Catatan

Tunjukkan catatan dari September 11, 2011

Abang Mat Komunis, Penipuan SPR Tenggelam

Imej
        Mengaitkan Mat Sabu dengan komunis adalah untuk mengaburkan rakyat tentang penipuan SPR. Isu yang diutarakan oleh Abang Mat Sabu adalah isu lama, hampir setiap tahun beliau mengutarakan isu ini. Kenapa dulu beliau tidak dikaitkan dengan kamunis.          Sebenarnya kerajaan barisan nasional ingin mengalih pandangan rakyat terhadap penipuan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihanraya terutama masyarakat luar bandar. SPR bagai cacing kepanasan apabila tembelang mereka dapat dikesan, di mana terdapat penipuan dalam Daftar Undi yang sedang dijalankan dalam menghadapi PRU 13 yang sedang hangat diperkatakan.         Sebab itulah, Abang Mat dihentam bertubi- tubi untuk menyembunyikan pekung di dada mereka. Rakyat hendaklah peka terhadap isu semasa agar tidak terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah Kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO.

Cukai Perkhidmatan Telekomunikasi Prabayar

Imej
KUALA LUMPUR – Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept. Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini. — BERNAMA p/s: Agaknya apa lagi yang akan dinaikan harga oleh kerajaan Barisan Nasional. Slogan "Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Diutamakan" semakin melebarkan sayapnya apabila kerajaan semakin menekan rakyat dengan kenaikan harga barang dan cukai. Apabila ditanya mengapa, jawapannya seolah- olah ada mesin yang menjawab, "KERAJAAN TERPAKSA MENANGGUNG SUBSIDI". Rasanya kerajaan bukan terpaksa menanggung subsidi, tetapi kerajaan terpaksa menanggung KRONI dan BINI. Fenomena ini adalah sangat ketara bukan sukar untuk difahami. Kalau dibiarkan memerintah lebih lama, nak ...