Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 10, 2008

ZAKAT CARIGALI MINYAK

Imej
KAHERAH - Universiti Al-Azhar di Mesir mengeluarkan fatwa bahawa sebahagian pendapatan sumber minyak dan gas negara berkenaan perlu diberikan kepada penduduk miskin yang terjejas akibat kenaikan harga makanan. Pusat Penyelidikan Islam di universiti itu mengeluarkan fatwa bahawa adalah tugas suci untuk mengeluarkan zakat sebanyak 20 peratus daripada keuntungan minyak, gas dan mineral. "Fatwa itu berdasarkan hadis Nabi Muhammad s.a.w yang menyatakan bahawa zakat juga wajib terhadap semua besi dan mineral tidak kira dalam bentuk pepejal atau cecair," kata seorang pensyarah universiti itu. - AFP ULASAN UZAR Badan Penyelidikan Universiti Al-Azhar yang diketuai oleh Prof. Dr Raf'at Othman dan selaku Prof Shariah di Universiti Al-Azhar telah mengeluarkan fatwa bahawa sesebuah negara WAJIB mengeluarkan zakat minyak dan semua hasil minyaknya sebanyak 20% berdasarkan hadis Nabi s.a.w. Keputusan itu juga mengambil kira pendapat yang bercanggah dengannya. ( rujukan ) Ringkasannya, h

PUJIAN ATAU "MEMBODEK"

Imej
Sekali baca kelihatan kita ditegah sama sekali untuk memuji sesorang di hadapannya. Namun Imam Badr Al-Aini ketika menghuraikan hadis ini menyebut pujian yang "memotong belakang" itu adalah dalam konteks seseorang terlalu berlebihan dalam pujiannya sehingga memuji sesuatu yang tidak dimiliki oleh orang yang dipuji sehingga menyebabkan datangnya sifat ‘ujub dalam diri, merosakkan hati, menghancur keikhlasan dan merasa diri benar lagi hebat sentiasa. Padahal realitinya tidak sedemikian Perkara ini dalam kata lainnya adalah 'membodek'. Ia kerap berlaku kepada orang berjawatan atau mereka yang mempunyai sesuatu pengaruh atas sesuatu keputusan keduniaan. Justeru jika anda memegang jawatan penting, pemutus keputusan di syarikat atau organisasi, anda perlu berhati-hati kerana akan muncul ramai pemuji dan pemuja yang boleh bertujuan 'bodek'. Kali ini sangka buruk dalam hal ini perlu atas nama berhati-hati dan beringat. Namun bukan semua akan demikian, mungkin segelint