Siapapun kepalai sayap, persoalan rasuah masih membelenggu UMNO !
Siapa pun kepalai sayap, persoalan rasuah masih membelanggu Umno? Wan Nordin Wan Yaacob Thu Mar 26, 09 11:42:12 am MYT Pemilihan di peringkat sayap-sayap Umno sudah diketahui, malah ada yang menyifatkan satu keputusan yang agak mengejutkan dengan ramai muka baru membarisi ketiga-tiga sayap Umno. Khairy Jamaluddin calon yang penuh 'kontroversi' kerana diberi amaran oleh Lembaga Disiplin berikutan dakwaan rasuah menang Ketua Pemuda menewaskan Dato' Mukriz Mahathir dan Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo. Sementara Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil menang besar selaku Ketua Wanita menewaskan 'iron lady', Dato' Seri Rafidah Aziz dengan jurang undi yang besar. Di peringkat Puteri pula, ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Sirlin menewaskan lima lagi calon lain termasuk saingan sengitnya, Dato' Shahaniza Shamsuddin. Menyingkap kemenangan Khairy menewaskan saingan sengitnya Mukriz, beberapa penganalisis politik membayangkan perihal Pemuda Umno yang akan dibaw