31 Januari 2009

Kehilangan 2 Adun KeADIlan Perak Membimbangkan

Kehilangan dua Adun KeADILan yang juga exco kerajaan Perak sejak empat hari lalu membimbangkan bukan saja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka. Demikian kata Ketua Perhubungan KeADILan Perak Osman Abdul Rahman.

Kedua-dua exco tersebut ialah Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jalu. Menurut Osman, bagaimana pun pihaknya menjangka kehilangan itu ada kaitan dengan cubaan Barisan Nasional memujuk mereka dengan imbuhan termasuk tawaran wang ringgit.

“Kami percaya ada usaha-usaha oleh Barisan Nasional untuk memujuk kedua-dua exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Najib Tun Razak termasuk menggugurkan kes rasuah mereka berdua,” kata Osman dalam sebuah kenyataan akhbar.

Kedua mereka ditangkap dalam satu serbuan meragukan menjelang Pilihanraya Umum Mac tahun lepas. Kes mereka akan dibicarakan bermula 10 Februari depan.

“Dari awal lagi kami amat yakin pertuduhan dalam kes tersebut adalah satu pertuduhan palsu yang direkacipta oleh Umno dan BN sebagai satu ugutan politik,” tambah Osman.

“Namun kami berharap kedua-dua pemimpin ini berada dalam keadaan selamat dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti selama ini dan tidak terperangkap dengan mujslihat Umno/BN yang kononnya inginkan penyertaan mereka untuk membela nasib Melayu,” tambah beliau.

Presiden PAS dan rombongan pimpinan serah dana RM 250,000.00, tinjau penderitaan Gaza

Presiden PAS dan rombongan pimpinan serah dana RM 250,000, tinjau penderitaan Gaza
Harakahdaily
Sat | Jan 31, 09 | 12:07:29 am MYT

RAFAH, Mesir 31 Jan (Hrkh) - Bendahari PAS Dr Hatta Ramli memaklumkan kepada Penolong Pengarang Harakahdaily Azamin Amin melalui sistem pesanan ringkas (sms) bahawa Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan 20 anggota rombongan PAS telah berjaya menyampaikan sumbangan bantuan kemanusiaan PAS sejumlah RM250,000 untuk meringankan derita penduduk Gaza di Palestin.



Kata Dr. Hatta yang kini berada di sana, Ustaz Hadi dan rombongan termasuk sembilan ahli parlimen PAS mahu melihat sendiri kemusnahan yang dialami rakyat Palestin di samping menyumbangkan sedikit sebanyak bantuan kemanusiaan bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung umat Palestin akibat serangan Zionis.

Rombongan pimpinan PAS yang berlepas ke Mesir 28 Januari lalu telah selamat tiba di Rafah semalam dan dalam usaha menuju ke Gaza, Palestin.

"Rombongan Presiden PAS telah mendapat taklimat daripada Duta Malaysia di Mesir dan turut mendapat sokongan namun kerajaan Mesir tidak membenarkan kami memasuki Gaza, dan masih berada di Rafah," katanya melalui sms tersebut.

Sebelum itu katanya, mereka telah melawat Hospital Arish pada sebelah paginya untuk melihat mangsa serangan Israel ke atas Palestin.

"Ramai sukarelawan pelbagai bangsa kecewa kerana tidak dapat sumbang bakti di Gaza akibat peraturan ketat kerajaan Mesir,"katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Arish jauhnya 40 kilometer dari Rafah dan adalah bandar berhampiran dengan sempadan antara Mesir dengan Palestin.

ImageDi hospital itu katanya Tuan Guru Presiden PAS telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa serangan Zionis Isreal.

"Selain itu, Presiden dan rombongan dalam rangka lawatan menemui para pemimpin Ikhwan di Mesir, kemudian Damsyik, Beirut dan Amman seterusnya berjumpa dengan pemimpin Hamas sendiri.

"Objektif utama selain menyalurkan pelbagai jenis bantuan, Presiden dan pimpinan PAS mahu berbincang dan merangka bersama-sama pemimpin tersebut mekanisme dan tindakan terbaik bagi mengatasi kesengsaraan yang dihadapi penduduk Palestin khususnya Gaza disamping menilai sendiri kemusnahan yang dialami untuk tujuan bantuan seterusnya ," katanya.

Keesokannya (31 Januari, hari ini), rombongan pimpinan PAS itu akan berlepas ke Damsyik untuk menemui pemimpin tertinggi Hamas, Khalid Meshaal bagi meneliti langkah-langkah selanjutnya untuk rakyat Palestin khususnya melibatkan pembangunan semula Gaza dari segi modal insan, pendidikan dan ekonomi.

"Kami seterusnya akan melalui jalan darat ke Beirut menemui pemimpin gerakan Islam termasuk Hamas dan Fathi Yakan untuk berbincang masalahummah dan tindakan terdekat. Destinasi terakhir ialah Jordan untuk menemui pimpinan Ikhwan Muslimin dan untuk dapat taklimat tentang Tebing Barat.

"Jumlah sumbangan PAS sebanyak RM250,000 yang diterima daripada pelbagai pihak dan masyarakat prihatin di Malaysia telah berjaya kita sampaikan," katanya. Image

Selain beliau dan Presiden, ahli parlimen yang turut serta dalam rombongan ialah Salahuddin Ayub (Kubang Kerian dan Ketua Pemuda PAS), Dr. Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Dr. Lo' Lo' Ghazali (Tititwangsa), Dr. Mujahid Rawa (Parit Buntar),Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap), Dr. Hayati Othman (Pendang), Roslan Shaharum (Bukit Gantang) dan beberapa akitivis yang lain.

"Terima kasih atas doa, sumbangan dan keprihatin orang ramai kepada rakyat Palestin dan semoga semangat perjuangan sentiasa disemarakkan dan doakan kami selamat kembali," kata Dr Hatta dalam sms ketujuh kepada Azamin lewat jam 10.00 malam semalam. - azm

(Bagi yang bersimpati sudikanlah menghulurkan sumbangan,demi insan-insan yang sedang dizalimi di Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Harakah di akaun BIMB: 14069010021298). _



29 Januari 2009

Majlis Penyerahan Borang Ahli PKR dan Pembubaran UMNO Bota Esok - Malaysiakini

Salamun'alaik Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh...Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.Kepada anak2 Perak, khursusnya asal Bota / Parit, anda dijemput balik malam ini ataupun pagi esok, kerana, DSAI akan turun ke bota untuk menerima penyerahan borang beramai-ramai keahlian PKR dan pembubaran Cawangan UMNO Bota.Kemungkinan juga (mungkin) kemasukan ADUN lain.Sekian...harap maklum.-virusinside.com

28 Januari 2009

UMNO GELONGSOR TANPA BREK

UMNO gelongsor tanpa brek
Dilulus terbit pada Wednesday, January 28 @ 07:25:00 MYT oleh TokBatin
Artikel Oleh hamirdin

" Gelongsor yang sedang dialami oleh UMNO sekarang sukar dibrek. Satu satunya lorong yang masih ada untuknya ialah ke bawah. Mungkin mengapa berlaku gelongsor ini menjadi sesuatu yang dicari cari oleh penyokong mereka.

Teknologi mencekik UMNO
. Media arus perdana telah hilang sesuatu yang sangat penting iaitu public trust. Dulu rakyat Malaysia mempercayai apa sahaja yang dihamburkan oleh media arus perdana yang dikuasai oleh UMNO. Teknologi telah mengubah semua ini.

Saluran berita telah bercambah dengan banyaknya, dan dengan itu liputan yang dipersembah oleh media arus perdana kuasaan UMNO menjadi hambar, lesu dan telah dijangka. Lebih pilu lagi ialah apabila media ini membuat putar belit, yang mana maklumat lebih awal telah diperolehi oleh audien melalui internet, sms atau channel berita lain. Apabila putar belit ini dipersembahkan kepada rakyat, bukan rakyat yang berjaya dibelit. Tetapi mereka yang sembelit.

Kesannya ialah media arus perdana kehilangan public trust. Apa sahaja yang mereka persembahkan menjadi bahan cemuhan dan lawakan. Tiada yang ingin percaya lagi.


Sebab itu mereka cuba menjenamakan semula TV1

Personaliti yang menggelongsorkan UMNO. Mengapa UMNO beriya sangat membela beberapa personaliti yang melajukan gelongsor mereka ?Ada personaliti yang bersumpah laknat yang tidak dipinta, dan kemudian menjadi badut yang sarkasnya ialah UMNO. Ada personaliti yang menyimpan kotak rahsia dan surat rahsia. Juga akhirnya menjadi badut yang tidak diperdulikan.


Rasuah. Gambar seorang pemimpim UMNO dihadap ke mahkamah terpampang dimuka akhbar beberapa hari yang lepas. Itu baru seorang. Rakyat tahu beribu ribu lagi mereka yang aktif memegang pelbagai jawatan samada dalam UMNO atau negara, yang rasuah, tetapi tetap bebas dan berkuasa. Rasuah ini telah menjadi seperti dense inert metal explosives yang digunakan oleh Israel di Gaza, merosakkan negara. Tetapi UMNO kelihatan condone perkara ini. Ini yang menjadikanUMNO memualkan.



