Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 18, 2008

UMNO Perak Berbohong dan Menyebar Fitnah untuk Menebus Kekalahan

Imej
‘Perjanjian Pangkor II’? Maksud firman Allah SWT: “Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.” (Al-Furqan:63) UMNO Gunakan Badan NGOSetelah gagal dalam usaha mereka memujuk PAS dan percubaan menarik beberapa orang ADUN Pakatan, UMNO merancang dan melaksanakan pelan bertindak membuat dan menyebar fitnah dengan menggunakan beberapa kumpulan kecil yang mereka dakwa mewakili badan NGO Melayu Islam di Perak. Mereka merancang perhimpunan besar-besaran kononnya untuk menyatakan bantahan mereka terhadap kerajaan campuran Pakatan Rakyat. Mereka menuduh PAS bersekongkol dengan DAP untuk mengenepikan hak ketuanan Melayu dan mengancam agama Islam demi mendapatkan kuasa. Untuk menarik orangramai, mereka sebarkan risalah yang bertandakan lambang PAS yang dipalsukan. Ini