Catatan

Tunjukkan catatan dari September 12, 2008

PAS UNTUNG DR MAHATHIR MASUK SEMULA UMNO - NIK AZIZ

Imej
KOTA BAHARU, 11 Sept : Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai semula Umno akan memberi kelebihan kepada Pas dan Pakatan Rakyat kerana "Umno akan bergolak". "Saya seronok dia (Dr Mahathir) timbul kacau bilau," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu lepas bahawa bekas perdana menteri itu telah menyuarakan hasrat untuk memohon menyertai semula Umno setelah meninggalkan parti itu selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas kerana kecewa dengan kepimpinan sekarang. "Dari segi untuk melemahkan Umno, memang saya seronok kerana Umno musuh saya. Tetapi Tun Mahathir serang Pak Lah (Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah AHmad Badawi) dan keluar parti pada masa dulu, yang itu saya tidak faham. "Tinggal di luar dan serang Umno itu saya tidak nampak logik. Bila masuk di dalam serang dari dalam, itu betul. Ertiny

Pilihanraya Awal Jika Pakatan Ambil Alih Kuasa

Imej
Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk mengadakan pilihanraya umum awal jika ia mengambil alih kuasa untuk mengikis kebimbangan ianya tidak demokratik dan tidak beretika.Naib PresidenPKR, R Sivarasa memberitahu Malaysiakini bahawa pilihanraya baru akan diadakan dalam tempoh enam bulan hingga setahun selepas Pakatan menguasai Parlimen."Kita mahu memastikan pilihanraya yang adil dan bebas. Untuk melakukannya kita perlu memberi kebebasan kepada media, membersihkan senarai pemilih dan memperbetulkan Suruhanjaya Pilihanraya," kata Sivarasa yang juga ahli Parlimen Subang."Ini boleh mengambil masa antara enam bulan hingga setahun," tambahnya.Pakatan yang dianggotai PKR, DAP dan PAS, mempunyai 81 daripada 222 kerusi Parlimen. Walaupun Barisan Nasional kini mempunyai kerusi majoriti, tetapi Pakatan yakin dapat mengubah keadaan itu.Pakatan memerlukan 31 lagi ahli Parlimen menyertainya untuk mendapatkan majoriti mudah sebanyak 112 - sesuatu yang dilih