MB PERAK MEMANDU KERETA JAM 3.00 PAGI
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - Demi bonda mertua dan isteri tercinta, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sanggup memandu kereta jam 3.00 pagi menuju ke Hospital Tapah setelah mendapat panggilan kecemasan mengenai tahap kesihatan bonda mertuanya yang agak kritikal. Iklan Biarpun baru tiba ke kediaman rasmi beliau di Ipoh jam 12.30 tengah malam daripada Kuala Lumpur atas tugas dan urusan rasmi, tanpa sebarang keluhan tiga jam kemudian Nizar memandu kenderaan membawa keluarga menziarahi ibu mertuanya. Perkara itu diluahkan sendiri isteri beliau Datin Seri Fatimah Taat dalam blognya; datinserifatimah.blogspot.com baru-baru ini tentang insiden yang berlaku pada 2 Ogos lalu. Terkejut dengan panggilan kecemasan itu Fatimah dan Nizar bergegas pulang ke Tapah malah terpaksa meninggalkan anak-anak yang sedang nyenyak lena di rumah. "Setengah jam suami memandu kami selamat tiba di wad perempuan Hospital Tapah. Saudara mara terdekat sudah memenuhi ruang wad pada k...