Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 10, 2008

FIQH AWLAWIYAT

Tertarik dengan bicara hikmah serta perbahasan yang di bawa oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi di dalam kitabnya fiqh aulawiyyat memberi satu ilham untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat di dalam ruangan ini. Beliau yang merupakan seorang ulama dan cendiakawan Islam masa kini, juga merupakan seorang doktor masyarakat. Pelbagai resepi dan ramuan yang dititipkan di dalam karangan beliau sebagai ubat dan penawar kepada setiap jenis penyakit yang dideritai oleh masyarakat kini. Namun bukanlah disini untuk membentangkan segala perkara atau perbahasan yang terkandung didalam kitab beliau. Tetapi hanya sekadar menitip sedikit daripada kalam dan pengalaman beliau yang bersangkutan dengan fiqh aulawiyyat. Justeru ikutilah siri-siri perbahasan beliau di dalam ruangan ini dan perhatikanlah kerana sebahagiannya pernah berlaku di lingkungan kita selaku Azhari/ah. Mudah-mudahan risalah ringkas ini dapat membantu kita dalam memahami fiqh keutamaaan serta membantu kita selaku pendakwah untuk menyebarkan ajara