Hudud : DAP hormati PAS, bukan Islam tidak terjejas
Menurut Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran, beliau menghormati pendirian PAS dalam pelaksanaan hukum hudud dan yakin bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas kehidupan mereka jika ia dilaksanakan. Mengulas situasi dan suasana pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Kulasegaran menambah bahawa,para pengundi Cina tidak akan terpengaruh dengan isu hudud menjelang pilihan raya kecil di sana. Menurutnya, mereka matang dan mampu melihat dengan lebih jelas permainan yang cuba dibawa oleh Barisan Nasional (BN). "Perkara ini telah didebat banyak kali.Tiada yang baru,"katanya kepada wartawan selepas perasmian pusat khidmat masyarakat Adun Jelapang (DAP),Hee Yit Foong. Hudud: DAP hormati PAS,bukan Islam tidak terjejas Mohd Khalil Abdullah Thu | Dec 25, 08 | 5:45:26 pm MYT KUALA LUMPUR, 25 Dis (Hrkh) - Masyarakat bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas dengan pelaksanaan hukum hudud. Tambah...