NAJIB TOLAK SUARA AKAR UMBI !!!
Thursday, 9 April 2009 • Kategori: Berita Semasa , Berita Utama , Nasional , Parlimen Anna Yusof KUALA LUMPUR, 9 April (SK) : Pengumuman Perdana Menteri, Najib Razak menamakan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri dalam anggota kabinet barunya termasuk enam orang yang kalah dan tidak bertanding dalam pilihanraya umum ke-12 lalu dianggap mempersendakan suara rakyat. Mereka adalah Sharizat Abdul Jalil, Dr Koh Tsu Khoon yang kalah serta yang tidak bertanding iaitu Chew Mei Fun, Awang Adek Husin, Jamil Khir Baharom, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Keenam-enam mereka dilantik sebagai senator petang ini supaya dapat menerajui pucuk pimpinan yang dilihat agak memeranjatkan rakyat itu. Timbalan Ketua Pemuda Umno yang juga Ahli Parlimen Jerlun Mukhris Mahathir di lantik timbalan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian (MITI), Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan beliau dan sukan, tetapi Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tidak diberi sebarang mandat di dalam kebine...