LAPORAN BPR SATU ISU KANTOI UMNO - PERAKDAILY
October 18, 2008 · IPOH: Berita mengenai laporan BPR akan dibuat terhadap sahabat saya, setiausaha Politik MB Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki saya ketahui kira-kira jam 5 petang, iaitu pada Rabu atau sehari sebelum laporan itu dibuat. Saya terdiam seketika bagaimana hendak saya pecahkan berita kurang enak itu pada Misbah sebentar lagi. Sebelum itu, Misbah baru dua minit turun dari mobil saya untuk ke pejabat semula kerana tertinggal dokumen perjalanan. Semasa itu juga saya menyiasat apakah bentuk laporan yang akan dibuat. Jelaslah bahawa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik Zainol Padzi Paharuddin dan Pengerusi Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Manik dan Labu Kubong, Suib Sulaiman akan membuat laporan BPR di pejabat BPR berhubung dakwaan kononnya Misbah telah melakukan salah guna kuasa. Misbah muncul dan terus meminta saya ke medan Gopeng. Saya memandu selamba sambil dalam kepala bagaimana hendak saya pecahkan makluman ini kepada be...