Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 8, 2008

KEWAJIPAN MENGUNDI MENGIKUT HUKUM SYARA'

Imej
OLEH DATO' HAJI HARUN TAIB Menegakkan Pemerintahan Islam Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud : “mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”. Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya: “Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”. Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w. Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap te