Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 6, 2010

PAS sokong himpunan aman bantah Mesir Jumaat ini

Harakahdaily KUALA LUMPUR, 6 Jan: PAS menyeru semua ahli, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan golongan yang simpati kepada nasib rakyat Palestin untuk menyertai perhimpunan aman pada 8 Januari ini sebagai membantah tindakan Kerajaan Mesir yang berkerjasama dengan Zionis Israel untuk menindas umat Islam di Gaza. “PAS menyokong tindakan sayap Pemuda PAS yang akan mengadakan himpunan aman dan menyerahkan memorandum bantahan pada 8 Januari ini,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini. Sehubungan itu, beliau menggesa kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk berkumpul di Bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak sebelum berarak ke Kedutaan Mesir selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan tersebut. Ini, katanya berikutan Kerajaan Mesir dilaporkan enggan membenarkan sebuah kapal yang membawa konvoi antarabangsa melibatkan 17 buah negara dengan 150 kenderaan membawa beratus-ratus