Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 18, 2008

BERAKHIRNYA MUKTAMAR PAS KE-54

Tepat Jam 3.00 petang 17 Ogos 2008, Pengerusi Tetap PAS, Ustaz Abu Kassim Abdullah menangguhkan Muktamar Tahunan PAS Ke-54 yang telah berlangsung bermula 15 Ogos di Dewan Indera Mulia, Ipoh, Perak.Muktamar kali ini telah mencatat satu lagi sejarah baru kepada PAS, terutama bagi Badan Perhubungan PAS Negeri Perak yang untuk kali keempatnya menjadi tuan rumah muktamar iaitu pada tahun 1953, 1954 dan 1966. Sebelum berlangsungnya muktamar, banyak pihak membuat andaian bahawa muktamar kali ini akan menjadi 'panas' dengan isu-isu kontroversi yang ditimbulkan akhir-akhirnya. Pihak media arus perdana terutamanya seolah-olah membuat provokasi, memberikan gambaran bahawa muktamar ini tidak boleh dikawal dan akan menjadi medan kecaman kepada pemimpin.Rupa-rupanya segala andaian itu meleset belaka; muktamar berjalan lancar dengan perbahasan yang penuh beradab dan tertib yang jelas menggambarkan kematangan para perwakilan. Walaupun mereka mempunyai pandangan yang berbeza, tetapi ia disampai

PENJELASAN PRESIDEN PAS RUNGKAIKAN KEGUSARAN PERWAKILAN

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Tepat jam 3 petang Muktamar PAS kali ke-54 yang mencatat sejarah diadakan di Stadium Indera Mulia melabuh tirainya. Iklan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar berharap perwakilan dapat merungkaikan segala masalah yang terbuku sebelum ini dengan isu muqabalah (muzakarah). "Ucapan penangguhan presiden diharap dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada seluruh perwakilan dan pemerhati bagi memastikan mereka tidak keliru lagi," katanya selepas muktamar berakhir. Menurutnya penjelasan itu dapat merungkaikan segala permasalahan yang ditimbulkan perwakilan sebelum ini. Ucapan penangguhan ringkas dan penuh bermakna itu dirungkai Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang untuk dibawa balik perwakilan dan pemerhati. Beliau berkata, laporan media sama ada cetak atau elektronik yang membesarkan isu tersebut sebelum ini seolah-olah menggambarkan sesuatu yang besar berlaku pada muktamar kali ini. "Muktamar ini dikatakan tak boleh dikaw

KEIKHLASAN PAS TIDAK DIHARGAI ORANG MELAYU

"Jika Umno tidak ada, Islam menjadi lebih baik di bawah PAS," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila wartawan bertanyakan pandangannya berhubungan muzakarah PAS dengan Umno. "Tergamak Nik Aziz berkata begitu!" mungkin itu luahan spontan orang Umno terhadap kenyataan Mursyidul Am tersebut. Apakah Nik Abdul Aziz tidak melihat masjid, bank Islam dan amal makruf yang dijalankan kerajaan Umno? Sekiranya dilihat sepintas lalu memang ada kebenaran juga hujah Umno tetapi Nik Abdul Aziz bukan orang baru dalam politik. Semasa PAS bersama Perikatan, beliau sudah bergelomang dalam siasah dan sudah masak dengan politik Umno. Peristiwa yang paling besar dan sukar dilupakan dilakukan pemimpin Umno ialah menghantar surat menghalang Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz melaksanakan Kanun Jenayah Syariah di Kelantan. Surat tersebut ditandatangani Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sebagai Perdana Menteri. Bagaimanapun dengan kuasa yang ada di Kelantan

KELAB PENYOKONG PAS AKAN DIANGKAT SEBAGAI SAYAP PARTI

IPOH, 18 Ogos (Hrkh) - Pertambahan Kelab Penyokong PAs di negeri-negeri dan penyertaan yang begitu ramai golongan bukan Islam menjadsi ahli kelab penyokong menandakan masyarakat bukan Islam kini sudah yakin dengan perjuangan PAS. Iklan Justeru, sudah sampai masanya Kelab Penyokong PAs diangkat statusnya sebagai sayap parti, seperti Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama. Sehingga kini lebih 10,000 orang bukan Islam telah menyertai Kelab Penyokong PAS di seluruh negara dan angka ini dijangka bertambah dari semasa ke semasa. Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian dalam satu sidang media selepas selesainya Muktamar PAS kali ke-54 di Stadium Indera Mulia semalam. Kelab penyokong PAS akan ditingkatkan tarafnya sebagai dewan dan langkah-langkah sedang diteliti bagi membolehkan Kelab Penyokong PAS diangkat ke peringkat yang lebih baik. "PAS Pusat telah mencadang ahli Kelab Penyokong PAS dilantik sebagai senator di negeri-negeri yang dimena