MENGAPA TIDAK BERPOLIGAMI ??
Boleh dikatakan semua akhbar tempatan pada hari ini mendedahkan satu berita yang pada pandangan umum seakan-akan pelik, iaitu berkenaan dengan Muhammad Nor yang diizinkan oleh ketiga-tiga isterinya agar menikah seorang lagi Isteri [1]. Berita ini, melahirkan berbagai-bagai perbincangan di alam maya dan alam nyata, samada melalui ruangan blog , forum dan sembang borak di kedai-kedai kopi dan di mana-mana.Ada yang menyokong, dan tidak kurang juga mereka yang memandangnya dengan pandangan sinis. Juga tidak kurang juga memerli dengan kadar kemampuan kewangan Mohammad Nor yang merupakan seorang pemandu lori yang bergaji RM 1500 sahaja.Padaku, kejadian ini perlu dilihat dengan pandangan positif. Keadaan ini melihat kepada zaman yang memerlukan poligami, disamping ianya diizinkan oleh Allah SWT.Firman Allah; فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً Maksudnya;“maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : ...