Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 26, 2009

KONSERT HIJRAH ANJURAN ' SEMARAK'

Imej
Konsert Hijrah Anjuran Sukarelawan Muslim Perak (SEMARAK) dengan kerjasama Guru Dakwah Jabatan Agama Islam Perak akan di adakan pada 31 Disember.2009 di Taman Tasik Taiping pada jam 9.00 malam. Atas kesedaran untuk mengajak anak-anak muda beralih kepada konsert yang bercorak islam 'SEMARAK' satu NGO menganjurkan konsert sempena hijrah ini dengan mengumpulkan artis-artis tanahair yang sebelum ini popular dengan lagu-lagu retro, seperti lagu Cinta untuk Nabila, Kembang Terhalang, Lena di Ulit Intan, Bahang Asmara, Taqdir dan Waktu, Niat di hati Tak Nak Berpisah dan lain-lain Pihak penganjur mengajak orang ramai datang beramai-ramai menjayakan konsert ini sambil berhibur dengan lagu-lagu berunsur ketuhanan.