif dan ke tempat letak kereta. Mereka menggunakan kekerasan, ada yang menekan dan mencekik saya sehingga tidak boleh bernafas. Beliau mengatakan lebih buruk dari kejadian 7 mei dan mereka berjaya merampas jubah.

Siva tangguhkan sidang !!

Terkini 11.50 am : Sidang ditangguh oleh Speaker Sivakumar Speaker yang sah menangguhkan sidang dalam keadaan Speaker haram masih mengendalikan sidang haram sebentar tadi.

Bajet haram di luluskan !!!!

Terkini 11.43 am : Laungan haram bergema berterusan Adun Pakatan Rakyat terus melaungkan kalimat haram dan lanun atas tindakan BN meluluskan bajet haram. Tindakan Adun Pakatan Rakyat langsung tidak dapat diambil tindakan oleh Speaker haram kerana ternyata dia tidak ada kuasa apa lagi untuk meluluskan bajet. Terkini 11.38 am : Bajet haram oleh sidang haram yang dikendalikan Speaker Haram BN akhirnya melanggar undang-undang dengan membentang dan mengesahkan bajet haram sebentar tadi.

TERKINI SIDANG DUN !!!!! - CINA ISLAM

Imej
28 Oktober 2009 Terkini 11.31 am : BN cuba lulus bajet haram Laungan Speaker haram bergema Sidang BN yang cuba meluluskan bajet haram oleh Speaker Haram Ganesan. Terkini 11.29 am : Dua sidang dalam satu dewan sedang berjalan Sekarang ini dua sedang berjalan iaitu sidang yang dikendalikan oleh Speaker yang sah V.Sivakumar, dan Speaker haram Ganesan. Terkini 11.08 am : Sidang ditangguh oleh Speaker Sivakumar Sidang yang dikendalikan oleh Speaker sah Sivakumar nampaknya tidak diganggu oleh Speaker haram dan Adun BN. Ianya ditangguhkan sebentar tadi. Terkini 11.07 am : Titi Serong mengusulkan tahniah dan penghargaan dengan prestasi kewangan Kerajaan PR 2008 ADUN Titi Serong membentangkan usul tahniah dan terima kasih atas prestasi kewangan Kerajaan Perak tahun 2008 di bawah kerajaan PR seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara. Terkini 11.06 am : Usul di bahas oleh MB Pakatan Rakyat Usul sedang dibahas oleh YAB MB Pakatan Rakyat dengan mengemu...

Kawalan ketat menjelang sidang DUN Perak

Imej
Okt 28, 09 9:19am 9am: Masih tidak nampak sebarang perhimpunan tetapi ADUN mula memasuk bangunan sekretariat. Antara yang awal tiba ialah pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham Thomas Su tetapi mereka tidak dibenar masuk ke dalam bangunan, menyebabkan berlaku pertengkaran antara kedua mereka dengan polis. Akhirnya, polis membenar Ngeh dan Su masuk. Laporan awal: Polis mengawal ketat di luar bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh pagi ini menjelang sidang DUN untuk pembentangan bajet. Helikopter polis kelihatan berlegar-legar di udara di atas bangunan sekretariat. Para wartawan masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas pemeriksaan ketat. Sidang tersebut dipanggil oleh kedua-dua Speaker BN, Datuk R Ganesan dan Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar. Ganesan sebelum ini menggantikan Sivakumar ekoran kontroversi BN mengambil ali...

Notis larangan berada dalam 50 meter di tampal sekitar bangunan SUK

Imej
Harakahdaily Wed | Oct 28, 09 | 2:14:38 am MYT IPOH, 28 Okt: Ketua Polis daerah Ipoh semalam telah mendapatkan perintah mahkamah bagi melarang orang awam berada 50 meter dari pagar bangunan Perak Darul Ridzuan bermula pagi ini hingga malam 30 Oktober ini. Permohonan dibuat dalam Mahkamah Majistret (1) Ipoh, Perkara Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah melarang orang awam hadir atau berada dalam radius tersebut. Ianya ekoran dakwaan bahawa satu perhimpunan tanpa permit untuk memberi sokongan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional akan di adakan di bangunan tersebut menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) esok. Sehubungan itu mahkamah telah mengeluarkan notis arahan supaya orang awam tidak berada dalam lingkungan radius seperti yang dinyatakan. Antara termasuk kawasan larangan adalah Jalan Panglima Bukit Gantang, Jalan Istana d...