Kuasa Allah melalui kuasa rakyat kecundangkan BN
Kuasa Allah melalui kuasa rakyat kecundangkan BN Ustaz Zainudin Hashim Tue Mar 18, 08 10:07:52 am MYT Dalam apa jua bidang kehidupan manusia, hubungan mereka dengan Maha Pencipta tidak dapat dipisahkan bagaikan aur dengan tebing. -->--> Kerana Maha Pencipta yang telah menjadikan manusia, merencanakan penciptaan-Nya hanya untuk tunduk kepada-Nya melalui penyembahan hakiki atau dikenali sebagai ibadat khusus seperti solat, haji, puasa, zakat, pelaksanaan undang-undang Islam dan sebagainya. Semua amalan tersebut tidak akan dapat dilaksanakan dengan bentuk yang lebih sempurna jika manusia hanya memikirkan persoalan kehidupan duniawi seperti aspek cari makan dengan mengenepikan persoalan pemerintahan sesebuah negara. Kemungkaran berlaku di mana-mana dalam bentuknya yang tidak pernah tergambar oleh fikiran Muslim negara ini. Jika seorang Muslim hanya memikirkan untuk beramal ibadat tanpa mengambil kira persoalan pemerintahan atau kepimpinan negara, ditambah percambahan maksiat secara...