Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 28, 2009

UMNO GELONGSOR TANPA BREK

Imej
UMNO gelongsor tanpa brek Dilulus terbit pada Wednesday, January 28 @ 07:25:00 MYT oleh TokBatin Oleh hamirdin " Gelongsor yang sedang dialami oleh UMNO sekarang sukar dibrek. Satu satunya lorong yang masih ada untuknya ialah ke bawah. Mungkin mengapa berlaku gelongsor ini menjadi sesuatu yang dicari cari oleh penyokong mereka. Teknologi mencekik UMNO . Media arus perdana telah hilang sesuatu yang sangat penting iaitu public trust . Dulu rakyat Malaysia mempercayai apa sahaja yang dihamburkan oleh media arus perdana yang dikuasai oleh UMNO. Teknologi telah mengubah semua ini. Saluran berita telah bercambah dengan banyaknya, dan dengan itu liputan yang dipersembah oleh media arus perdana kuasaan UMNO menjadi hambar, lesu dan telah dijangka. Lebih pilu lagi ialah apabila media ini membuat putar belit, yang mana maklumat lebih awal telah diperolehi oleh audien melalui internet, sms atau channel berita lain. Apabila putar belit ini dipersembahkan kepada rakyat, bukan rakyat yang berj