24 Jun 2009

Isu Kerajaan Haram Perak dibangkitkan di Parlimen

Intan Abdullah Wed Jun 24, 09 4:56:38 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato' Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan bahawa Dewan Rakyat tidak mempunyai bidang kuasa untuk menjaga kerajaan sesebuah negeri.

Beliau berkata demikian kepada Dr Muhd Puad Zarkasyi (BN-Batu Pahat) ketika membantah isi kandungan perbahasan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang mendakwa negeri Perak sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Menteri Besar haram.
"Maafkan saya, yang berhormat kerana peraturan mesyuarat 36(2) tidak menjaga dan mempertahankan sebarang urusan yang menyentuh kepentingan kerajaan negeri tetapi hanya hal berkaitan parlimen sahaja," tegasnya.
Lim yang sebelum itu menyentuh mengenai krisis politik yang melanda negeri Perak yang didakwa berpunca daripada 'tiga ekor katak politik'.
Beliau juga menegaskan bahwa kerajaan negeri Perak yang ada sekarang ini adalah merupakan kerajaan yang haram kerana ianya dibentuk melalui kaedah yang tidak mengikut perlembagaan negara.
"Ia dikatakan sebagai haram kerana tidak dibuat melalui cara yang betul.
"Apa yang menghairankan adalah kenapa mereka tidak membuat undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri Perak untuk menafikan Nizar sebagai Menteri Besar?" katanya.
Pengerusi DAP itu percaya sekiranya ia dilaksanakan, terdapat kemungkinan Adun-adun BN Perak mempunyai pandangan yang berbeza daripada BN yakni menyokong kepimpinan Nizar.
"BN mesti rela bertemu rakyat dan membuat pilihan raya peringkat negeri Perak kerana mereka merupakan perampas kuasa di Perak," ujarnya.
Beliau mendakwa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak tidak komited kepada prinsip demokrasi dan etika apabila terdapat dua Menteri Besar, dua Speaker Dun dan sidang Dun.
"Beranikah kerajaan BN memberikan maklum balas terhadap permintaan Pakatan Rakyat yang menuntut agar kuasa memilih kerajaan dikembalikan kepada rakyat.
"Oleh yang demikian, kita tidak hairanlah apabila terdapat suatu undian yang menyatakan populariti Perdana Menteri hanya sekadar 45 peratus sahaja," demikian ujarnya._

Ramai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Ponteng ?

Di dalam satu pengundian belah bahagi atas permintaan 15 anggota Dewan Rakyat, kebanyakannya dari Pakatan Rakyat ke atas Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) diadakan di dapati 48 anggota Dewan Rakyat menyokong manakala 47 membantah
Difahamkan ini kali pertama Dewan Rakyat menyaksikan kelulusan satu rang undang-undang atau mana-mana seksyen diluluskan dengan kelebihan satu undi."Sejak saya menjadi anggota Dewan Rakyat, bermula tahun 1990, ini adalah kali pertama satu rang undang-undang diluluskan dengan kelebihan undi sangat tipis," kata Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditemui di lobi Parlimen.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, R. Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang menggambarkan rang undang-undang yang kompleks itu "hampir gagal."Rang undang-undang itu mempunyai 27 seksyen.
Hari ini Dewan Rakyat mula membahaskan lima seksyen yang dipinda selepas ia ditolak pada sesi Mac lalu.
Seksyen Dua itu membabitkan aspek intepretasi dan definisi pengendalian ujian DNA.Ramai yang tertanya-tanya ke manakah perginya ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain yang kesemuanya berjumlah 82 orang.
Sikap sambil lewa serta tidak bertanggungjawab ahli parlimen Pakatan Rakyat amat diksalkan apatah lagi apabila terdapatnya kes-kes yang memerlukan penglibatan mereka seperti undian belah bagi seperti di atas.
Akta DNA tersebut mampu ditolak oleh Parlimen seandainya pihak ahli parlimen Pakatan Rakyat hadir kesemuanya sewaktu pengundian dijalankan tetapi hampir separuh dari mereka mengabaikan peranan dan tanggungjawab mereka kepada rakyat dan negara.
Kita kesal dan kita meminta agar wakil rakyat yang tidak hadir tanpa sebab yang menasabah itu didedahkan supaya mereka meletakkan jawatan lantaran pengkhianatan mereka kepada pengundi Pakatan Rakyat, atau setidak-tidaknya mereka tidak perlu lagi di pilih di dalam pilihanraya akan datang.