Catatan

Tunjukkan catatan dari April 20, 2009

Kespeaker Dun Perak ,Mahkamah salah masuk rumah ? !!

Penghakiman kes Speaker Dun Perak, mahkamah salah masuk? Tarmizi Mohd Jam Mon Apr 20, 09 7:58:53 am MYT KUALA LUMPUR, 20 April (Hrkh) - Dalam membuat keputusan yang menghukumkan Speaker V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa menggantung Dato Dr Zambry Abdul Kadir, Mahkamah Persekutuan mengambil sikap yang berbeza dengan keputusan mahkamah sebelum ini yang mengambil kira kedudukan Perkara 72(1) Perlembagaan Persekutuan. Kata Prof. Dr Abdul Aziz Bari ketika ditanya mengenai permohonan 10 perintah yang belum kesemuanya dikeluarkan. Perkara 72(1), kata Aziz, jelas memberi imuniti kepada prosiding dewan. "Oleh kerana Tan Sri Alauddin Sheriff masih belum memberikan penghakiman bertulis, sebenarnya kita masih kabur. Tetapi ini mungkin dibangkitkan oleh peguam Sivakumar dalam prosiding di mahkamah berkenaan," katanya lagi. Apa pun, kata pakar perlembagaan itu, keputusan mahkamah dalam kes-kes terdahulu seperti Lim Cho Hock (1979), Tun Datu Haji Mustapha (1986) dan Haji Salleh bin Jafar...