Catatan

Tunjukkan catatan dari September 7, 2008

MB Perak tuan rumah Usrah Bulanan PAS Perak

IPOH, 6 Sept Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin telah sudi menjadi tuan rumah kepada majlis Usrah PAS Perak pada bulan ini tidak sepertimana biasa yang telah diadakan pada setiap bulan di Markas Tarbiyah PAS Air Kuning, Taiping selama ini. Jadual majlis tersebut bermula dari berbuka puasa dan terus sembahyang Magrib. Selepas itu menjamu selera dengan hidangan Nasi Briyani dengan seramai 500 orang tetamu dengan kaedah makan bertalam bersama dan kemudian meneruskan sembahyang Isyak serta solat sunat Tarawih. Kemudian dimulakan aturcara dengan ucapan aluan Pesuruhjaya PAS Perak merangkap Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang dan tazkirah oleh YB Zainuddin Exco Agama Negeri Perak dan seterusnya Menteri Besar sendiri. Penerangan bekisar perkembangan Kerajaan Negeri Perak.

Hati-hati Usaha terdesak pihak tertentu memerangkap MP dan Adun PR

Imej
Ingatan kepada seluruh ahli parlimen dan DUN Pakatan Rakyat berhati-hatilah dengan orang yang tidak dikenali. Musuh sedang beredar di mana-mana sahaja.Pakatan Rakyat telah memerintah 5 buah negeri , maka banyaklah pembangunan yang akan dibuat. Peruntukan diluluskan untuk membangunkan negeri bagi keselesaan rakyat. Namun hati-hati dengan orang yang datang menawarkan diri sebagai orang yang bersedia membangunkan Projek-projek tersebut. Pastikan orang yang dating kepada kita atau orang yang diperkenalkan oleh sahabat kita disahkan dahulu latarbelakang mereka. Pastikan setiap pertemuan yang dibuat dihadiri beberapa orang saksi. Jangan lekas percaya dengan janji manis yang diucapkan. Saya bersetuju dengan apa yang telah dibuat oleh MB Perak iaitu setiap yang ingin berjumpa dengan MB atau Exco kerajaan Negeri Perak pastikan meninggalkan beg serta sampul besar juga Handphone di luar bilik ini untuk mengelakkan berlakunya perangkap rasuah yang dipasang pihak tertentu. Diingatkan juga jangan