Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 21, 2008

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI

Oleh;Ummi Hani Abu Hassan PENGENALAN Islam yang gemilang muncul pada abad ke 7m ketika Rasulullah SAW menyebarkan risalah tauhid sehingga bertebaran ke seluruh tanah Arab. Dakwah baginda SAW kemudiannya diteruskan oleh empat khalifah utama iaitu Saidina Abu Bakar as-Siddiq RA ¬632-634, Saidina Umar al-Khattab RA 633-644, Saidina Uthman bin Affan RA-644-656 dan Saidina Ali bin Abi Talib RA- 656-661. Sepanjang tempoh itu, Islam berjaya menakluk sebahagian dunia. Di zaman Khalifah Abu Bakar, tentera Islam melancarkan serangan ke atas kerajaan Rom Timur di Iraq. Penguasaan Islam berlanjutan di zamah Khalifah Umar al-Khattab apabila tentera Islam berjaya menguasai wilayah Parsi dan Rom di Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara dan Armenia. Selepas kewafatan Umar, Khalifah Uthman meneruskan taklukan ke atas Iran, Afrika Utara dan Cyprus. Pergolakan dalam pemerintahan Islam tercetus di zaman Khalifah Uthman bin Affan sehingga berakhir dengan pembunuhan ke atas baginda RA. Ia dikatakan berpunc...

MEDIA INTERNET GUGAT KUASA UMNO / BN ?

Imej
Media internet gugat kuasa Umno/BN? Suhaimi Taib Tue Oct 21, 08 11:28:34 am MYT Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai niat tertentu khususnya terhadap media internet kerana parti itu percaya media tersebut mempunyai pengaruh terbesar mencetuskan idealisme rakyat hari ini sehingga mencapai tahap menggugat kuasa politik parti itu. Kemenangan besar parti-parti yang kini masih dianggap pembangkang dalam pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu sebagai bukti antara lain cetusan kempen media internet memberi kesan secara tidak langsung terhadap kemenangan tersebut. Justeru Kabinet Kerajaan BN merasa bimbang dengan perkembangan ini sejak dari awal lagi sehingga antara lain mengambil tindakan terhadap pengendali-pengendali blog popular seperti Raja Petra Kamaruddin dan lain-lain atas dakwaan kononnya tulisan mereka mengancam keselamatan negara. Dipercayai idea penubuhan Majlis Media Kebangsaan satu fenomena ketakutan BN terhadap perkembangan tersebut. Idea dan komitmen majlis berkenaan dikatakan...

SULTAN TEGUR KERAJAAN PUSAT LAMBATKAN PROJEK PEMBANGUNAN DI KELANTAN

Imej
Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir Mon Oct 20, 08 6:52:21 pm MYT KOTA BHARU, 20 Okt (Hrkh) - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra melahirkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa projek kerajaan Persekutuan yang belum dilaksanakan di Kelantan. Antaranya pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua yang mana sehingga hanya mencapai kemajuan 10 peratus, biar pun perletakan batu asas sudah lebih setahun berlalu. Oleh itu baginda mahu kerajaan pusat mempergiatkan semua projek pembangunan dalam rancangan Malaysia Ke-9 memandangkan pelaksanaannya begitu perlahan. "Bahkan ada di antaranya masih belum dimulakan pembinaannya," titah baginda ketika merasmikan majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Yang Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan yang Ke-12 di sini, hari ini. Turut berangkat pada majlis perasmian itu Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. Sebelum ini ketibaan baginda disambut S...