Ketuanan Melayu. Konsep yang diketengahkan oleh beberapa ahli akademik yang hendak dijadikan senjata oleh UMNO bagi mengembalikan semula sokongan pengundi kepada UMNO ternyata memualkan. Generasi muda telah selesa dan menerima konsep warganegara, yang mana semua warganegara mempunyai hak yang sama tetapi menerima artikel 153 perlembagaan persekutuan. Mereka lebih memahami politik berbanding dengan UMNO.


Babi sebagai modal menaikkan kebencian. UMNO menjangka dengan menggunakan isu babi, kebencian rakyat kepada lawan mereka dapat dibangkitkan. Tetapi apabila kepala babi digantung dipagar rumah orang, dan dicampak dalam surau, ditambah dengan balutan menggunakan bendera PAS, rasa loya rakyat kepada UMNO membuak buak. Beribu ribu undi yang lari daripada UMNO hasil daripada perlakuan ini.



Deraan terhadap tahanan. Telah terlalu banyak cerita yang timbul tentang tahanan didera dengan teruk sehingga ada yang mati. Tetapi cerita ini disapu dan disorokkan bawah karpet. Sehinggalah ia tidak boleh disorokkan lagi. Kesemua perlakuan ini walaupun bukan dilakukan oleh UMNO, tetapi rakyat melihatnya sebagai UMNOlah yang mesti memperbetulkan keadaan. Kalau UMNO tidak mahu atau tidak perduli untuk membetulkan keadaan, mengapa mereka perlu beri undi kepada UMNO?


Malaysia perlu diselamatkan. Apabila ahli ahli UMNO berebut rebut menfaraidkan harta negara seperti harta mereka, rakyat melihat ini sebagai sesuatu yang merosakkan negara. Negara mesti diselamatkan. Harta negara mesti diselamatkan. Bukan selamatkan UMNO dan jerung jerung yang bernaung dibawanya. Mengapa negara mesti membayar harga tinggi tak masuk akal apabila sesuatu projek dijalankan? Kenapa negara mesti menanggung pelbagai kerugian yang disebabkan oleh ruginya institusi dan syarikat perniagaan kepunyaan negara? Kenapa bail-out syarikat kroni boleh, tetapi sediakan biasiswa pelajaran bagi anak anak yang deserving tidak boleh? UMNO tidak dilihat sebagai penyelamat Malaysia, tetapi penjahanam Malaysia.



Perubahan citarasa. Pengundi, terutama yang muda, sedang berubah citarasa mereka. Kegerunan terhadap lawan UMNO yang selama ini ditanam oleh UMNO sekarang menjadi bahan lawak mereka.


UMNO sedang menggelongsor ke bawah. Dengan laju. Tanpa brek.[hamirdin.blogspot.com]
"

27 Januari 2009

MB nafi tawar Nasaruddin jadi MB

IPOH 27 Jan. - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim melompat parti kerana beliau ditawarkan jawatan sebagai Menteri Besar. Beliau yang juga Menteri Besar Perak berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah menawarkan apa-apa jawatan termasuk Menteri Besar dan Exco kepada bekas Ahli Parlimen Parit itu. Malah katanya, parti komponen Pakatan Rakyat tersebut juga tidak menawarkan sebarang dana kepada Nasaruddin. Bagaimanapun jelas beliau, sebagai ADUN PKR, kerajaan negeri akan menyalurkan dana sebanyak RM200,000 setahun untuk melaksanakan projek-projek kecil di kawasan diwakili. ``Mungkin dia kecewa dalam parti dia (UMNO), ini bukan tindakan yang tidak bermoral, (sebaliknya) tindakan ini adalah tindakan yang cerdik,'' katanya. - Utusan

26 Januari 2009

UMNO PERLU DIBUBAR, BUKAN DIROMBAK

Dilulus terbit pada Sunday, January 25 @ 22:35:01 MYT oleh alghaib
Artikel Oleh : Ustaz Idris Haji Ahmad

 Utusan Malaysia melaporkan, KUALA LUMPUR 21 Jan. – UMNO perlu dirombak besar-besaran dari segi struktur dan gerak kerja jika parti itu mahu terus relevan dan diterima rakyat.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, ia melibatkan langkah memenuhi segala tuntutan perubahan yang dimahukan oleh rakyat.


1.Tertarik juga dengan dengan pandangan Dato’ Mukhriz anak bekas Presiden Umno.Maklumlah kena lantang sikit supaya dapat tarik perhatian untuk calon Ketua Pemuda Umno. Sebenarnya bukan rombak tetapi bubar sahaja Umno.

2.Umno sudah rosak idealisme perjuangan sejak zaman bapak dia yang berkuasa 22 tahun dan disambung pula oleh Pak Lah.

3.Kalau dulu Umno nampak juga dia yang bersifat nasionalis memperjuangkan Melayu dan masalah rakyat yang tertindas di kampung-kampung. Memang daripada awal lagi Umno bukan parti yang hendak menegakkan Islam yang syumul. Masalah sekarang perjuangan agama pun tidak ada, perjuangan bangsa pun tidak ada. Yang ada hanya perjuangan perut. Akibatnya inilah yang terjadi pada Umno sekarang.

4.Apa lagi formula untuk pulih Umno, dulu kata kalau Pak lah serah kuasa Umno akan kuat. Sekarang Pak Lah dah hendak undur Mac 2009, Umnu tetap ‘’kong” (tak bermaya) juga.

5.Apa agaknya ubat untuk Umno hendak pulih?

6. Sebenarnya apa yang berlaku ialah merupakan sunnah Allah bahawa perjuangan Umno yang sekular tidak sesuai dengan fitrah manusia yang suci dan tidak akan melahirkan pejuang yang ikhlas dan suci.

Firman Allah SWT
“Tanah yang baik, tanamannya tumbuh subur dengan izin Allah; dan tanah yang tidak subur , tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah kami mengulangi tanda-tanda kebesaranya (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur” al-A’raf:58

7.Buatlah rombakan macamanapun Umno tidak akan mendapat sokongan , terutama anak muda yang celik maklumat.

8.Umno hanya boleh berpaut pada penyokong saluran 1 sahaja, yang dilahir sama dengan tarikh Jepun mendarat di Malaya. InsyaAllah apabila peringkat umur seperti ini tidak ada lagi di dunia, maka Umno sayonara.


*Penulis adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat 2007/2009.

25 Januari 2009

Gaza : lebih banyak terowong di gali - Malaysiakini

SELEPAS membaiki terowong mereka Khamis lalu, pekerja untuk seorang penyeludup, Abu Wahda mula memunggah masuk makanan melalui laluan yang sempit itu.

Terowong yang menghubungkan Semenanjung Gaza dengan Mesir itu kembali beroperasi biarpun ratusan tan bom dan peluru berpandu dijatuhkan Israel ke muka bumi Palestin.

Pemulihan pantas terowong itu, bagaimanapun, menyukarkan pembanterasan aktiviti penyeludupan dan sekali gus menguatkan lagi ketakutan Israel bahawa pemimpin Hamas akan menggunakan rangkaian terowong itu untuk membawa masuk senjata bagi menambah semula bekalan senjata setelah mereka dibom baru-baru ini.



"Saya berjaya membaiki kerosakan (pada terowong) dalam masa tiga hari," kata Abu Wahda yang tidak mahu nama sebenarnya didedahkan.

Menjelang tengah hari, mesin pengangkut sudah memunggah masuk 12 karung besar cip kentang.

Abu Wahda berkata laluan setinggi satu meter di bawah pasir lembut Gaza itu masih belum beroperasi sepenuhnya dan berbahaya untuk lapan pekerjanya yang sedang memunggah barang dari Mesir.

"Tetapi bahaya yang lebih teruk datang dari ruang udara jika mereka (Israel) mengebom sekali lagi," katanya.

Seorang remaja diarah bersedia di pintu masuk untuk memerhatikan kapal terbang Israel.

Menteri Luar Israel, Tzipi Livni, berkata bahawa Israel sanggup untuk memulakan semula perang jika pengeboman masih belum memadai untuk menghentikan penyeludupan.

"Jika kami perlu lakukan operasi ketenteraan tambahan untuk menghentikan penyeludupan, ia akan dilakukan," katanya kepada Radio Israel. "Israel mempunyai hak untuk menentang penyeludupan, itu saja."

Untuk menghentikan penyeludupan itu - di samping menghentikan Hamas daripada melancarkan serangan roket di selatan Israel - merupakan objektif utama serangan Israel, yang telah membunuh 1,285 rakyat Palestin, dengan kebanyakannya orang awam.

Tentera Israel berkata mereka telah memusnahkan antara 60 hingga 70 peratus daripada terowong yang ada sebelum gencatan senjata Ahad lalu. Israel menganggarkan terdapat kira-kira 300 terowong sebelum serangan itu.

Penyeludup di Rafah, bandar sempadan selatan Gaza, tempat sebahagian besar terowong dikorek, memberitahu bahawa terdapat kira-kira 1,000 terowong beroperasi sebelum serangan itu dan sehingga 90 peratus daripadanya dimusnahkan.

Kebanyakan terowong dikorek selepas Israel dan Mesir menutup pintu keluar dan masuk ke Gaza berikutan rampasan kuasa Hamas pada Jun 2007.

