15 Ogos 2008

MB Perak terharu sambutan Muktamar PAS

IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jalaludin melahirkan rasa terharu dengan kedatangan terlalu ramai perwakilan, pemerhati dan dari luar negara di majlis perasmian muktamar PAS.

"Saya berharap muktamar ini bukan yang terakhir di Perak dan ia akan diadakan pada lain kali," ujar beliau.

Dengan adanya muktamar PAS di Perak kali ini, ianya boleh merapatkan lagi hubungan jentera dan ahli-ahli PAS Perak dengan perwakilan dari negeri-negeri lain.

"Dengan adanya muktamar yang julng-julung kali di adakan di negeri Perak, orang ramai dapat mengenali PAS dengan lebih dekat dan ini boleh meniup semangat kepada jentera parti PAS Perak" kata beliau.

Menyentuh kepada hubungan PAS Perak dengan Pakatan Rakyat di Perak, beliau memberitahu bahawa hubungan mereka adalah rapat sekali dan tidak timbul sebarang masalah dalam urusan pentadbiran negeri.

"Saya berharap orang ramai di Perak tidak termakan dengan laporan dalam beberapa akhbar yang mengatakan hubungan barisan pimpinan negeri mempunyai masalah dalam urusan pentadbiran," kata beliau lagi. - mns_

MB Perak hormati keputusan Istana

IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar, Dato' Seri Ir Nizar Mohd Jamaludin berkata beliau menghormati keputusan yang dibuat pihak Istana Perak berhubung pembatalan kebenaran bagi dua pemimpin utama PAS menyampaikan khutbah Jumaat pada hari ini di bandaraya Ipoh.

"Meskipun pada peringkat awal pihak Tuanku Sultan memperkenankannya, dan kini ianya telah berubah saya menghormati pandangan tuanku tersebut,"

Bercakap kepada pemberita selepas perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke-54, Nizar menegaskan beliau menerima keputusan daripda pihak istana dengan terbuka.

Diminta mengulas mengenai cadangan penubuhan Majlis Menteri Besar negeri-negeri Pakatan Rakyat oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan Dasarnya, Bekas Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak itu menyambut baik saranan tersebut.

"Bagi saya, ianya sangat perlu dan perkara ini perlu dibincangkan dengan lebih terperinci lagi," ujarnya.

Penganjuran Muktamar Tahunan PAS Pusat buat pertama kalinya di Ipoh ujarnya membuktikan proses 'engagement' di antara semua rakyat berbilang kaum dan agama di Perak sangat memberangsangkan.

"Ia sekaligus menolak semua tanggapan kuno dan negatif yang ditohmah kepada PAS.

"Pada masa yang sama ia menunjukkan PAS mempunyai ciri-ciri global, selain kehadiran para tetamu luar yang berminat mengikuti sidang muktamar," katanya.

Dalam pada itu, bandaraya Ipoh katanya kini menjadi tumpuan banyak pihak dengan kehadiran pemerhati dari luar dan dalam negara seterusnya meningkatkan publisiti terhadap negeri Perak.

Muktamar Tahunan PAS kali ke-54 yang diadakan di Ipoh Perak bermula pada 13 Ogos lalu dan akan berakhir pada 17 Ogos akan datang.- (tmj)_

muktamar pas realisasi prinsip politik islam - Nik Aziz

Muktamar PAS realisasi prinsip politik Islam - Nik Aziz
Lanjusoh | Foto Nasir Sudin
Fri | Aug 15, 08 | 9:31:13 am MYT
IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - Lagu PAS buat pertama kali dalam sejarah bergema di Stadium Indera Mulia,Ipoh yang mana sebelum ini hanya riuh rendah dengan acara sukan.

Sejak malam semalam stadium tersebut sudah bertukar fungsi buat seketika, bagi memberi ruang kepada perwakilan memikirkan jalan terbaik bagi memartabatkan gerakan Islam di negara ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS bermuktamar untuk merealisasikan satu prinsip politik Islam yang penting iaitu syura.

