SEMPENA bulan Ramadan yang mulia ini, umat Islam digalakkan bersedekah di dalam kerangka menambah amal ibadah.
Tafsiran sedekah itu sendiri amat luas. Sedekah wang ringgit dan tenaga dalam bentuk amalan kebajikan seperti membantu orang lain dalam kesusahan, memberi apa-apa khidmat yang diperlukan oleh sesiapa sahaja, mengajar ilmu dan sebagainya. Alhamdulillah dalam masyarakat kita lihat umat Islam dan pelbagai organisasi Islam dilihat berlumba-lumba mengadakan bermacam-macam program terutamanya memberi bantuan berbentuk makanan dan kewangan. Namun ini nampaknya semarak hanya di kalangan orang Islam. Ada juga orang Islam yang mengadakan jamuan berbuka puasa dan dijemput sahabat dan kenalan bukan Islam. Islam tidak melarang malah amalan ini dilihat boleh meningkatkan persahabatan dan perpaduan anggota masyarakat. Namun saya ingin melihat sedekah kewangan atau makanan ini tidak dihadkan kepada umat Islam sahaja. Yang miskin dan yang lapar bukan daripada kalangan orang Islam sahaja. Lihatlah di sekeliling kita, pasti terdapat orang bukan Islam yang menderita. Agama Islam tidak pula mensyaratkan sedekah ini hanya dikeluarkan kepada orang Islam sahaja. Malah sesetengah ulama berpendapat zakat itu sendiri boleh diberi kepada kalangan bukan Islam yang miskin untuk menjinakkan mereka kepada Islam. Masjid-masjid yang memberi makanan kepada orang ramai hendaklah juga membuka pintu sedekah mereka kepada orang bukan Islam yang miskin. Biarlah mereka juga merasai nikmah dan rahmah Allah SWT pada bulan Ramadan yang berkat ini. Orang Islam yang beratur untuk mengambil makanan seperti bubur lambuk di Masjid Kampung Baru dan masjid-masjid lain bukannya semua daripada kalangan yang tidak mampu, malah yang ramai datang hanya untuk merasa bubur lambuk yang masyhur itu dan malah mungkin lebih daripada mampu untuk layak mendapat makanan percuma. Pelbagai majlis dianjurkan oleh korporat untuk anak-anak yatim yang boleh dikatakan semuanya anak-anak yatim Islam. Bagaimana pula dengan anak-anak yatim yang bukan Islam dan memang banyak terdapat rumah-rumah anak yatim agama-agama lain. Mereka juga perlu perhatian daripada masyarakat Islam. Mungkin lebih berkesan kalau peruntukan-peruntukan korporat-korporat tersebut disampaikan kepada pengurusan rumah anak yatim untuk mengurus kehidupan mereka sepanjang tahun daripada berhabis dengan acara berbuka puasa yang ada unsur pembaziran dan kadangkala maksiat (acara hiburan sehinggakan waktu solat tidak dihormati). Selamat berpuasa dan semoga amalan pada bulan Ramadan berkekalan sepanjang tahun. | |||||||
03 September 2008
BERSEDEKAH JANGAN KIRA BANGSA, AGAMA
BULAN RAMADHAN BULAN TARBIYYAH,JIHAD DAN PENGORBANAN

43 MP BARISAN NASIONAL SERTAI PAKATAN RAKYAT ?
| Awang Harun Wed | Sep 03, 08 | 10:55:31 am MYT | |||||||
| KUALA TERENGGANU, 3 Sept (Hrkh)- Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi diramalkan semakin goyah menjelang 16 September 2008 ini.
Ahli-ahli Parlimen BN yang 'didakwa' akan menyertai kerajaan baru Pakatan Rakyat bukan lagi omong-omong kosong dan bakal menjadi kenyataan. Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu, Fariz Musa yakin Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) dapat merealisasikan peralihan kerajaan sebagaimana yang ditetapkan. Ini kerana, katanya dengan penyertaan semula Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim itu ke dalam Parlimen setelah 10 tahun dinafikan lebih menyakinkan Pakatan Rakyat.
"Kita juga lebih yakin dengan senario itu kerana daripada sumber-sumber tidak rasmi kini sudah ada seramai 43 Ahli Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat termasuk di kalangan MP Terengganu," jelasnya ketika dihubungi (Gambar - Fariz Musa) Menurutnya, desas-desus tanggal 16 September tersebut bukan lagi cakap-cakap kosong yang tidak berasas tetapi akan menjadi realiti. Mengulas kejayaan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang berjaya memenangi pilihan raya kecil di Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti besar adalah kerana kehendak rakyat yang mahukan perubahan. Katanya, kejayaan Anwar ke Parlimen dianggap sebagai satu isyarat bahawa perubahan bakal berlaku dan PKR akan terus berkembang dalam negara ini. | |||||||
SEKOLAH AGAMA JUGA AKAN DAPAT TANAH - MISBAH

Bantuan kepada sekolah agama rakyat telah dinafikan oleh kerajaan BN/Umno yang memeerintah Perak dulu sejak pentadbiran Mahathir lagi;tetapi kini dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, bantuan tersebut telah diberikan semula.
Terdapat 9 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 9 buah lagi Sekolan Agama Rendah yang menjadikan jumlah keseluruhannya 18 buah.
Terbukti bahawa kerajaan Pakatan Rakyat sangat prihatin dan mengambil berat untuk menyelesaikan masalah yang telah dicipta oleh kerajaan BN/Umno dulu.
Tetapi mengapa tiba-tiba baru kini Umno mahu menunjukan rasa prihatinnya terhadap Sekolah Agama Rakyat yang mana sebelum ini merekalah yang menjadi dajal, menindas Sekolah Agama Rakyat dengan menafikan pemberian per kapita tersebut?
Laporan Bernama telah menyebut tentang desakan Pergerakan Pemuda Umno, Zainol Fadzi supaya Menteri Besar Perak Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut memberikan lot tanah kepada Sekolah Agama Rakyat milik persendiran dan Sekolah Agama Pondok dalam usaha memaju dan memartabatkan agama Islam di Perak.
Kerajaan negeri menyedari bahawa pemberian RM30,000 setahun kepada 9 buah sekolah Cina itu( bukan setiap satu sekolah sebagaimana laporan tersebut) adalah tidak memadai.Oleh itu sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri memutuskan untuk memberikan tanah kepada sekolah tersebut bagi membolehkan mereka menubuhkan sebuah syarikat untuk mengusahakan tanah berkenaan.
Mengikut sumber yang boleh dipercayai, tanah tersebut akan diusahan dengan tanaman Kelapa Sawit dimana dalam jangka masa 5 tahun,akan memulakan pengeluaran hasil, maka bantuan RM30,000 setahun itu akan diberhentikan.
Perlu diketahui, bahawa pemberian 400 hektar tanah kepada sembilan buah sekolah menengah persendirian Cina di Perak itu adalah atas tempoh pajakan selama 30 tahun.
Projek seumpana ini telah lama dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan ; dimana kerajaan Kelantan telah memperuntukan 3,000 hektar tanah untuk sekolah-sekolah Cina disana.
Sememangnya,Kerajaan Pakatan Rakyat mahu bersikap adil kepada semua sekolah-sekolah di Negeri Perak ini; bukan macam Umno / BN yang sehingga kini gambar MB Pakatan Rakyat di lima buah negeri tidak dibolehkan digantung dibilik-bilik darjah sekolah-sekolah.
Kerajaan Negeri Perak juga sedang mengenal pasti tanah untuk Sekolah-Sekolah Agama Rakyat bagi tujuan yang sama dan akan di umumkan sedikit masa lagi.
MB PERAK AKAN HIDUPKAN KEMBALI SAR
IPOH, 26 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berasa terharu apabila salah seorang tokoh akademik memberikan pendapatnya bahawa kerajaan Perak yang ada sekarang harus menghidupkan semula institusi Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang telah 'dibunuh' di zaman pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu.
Pandangan tersebut telah dibangkitkan dalam sesi dialog di Majlis Perjumpaan Menteri Besar Perak dengan Ketua-Ketua dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) di Dewan Banquet, Bangunan SUK Perak pada petang semalam.
Dalam sesi tersebut, Mohammad Nizar begitu bersemangat menjawab dengan menyatakan bahawa pimpinannya tidak akan lupa di atas peristiwa yang amat pahit terjadi ke atas SAR sehinggakan anak-anak yang sedang tekun berlajar tiba-tiba telah terbantut pelajaran mereka.
"Tetapi, setelah kita berkerajaan sendiri sekarang saya akan pastikan bahawa dari bilangan 45 buah SAR di negeri ini dulu, tapi cuma tiga buah sahaja yang dapat bertahan berdiri sendiri yang lainnya terpaksa diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Perak mengikut selibus Umno-BN, maka saya akan pastikan ianya akan dihidupkan semula cara berperingkat-peringkat,"katanya ketika mengulas pandangan tokoh akademik berkenaan.
Menurutnya, sememangnya disedari bahawa SAR memainkan peranan penting dalam institusi perbelajaran anak-anak Melayu sebagai cara menyuntik ilmu kepada zuriat yang akan membesar dan menjadi contoh serta baka pimpinan kehidupan rakyat di kala mereka dewasa nanti.
Justeru beliau berkata, "agenda kami memang sedang melangkah ke depan, tetapi berilah masa sedikit kerana kini baru berusia sembilan hari sahaja dan tolonglah melihat kepada sedikit masa untuk bernafas sekurang-kurangnya kepada secepatnya seratus hari. Lihatlah perkembangannya."
"Sekarang ini pelbagai perkara hendak difokus, termasuk senario kehilangan kelengkapan isi Dewan Orang Ramai yang sedang berlaku sekarang. Dari itu saya menyeru dan menasihatkan kepada mereka yang mengambil kerusi, meja dan sebagainya dari dewan tolonglah hantar serta pulangkan semula di tempat asalnya kerana itu adalah hak semua rakyat, hak orang ramai,"ujarnya.
Sementara itu, dalam majlis petang semalam spekulasi bahawa Ketua-ketua Kampung dan JKKK memboikot majlis tersebut adalah palsu di mana hanya dua-tiga orang sahaja yang tidak hadir.

"Kita (KeADILan) yakin akan dapat realisasikan rancangan peralihan kerajaan kepada Pakatan Rakyat dengan kemasukkan semula Dato' Seri Anwar ke dalam Parlimen sekarang.