Manakala Israel percaya terowong itu digunakan Hamas untuk menyeludup masuk senjata, terowong itu sebenarnya digunakan untuk melepasi sekatan Israel mengimport barangan yang sukar untuk ditemui di Gaza seperti minyak, pakaian, bekalan pembinaan, rokok dan juga cip kentang yang sudah lama mereka tinggalkan sejak diserang.

Terowong itu yang berada pada kedudukan 15 meter di bawah permukaan bumi, sebelum ini dikorek sepanjang 800 meter dari Gaza ke Mesir dengan pintu masuknya tersorok dalam rumah-rumah.

Abu Wahda dan penyeludup lain menegaskan mereka tidak pernah membawa masuk senjata untuk Hamas. Kata mereka, Hamas menjalankan penyeludupan melalui terowong mereka sendiri di kawasan yang tidak dapat dimasuki oleh orang luar.

Seorang penyeludup, Abu Bilal berkata dia gembira jika diberi peluang membawa masuk senjata untuk Hamas, tetapi sejujurnya, Hamas tidak pernah meminta kami melakukannya."

Hamas pula tidak pernah menyebut sama ada mereka membawa masuk senjata atau wang melalui terowong itu, tetapi berkata urusan yang dijalankan adalah sah.

"Orang ramai tidak akan memerlukan terowong ini jika sempadan dibuka," kata Ehab Ghussein, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Hamas.

Menariknya, aktiviti penyeludupan di Gaza dilakukan secara terbuka. Ratusan pekerja beroperasi pada Khamis lalu di bawah khemah-khemah lusuh dan rumah hijau palsu sejauh satu batu. Berdozen-dozen lagi pintu masuk ke terowong-terowong itu adalah terbuka dan tidak ditutup.

Malah, ada yang yang membuka perniagaan dalam terowong itu dengan nama The Underground Crossings.

Pemiliknya, Mahmoud Baroud, memulakan semula operasi selepas gencatan senjata bermula dan menjangkakan sekurang-kurangnya 200 pelanggan datang untuk makan tengah hari di situ.

Sekarung barangan seperti cip kentang, pakaian atau rokok yang sebelum ini dijual pada harga AS$40 (RM119) setiap satu kini mencecah AS$400 (RM1,190). - Agensi

24 Januari 2009

Boikot.....Tesco Yahudi Punya....

Dilulus terbit pada Saturday, January 24 @ 10:07:29 MYT oleh TokPenghulu
Artikel Pendek Oleh lutfi

"
TESCO => Jewish Supermarket

Sekitar tahun 2000 akhbar The London Jewish News (www.ljn.co.uk) diedarkan secara percuma di kesemua cawangan Tesco di seluruh England.

Ini ialah akhbar Yahudi yang memberikan sokongan secara terbuka untuk regim ganas Zionis di Israel.


Pengasasnya ialah Sir Jack Cohen berasal dari keluarga Yahudi yang kaya raya. Nama pasaraya Tesco diambli daripada nama isterinya Tessa Cohen.

Disamping mempromosi produk Israel di rangkaian pasarayanya di seluruh dunia, mereka juga telah membuat perjanjian perniagaan dengan syarikat perisian Israel yang berjumlah jutaan dollar.

Jack Cohen lahir pada 6 Oktober 1898 dan meninggal dunia pada 24 Mac 1979 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Yahudi Willesden, London,England.

Anda boleh sahkan maklumat ini dengan hanya membuat "search" di internet dengan menaip "Tesco Jewish" dan anda akan dapat pelbagai laman web Yahudi yang dikaitkan dengan Tesco.

Keputusan ditangan anda sekiranya anda mahu menyokong Yahudi dengan mempertingkatkan ekonomi mereka apabila anda membeli belah di Tesco.

http://selumbarkayu.blogspot.com/

http://lutfimj2009.blogspot.com/"

21 Januari 2009

Rahsia Kemenangan Tentera Islam, Apa Hubungan Dengan Uzbekistan ?


Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Ibnu Hasyim:
Catatan Santai

NABI SAW pernah meramalkan, sebuah kuasa besar Kerajaan Romawi Timur atau Byzantium (ibukotanya Konstantinopel) akan tumbang. Kata beliau.. “Konstantinopel (Constantinople) akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tenteranya sebaik-baik tentera, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.”

Maka pada 29 Mac 1432 Masehi, lahirlah Sultan Muhammad Al-Fateh. Ketika berita kelahirannya sampai, ayahnya Sultan Murad II sedang membaca Al-Quran tepat pada Surat Al-Fath ayat 1.. “Sesungguhnya Kami telah memberikan padamu kemenangan yang nyata.” Waktu itu, Sultan Murad sedang mempersiapkan penyerbuan ke atas Konstantinopel.

Tiba-tiba datanglah seorang ulama besar Islam ke istana Sultan dan beliau mengatakan bahawa bayi itulah yang nantinya akan menaklukkan Konstantinopel seperti sabda Rasulullah SAW tersebut. Apakah itu isyarat bahawa sultan tersebut akan menjadi orang besar yang mencipta sejarah hebat? Ulama itu bernama Syeikh Syamsuddin Al Wali, seorang syeikh tarekat Naqsyabandiyah. Sultan Murad sangat yakin dengan ilham Syeikh Syamsuddin Al Wali sehingga baginda menyerahkan putera mahkota yang masih kecil kepada Syeikh Syamsuddin untuk dididik.

Syeikh Syamsuddin mendidik muridnya ini dengan disiplin tarikat yang cukup kuat. Penuh dengan latihan mengekang hawa nafsu dan hidup susah. Sultan Muhammad menjadi seseorang yang berjiwa kuat dan sangat tahan uji. Beliau dididik memiliki cita-cita besar iaitu menepati janji Tuhan melalui Rasulullah SAW menaklukkan Konstantinopel. Ayahnya mendatangkan panglima-panglima berpengalaman mendidik beliau dalam ilmu peperangan. Beliau sendiri juga adalah seorang intelektual yang gemar mengumpulkan ilmuan-ilmuan di istana untuk berdiskusi.

Pada usia 19 tahun beliau naik tahta menggantikan ayahnya. Mulailah persiapan penaklukan dilakukannya. Beliau mendidik tentara dan rakyatnya agar menjadi orang-orang yang bertaqwa. Seluruh tentera dan rakyatnya dididik agar sanggup bangun malam dan merintih munajat pada Tuhan. Sebaliknya di siang hari mereka bagaikan singa-singa lapar yang berjuang di jalan Allah. Beliau juga mengadakan operasi intelijen untuk membebaskan seorang ahli pembuat meriam dari penjara Romawi. Bersama juruteranya beliau membangunkan benteng, kapal-kapal perang dan meriam-meriam yang canggih sesuai dengan ukuran zaman itu.

Bahkan dalam membangun benteng Rumeli Hasari di Selat Bosphorus beliau turun tangan ikut mengangkat batu dan pasirnya. Setelah persiapan matang, dimulailah penyerbuan ke Konstantinopel. Perang yang hebat berkecamuk lebih satu bulan, belum juga menampakkan tanda-tanda kemenangan. Bahkan pasukan Islam mengalami kesukaran mendekati benteng Romawi di tepi Selat Bosphorus tersebut, kerana di taut oleh pasukan Romawi yang memasang rantai-rantai besar dan panjang hingga menghalang kapal mendekat rapat.

“Wahai Guruku, bilakah saat yang dijanjikan itu akan tiba?” Tanya Muhammad Al-Fateh dalam suasana tidak jelas itu kepada gurunya Syeikh Syamsuddin Al Wali.

“Pada hari ke 53, hari Selasa pukul 11 pagi!” Jawab Syeikh Syamsuddin.

Sultan Muhammad sangat yakin pada ilham gurunya. Beliau makin bersungguh-sungguh meningkatkan ketaqwaan pada Allah dan mengajak tenteranya melaksanakan hal yang serupa, sebab hanya orang bertaqwa yang mendapat bantuan Tuhan. Maka pada suatu malam Mei 1453 terjadilah peristiwa yang luar biasa. Jurutera Sultan telah menemui inovasi teknologi yang boleh disebut terobosan besar zaman itu. Iaitu, mereka berusaha membuat agar kapal-kapal perang Islam dapat berjalan di darat. Dengan mengelilingi selat pada tengah malam, tibalah kapat-kapal pasukan Sultan Muhammad At Fateh ke bahagian belakang benteng Konstantinopel.

Kota Konstantinopel sebenarnya adalah kota yang sangat strategik kerana dilindungi oleh benteng alami, iaitu bukit-bukit. Kapal-kapal tentera Islam berjumlah 70 buah mendarat di Semenanjung Pera di pinggir bukit itu dan berusaha mendakinya. Di situlah terjadilah keajaiban yang merupakan karamah bantuan Allah SWT pada malam itu. Secara lahiriah, meskipun kapal-kapal itu dapat ‘dipaksa’ berjalan di darat dengan menggunakan balok-balok kayu raksasa tetapi untuk mendaki bukit membawa 70 kapal layar berukuran besar dalam tempo beberapa jam adalah suatu hal yang mustahil.

Apa yang sebenarnya terjadi? Kapal-kapal itu bukanlah berjalan di darat tetapi se akan-akan melayang mendaki dan menyusuri bukit-bukau sejauh 16 km sampai di Golden Horn, sehingga operasi pendaratan 5,000 pasukan itu selesai dalam waktu singkat. Dari sanalah mereka menyerbu Konstantinopel. Paginya, pada hari Selasa 29 Mei 1453 Konstantinopel takluk ke tangan tentara Islam, di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh.