Katanya, prinsip syura menyedarkan kita kepada hakikat bahawa seluruh perjalanan makhluk ciptaan Allah adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetap-Nya.

"Sekiranya peraturan ini diikuti dengan baik dan penuh rela hati maka kehidupan manusia akan menjadi aman dan sejahtera.

"Keyakinan kepada prinsip asas ini menyebabkan PAS memasuki gelanggang pilihan raya dengan penuh ketertiban, kesabaran, keyakinan dan pergantungan kepada Allah.

"Pengalaman Kelantan mengendalikan pilihan raya dan pentadbiran negeri membenarkan hakikat ini," katanya pada buku acara muktamar.

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, muktamar PAS kali ke-54 sangat penting dan bermakna ketika saat PAS berada di tahap kekuatan yang paling tinggi dalam sejarahnya.

Katanya pada pilihan raya baru-baru ini, hasil iltizam dan kerja kuat kita, Allah Taala telah mengizinkan kemenangan besar.

Menurutnya, kemenangan besar itu merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul dan dilaksanakan dengan penuh cermat atas nama Islam.

"Akidah merupakan asas utama perjuangan kita dan yakinlah ia merupakan satu rahsia kekuatan Islam sepanjang zaman," katanya pada kata-kata aluan pada buku Muktamar PAS kali ke-54 di sini, hari.

Perarakan masuk ke dalam dewan muktamar dimulakan Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din kira-kira jam 8.55 pagi kemudian diikuti Ahli jawatankuasa PAS Pusat lain.

Tetamu kehormatan yang kelihatan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Seri Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi DAP Perak, Dato' Khor dan tokoh gerakan Islam luar negara termasuk dari Jordan, Dr Hamman Said dan Amir Hussien (Pakistan). - mj/mks.

MUKTAMAR UNTUK PERBINCANGAN PELBAGAI PERKARA AHLI PAS

IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato Kamarudin Jaffar berkata perhimpunan ahli PAS dalam Muktamar Tahunan PAS ke 54 di Stadium Indra Mulia hari ini, adalah bagi bertukar-tukar fikiran dan pandangan dalam kerangka yang lebih besar.
Katanya, kedatangan para hadirin dari seluruh peringkat untuk membincangkan pelbagai perkara bagi perkukuhkan parti PAS dan seterusnya menjamin kelangsungannya dalam politik tanah air.
Dalam ucapan aluannya pada Muktamar Tahunan ke 54 di hadapan lebih 5,000 orang berkata, PAS bermuktamar dalam suasana pilihan raya umum ke 12 yang lalu.
Dalam pada itu katanya, Majlis Syura mempunyai batas-batas akhlaknya yang tersendiri yang perlu akui.
"Ini juga bermakna perbahasan, saranan, pandangan dalam muktamar nanti diasaskan rasa tanggungjawab dan keikhlasan yang tinggi lagi mencari keredaaan Allah."
Katanya, dalam usaha gigih PAS bagi merealisasikan nilai-nilai Islam dalam kehidupan masyarakat di negara ini.
Katanya, gagasan ini adalah sejajar dengan perjuangan dan matlamat dalam PAs itu sendiri.
"Kita bermuktamar dalam suasana politik yang agak gawat tetapi menarik kesan pilihanraya yang ke 12 yang diadakan pada 8 Macrh lalu," katanya.
Katanya, pilihan raya ini telah memberi kekuatan dan juga peluang kepada PAS untuk sama-sama menggalas bersama dengan Pakatan Pakyat bagi menjamin wujudnya sistem dwi-parti dalam negara ni.
Malah katanya, PAS yakin berdasarkan pengalaman negara-negara lain sistem dwi parti agak penting bagi memasti lahirnya sistem politik yang benar-benar demokrasi.
Katanya kesan keputusan pilihan raya yang lalu mendepankan kita dengan pelbagai cabaraan dan ancaman yang akan merugikan PAS sekiranya ditangani secara tidak berhemah.
Dalam mendepani cabaran-cabaran itu katanya beliau yakin PAS mampu mengharungnya dengan selamat dan jaya.
"Kita sudah tentu begitu matang berkecimoung dalam lankap pilihan raya sungguhpun kita sedar padang permainan tidak sama rata .
Dalamm hal ini katanya PAS telah menyumbang secara bermakna dan positif dalam perjalanan sistem demokrasi di Malaysia.
Beliau berkata PAS yakin apabila sistem pilihan raya berjalan dengan betul-betul bebas dan adil kita aan mampu memnangi pilihan raya yang tandingi dan mampu mentadbir dan menjadi kerajaan negara ini.- (tmj)_

