PELURU UMNO SUDAH HABIS DI PERAK
Kelmarin saya menerima berita gembira dari YB. Hj. Mohd. Zainudin mengenai Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak petisyen oleh calon-calon Barisan Nasional bagi membatalkan keputusan pilihan raya umum 8 Mac lepas masing-masingnya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Kuala Kurau, Lubuk Merbau dan Kuala Sepetang. Kegembiraan jelas nampak diwajahnya dalam kepenatan kami berada di penghujung sidang komenwel sejak 4 ogos yang lepas. Sekarang jelas "peluru" UMNO untuk menjayakan alasannya untuk mengambil balik Perak pada 31 Ogos nanti nampaknya sudah kehabisan. Peluru pertama dengan usaha jahat dan kotor untuk membeli Adun-Adun pakatan Rakyat samad DAP, PKR dan PAS jelas tidak berhasil, umpama perpatah : " hidung tak mancung pipi tersorong-sorong". setingginya dengan harga RM 30 Juta dan serendahnya tidak disebutkan harganya , sudah cabut lari tidak talipon lagi temasuklah saya. Peluru kedua yang ada alasannya ialah petisyen bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pe...