Telah diceritakan juga, ketika Sultan Muhammad Al-Fateh memasuki Konstantinopel, prajuritnya menjumpai maqam sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayyub Al Anshari RA. Di maqam tersebut mereka melihat sebahagian kaki As-syahid Abu Ayyub tersembul keluar dari tanah. Kaki tersebut putih bersih tidak rosak sama sekali, walaupun beliau telah wafat selama 600 tahun lalu. Inilah karamah para sahabat Nabi.. Panglimanya dan Sultan pun bergiliran mencium kaki tersebut. Sultan mengambil giliran yang terakhir.

Ketika Sultan Muhammad Al Fateh hendak mencium kaki sahabat Rasulullah itu, tiba-tiba kaki tersebut masuk ke dalam tanah. Telah diceritakan pula bahawa pada petang hari setelah penaklukan bersejarah itu, Syeikh Syamsuddin Al-Wali bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub Al-Anshari. Abu Ayyub menyampaikan ucapan selamat pada Sultan Muhammad Al-Fateh kerana berjaya menakluk Konstantinopel dan menyatakan Abu Ayyub sendirilah yang sepatutnya mencium kaki Sultan Muhammad Al Fateh sebagai orang yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, bukan sebaliknya.

Pada hari Jumaat pertama di Konstantinopel, ketika diadakan sholat terdapat masalah dalam menentukan siapa yang menjadi imam. Sultan pun meminta seluruh tenteranya berdiri dan bertanya, “Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga kini, pernah tinggal sholat fardhu silakan duduk!”

Tidak ada seorang pun yang duduk. Ini bererti seluruh tentera Sultan waktu itu, sejak usia baligh tidak pernah meninggalkan sholat fardhu.

“Siapa yang sejak baligh hingga kini, pernah meninggatkan sholat sunat rawatib silakan duduk!” Tanya Sultan lagi.

Sebahagian tenteranya masih tetap tegak berdiri dan sebahagian lagi duduk. Jadi ada sebahagian dari tentera Sultan yang sejak balighnya tidak pernah meninggalkan sholat sunat rawatib.

Kemudian Sultan bertanya lagi, “Siapa yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan sholat tahajjud silakan duduk!”

Kali ini seluruh tenteranya itu duduk. Yang tinggal berdiri hanya beliau sendiri. Ternyata, rupanya sejak usia baligh Sultan sendiri belum pernah meninggalkan sholat tahajjud. Maka beliaulah yang paling layak menjadi imam sholat Jumaat. Memang benarlah kata Rasulullah SAW, “Sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik tentera dan sebaik-baik rakyat.

Rupanya, beliau dan tenteranya bukan orang yang pernah meninggal sholat fardhu walau satu waktu sekalipun. Bahkan beliau sendiri pun tidak pernah meninggalkan sholat sunat rawatib dan sholat tahajjud tengah malam. Itu, dan begitulah antara ciri-ciri kemenangan tentera Islam dan sebaik-baik pemimpin… seterusnya tentera dan rakyat.

Soalnya sekarang, apa hubungan dan kena-mengenanya beliau dengan Negara Urbekistan sehingga berjaya meraih ‘Sultan Muhammad Al-Fateh, Pemimpin Yang Dijanjikan’, ‘Mehmed II The Conqueror’ atau ‘…in the Last Days, Islam will rise back from the East’?

Bila diteliti, Syeikh Syamsuddin Al-Wali guru dan jurulatih rohaniah beliau adalah seorang syeikh tarekat Naqsyabandiah berasal dari Khurasan. Atau kini, di Uzbekistan! Pada saya itulah yang penting diketahui antara syarat kemenangan Islam, dalam menghadapi musuh-musuh Islam dahulu dan sekarang, bila anda melawat Uzbekistan! Insya Allah kita sambung lagi kisah-kisah dari Uzbekistan.

Ibnu Hasyim,
Catatan Santai…
Jan17, 2009

20 Januari 2009

JANGAN PAKAI SERBAN SEMASA MENUNGGANG ? - Malaysiakini

Terbukti undang-undang Malaysia menghalang orang Islam memakai serban semasa menunggang apabila Mahkamah Majistret Kota Bharu menjatuh hukuman denda RM90.00 atau penjara dua hari keatas seorang penunggang motorsikal yang memakai serba.

Pada 20 September dua tahun lalu Ahmad Nasir Darus, 27 disaman di Jalan Pasir Tumboh atas kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sebaliknya memakai serban.

Beliau disaman kerana melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Kaedah 4 Motosikal (topi keledar keselamatan) 1973 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta yang sama.

Ketika dihadapkan ke mahkamah pada 4 November 2007 beliau membuat pengakuan tidak bersalah serta mohon dibicarakan.
Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari semalam.
Terbuktilah bahawa undang-undang di negara ini cukup biadap terhadap Islam apabila tidak membolehkan orang Islam memakai serban sewaktu menunggang sedangkan kawan-kawan kita bangsa Sikh tidak pernah pula dijatuhkan hukuman ketika memakai serban mereka semasa menunggang.
Ini membuktikan undang-undang negara bersikap double standard terhadap Islam.

18 Januari 2009

PENGAJARAN APABILA MENDAPAT KEMENANGAN - ABAL HAIKAL

Allahu Akhbar …. Allahu Akhbar…… Allahu Akhbar

Terjemahan Surah Al Nasr : 1 - 3
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani
  1. Apabila Telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,
  2. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,
  3. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya dia adalah Maha Penerima taubat. (para hambanya)

Peristiwa kemenangan Rasulullah saw dan para sahabat menawan Kota Makah, sekali gus melemahkan kafir Quraisy dan memantapkan kedudukan Islam. Dan telah ramai orang Arab sama ada secara individu dan kabilah memilih Islam sebagai Ad Din, lalu Allah swt menyuruh mengucapkan Tahmid dan tambahkan ibadah supaya lebih hampir kepadanya. Tiada kemenangan melainkan dengan pertolongan daripada Allah swt. Maka mengagungkan Allah swt dengan bertahmid adalah sepatutnya di atas pertolonganNya. Dan hendaklah beristighfar dan bertaubat kepada Allah swt, kerana takut tersalah sangka dengan Allah swt di atas kemenangan yang diberikan.

Pengajaran :
  1. Setiap kemenangan hendaklah bersyukur kepada Allah swt.
  2. Bila kita telah penat dan mendapat kemenangan, janganlah melihat ini kerja dan usaha kita sepenuhnya, tanpa kita lihat bahawa Allah swt yang memberikan pertolonganNya.
  3. Janganlah kita berasa sombong, angkuh, takbur, riya’ di atas kemenangan ini. Bahkan hendaklah senantiasa tawadhu’, bersyukur dan merendah diri kepada Allah swt.
  4. Jangan bersangka buruk dengan Allah swt, sama ada menang atau kalah. Ada yang bersangka buruk bahawa Allah swt tidak menolong Islam apabila berlaku kekalahan.
  5. Hendaklah banyak bertasbih mengagungkan Allah di atas kemenangan yang diberikan.
  6. Dan hendaklah senantiasa bertaubat kepada Allah swt, kita tiada kuasa apa-apa hanya Allah penentu segala-galanya.
  7. InsyaAllah kita raikan kemenangan dengan Tahmid, Istigfar dan Bertaubah kepadanya.
Tahniah kepada penduduk P36 Kuala Terengganu.. semoga keikhlasan anda akan dibalas oleh Allah swt. Sinar ISLAM kian menjelma……..…….. TAKBIR…

PAS menang ! alhamdulillah....

Kuala Terengganu - Calon Pakatan Rakyat dari PAS, Hj Mohd Abdul Wahid Endut telah memenangi kerusi parlimen P.036 Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil disini hari ini, dengan majoriti yang lebih besar.
Keputusan rasmi kemenangan Pakatan Rakyat itu diumumkan jam 9.30 malam tadi yang mengisytiharkan Mohd Abdul Wahid,52, memperolehi 32,883 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendapat 30,252 undi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan mengumumkan kemenangan Wahid dengan majoriti 2,631 undi di Stadium Negeri.

Selepas keputusan diumumkan, beliau disambut oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Dalam sidang media selepas itu, Mohd Abdul Wahid menafikan undi yang diterima daripada pengundi Cina tidak memuaskan bahkan beliau berkata undi yang diterima pada pilihanraya kecil ini lebih tinggi berbanding pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu.

"Kami (PAS dan Pakatan Rakyat) akan membuat bedah siasat (post-mortem) untuk melihat arah aliran penyokong Cina," katanya.

Mohd Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, beliau akan membawa isu royalti minyak serta pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ke Parlimen.

"Ini (isu) yang saya akan tumpukan dan akan dijelaskan kemudian," katanya.

Sementara itu, di luar Stadium Negeri di sini, kira-kira 5,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat berkumpul untuk meraikan kemenagan manis mereka setelah bertungkus lumus berkempen selama sebelas hari

Pada masa yang sama, pihak BN yang kalah dalam pertarungan kali ini telah mengadakan sidang media di rumah kediaman rasmi Meneteri Besar Terengganu.

Dalam sidang tersebut Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun ia merupakan kekecewaan kepada BN namun tetap menghormati keputusan rakyat.