LEBIH 5,000 PENUHI STADIUM INDERA MULIA DENGAR UCAPAN

IPOH, 15 Ogos,(Hrkh)- Muktamar PAS kali ke-54 yang memasuki hari ketiga memperlihatkan seramai 5,000 hadirin berbondong-bondong datang dari seluruh pelusuk negara.

Tetamu-tetamu yang mewakili rakan-rakan Pakatan Rakyat seperti Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah bersama penasihat parti itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim selain Pengerusi DAP, Dato' Ngeh Khoo Ham turut kelihatan.
Ketibaan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 8.35 pagi ini diiring kira-kira 20 buah motor berkuasa tinggi bagi menghadiri majlis perasmian muktamar yang diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh di sini.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat yang juga diiring dengan 20 buah motor berkuasa tinggi pula tiba kira-kira 10 minit kemudian.
Sementara itu, di luar perkarangan stadium sebelum majlis perasmian bermula, upacara tabik hormat Unit Amal yang diketuai oleh Khairul Aini berlangsung.
Lintas hormat Unit Amal yang bermula pada jam 8.50 pagi itu dimulakan dengan lagu Al-Amal. Kekuatan tentera merah yang berjumlah 150 orang itu diperiksa oleh Ustaz Hadi sambil diiringi dengan lagu Semarak Perjuangan nyanyian kumpulan Shoutul Amal.
Majlis perasmian muktamar kali ini yang bertemakan 'PAS untuk Semua' dimulakan dengan nyanyian lagu rasmi PAS dan diikuti ucapan aluan daripada pengerusi tetap majlis perasmian, Abu Kasim Abdullah.
Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dari Surah Al-A'raf ayat 156 hingga 160 dialunkan oleh Johan Qari Tilawah Antarabangsa 2004, Radzi Kamarul Hailan.
Seterusnya, Presiden PAS menyampaikan ucapan dasar dengan tema 'PAS untuk Semua' dan merasmikan muktamar kali ini kira-kira jam 10 pagi.
Diikuti pula pada jam 11.15pagi, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz dijemput untuk melancarkan buku yang bertajuk'Kemuncup dalam Perjuangan'.
Akhbar milik parti, Harakah dua kali seminggu kemudiannya telah dilancarkan oleh Ustaz Hadi yang diiringi Pegerusi Harakah, Dato' Mustafa Ali yang bermula 15 Ogos 2008 bersamaan 13 Sya'aban 1427H. Vespa c70 dipandu oleh Abd Manaf Dahalan sambil membawa beberapa naskah akhbar Harakah menjadi gimik pelancaran akhbar ini.
Ustaz Hadi yang diiringi Setiausaha Agung PAS, Dato'Kamaruddin Jaffar dan Dato' Mustafa Ali menyampaikan satu naskah Harakah kepada setiap pesuruhjaya tinggi setiap negeri.
Montaj bagi Harakah dua kali seminggu juga ditayangkan kepada hadirin yang hadir.
Dua wakil gerakan Islam iaitu Timbalan Presiden AK Parti Turki,Prof Dr Man Kutrunus dan wakil Gerakan Islam Myanmar, Haji Abd Ghaffur berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada Presiden PAS sebagai tanda persahabatan.
Majlis perasmian pagi itu diakhiri dengan bacaan do'a yang dipimpin oleh Ketua Dewan Ulama', Mohd Daud Iraqi. Muktamar bersambung jam 3 petang ini._