Catatan

Tunjukkan catatan dari November 23, 2009

Laporan letak jawatan, provokasi 'mematikan' Husam

Nazri Abdullah KUALA LUMPUR, 23 Nov: Exco Kelantan, Datuk Husam Musa percaya usaha 'mematikan' karier politik beliau belum berakhir apabila beberapa laporan yang bersifat provokatif terhadap beliau disiar di muka depan beberapa media pro Umno semalam.Ianya berkaitan desas desus bahawa beliau mahu meletak jawatan ekoran beberapa krisis yang sedang melanda negeri itu."Mingguan Malaysia sekali lagi 'memandang tinggi' pada saya dengan berita provokatif muka depan."Dulu saya diserang bertubi-tubi menjelang Muktamar PAS."Agenda 'mematikan' saya nampaknya belum berakhir, tulisnya dalam blog http://cetusan-hati.blogspot.com.Semalam, Utusan melalui Mingguan Malaysia melaporkan Husam mahu melepaskan jawatan dalam kerajaan mahupun dalam parti.Akhbar itu yang turut memetik beberapa sumber melaporkan, Husam telah menghantar surat meletak jawatan kepada Menteri Besar Kelantan, minggu lalu namun tidak dipersetujui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.Nik Aziz juga s