16 Januari 2009

Kesilapan “TERBESAR” Kita, ialah “Di Pintu Masuk” Tempat Mengundi 17 hb Nanti

Oleh professor"
Semua nampaknya hebat , terurus , lengkap dan selesai , InsyaAllahApa yang kita kurang ?Semua nya cukup lengkap , apa yang tak ada , semua disediakan , 3M – Money , Media & Machinery , poster, tenaga , perang saraf , perayu undi, makanan/minuman , transport dan lain – lain.
Sebut saja , semua di tanggung beres
Cerita ni adalah pengalaman semasa bertugas tiga [ 3 ] PRU , 10/99 , 11/2004 & 12/2008 Kita tewas awal di pintu masuk tempat mengundi PemerhatianBilangan petugas di kawasan tempat pembuangan undi , cukup , ramai dan hebat, dan kebiasaannya melebihi daripada permintaan. Ini lah kelebihan kita , sebab semua nya sukarela, berbanding dengan pihak yang satu lagi , kebanyakannya kena bayar dan berbayar. Apa yang petugas – petugas ni buat ?Yang menjadi perayu – perayu undi , ok lah , sibuk dengan tugasan masing – masing , merayu undi
Bagaimana lagi yang lain – lain tu , yang ramai – ramai kat tempat pembuangan undi ?Diperhatikan , antara nya berborak – borak , bual – bual kosong , bercakap – cakap , bergurau senda , ada yang hisap rokok , kalau kebetulan ada gerai , maka lepak2 kat gerai .
Ini masalah problem nyaLawan/musuh hanya menunggu kita lalai
Bagi pengundi tegar PR, insyaAllah , tak jadi masalah besar , 100% akan sokong PAS
Manakala, bagi penyokong tegar UMNO/BN , sokongan tak jadi 100% , sebab , masih ramai kawan2 DSAI dalamnya , yang masih bersimpati , dan akan memberikan undi kepada PAS , iaitu sekutu PKR dalam Pakatan Rakyat , maksudnya sokongan tidak lah padu kepada DWF
Bagi penyokong atas pagar , bergantung kepada kebijaksanaan perayu undi , program lawatan rumah ke rumah dan sebagainya memainkan peranan.Di sini ianya berlaku ………..
Tetapi , yang menimbulkan masalah ,ialah pengundi hantu , samada mengundi >1x, dan yang berkaitan dengannya.
Bagi urusan memasukkan pengundi – pengundi hantu [ pengundi >2x , penundi bagi pihak orang lain , dll ] , bagi kawasan bercampur – campur , * bukan kawasan di Kampung – kampung [ dimana kita mengenali penduduk setempat.] , ia agak sukar dikawal sepenuhnya.
Bagi kawasan – kawasan di kampung2 , ianya boleh dijejak dengan teliti dan berkesan
Bagaimana untuk mengurangkan [ kalau boleh mengatasi , lagi bagus ] pengundi setempat yang akan ditugaskan untuk mengundi >2x , iaitu mengundi bagi pihak orang lain ,
- nama pengundi yang tidak pernah keluar mengundi [ fungsi PA di dalam bilik mengundi , harus perlu mengenalpasti betul – betul , bukan setakat menanda bilangan sahaja ]
- pengundi yang telah mati
- pengundi yang mengundi atas nama orang lain , yang ada dalam senarai daftar semak , lebih awal daripada tuan punya badan
caranya , dengan membuat pemeriksaan Kad Pengenalan , dan seumpamanya , Ini dibuat secara random [ kalau boleh semua sekali lah ].
Bagi pesalah [ pengundi yg mengundi >1x ] ini, kita dapat perhatikan gerak geri , tingkah laku mereka ini biasanya berbeza , gelabah , takut2 , gelisah , cuba tengok riak air muka , samada pengundi tua [akan memegang kad pengenalan bagi pengundi tua ] atau muda [ akan memegang kad pengenalan bagi pengundi muda ] , akan ditemui tanda2 orang macam bersalah saja , memang pun bersalah sebab mengundi >1x
- “Marking one to one“Sepatutnya , ada sekumpulan petugas – petugas [ perlu ada gliiran bertugas , katakan setiap 2 jam bagi satu kumpulan ] , yang benar – benar melakukan tugas – tugas berikut ;-
i]. Perhati
ii] Lihat
iii] Tengok
iv] Renung
v] Kelih dan sebagainya serta seumpamanya
secara fokus dan betul – betul , bukan main – main atau sambil lewa , pergerakan keluar masuk.
Kalau ini dapat dibuat , InsyaAllah kebarangkalian atau peratusan pengundi hantu [ undi >1x , undi bagi pihak orang lain dll] , dapat dikecilkan , walaupun tidak dapat dihapuskan 100%
Ini lah yang dinamakan ikhtiar, lepas tu tawakkal, insyaAllah , kemenangan milik kita [ maksudnya milik Allah jua ] "

14 Januari 2009

BERTUDUNG BUKAN ADAT

Pada hari ini ramai yang bertudung tetapi seolah-olah bertelanjang. Apa tidaknya, memakai tudung hanya trend dan fesyen. Bertudung tetapi berseluar ketat, bertudung baju ketat, bertudung tetapi berlengan pendek, bertudung tetapi memakai skirt singkat, bertudung tetapi berkain belah, bertudung tetapi tidak labuh menutup dada. Inilah fenomena yang berlaku pada hari ini di dalam masyarakat kita.

Fenomena yang berlaku, nabi kita Muhammad saw telah memperingatkan kepada kita sejak 1400 tahun dahulu.

Bermaksud

“Di akhir zaman akan berlaku di kalangan umatku wanita yang berpakaian seperti telanjang. Atas kepala mereka seperti bonggol unta, laknatlah mereka kerana wanita yang dilaknat”

Hadis tersebut nabi sudah menjangka akan berlaku kepada wanita-wanita dari umatNya di akhir zaman nanti, ada yang memakai pakaian tetapi tidak menutup aurat, nipis sehingga menampak kulit, ketat hingga menampak labu punggung, pinggang, bonjolan buah dada, rusuk dan lain-lain, rambut digubah mengikut fesyen semasa sehingga terjadi seperti bonggol unta yakni tinggi membonggok. Mereka dilaknati Allah di dunia dan menjadi penghuni neraka di akhirat kelak.

Sebenarnya fenomena mendedahkan aurat sudah balik sebelum tahun 1980 an iaitu awal abad 15 hijrah. Pada ketika mula kebangkitan, orang yang mendedahkan aurat dianggap pelik. Pengalaman saya sewaktu berada di UKM dahulu, hendak mencari pelajar Islam yang tidak bertudung seorang dalam sepuluh orang agak payah. Sekarang berlaku sebaliknya. Pada hari ini kalau muslimat yang memakai tudung dan berjubah di pusat membeli belah seolah-olah rusa masuk kampung. Anggapan mereka, bertudung seperti itu tidak mengikut trend. Bertudung ikut syariat nampak tua.

Marilah kita muhasabah diri kita dan ahli keluarga kita supaya menghayati dengan surah al-Nur ayat 31,

“…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka; (al-Nur, 31)

Yakni hendaklah mereka melabuhkan tudung kepala mereka hingga menutupi leher dan dada mereka . Al-Juyub dalam ayat di atas adalah kata jama’ (plural) bagi kalimah al-Jaib iaitu bulatan atau belahan pada bahagian atas baju yang dibuat untuk mamasukkan kepala ketika memakainya (iaitu leher baju). Namun yang dimaksudkan ialah kawasan belahan atau bulatan tersebut pada badan iaitu bawah leher bahagian atas dada di mana kawasan tersebut termasuk dalam aurat yang mesti ditutup maka kerana itu diperintahkan supaya dilabuhkan tudung hingga ke situ. Menurut ulama’ ayat ini sekali gus menjadi dalil bahawa dada dan leher perempuan adalah aurat. Tidak harus dilihat oleh ajnabi dan oleh itu tidak harus didedahkan kepadanya.

Diriwayatkan bahawa Saidatuna Aishah r.a pernah menceritakan “Semoga Allah merahmati wanita wanita Muhajirin yang awal di mana takkala Allah menurunkan ayat ini, mereka segera mengambil kain kain yang ada pada mereka lalu bertudung dengannya

Menurut ahli Tafsir menjadi kebiasaan wanita-wanita pada zaman jahiliah berjalan di hadapan kaum lelaki dalam keadaan terdedah dada leher mereka serta menampakkan lengan mereka. Adakalanya mereka mendedahkan tempat-tempat fitnah pada badan mereka dan melepaskan ekor-ekor rambut mereka bertujuan membangkitkan perasaan ghairah kaum lelaki pada mereka. Apabila memakai tudung kepala , mereka melepaskan kebelakang mereka (yakni ke punggung mereka). Adapun bahagian depan dibiarkan tanpa menutup menyebabkan terdedah leher dan dada mereka.

Apabila datangnya Islam , Allah memerintahkan wanita-wanita beriman agar melabuhkan tudung-tudung mereka ke bahagian depan mereka hingga menutup dada dan leher mereka dan dengan itu selamatlah mereka dari sebarang fitnah dan perbuatan jahat. Oleh itu tudung yang dipakai oleh kebanyakan wanita pada hari ini tidak menepati dengan syara’ kerana ia tidak menutup dada sehingga menimbulkan keghairahan kepada orang lelaki. Begitu juga kalau bertudung tetapi memakai baju yang berlengan pendek dan baju yang ketat. Ini tidak termasuk di kalangan wanita yang beriman dengan surah al-Nur.

Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas.

Hikmah wanita diwajibkan menutup aurat

Setiap sesuatu yang diperintahkan Allah mempunyai hikmah atau rahsia yang tersendiri. Antara hikmahnya ialah

1.Untuk menutup pintu fitnah kerana ia merupakan punca tercetusnya keinginan yang ada dalam diri manusia. Apabila keinginan nafsu mempengaruhi hati, biasanya seorang itu hilang pertimbangan akal lalu mudahlah ia melakukan perbuatan mungkar mengikut apa yang diperintah oleh nafsunya.

Sabda Rasulullah SAW

Bermaksud

“Tidak ada selepasku ini fitnah yang lebih bahaya kepada lelaki selain daripada perempuan”

2.Untuk menghindarkan kegiatan maksiat yang berpunca dari mata. Seluruh tubuh wanita atau bahagian-bahagian tertentu dari tubuh lelaki menjadi daya penarik yang mempesonakan pandangan mata kaum pihak yang berlainan jenis. Dari rasa persona itu boleh menajamkan keinginan ke arah melakukan maksiat seperti zina dan sebagainya.

3.Pandangan mata ada kaitan dengan hati. Mata yang selalu melihat perkara yang haram seperti aurat perempuan atau lelaki menyebabkan hati menjadi gelap. Hati yang gelap tidak dapat ditembusi cahaya nur keimanan, manakala Iman yang lemah tidak dapat melahirkan individu muslim yang benar-benar taqwa. Oleh itu amalan menutup aurat adalah untuk menolong seorang lain daripada terlibat dengan dosa dan menjejaskan imannya akibat memandang aurat yang sengaja didedahkan oleh sipelakunya. Sesungguhnya amat buruk perbuatan seseorang yang kerananya menyebabkan orang lain terpalik dosa.

4.Wanita solehah diperintah menutup aurat dengan sempurna adalah untuk membezakan dengan wanita Islam yang rosak akhlak atau wanita kafir. Wanita-wanita tersebut biasanya tidak tahu menghargai nilai kesopanan diri. Mempamerkan kecantikan tubuh untuk mendapat pujian orang lain adalah menjadi kebanggaan mereka. Demikianlah rendahnya moral mereka. Tabiat ini seharusnya tidak menguasai peribadi wanita-wanita mu’min dan mereka semua diarah menjaga ketinggian maruah diri yang dibentuk oleh Islam menerusi tingkah laku yang baik.

5.Keseluruhan hidup setiap individu Muslim tertakluk kepada disiplin yang ditentukan syarak. Perintah menutup aurat adalah disiplin yang dimaksudkan itu. Di samping mengandungi hikmah tertentu, peraturan mengenai aurat itu adalah sebagai ujian iman ke atas umat Islam untuk mengukur sejauh mana peraturan tersebut dapat dipatuhi. Pengakuan dengan lidah sahaja bahawa ia telah pun beriman sebenarnya tidak akan diiktiraf oleh Allah tanpa lulus ujian amali. Ini dipersyaratkan oleh Allah berbunyi,

Bermaksud,

“Apakah manusia menyangka mereka dibiar berkata kami telah beriman sedang mereka tidak diuji (keimanannya)” (Al-Ankabut, 29: 2)

Sekiranya seorang itu sanggup patuh kepada disiplin Islam sepanjang hayatnya, maka itu tanda orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan RasulNya dan jika sebaliknya, maka ia belum layak lagi menduduki taraf Muslim yang mu’min kerana imannya masih lemah. Seorang yang imannya lemah perlu dipertingkatkan dengan rawatan rohani sebelum dijemput ke alam barzakh. Oleh itu waspada sebelum terlambat.

Bentuk pakaian perempuan yang beriman

Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas.

1. Harus menutup semua badan, selain daripada yang telah dikecualikan oleh al-Quran dalam firmannya:
“Apa-apa yang biasa tampak” (Al-Nur, 31)

Menurut pendapat yang lebih kuat, iaitu muka dan dua tapak tangan.

2. Tidak nipis sehingga nampak kulit. Sebab sesuai apa yang dikatakan Nabi:

“Sesungguhnya termasuk ahli neraka, yaitu perempuan- perempuan berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Muslim)

Maksud berpakaian tetapi telanjang, yaitu: pakaian mereka itu tidak berfungsi menutup aurat, sehingga dapat mensifati kulit yang di bawahnya justru kerana nipis dan sempitnya pakaian itu. Beberapa orang perempuan dari Bani Tamim masuk rumah Aisyah, dengan berpakaian yang sangat tipis, kemudian Aisyah berkata: “Kalau kamu sebagai orang mu’min, maka bukan ini macamnya pakaian orang- orang perempuan mu’min itu.” (Riwayat Thabarani dan lain-lain). Ada pula seorang perempuan yang baru saja menjadi pengantin, dia memakai tudung yang sangat nipis sekali, maka kata Aisyah kepadanya: “Perempuan yang memakai tudung seperti ini berarti tidak beriman dengan surah an-Nur.”

3. Tidak ketat sehingga menampak bentuk anggota badan dan menampakkan bahagian-bahagian yang cukup menimbulkan fitnah dan membangkitkan syahwat. Sedang yang memakainya itu sendiri seperti berpakaian tetapi telanjang.

4.Bukan pakaian yang dipakai oleh orang laki-laki seperti di zaman kita sekarang ini. Sebab Rasulullah s.a.w. pernah melaknat perempuan-perempuan yang menyerupai laki-laki, dan laki- laki yang menyerupai perempuan. Begitu juga Rasulullah s.a.w. pernah melarang perempuan memakai pakaian laki-laki dan laki-laki memakai pakaian perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w

“Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW melaknati lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan memakai pakaian lelaki”

Kesimpulan

Keseluruhan ulama’ Islam bersepakat bahawa wanita dan lelaki Islam wajib menutup auratnya. Mendedahkan aurat hukumnya adalah haram dan berdosa. Marilah sama-sama kita menghayati surah al-Nur dalam kehidupan keluarga kita dan jamaah kita. Biarlah orang melihat ahli jamaah kita ada tamayyuz (beza) dengan orang lain. Secara tidak langsung akan menarik perhatian masyarakat untuk bersama dengan perjuangan kita.

Difailkan dalam: Keluarga&Masyarakat, Pendidikan, Tarbiyyah

masihkah......

Palestin...
Masihkah mendenyuti jantung hati
Masihkah mengalir urat nadi
Masihkan membasahi minda aqli
Masihkah menghembus nafas lahir
Masihkah menghempasi ombak sanubari
Masihkah menderasi tasik rohani
Masihkah menusuki rasa naluri
Masihkah menyusupi rongga jasadi
Masihkah mengobori roh jihadi
Masihkah dijiwai ummah insani?

Palestin...
Masihkah dihati ....?

MUHTAR SUHAILI

12 Januari 2009

Menelusuri Sejarah Yahudi dan Negara Haram Israel



Siapakah bangsa Yahudi ini ?? Menurut kajian sejarah yang berdasarkan penggalian arkeologi dan lembaran-lembaran kitab suci, awal bangsa Yahudi mempunyai hubungan rapat dengan kisah nabi Ibrahim AS yang berlaku sekitar 3800 tahun yang lalu atau 1800 tahun SM.
Tafsir Al-Qur'an menunjukkan bahawa Ibrahim AS tinggal di daerah Palestine yang dikenali sekarang sebagai Al-Khalil (Hebron) dan beliau tinggal di sana bersama Nabi Luth (QS, 21:69-71).

Anak nabi Ibrahim adalah nabi Ismail dan nabi Ishak kemudian anak nabi Ishak adalah nabi Yaakub, kemudian dari keturunan 12 anak nabi Yaakub inilah yang dikenali sebagai 12 suku Israel.
Anak bongsu nabi Yaakub AS adalah nabi Yusuf AS, yang terkenal dalam sejarah, setelah ditinggalkan di dalam telaga di padang pasir oleh abang-abangnya, akhirnya menjadi kepala bendahara negeri Mesir.Kemudian ayahnya, nabi Yaakub, serta abang-abangnya mengikut nabi Yusuf AS ke Mesir dan hidup damai di sana sampai suatu hari Firaun yang berkuasa memperbudakkan (menjadikan hamba) keturunan mereka yang dikenal dengan bani Israel.Kerana kekejaman Firaun yang tak terkira terhadap bani Israel, Allah SWT telah mengirim nabi Musa AS masa itu, dan memerintahkannya untuk membawa bani Israel keluar dari Mesir.
Musa AS dan kaumnya meninggalkan Mesir, dengan pertolongan mukjizat Allah, sekitar tahun 1250 SM.Mereka tinggal di Semenanjung Sinai dan timur Kanaan (Palestine), dalam Al-Qur'an, nabi Musa memerintahkan Bani Israel untuk memasuki Kanaan, (Qur'an, 5:21).
Setelah nabi Musa AS wafat, bangsa Israel tetap tinggal di Kanaan. Menurut ahli sejarah, nabi Daud AS menjadi raja Israel dan membangun sebuah kerajaan berpengaruh.Selama pemerintahan anaknya nabi Sulaiman, batas-batas Israel diperluas dari Sungai Nil di Selatan hingga sungai Eufrat di negara Siria sekarang di utara.Ini adalah sebuah masa gemilang bagi kerajaan Israel dalam banyak bidang, terutama senibina.
Di Baitul Maqdis (Jerusalem), nabi Sulaiman membangun sebuah istana dan biara yang luar biasa.Setelah wafatnya nabi Sulaiman, Allah SWT mengutus ramai lagi nabi kepada Bani Israel meskipun dalam banyak hal bani israel tidak mendengar perintah para nabi, membunuh mereka dan mengkhianati Allah.
Setelah kematian nabi Sulaiman, kerajaan bani Israel (yahudi) berpecah, di utara Israel dengan ibukota Samarria dan Di Selatan Juda dengan ibukota Baitul Maqdis (Yerrusalem).Dengan berlalunya waktu, suku yahudi jatuh di bawah Assyurria dan Babylon atau pergi ke Mesir sebagai pelarian.Ketika raja Perrsia Kyros tahun 539 SM mengizinkan orang Yahudi kembali dari pelarian mereka, banyak orang Yahudi yang tidak kembali, di sinilah mulainya Diaspora, penyebaran bangsa Yahudi ke seluruh dunia.Pada tahun 63 SM Juda dan Israel jatuh ke tangan orang Romawi dan tahun 70 SM berjaya menghancurkan pemberontakan Yerusalem dan menghancurkan biara dan Juda.
Awal terbentuknya Israel

