Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 9, 2008

MB NIZAR KESEORANGAN MEREDAH MEHNAH DAN TRIBULASI

Imej
Oleh : kelulut@telokbakong.com Apalah salahnya kita sama-sama mengajak orang yang kita pimpin, di rumah, di pejabat dan saya sebagai Menteri Besar yang diamanahkan untuk meningkatkan perlaksanaan solat" - Ucapan MB Perak di Masjid Teluk Raja Bayang Pulau Pangkor ( 29.11.2008) Ir. Nizar juga menyatakan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dilakukan di dunia ini, kerana itu kita mesti melaksanakan amanah ini sebaik mungkin takut kelak kita akan rugi. Inilah contoh pimpinan insan soleh yang patut dijadikan panduan kepada seluruh rakyat Perak secara khusus dam amnya untuk umat Islam . Pemimpin mestilah bersifat dengan akhlak mulia dan mengajak manusia kembali kepada Khaliknya .Ulul amri adalah adalah ikutan rakyat jelata . Rakyat akan meniru cara hidup pemimpin mereka . Jika buruk teladan yang dipamerkan maka hodohlah pantulan cerminan terhadap rakyat . Pemimpin yang baik bukan sekadar mengingatkan rakyat bagaimana mahu menambah pendapatan, bukan hanya membangunkan neger