Catatan

Tunjukkan catatan dari April 29, 2009

HANIPA JAWAB KENYATAAN PEGUAM UMNO !!!!

Saya mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan Dato Hafarizam untuk menjawab artikel saya yang tersiar secara meluas di alam internet ini (“ Zambry perolehi perintah yang tidak laku” ) Paling kurang saya berterima kasih beliau membaca artikel saya. Terima kasih sekali lagi.Sebagai peguam saya menghormati pendapat beliau dan bagi saya tidak salah untuk beliau mengambil keputusan menjawab artikel saya tersebut . Menyanjung roh demokrasi yang sebahagiannya adalah kebebasan bersuara , kita wajar menghormati kenyataan beliau ketika menjawab artikel saya tersebut.Saya tidak bercadang menjawab satu persatu apa yang beliau tulis sebaliknya memadailah saya hanya menjawab isu teras yang beliau bangkitkan di dalam kenyataan beliau tersebut.Ramai meminta saya jelaskan kenyataan beliau bahawa"Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa penggantungan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri itu oleh Speaker DUN Perak, V Sivakumar batal dan tidak sah,

Sidang DUN 7 Mei akan serlahkan kuasa speaker

Sidang DUN 7 Mei akan serlahkan kuasa speaker April 28, 2009 · Print This Article IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan pada 7 Mei 2009. Satu tarikh terdesak, yang ditetapkan oleh kerajaan negeri kudeta tanpa persetujuan atau pengetahuan speaker Dun V Sivakumar. Kerajaan kudeta pimpinan DS Zambry AK, tidak mempunyai pilihan, selain wajib mengadakan sidang DUN dengan segera kerana tempoh waktu mengenapkan enam bulan daripada tarikh sidang Dun terakhir diadakan hanya tinggal beberapa hari lagi. Dewan mesti bersidang pada tarikh paling lewat sebelum berakhir Mei 2009 (kalau tak silap pada 16 Mei). Jika tidak bersidang, maka secara automatis dewan undangan negeri Perak terbubar. Pembubaranlah perkara yang paling ditakuti Umno/BN. Beberapa kes mahkamah juga masih tergantung. Namun adalah dipercayai, ia akan diselesaikan atau terselesai menjelang atau sebelum persidangan DUN itu. Kes saman DS Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan perlantikan Zambry sebagai mente