Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 27, 2009

PAS akan siasat dalang disebalik demonstrasi

Harakahdaily KUALA LUMPUR, 27 Dis: PAS telah mengarahkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor menyiasat dalang disebalik sekumpulan pemuda yang mengadakan himpunan di hadapan pejabat perhubungan parti itu dibangunan Worldwide Shah Alam tengahari tadi. Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily ketika beliau diminta mengulas perkembangan terbaru itu. "Saya telah arahkan setiausaha perhubungan PAS Selangor untuk buat siasatan penuh siapakah dibelakang demo ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily lewat petang tadi. Beliau juga diminta mengulas sama ada kumpulan yang menggelarkan diri mereka Gerakan penyokong dan pengundi PAS itu benar-benar dari PAS atau tajaan pihak tertentu. Menurutnya,maklumat awal yang diperolehi mendapati tiada ahli atau mana-mana unit serta cawangan PAS terlibat dalam himpunan tersebut. "Maklumat awal saya diberitahu tidak seorang pun ahli PAS, atau mana-mana unit atau cawangan PAS terlibat dalm d

KENAIKAN HARGA ROKOK BOLEH MENGUNDANG JENAYAH !!

Imej
Bagi saya satu satunya cara untuk berhenti merokok adalah dengan ketiadaan rokok.Bukannya menaikkan lagi harga rokok di pasaran. Kenaikan harga rokok bertujuan untuk mengurangkan perokok ataupun menyebabkan perokok berhenti dari merokok adalah mustahil. Naikkanlah seratus peratus pun ,orang tetap membeli juga . Apa yang ada ialah hanyalah taukeh rokok dan pengutip cukainya yang untung. Jangan sampai anak anak kita membuat aktiviti jenayah semata mata hendak membeli rokok, sama seperti penagih dadah (harga dadah kan mahal) Kita kena ingat sekarang ini kes pelajar sekolah mencuri dan merompak semata mata untuk membeli rokok memang ada. Kerajaan fikir-fikirkan lah..

Kartika Saridewi terharu temui Nik Aziz

Imej
Salmah Mat Husain KOTA BHARU, 27 Dis: Bekas model sambilan, Kartika Saridewi Shukarnor yang pernah mencetus polemik berhubung hukuman sebat atas kesalahan minum arak, hari ini menemui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau bersama anggota keluarga dan rombongan dari Pusat Pendidikan Al Baroqah, Manjor, Ipoh mengunjungi Menteri Besar Kelnatan itu di kediaman rasmi di JKR 10. Turut bersama anak bongsunya, Kaitlynn Saridewi, 5 tahun. Kartika ketika ditemui menyatakan beliau sudah lama menyimpan hasrat menemui ulama terbabit. Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 20 Julai lalu selepas beliau mengaku bersalah minum arak. Hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 dikenakan. Bagaimanapun hukuman sebatan tersebut masih ditangguh sehingga sekarang biar pun Kartika beriya-iya menjalani hukuman tersebut. Bagaimanapun ramai pemimpin wanita Umno dan beberapa badan bukan kerajaan mahu Kartika tidak menjalani hukuman tersebut, yang dianggap mereka berten