Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 31, 2008

DAP sedih Maal Hijrah dicemari pembunuhan kejam Israil

Mohd Sabri Said Wed Dec 31, 08 9:16:01 am MYT PULAU PINANG, 31 Dis (Hrkh) "Bagi DAP ini bukan soal agama atau kaum tetapi usaha semua pihak untuk mendapatkan penyelesaian yang adil tanpa mengdiskriminasikan sesiapa mengikut agama dan kaum. Ini adalah soal kemanusian sejagat yang harus diselesaikan tanpa sentimen tertentu." Demikian kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sedih apabila sambutan Maal Hijrah 1430 yang disambut keseluruhan umat Islam sedunia di kotori peristiwa pembunuhan kejam rakyat Palestin di Gaza oleh tentera Israel. "Walaupun di Malaysia sambutan berkenaan diraikan dengan suasana aman damai dengan masyarakat yang berbilang bangsa. " Tetapi rakyat di Gaza meraikan dengan tangisan anak kehilangan bapa, isteri kehilangan suami dan sebaliknya. Bagi yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), serangan ganas itu tidak prikemanusiaan dan mendesak Kerajaan Malaysia mengutuk terhadap Israel agar menghentikan segera pengebo...