Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 27, 2009

90% sokong syor PAC bekukan Gaji MB dan Exco BN Perak

Imej
S ebanyak 90% dari responden Edisi 7 malam ini menyokong syor Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) DUN Perak yang mencadangkan pembayaran gaji dan elaun menteri besar BN Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exconya dibekukan serta-merta dengan alasan pelantikan mereka masih menjadi pertikaian. Pengerusi jawatankuasa itu Wong Kah Woh berkata, tindakan itu perlu kerana BN telah mengisytiharkan mereka sebagai kerajaan baru sewaktu gabungan DAP, PAS dan PKR mendakwa mereka masih kerajaan sah, lapor Bernama. "Keputusan ini akan dimaklumkan kepada semua bahagian terbabit untuk pelaksanaan dan kami memberi amaran kepada kakitangan kerajaan berkenaan agar mematuhi arahan ini bagi mengelak mereka dikenakan tindakan," beliau dipetik berkata kepada media di bangunan setiausaha kerajaan negeri yang menempatkan DUN itu. Wong berkata PAC juga memutuskan bahawa pelantikan tiga penasihat Dr Zambry - yang bertaraf exco - dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri sebagai tidak sah. Menurut a

PAC Syor bekukan gaji Zambry dan exco

Post info By Anwar Ibrahim Categories: Demokrasi , Isu Semasa , Kewangan , Pakatan Rakyat , Politik and Sidenotes Malaysiakini | 27 Mac 2009 Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) DUN Perak mencadangkan pembayaran gaji dan elaun menteri besar BN Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exconya dibekukan serta-merta dengan alasan pelantikan mereka masih menjadi pertikaian. Pengerusi jawatankuasa itu Wong Kah Woh berkata, tindakan itu perlu kerana BN telah mengisytiharkan mereka sebagai kerajaan baru sewaktu gabungan DAP, PAS dan PKR mendakwa mereka masih kerajaan sah, lapor Bernama . “Keputusan ini akan dimaklumkan kepada semua bahagian terbabit untuk pelaksanaan dan kami memberi amaran kepada kakitangan kerajaan berkenaan agar mematuhi arahan ini bagi mengelak mereka dikenakan tindakan,” beliau dipetik berkata kepada media