Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 19, 2009

NIZAR MENGADAP RAJA NAZRIN PAGI TADI !!!!

Imej
Menurut sumber dari pihak Istana Iskandariah bahawa YAB. Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin telah diperkenan mengadap oleh DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin di Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 12.30 tengahhari tadi. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat yang telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei yang lepas itu telah diperkenan mengadap selepas Majlis Penanugerahan Pingat Sempena Keputraan DYMM Sultan Perak pada pagi tadi. Beliau telah mengadap Raja Muda sekitar 15 minit dan saya masih belum dapat mengesahkan apakah perkara yang dititahkan oleh Raja Nazrin kepada DS. Nizar dan apa pula yang dipersembahkan oleh DS. Nizar kepada Raja Nazrin. Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 8:32 PM

Media bantu Rakyat nilai kebenaran krisis Perak !!

Media bantu rakyat nilai kebenaran krisis Perak Mat Zain Mat Isa Tue May 19, 09 4:34:46 pm MYT Para pemimpin Barisan Nasional (BN) terbukti semakin terdesak dan menggelabah dengan perkembangan kemelut politik Perak. Tidak cukup dengan seluruh saluran media cetak dan elektronik dikuasainya dikerah menyiarkan propaganda parti itu, Umno kini terpaksa memanipulasi media siber bagi 'menegakkan benang basah' di pihaknya. Persepsi umum cuba dibentuk menerusi ulasan dan huraian saban hari terhadap keputusan dua mahkamah awal minggu lalu berhubung siapa sebenarnya layak diiktiraf sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Walaupun keputusan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memihak kepada Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS sepatutnya dijadikan status quo, elaborasi lebih meluas diberikan secara positif kepada keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang memihak BN keesokannya. Beberapa ungkapan yang tidak lekang disebut hampir setiap pemimpin BN, yang kemudiannya dipanjangk

BN cenderung bubar DUN Perak ?

BN cenderung bubar DUN Perak? Abdul Aziz Mustafa Tue May 19, 09 12:09:19 pm MYT KUALA LUMPUR, 19 Mei (Hrkh) Kata sepakat dalam Barisan Nasional (BN) memutuskan bahawa walaupun keputusan mahkamah rayuan Khamis ini memihak kepada parti itu, Sultan Perak akan tetap dipohon membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu supaya pilihan raya semula dapat diadakan, laporkan Malaysian Insider semalam. Jika laporan itu benar, Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar menyifatkan keputusan itu lebih baik dari tindakan melepaskan beban kepada Sultan Perak. Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, terserah kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk memutuskan sama ada DUN Perak harus dibubarkan atau tidak. "Jangan bebankan Sultan untuk menanggung kesan politik gangster yang menakut-nakut serta memperalatkan orang yang menghadapi tuduhan rasuah, menyekat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di tengah jalan kononnya kerana Raja Muda hendak berjumpa dan mengumpan rasuah. "

Sultan tidak boleh pecat MB - Mahkamah Tinggi !!!

Mahkamah Tinggi: Sultan tidak boleh pecat MB post info By Anwar Ibrahim Categories: Analisis , Asia Tenggara , Demokrasi , Hebahan , Isu Semasa , Malaysia , Pakatan Rakyat and Sidenotes Dari Malaysiakini Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya kerana beliau (menteri besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda. Ini keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim pada 11 Mei lalu, bila beliau mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah. Dalam penghakiman 78-muka yang dikeluarkan kepada media hari ini, Abdul Aziz berkata sebaik saja menteri besar dilantik, beliau dan majlis exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tiada siapa lain. Beliau berkata ini menurut fasal (2), (5), (6) dan (7) Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, lapor Bernama. “Sebaik saja menteri besar dilantik, menteri besar mentadbir negeri menerusi Majlis Eksekutif dan menasihatkan Sultan mengenai