Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 22, 2008

ulama dan politik

Imej
OLEH DATO' HAJI HARUN TAIB Kedudukan Ulama Dalam Islam Ulama itu ialah mereka yang takut hanya kepada Allah dari kalangan mereka yang diberi pengetahuan dan kefahaman oleh Allah ‘Azzawajalla tentang Islam yang lengkap dan syumul itu. Untuk menjelaskan perkara ini Allah berfirman, maksudnya: “Hanya semata-mata yang takut kepada Allah daripada kalangan hamba-Nya ialah ulama’”. (al-Fathir : 28) Untuk menentukan kedudukan mereka di dalam Islam, Allah berfirman, maksudnya: “Katakan (wahai Muhammad) apakah sama golongan yang berilmu denga golongan tidak berilmu, sesungguhnya yang mempunyai akal fikiran yang waras sahaja yang selalu ingatkan perintah Allah”. (az-Zumar : 9) Firman Allah, maksudnya: “Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan golongan yang berilmu pengetahuan dan Allah amat mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (al-Mujadalah : 11) Untuk menjelaskan perkara yang sama Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang melalui sesuatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan,