18 April 2011

SIAPA KATA PAKATAN RAKYAT KALAH DI SERAWAK

Dalam keadaan pertandingan di atas padang yang tidak sama rata...
 
Dalam keadaan media arus perdana milik mereka dan dipergunakan dengan hebatnya...
 
Dalam keadaan Suruhanjaya Pilihanraya dikuasaai mereka dengan taktik-taktik terbaru bagi mengelak penipuan dikesan...
 
Dalam keadaan undi pos milik mereka semuanya... saya ulang, semuanya...
 
Dalam keadaan bilion-bilion ringgit sumber kewangan negara yang tidak sepatutnya menjadi gula-gula kempen telah dipergunakan oleh mereka demi untuk meraih undi sokongan...
 
Dalam keadaan jutaan ringgit ditaburkan ke seluruh bumi kenyalang dengan tawaran RM50, RM30 malah ada yang menghina rakyat negeri Sarawak dengan menawarkan RM20 supaya mengundi parti regim jahat...
 
Dalam keadaan mereka menggunakan fitnah jahat ke atas ketua pembangkang dengan politik lucah yang melampau...
 
Dalam semua keadaan di atas, mereka Barisan Nasional tidak berjaya merampas walau satu kerusi pembangkang dalam Pilihanraya Sarawak 416. Malah, mereka kehilangan 9 kerusi baru dan telah hilang lebih 10 peratus undi popular! 
 
Ketika pilihanraya umum Mac 2008, Barisan Nasional hilang 4 negeri baru. Adakah kehilangan besar ini masih mengiktiraf Barisan Nasional menang dalam PRU12?
 
Kehilangan kerusi-kerusi baru BN dalam Pilihanraya Negeri Sarawak mencerminkan bahawa BN telah kalah di beberapa kerusi yang asalnya milik Barisan Nasional. Oleh demikian, bukan Pakatan Rakyat yang menemui kekalahan dalam PRN Sarawak, tetapi Barisan Nasional.
 
Dari segi jumlah undi pula, sila lihat di bawah berapakah jumlah undi yang diperolehi oleh Barisan Nasional berbanding Pakatan Rakyat dan Bebas;
 
Jumlah undi BN = 372379 bersamaan 55% undi
Jumlah undi PR + Bebas = 300379 bersamaan 45% undi
 
Beza cuma 72091 undi sahaja !
 
Justeru itu, di manakah kesesuaian frasa-frasa kekalahan diletakkan di atas batu jemala Pakatan Rakyat? Saya percaya tiada siapa pun di antara kita di PR yang kecewa dengan keputusan hari ini. Kecewa hanya kerana penipuan yang digunakan kali ini berskala besar dan sedikit sukar untuk dikesan.
 
Tetapi yakinlah, sehebat mana pun mereka menipu, sehebat manapun taktik yang regim jahat gunakan bagi mengekalkan kuasa penerus kezaliman, sebanyak mana pun pitis-pitis itu ditaburkan, tidak mungkin berjaya menyekat kebangkitan rakyat.
 
Kalau Sarawak itu sebuah negara, sudah tentu beberapa negeri tumbang dalam Pilihanraya Negeri 416!