Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 30, 2008

BENARKAH INSURAN HARAM MENURUT ISLAM

Imej
Ust. Zaharuddin B. Abd Rahman Jabatan Fiqh & Usul Fiqh, Universiti al-Yarmouk, Jordan zaharuddin@yahoo.com 1. MUQADDIMAH Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Serta ahli keluarganya dan para sahabatnya. Penulisan ini akan menyentuh aspek berikut :- 1. Pembahagian insuran. 2. Perbezaan Fatwa Ulama’ mengenai hukum insuran 3. Mengapa insuran perniagaan difatwakan haram? 4. Apakah dalil para Ulama yang mengharuskannya dan syarat untuk menyertainya? 5. Alternatif Islam dalam hal Insuran. Secara ringkasnya, perbincangan hukum insuran telah dibincangkan begitu panjang oleh para ulama’ terutamanya di kalangan ulama’ Timur Tengah. Oleh kerana sistem Insuran ini suatu ciptaan yang dikira baru menurut zaman iaitu di sekitar tahun 1666 M di London, sistem ini hanya menembusi dunia Islam Arab hanya sekitar 1830 M1. Ini dapat dilihat daripada fatwa pertama yang dikeluarkan oleh Al-Allamah Al-Syeikh Muhd Amin (Ibn ‘Abidin, wafat tah...