Setelah itu orang Yahudi hidup dalam pelarian, sehingga zaman khilafah Othmaniyah barulah orang Yahudi dapat merasakan kehidupan yang damai dengan membayar pajak perlindungan kepada kerajaan Othmaniyah.
Akhir abad ke 19, ditunjangi oleh Jewish Colonization Assocation Baron Hirsch, Yahudi dari Eropah Timur berpindah ke Argentina dan membentuk Kolonialisme pertanian, untuk kembali ke Palestine bermula tahun 1881.
Kronologi penubuhan Israel adalah seperti berikut;

1896 Theodor Herzl Yahudi kelahiran Budapest meengasaskan pembentukan Negara Yahudi moden. Tujuannya untuk menuntut dan membuat negara untuk orang Yahudi di Palestine, disokong oleh wang hasil sumbangan dari seluruh orang Yahudi di dunia. Herzl ini juga dikenal pendiri zionisme, yang juga tidak disetujui oleh orang Yahudinya sendiri.
1914 Di Palestine tinggal 1200 orang Yahudi. Setelah kekalahan khilafah Othmaniyah dalam perang dunia pertama, Palestine menjadi bola permainan para penjajah dan para Zionis ada di sisi British dan Amerika.
1917 Tanggal 2 November menteri luar British Lord Balfour menandatangani Deklarasi Balfour untuk membangun negara yahudi. Sebulan kemudian masuklah tentera British ke Baitul Maqdis (Jerusalem).1920 Gabungan Negara-negara menyerahkan mandat Palestine kepada British. Akibatnya datanglah 75.000 lagi orang Yahudi ke Palestine. Negara-negara Arab tidak menyetujui didirikannya negara Yahudi di Palestine.

1922 Transjordania dipisahkan dari daerah mandat. Sebagai perwakilan orang Yahudi dibuatlah Jewish Agency. Di tahun itu lebih kurang 80.000 orang Yahudi tinggal di Palestine
1933 Di Jerman berlaku penghapusan etnik Yahudi secara sistematik oleh Rejim Hitler.
1936 Masyarakat Arab menentang politik masuknya orang Yahudi ke Palestine tapi orang Yahudi dibantu oleh tentera Inggeris.(Gambar Atas kanan - Peta Palestine tahun 1946 sebelum peristiwa Nakba )
1937 Sesudah pemerintah Mandat membatasi imigrasi dan pembelian tanah oleh orang Yahudi, timbullah ketegangan yang dilakukan oleh organisasi bawah tanah Yahudi terhadap orang Inggeris.
1939 Pendidikan sebuah brigade Yahudi untuk memasukkan orang Yahudi ke Palestine
1945 Suruhanjaya Inggeris Amerika menganjurkan penerimaan 100,000 orang Yahudi di Palestine, tapi kemudian ditolak oleh Inggeris sehingga menyebabkan rusuhan di antara Yahudi - Palestine.
1947 UNO menganjurkan pemisahan Palestina dan pembentukan negara Yahudi dan Arab. Perang antara Yahudi dan Arab menghindarkan dilanjutkannya rencana itu.
1948 Inggris mengakhiri Mandatnya atas Palestine dan pada 14 Mei meninggalkan Palestine. Tentera Yahudi memasuki Palestine dan mengusir orang Palestine yang didukung oleh negara-negara Arab.
Di hari yang sama Ben Gurion mengisytiharkan kemerdekaan Israel di kota yang dibentuk mereka, Tel Aviv, sehingga kemudian menyebabkan perang hari pertama Timur Tengah.
1949 Setelah perang, Israel memenangi peperangan dan bangsa-bangsa bersatu mengakui Israel sebagai sebuah negara.

(Gambar kiri - Peta pembahagian Palestine oleh PBB pada 1947 - Palestine berwarna Hijau)
Bagi memahami persoalan Palestin secara yang lebih mendalam, boleh Menelusuri Sejarah Baitul MaqdisFirst Qibla - Bait-al-Maqdis (Al-Aqsa):

AT THE HEART OF JERUSALEM is the Al-Aqsa mosque or Al-Haram Ash-Shareef (The Noble Sanctuary). It is the third most sacred mosque in the world (after Masjid al-Haram in Makkah and Masjid Nabawi in Medinah), enclosing over 35 acres of fountains, gardens, buildings and domes. At its southernmost end is al-Aqsa Mosques, which was built by Khalifa Omar Bin Al-Kattab in the year 19 Hijri. At its center is the celebrated Dome of the Rock. The entire area is regarded as Baitul-Maqdis or Al-Qudus and comprises nearly one sixth of the walled city of Jerusalem. In the picture on the right, the following are identified:-->

Bertanda Hijau - Masjid al-Qubbatus-Sakhra (The Dome of the Rock)-->
Bertanda Merah - Masjid al-Aqsa (The Farthest Mosque)-->
Bertanda Biru Muda - Al Madrasa An-Nahawiah-->
Bertanda Biru - Al Musalla Al-Marwani
Gambar Bawah - Propaganda Israel - Kuil yang akan menggantikan al-Aqsa







09 Januari 2009

YDP lancar Kutipan dana Pilihanraya Peringkat Taiping

Kamunting. 7 Jan. YDP telah melancarkan Dana Pilihanraya P.036 Kuala Terengganu di Markaz Tarbiah Pas Kawasan Taiping. Beliau mengharapkan Dana ini akan dapat membantu kerja-kerja pilihanraya di Kuala Terengganu. Beliau juga mengharapkan lebih ramai sukarelawan akan berada di sana bagi melicinkan kerja-kerja kempen menjelang pilihanraya.

PAS perlu menang dalam Pilihanraya ini. Kemenangan ini adalah kemenangan islam. Kemenangan ini juga menilai sejauh mana kekuatan yang ada pada Pakatan Rakyat dan BN.PAS perlu sokongan padu dari ahli kerana kita berhadapan bukan sahaja dengan BN tetapi dengan Jentera Kerajaan Negeri dan Pusat kata YDP.

Beliau mengharapkan agar kita sama-sama berdoa agar kemenangan akan berpihak kepada islam.

