PELBAGAI KAUM HADIR SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PAKATAN RAKYAT DI TAIPING !
16 Feb. Taiping. Pelbagai kaum menghadiri sambutan tahun baru anjuran Pakatan Rakyat Perak yang diadakan di Dewan Kwantung, Taiping. Kehadiran di anggarkan sekitar 5,000 orang. Majlis dimulakan pada jam 11.00 pagi dengan tarian singa menyambut kehadiran para tetamu dan tamat jam 1.30 tengahari. Para tetamu islam di hidangkan dengan makanan halal pelbagai jenis. Antara tetamu istimewa yang hadir ialah Tuan Ibrahim Tuan Man Naib Presiden Pas, Lim Kit Siang, YB Menteri Besar Perak yang Sah Dato' Seri ir.Nizar bin Jamaluddin, Ustaz Abu Bakar Husin, Pesuruhjaya Pas Perak, Dato' Nge Ko Ham , Mustafa Kamil Ayub, Pengerusi PKR Perak,Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Meng, Ketua Pemuda DAP Perak, YB Sivakumar , speaker DUN Perak serta di hadiri oleh para Adun-adun Perak dan Pimpinan Pakatan Rakyat. kehadiran yang ramai membuktikan rakyat negeri Perak menolak Politik Racis yang di amalkan oleh Umno dan Barisan Nasional kata Nizar.