Catatan

Tunjukkan catatan dari November 5, 2009

KRISIS PERAK : IMEJ MALAYSIA BURUK DIMATA MASYARAKAT DUNIA

4 11 2009 IPOH 4 November : Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini sekali lagi menggesa agar kerajaan UMNO dan Barisan Nasional Perak hentikan penipuan terhadap rakyat dan jangan sesekali menzalimi rakyat Perak. Beliau mengatakan, natijah daripada tindakan gelojoh UMNO dan Barisan Nasional merampas kerajaan Perak dengan membelakangkan undang-undang dan perlembagaan Perak, Malaysia kini dilihat semakin lemah di mata dunia. Perkara ini akan menyukarkan Negara Malaysia berhadapan dengan globalisasi dunia . Menurut beliau lagi Dalam usaha kita menjalin hubungan dengan negara luar, sudah tentu Malaysia akan dilihat sebagai negara yang terkebelakang berbanding negara lain, akibat krisis pelanggaran demokrasi di Negeri Perak ini. Katanya lagi, perkara ini adalah disebabkan oleh ketiadaan pengasingan kuasa akibat daripada pelanggaran kuasa yang telah dibuat oleh Barisan Nasional. Menurut Perlembagaan Persekutuan, ketiga-tiga badan iait

Permohonan didengar panel 11 hakim ditolak

Permohonan didengar panel 11 hakim ditolak Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan menteri besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin supaya rayuannya berhubungi kes menteri besar yang sah, didengar oleh panel 11 orang hakim. Hakim Datuk Alauddin Mohd Sheriff berkata ia diputuskan sebulat suara dan tiada perintah dibuat mengenai kosnya. Keputusan tersebut menimbulkan tandatanya kerana mahkamah tertinggi di negara ini itu sebelum ini pernah membenarkan panel tujuh hakim mendengar dua kes dadah. Bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, yang mewakili Nizar, sebelum itu berhujah bahawa panel 11 hakim itu penting kerana kes itu membabitkan kepentingan awam dan banyak implikasinya. Katanya, ia juga memberi kesan pada semua negeri dan serta Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, katanya, seluruh dunia sedang mengikuti kes tersebut, termasuk para akademik dan orang awam "kerana ini adalah satu kes yang unik". Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Abd