SEDIKIT FAKTA TENTANG YAHUDI

Disenaraikan antara sejarah kekejaman Yahudi yang tidak akan dapat dilupakan bangsa Palestin ? sebelum dan sesudah wujudnya negara Israel?
KAUM Yahudi mengaku mereka keturunan Nabi Daud. Mereka percaya kawasan sekitar Bukit Zion atau Palestin adalah bekas kerajaan Nabi Daud yang telah ditawan dari Bani Al-Yabusiyyah.
YAHUDI memilih segi tiga terbalik sebagai lambang mereka, yang bermaksud materialisme, manakala segi tiga betul adalah spiritualisme. Gabungan kedua-duanya ? segi tiga betul dan terbalik ? membentuk berbucu enam yang menjadi lambang agama Yahudi hingga kini.YAHUDI menganggap mereka bangsa pilihan dan bangsa-bangsa lain mereka panggil kafir atau goyem. Agama Yahudi hanya untuk mereka cenderung untuk bersikap ekskusif, menolak orang lain kerana berasa bangsa lain tidak setaraf dengan mereka. PERKATAAN Zionisme diambil sempena nama Bukit Zion. Pertubuhan Zionis Sedunia diwujudkan pada tahun 1897 dengan matlamat menguasai seluruh alam khas untuk bangsa mereka di Zion (Palestin).
KONGRES pertama Pertubuhan Zionis Sedunia berlangsung di Basle, Switzerland pada 1897. Usul Protocols of Zion mengandungi perancangan terperinci untuk menguasai Palestin dan seluruh dunia telah diterima tanpa bangkangan. Antara strateginya ialah menyebar fitnah, mencetuskan perbalahan dan permusuhan di kalangan negara-negara Eropah. ISRAEL wujud pada 1948 dengan keluasan 20,770 kilometer persegi, terletak di antara Mesir, Semenanjong Gaza, Jordan, Lebanon dan Syria. Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada bumi Palestin yang dirampas melalui perang dengan sokongan Britain dan Amerika.
BANGSA Yahudi tidak menggalakkan perkahwinan campur. Pada mereka bangsa lain tidak layak berkongsi hidup dengan mereka. Malah mereka juga memberikan pelbagai gelaran negatif kepada Yahudi yang memilih pasangan bangsa lain.
KANAK-KANAK Yahudi diajar supaya menyumpah seranah dan memaki hamun tatkala melintasi kawasan perkuburan bangsa lain terutama Islam.
KESALAHAN orang Yahudi paling besar adalah membunuh banyak nabi, antaranya Hizrial, Asy?ia, Armia, Zakaria dan Yahya. Mereka juga cuba membunuh Isa dan Muhammad tetapi gagal.
ORANG Yahudi telah menyelewengkan Taurat dan Talmud. Mereka melakukan kekejaman, membunuh serta merampas harta benda orang lain kononnya mengikut ajaran kedua-dua kitab itu. Antara yang diselewengkan: "Orang Israel patut membinasakan orang Arab Kan?an dan tidak akan memberi kehidupan pada mereka walaupun mereka memeluk agama Yahudi kerana Yahudi untuk Israel sahaja. Manusia lain selain Yahudi adalah anjing. Kami tidak mengambil tanah milik orang-orang Arab dan tidak menguasai sesuatu pun milik orang lain akan tetapi ia adalah warisan nenek moyang kami yang telah dikuasai musuh dan zalim. Manakala dalam Talmud yang diselewengkan ialah:"Semua bangsa selain Yahudi adalah laknat. Penguasaan Yahudi atas apa yang dimiliki al-quwaiin (selain Yahudi) adalah benar dan usaha menjaganya terus menerus dan abadi".
DENGAN berpegang kepada kitab yang diselewengkan itu juga mereka bebas melakukan keganasan di mana saja bumi dipijak. Sebenarnya orang Yahudi telah melancarkan operasi ?sapu bersih? ke atas rakyat Palestin sejak sebelum penubuhan Israel lagi. Mereka mahu menjadikan negara itu seratus peratus Yahudi. Antara kekejaman yang mereka lakukan ialah: 13 Disember 1947 ? Sebuah perkampungan orang Islam Palestin, Yehida berhampiran Petah Tekva (penempatan pertama Zionis yang dibina pada 1878. diserang. Sekumpulan Yahudi yang menyamar sebagai tentera peronda British telah melepaskan tembakan dan mengebom rumah penduduk perkampungan itu.
1 Januari 1948 ? kira-kira 200 pelampau Yahudi bersenjata mesingan dan bom tangan menceroboh kampung Al-Sheikh (5 km di tenggara Haifa) lalu membunuh wanita dan kanak-kanak.
9 ? 10 April 1948 ? dalam Operation Unity, pengganas Haganah, Irgun dan Stern bersatu mengepung kampung Deir Yassin selama dua hari. Dalam tempoh itu 250 orang Arab dibunuh dan dengan kejam dan wanitanya dirogol. Seramai 25 orang wanita hamil dibelah perutnya dan bayi mereka disembelih, 52 kanak-kanak dikudungkan kaki dan tangan.
11 Julai 1948 ? Batalion ke-89 komando Yahudi yang diketuai Moshe Dayan menawarkan pengampunan kepada penduduk Islam Lyadd dan Ramle setelah berjaya menawan perkampungan tersebut. Seramai 100 menerima itu dan berkumpul di Masjid Dahmash seperti di janjikan. Namun malang, perlindungan yang diharapkan rupanya bala yang tiba, mereka semua mati.
15 ? 18 September 1982: Seramai 3,000 kanak-kanak dan wanita Palestin disembelih di khemah di Sabra dan Shatila di Lebanon. Ketua tukang sembelih itu ialah Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel sekarang.

BEGITULAH ANTARA FAKTA TENTANG YAHUDI YANG PERLU KITA TAHU.. YAHUDI BANYAK MENYERANG KITA BUKAN SAJA DARI SEGI FIZIKAL TERHADAP ORANG PALESTIN TETAPI DARI SEGI MENTAL KITA UMAT ISLAM.. JUSTERU ITU AYUH KITA TEGUHKAN KALIMAH TAUHID dalam DIRI KITA AGAR KITA TIDAK MUDAH TERJERUMUS DALAM PERANGKAP YAHUDI LAKNATULLAH..

07 Januari 2009

Kepada Para Perokok !!




Kepada para perokok, tahukah bahawa anda sebenarnya membantu membakar rumah-rumah rakyat Palestin setiap kali anda menyedut asap rokok.

Tahukah anda bahawa pembuat rokok terbesar di dunia iaitu Philip Morris adalah penyumbang utama negara haram Israel .
Antara jenama rokok yang dikeluarkan oleh syarikat Philip Morris ialah Marlboro, Alpine, Basic, Benson & Hedges, Bristol , Cambridge , Chesterfield , Merit, Parliament, dan Virginia Slims._

06 Januari 2009

KEMENANGAN PAS DI KUALA TERENGGANU PENTING - DAP

KOTA BHARU - Kemenangan calon PAS, Abdul Wahid Endut pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini cukup penting bagi Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Wanita DAP, Teresa Kok.

Beliau berkata, bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya tersebut DAP turut sama berkempen membantu calon PAS yang bertanding.

"Malah Naib Pengerusi DAP Pusat, Dr Tan Seng Giaw datang memberi sokongan semasa ceramah mengumumkan calon PAS di Kuala Terengganu pada 1 Januari lalu," katanya di sini, baru-baru ini.

Image

Pada pilihan raya kecil tersebut Abdul Wahid akan berdepan dengan Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh mewakili Barisan Nasional dan calon bebas, Azharuddin Mamat.

Pilihan raya tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnnya Dato' Razali Ismail.

Teresa yang juga anggota Parlimen Seputih berkata, DAP memberi sokongan padu kepada PAS bagi merampas kembali kerusi Kuala Terengganu yang terlepas ke tangan BN sejak 2004.

ImageMalah katanya, beliau juga pergi ke Kuala Terengganu menemui masyarakat Cina bersama Abdul Wahid dalam satu kempen yang diadakan baru-baru ini.

"Pada kempen tersebut Abdul Wahid memberi hadiah bunga kepada wanita-wanita Cina yang ditemui. Keadaan itu begitu menarik sekali kerana ia jarang berlaku sebelum ini.

"Malah masyarakat Cina tempatan menerima kedatangan kami dengan ramah sekali," katanya.

Sementara itu, anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Mohd Amar Abdullah melahirkan rasa hairan bagaimana begitu ramai anggota polis dikerah ke Kuala Terengganu bagi menghadapi pilihan raya tersebut.

Katanya, seramai 6,000 anggota polis dipunggah ke Kuala Terengganu seolah-olah mengggambarkan suasana tidak elok akan berlaku.

ImageMohd Amar yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, situasi baru politik di kalangan pembangkang berlaku di negara ini bermula tahun lepas apabila dua parti yang berlainan ideologi dapat duduk bersama dalam satu pasukan.

"PAS dan DAP masing-masing mempunyai pendirian yang berbeza, namun sekarang dapat duduk semeja dalam mentadbir beberapa negeri..

"Oleh itu kalau berlaku silap salah ia menjadi perkara biasa ke arah memantapkan lagi Pakatan Rakyat," katanya.


Sumber - Muslimeen United

SEKITAR GAMBAR PENAMAAN CALUN P.036 KUALA TERENGGANU.







04 Januari 2009

MB turut serta demo di Ipoh


Setelah 7 hari semenjak 26 Dis 2008 jet-jet pejuang Israel melancarserangan ke atas penduduk awam Gaza Palestin menyebabkan 428 mangsa terbunuh dan 2100 orang lain cedera. Pada masa ini masih lagi berlaku pengeboman ke sasaran awam.
Bertempat di Masjid negeri, Ipoh selepas solat Jumaat 2 Januari 2009 telah dianjurkan oleh hampir 2000 orang demontrasi mengutuk Israel. Turut hadir Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin dan lain-lain PAS negeri Perak. Antara yang memberikan ucapan dalam majlis itu ialah Ketua Dewan pemuda PAS Perak, Ust. Norazli Musa, Wakil NGO Jamaie, Sdr. Khalilul Rahman, dan wakil dari Dewan Muslimat PAS, Ust. Norbaayah.Laungan supaya dihancurkan Yahudi bergema berselang seli dengan ucapan yang diberikan.
Sebagai tanda simpati satu kutipan derma telah diadakan bagi disalurkan kepada rakyat Palestin yang memerlukan.
Sebelum itu Imam Jumaat yang membaca khutbah Jumaat khusus mengenai rakyat Palestin yang tertindas itu menyeru semua jemaah supaya mengambil langkah yang sewajarnya bagi menunjukkan bantahan kepada serangan itu. katanya antara langkah yang dapat diambil ialah dengan mengadakan sembahyang sunat hajat, memboikot barangan dan unsur-unsur yang berhubung dengan Yahudi dan Amerika serta mengadakan demonstrasi aman.
Sesudah sembahyang Jumaat hampir semua jemaah yang memenuhi masjid mengadakan solat hajat bagi memohon dari Allah supaya diselamatkan rakyat Palestin yang tidak berdosa.